Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN

1. Isu Yang Difokuskan :

Penggunaan ICT kurang diterapkan di kalangan murid tahun 1. Saya mengajar Bahasa Melayu Tahun
EFektif, saya dapati mereka kurang diberi pendedahan tentang TMK dan tidak berpeluang untuk
memasuki makmal komputer.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Murid hanya belajar dengan menggunakan buku teks, bahan maujud selain TMK. Hal ini menyebabkan
murid-murid tidak dapar merasai suasana PDPC Abad 21 kerana pada abad kini pendidikan lebih
menerapkan penggunaan TMK semasa menjalankan PDPC. Apabila saya menggunakan bahan TMK,
murid-murid lebih mudah faham dan pembelajaran lebih seronok.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan
konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang
hayat(Noor Sakinah Mohamad, 2007)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Sebagai guru yang mengajar di Abad 21 ini kita perlu lebih peka dan melakukan perubahan bagi
meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran agar sejajar dengan negara luar yang jauh
lebih maju.
JURNAL MINGGUAN

1. Isu Yang Difokuskan :

Sepanjang saya menjalankan Internship di sekolah SK King George V ini, saya mendapati terlalu ramai
murid-murid yang tidak mematuhi peraturan pemakaian rasmi di sekolah iaitu memakai stokin, lencana
dan tanda nama walaupun guru disiplin telah melakukan ‘spotcheck’ pada hari khamis minggu pertama
saya berada di sekolah ini. Hal ini nampak kecil tetapi ianya akan memberi impak kepada personaliti
murid-murid tersebut sekiranya ianya tidak ditegur dan dikenakan tindakan. Dengan tidak memakai
stokin, tidak mempunyai lencana dan tanda nama, murid-murid ini kelihatan tidak lengkap dan tidak
mempunyai perasaan cinta akan sekolah mereka malah memberi pandangan buruk kepada sekolah
ini.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Dengan masalah yang timbul ini, saya beserta beberapa orang guru yang lain turut membantu dan
telah mengambil keputusan untuk terus menegur kesalahan mereka yang tidak mematuhi peraturan
pemakaian sekolah sehinggalah mereka akur dan mula mencari inisiatif untuk mematuhi peraturan
pemakaian rasmi sekolah ini. Hasilnya, beberapa orang murid telah mula akur dan mereka juga
kelihatan kemas dan selesa untuk menuntut ilmu.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Menurut Mok Soon Sang (2003), Cara berpakaian melambangkan keperibadian kita serta nilai-nilai dan
etika yang murni. Oleh itu, cara berpakaian yang sopan, bersih, kemas dan bersesuaian adalah
ditekankan. pakaian yang bersih,menutup aurat, sopan mencerminkan akhlak seorang Muslim sebenar.
Di sekolah juga terdapat etika berpakaian tersendiri untuk keseragaman dan melambangkan
keperibadian murni murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Sebagai langkah penambahbaikan, saya dan guru-guru akan terus menegur malah mungkin akan
mengenakan denda kepada murid-murid yang tidak mematuhi peraturan pemakaian rasmi sekolah ini.
Pemeriksaan secara berkala akan dilakukan pada minggu-minggu seterusnya. Hal ini adalah demi
memelihara dan mendidik murid-murid supaya sering menjaga kekemasan diri, menanam rasa cinta
mereka kepada sekolah sekaligus menjaga nama baik sekolah di mata pihak luar.
JURNAL MINGGUAN

1. Isu Yang Difokuskan :

Minggu ini merupakan minggu ketiga saya menjalani internship di sekolah ini. Sepanjang perjalanan
minggu ini, saya dan rakan-rakan yang lain telah berganding bahu untuk sama-sama mengecat dinding
bilik tayang dan perpustakaan di SK King George V.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya dapati sifat rajin dan saling membantu serta kesukarelawanan yang tinggi adalah penting dalam
membentuk sifat seorang guru yang profesional. Kami sebagai guru pelatih perlu diberi pendedahan
tentang cara menceriakan dan mengindahkan lagi suasana dan persekitaran sekolah agar murid-murid
berasa seronok dan selesa untuk belajar dalam persekitaran yang kondusif ini. Hal ini juga secara tidak
langsung dapat membantu meningkatkan prestasi kehadiran murid-murid ke sekolah dan menarik minat
murid untuk ke perpustakaan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar.
Malah kita dapat melihat pada dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu
amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya. Sekolah yang juga dikenali
sebagai alma mater dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala
syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya.
Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan
tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Malangnya, situasi sekolah pada
hari ini tidak lagi diumpamakan seperti syurga oleh para murid. Hal ini terbukti apabila banyak masalah
sosial seperti buli, vandalisme dan melawan serta memukul guru berlaku di sekolah. Hal ini
membimbangkan pelbagai pihak kerana melibatkan masa hadapan para murid yang merupakan
peneraju tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Sebelum terlewat, saya sebagai murid yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan
yang penting supaya konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat menjadi kenyataan

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya perlu sentiasa berlapang dada serta menerima dengan hati terbuka untuk menerima tugasan
yang diberikan, malah adalah lebih baik jika diri sendiri yang sukarela dan sedia untuk membantu dalam
apa jua urusan sekolah.
JURNAL MINGGUAN

1. Isu Yang Difokuskan :

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani internship di sekolah ini. Sepanjang perjalanan
minggu ini, saya mendapati bahawa keadaan stor sukan sangat tidak terurus. Sebelum kami tamatkan
sesi praktikum 2 di sekolah ini, kami meninggalkan stor ini dalam keadaan bersih dan teratur. Tapi
setelah saya kembali semula, keadaan bertukar kepada sebaliknya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan keadaan stor sukan sekarang, saya menganalisis beberapa punca mengapa terjadinya
perkara sebegini. Saya mendapati bahawa murid keluar masuk ke dalam stor sukan secara beramai-
ramai dan sesuka hati mereka. Meraka tidak mengendahkan larangan dan had keluar masuk stor sukan
tersebut. Mereka juga mengambil peralatan sukan dan tidak meletakkan di tempat asalnya semula
selepas digunakan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Menurut Lim (2001) Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah
sekolah. Bilik ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan
sekolah mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Menjadi kebiasaaan stor peralatan sukan adalah sebuah bilik sumber yang biasa
sahaja dan sinonim dengan nama Stor Sukan. Oleh kerana dasar dan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah wajar menukar corak fizikal dalaman kepada sebuah bilik
yang mesra pengguna, selamat, kondusif dan bercirikan ala sebuah kedai sukan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Sebagai langkah penyelesaian, saya mencadangkan bahawa hanya murid yang dilantik
sahaja boleh masuk ke dalam stor sukan untuk mengambil dan memulangkan barang.
Seterusnya, guru perlu menyediakan satu buku inventori bertujuan mengawal harta sukan
yang keluiar dan masuk. Selain itu, stor sukan perlu sentiasa dikunci bagi mengelakkan
kehilangan barang dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai