Anda di halaman 1dari 1

BOOK REVIEW

OLEH : PUAN RUSMAWATI BINTI HAZALI


SRBE 3 NPQEL 1/2017

“MENGURUS KONFLIK GAYA STREETSMART”

TAJUK BUKU : MENGURUS KONFLKIK GAYA STREETSMART

PENULIS : ZAMRI MOHAMAD DAN MOHD YAHYA FADZLI JUSOH

PENERBIT : PTS MILLENIA SDN BHD

TAHUN TERBITAN : 2009

Konflik adakah ia satu masalah atau sebagai satu peluang. Penulis mengajak pembaca melihat
sudut lain terhadap konflik itu sendiri. Jika kita melihat sebagai satu masalah makanya kita akan
terus terperangkap dalam jurang dalam sehingga menutup peluang untuk keluar dari konflik
itu. Akhirnya tindakan kita akan boleh dijangka dengan selalunya berakhir dalam keadaan menang
atau kalah. Sebaliknya jika kita melihat konflik itu sebagai satu peluang dan ruang untuk mencari
hasil yang lebih baik kita mungkin berjumpa keadaan menang menang maknanya tiada siapa yang
kalah, malah konflik itu dating membawa kebaikan dan rahmah.

Misalnya pada awal buku ini penulis cuba memberi makna dan erti kepada konflik sebagai satu
keadaan dimana ada perbezaan antara dua pihak tentang bagaimana mencapai satu kaedah dalam
menangani matlamat yanag sama. Ini kerana tafsiran konservatif terhadap konflik sekadar
ketidaksepakatan dua pihak bagi menangani situasi. Justeru tafsiran terhadap konflik itu sendiri akan
mempengaruhi cara dan kaedah kita menguruskan konflik.

Bermula dengan melihat menguruskan konflik adalah satu pelaburan kepada diri sendiri. Ia satu
motivasi kepada setiap dari kita khususnya dalam jurusan pengurusan sesebuah organisasi untuk
tidak cuba mengelak atau lari dari sesuatu konflik. Malah kebolehan kita menguruskan konflik akan
menjadikan kita senitiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka.

Penulis kemudianya memberi tips, petua dan cadangan bagaimana menguruskan konflik
berdasarkan penilaian kepada situasi dan suasana yang sesuai. Menggunakan contoh dan
berdasarkan kisah yanag sebenar sebagai contoh dan bahan kajian, pembaca akan lebih mudah
memahami dan menanggapi apa yang cuba disampaikan oleh penuilis.

Menggunakan bahasa yanag bersahaja dan mudah penulis berjaya mengajak pembaca melihat
secara kreatif pelbagai kaedah menguruskan satu-satu konflik. Ia merupakan pengalaman berharga
kepada pembaca seterusnya mengkayakan pengalaman dalam meladeni pelbagai konflik yang
timbul. Malah setiap konflkik akan ditangani dengan hati yang terbuka, yakin dan penuh
bersemangat. Saya suka mencadangkan agar setiap pengurus, pemimpin organisasi, pelajar
pengurusan dan sesiapa sahaja untuk membaca buku ini bagi membolehkan mereka “menjajar
kembali” padangan mereka terhadap konflik dan sekaligus membuka minda mereka terhadap aspek
pengurusan konflik.

Anda mungkin juga menyukai