Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN KECERGASAN FIZIKAL INDIVIDU

DENGAN MENGGUNAKAN BATERI UJIAN

“Static Flexibility Test - Trunk and Neck”

Oleh:

FARIS HAZMI BIN MUHAMAD JAMIL


MUHAMAD HARIS DANIAL BIN FIZAL

1.0 Pengenalan
Pada zaman dewasa ini, mutu kecergasan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
semakin berada pada aras yang kritikal. Hal ini berlaku kerana, masyarakat kurang melakukan
aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Menurut (Ibrahim et.al, 2013), sebilangan
besar rakyat Malaysia beranggapan bahawa aktiviti fizikal terlalu sukar untuk dilakukan, tidak
mengundang faedah, bersiko memudharatkan keselamatan dan tidak menarik dilakukan pada
zaman yang menjurus kepada kehidupan yang bergantung semata-mata dengan teknologi
moden. Sesungguhnya alasan ini tidak wajar diutarakan kerana individu yang sentiasa
memberi alasan tidak mampu untuk memajukan diri sendiri. Memetik ungkapan menarik iaitu
“Badan yang cergas, datang dari otak yang cerdas”. Ungkapan ini jelas menunjukkan peribadi
mereka yang gemar melakukan aktiviti fizikal dengan hasrat meningkatkan kecergasan, akan
memupuk otak berfungsi dengan lebih cerdas berbanding golongan yang tidak gemar
bersukan semestinya akan melalui kehidupan yang bersiko menghidapi penyakit dan lain-lain.
Oleh sebab itu, tujuan kami melaksanakan kertas cadangan ini adalah untuk berkongsi
cadagan terhadap langkah-langkah pelaksanaan bateri ujian bagi meningkatkan tahap
kecergasan yang boleh diguna pakai oleh atlet supaya mereka mampu mencapai tahap yang
optimum dalam latihan. (Asmadi Ishak, et.al, 2016) menyatakan bahawa persediaan fizikal
dan tahap kecergasan atlet haruslah ditiik beratkan jika pihak jurulatih ingin melihat kejayaan
atlet dalam sesuatu pertandingan. Komponen kecergasan dan bateri ujian yang
mempengaruhi kecergasan fizikal juga akan dibincagkan bagi memudahkan masyarakat
diluar sana memahami proses latihan dengan lebih sistematik.

1.1 Kecergasan fizikal


Menurut (Asmadi Ishak, et.al, 2016), kecergasan fizikal merupakan keupayaan
individu itu berfungsi secara berkesan agar mampu menghadapi cabaran dalam melakukan
gerak kerja fizikal dan memanfaatkan masa senggang dengan lebih efektif di samping
mempunyai bekalan tenaga atau lebih tenaga untuk digunakan sewaktu berlaku kecemasan.
Kecergasan yang harus dicapai oleh individu itu adalah memiliki tahap kecergasan fizikal yang
memadai mengikut tuntutan kerjanya yang tersendiri. Hal ini jelas menunjukkan, tahap
kecergasan berbeza kerana keperluan fisiologi badan terhadap sesuatu situasi seperti
mereka yang bekerja di pejabat dengan golongan yang bekerja sebagai buruh kasar adalah
sangat berbeza. Pekerjaan sebagai buruh kasar sewajarnya memiliki tahap kercagasan yang
optimum dan bagus bagi melancarkan pekerjaanya berbanding golongan yang bekerja di
pejabat yang mana keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal adalah minimum. Apabila
individu itu mempunyai kecergasan yang bagus, tubuh badannya akan bebas daripada
penyakit yang mampu menjejaskan sistem fisiologi badan seperti sistem jantung dan sistem
pernafasan.

1.2 Komponen kecergasan fizikal


Selain itu, dalam pada percambahan minda di atas, unit ini akan memberikan definisi awal
berkenaan dengan komponen kecergasan dan bahagiannya untuk diambil kira sebagai beteri
ujian bagi meningkatkan mutu kecergasan fizikal. Komponen kecergasan ini sangat berkait
rapat dengan keadaan kesihatan seseorang itu bagi mengurangkan risiko kecederaan
sewaktu mengerjakan aktiviti fizikal. Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu berasaskan
kesihatan dan kemahiran motor.

Antara komponen-komponen berlandaskan kesihatan adalah:


I. Komposisi badan.
II. Daya tahan kardiovaskular.
III. Kekuatan otot.
IV. Daya tahan otot.
V. Fleksibiliti.

Seterusnya, komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor adalah:


I. Kuasa.
II. Kelajuan.
III. Ketangkasan
IV. Koordinasi
V. Imbangan
VI. Masa reaksi.

Menjerumus kepada kertas cadangan, penulis mencadangkan bateri ujian ‘Static


Flexibility Test - Trunk and Neck’ berasakan komponen fleksibiliti bagi meransang mutu
peningkatan kecergasan fizikal untuk para atlet mencapai tahap cergas yang optimum.
1.3 Fleksibiliti.
Berdasarkan percamabahan minda diatas, definisi komponen fleksibiliti secara
ringkasnya menurut (Asmadi Ishak, et.al, 2016) fleksibiliti boleh didefinisikan sebagai
keupayaan sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Oleh itu,
kelenturan merupakan unsur yang paling penting dalam latihan atlit-atlit muda. Hal ini bagi
mengelakkan risiko kecederaan.

2.0 Objektif kertas cadangan


Antara objektif utama bateri ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur fleksibiliti
bahagian leher dan tubuh badan. Ujian yang dijalankan mampu untuk meningkatkan prestasi
para atlet bagi komponen fleksibiliti. Disamping itu, ujian yang dijalankan diiringi contoh
pelaksanaan yang rapi. menjadikan ujian ini menjadi lebih sistematik. Penggunaan alatan dan
kos yang minimum juga mampu memberi pendedahan kepada jurulatih supaya tidak
semestinya bateri ujian itu perlu dijalankan dengan mengeluarkan kos yang tinggi. Selain itu,
objektif kertas cadangan ini juga ingin mencurahkan ilmu pengetahuan yang baharu kepada
para pelajar yang menjadi atlet melalui ujian yang dijalankan dengan mengukur fleksibiliti
seseorang. Hal ini disebabkan ‘Static Flexibility Test - Trunk and Neck’ ini tidak didedahkan
kepada para pelajar sama ada sekolah rendah ataupun menengah.

3.0 Butiran program (Bateri Ujian).


Menurut kertas cadangan, penulis memilih komponen kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan iaitu fleksibiliti. Terdapat pelbagai bateri ujian yang boleh disenaraikan bagi
meningkatkan kecergasan dibawah komponen fleksibiliti. Antara butiran program yang
melibatkan bateri ujian bagi komponen kelenturan dan fleksibiliti:

I. Jangkauan Melunjur.
II. Lentik Belakang.
III. Bridge-Up Test.
IV. Side Split Test.
V. V-Sit & Reach.
VI. Ankle Extension Test.
VII. Static Flexibility Test - Trunk and Neck.

Selepas melakukan perbincangan dan pandangan berkenaan dengan bateri ujian bagi
meningkatkan kecergasan, penulis mencadangkan bahawa bateri ujian ‘Static Flexibility Test
- Trunk and Neck’ adalah sangat sesuai untuk diamalkan oleh atlet dari aspek meningkatkan
mutu kelenturan dan fleksibiliti.
Berikut adalah norma bagi Bateri Ujian ‘Static Flexibility Test - Trunk and Neck’ bagi lelaki
dan perempuan yang berumur lingkungan 19 hingga 22 tahun:

Rating. Men Women


Excellent > 10.00 > 9.75
Good 8.00 – 10.00 7.75 – 9.75
Average 6.00 – 7.99 5.75 – 7.74
Fair 3.00 – 5.99 2.00 – 5.74
Poor < 3.00 < 2.00

Dipetik daripada sumber:

JOHNSON, B.L. and NELSON, J.K. (1986) Practical Measurements for Evaluation in PE. 4th
ed. Minneapolis: Burgess Publishing.

(https://www.brianmac.co.uk/flextest3.htm)

4.0 Pelaksanaan program (Bateri Ujian).


Pertama, ujian ini boleh dijalankan di kawasan yang rata dan selesa untuk dibaring
meniarap. Atlet perlulah melakukan pemanasan badan sebelum aktiviti ini bermula. Atlet perlu
meniarap di atas tikar senaman dengan meletakkan tangan di bahagian tengkuk. Bahagian
kaki atlet berada dalam keadaan statik dengan keadaan sedia sepanjang ujian dijalankan.
Kemudian, atlet menaikkan kepala mereka setinggi mungkin. Pengiraan dilakukan dengan
menggunaka pembaris kayu dari jarak mengufuk hidung ke bawah tanah. Semakin tinggi
keupayaan menaikkan kepala, semakin tinggi keupayaan fleksibiliti individu tersebut. Ujian ini
diulang sebanyak tiga kali berturut-turut. Rekod yang paling tinggi dikira untuk mengukur
fleksibiliti atlet tersebut.

5.0 Kewangan (Peruntukkan).


Antara sumber kewangan yang boleh didapati dalam ujian ini adalah seperti berikut:
Bil. Barang Harga (RM) Catatan
1. Exersice mat. - Diperoleh dari stor sukan.
2. Pembaris kayu (panjang). 0.80
Jumlah = RM 0.80
6.0 Penutup.
Sebagai kesimpulan bagi keseluruhan kertas cadangan ini, fleksibiliti juga dapat diukur
dengan menggunakan bateri ujian ‘Static Flexibility Test - Trunk and Neck’ mengikut
kebolehupayaan individu. Hal ini dititikberatkan kerana fleksibiliti amat penting dalam
melakukan setiap aktiviti yang dilakukan misalnya dapat mengelakkan dari berlaku
kecederaan. Justeru itu, bateri ujian ini mampu untuk mengukur tahap fleksibiliti setiap atlet
bagi mengharungi dunia sukan yang memerlukan kesempurnaan yang menyeluruh bagi
komponen-komponen kecergasan fizikal samada kesihatan mahupun kemahiran motor.
Rujukan.

Asmadi Ishak, et.al, (2016). MODUL QGJ 3013. 3-18.

Ibrahim S, Karim N.A, Oon N.L., Ngah W.Z.W. (2013). Perceived Physical Activity Barrriers to
Body Weight Status and Sociodemographic Factors Among Malaysian Men in Klang
Valley. BMC Pub Health, 13: 275

Johnson, B.L. and Nelson, J.K. (1986) Practical Measurements for Evaluation in PE. 4th
edition. Minneapolis: Burgess Publishing

Anda mungkin juga menyukai