Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL BAHASA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT TAHUN 2016


TARIKH : 23 SEPTEMBER 2016 / JUMAAT

UCAPAN Yang Berusaha, Puan Azlinda Bt Mohd Nor


PROTOKOL Pengetua SMK Kapit

Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan SMK Kapit;

Penolong Kanan Akademik, Encik Kuiek Bon Siau

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Bennet Anak Bungkong

Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Leo Ak Matthias


Kamandan

Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Jargalia Lidek

Barisan Guru-guru Kanan, para guru serta rakan pelajar sekalian.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa SMK Kapit


2016.
Welcome to the closing ceremony of SMK Kapit Language Carnival 2016.

Untuk memulakan majlis, para hadirin dimohon untuk berdiri tegak bagi
menghormati nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan disusuli dengan lagu
sekolah ‘Bergerak Maju”.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian yang penuh


bersemangat sebentar tadi.
Para guru dipersilakan duduk.
Untuk memberkati majlis,
BACAAN DOA Dengan sukacitanya dijemput ____________________ bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________


atas bacaan doa itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,
PELAJAR Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama saksikan
persembahan daripada ________________________.
Dipersilan.

Terima kasih atas persembahan yang begitu memukau sebentar tadi.


UCAPAN Yang kurik itu kundi
PERASMIAN Yang merah itu saga
PENUTUPAN Yang baik itu budi
(PN.AZLINDA) Yang indah itu bahasa.

Hadirin hadirat sekalian,


Karnival Bahasa ini telah berlangsung sepanjang bulan September.
Untuk makluman para hadirin, terdapat pelbagai pertandingan menarik yang
telah dianjurkan oleh panitia-panitia yang terlibat iaitu Panitia Bahasa
Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa
Iban. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan diharap dapat mencungkil
dan mengasah bakat-bakat terpendam para pelajar serta dalam masa yang
sama meningkatkan penguasaan bahasa mereka.

Anak muda mengalun qasidah


Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan.

Hadirin yang dihormati, meneruskan majlis kita pada pagi ini, dengan segala
hormatnya dipersilakan Puan Pengetua SMK Kapit, Puan Azlinda bt.
Mohd Nor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya menutup
dengan rasminya Karnival Bahasa SMK Kapit bagi tahun 2016. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi, ucapan daripada Puan Azllinda bt. Mohd Nor, Pengetua
SMK Kapit. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan penutup
beliau sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang
HADIAH bagi pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan semasa
berlangsungnya Karnival Bahasa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan Guru Kanan Bidang Bahasa, Encik


Francis Empawi untuk menjemput dan mengiringi Puan Pengetua SMK
Kapit, Puan Azlinda bt. Mohd Nor untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Bagi pertandingan _______________________

PERSEMBAHAN Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, sekali lagi kita akan disajikan
PELAJAR dengan persembahan daripada ________________________.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

*Teachers and students, next we will be entertained by the performance from


_________________________.
Please welcome.

Thank you ______________________ for the amazing performace.


PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, seterusnya kita akan menyaksikan persembahan daripada
GURU wakil guru, Encik Abdul Hadi.

Marilah kita sama-sama saksikan.

AKHIR KATA Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Dengan berakhirnya acara itu tadi, MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
KARNIVAL BAHASA SMK KAPIT 2016 telah pun sampai ke
penghujungnya.

Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada hadirin-hadirat dan semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan majlis
dilaksanakan dengan sempurna.

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Silap dan salah lupakan sahaja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Anda mungkin juga menyukai