Anda di halaman 1dari 4

ULASAN KRITIS

Video lagu tema Teletubbies telah saya pilih untuk dibuat ulasan kritis dalam
menyempurnakan tugasan Seni Dalam Pendidikan. Saya memilih video ini kerana pada
pengamatan saya sangat sesuai dan bertepatan dengan ciri-ciri yang perlu dikehendaki dalam
tugasan subjek Seni Dalam Pendidikan ini. Antara kriteria yang harus dititikberatkan dalam
pemilihan video ini ialah harus mempunyai elemen pergerakan, muzik dan warna. Seperti
yang sedia maklum Teletubbies merupakan satu rancangan hiburan di televisyen untuk
kanak-kanak yang berusia empat tahun dan kebawah. Rancangan ini telah diterbitkan pada
tahun 1997 di British. Karya Anne wood dan Andrew Davenport ini telah mendapat sambutan
hangat di sana. Teletubbies mengisahkan empat sekawan yang tinggal bersama iaitu Tinky
Winky teletubbies berwarna unggu, Dipsy (hijau), Laa-laa (kuning), dan Po (merah). Untuk
pengetahuan semua Tinky Winky merupakan yang paling besar dan matang daripada watak
yang lain. Dia sentiasa bersikap tenang, lemah lembut dan juga suka berangan. Tinky Winky
mempunyai beg merah kegemarannya dan akan selalu menggalasnya tidak kira dimana dia
berada. Manakala Dipsy si hijau pula sangat suka menari dan selalu melantunkan dirinya.
Dipsy juga mempunyai barang kegemarannya iaitu topi berbelang hitam dan putih. Dia suka
menggayakan topi ini. Seterusnya, Laa laa si kuning terang pula sangat suka menari dan
menyanyi. Dengan cara sedemikian Laa laa dapat menzahirkan rasa tenang buat dirinya. Laa
laa sememangnya sentiasa bertenaga dan sering bergelak ketawa, menari dan menyanyi
tanpa rasa letih. Bola berwarna oren amat digemari oleh Laa laa. Dia selalu bermain dengan
bola oren tersebut hamper setiap episode. Dia akan melantun dan menangkap bola tersebut
berulang-ulang kali. Ini sudah cukup untuk menceriakan hari-harinya. Watak akhir sekali ialah
lah Po si merah. Po merupakan yang paling muda dikalangan yang lain. Po mempunyai
sebuah skuter dan dia sangat gemar terbang dengan skuternya. Kegemaran Po ialah
menunggang laju skuternya kerana baginya itu adalah satu kepuasan. Po juga menggemari
karate dan lompat bintang. Jika tidak bersama skuternya Po akan melakukan aksi ini yang
penuh bertenaga ini. Paling menarik sekali adalah kesemua watak Teletubbies ini mempunyai
minat yang sama iaitu suka melakukan pelukan beramai-ramai.

Pada awal video ini penonton disajikan dengan kemunculan The Sun Baby iaitu
matahari berwajah bayi yang terbit di sebalik bukit- bukau yang menghijau. Terbitnya The Sun
Baby ini diiringi oleh gelak tawanya menggambarkan dia sedang bergembira dan sebagai
simbolik permulaan hari yang ceria. Sinaran cahaya yang di bawa olehnya telah meyinari
perkampungan Teletubbies. Dia kemudiannya terpegun melihat keindahan alam semula jadi
di tempat tinggal Teletubbies ini. Bukan sahaja penuh dengan kehijauan, malah di sini juga
terdapat pelbagai jenis bunga yang bermacam warna seperti kuning, merah, biru, dan juga
putih. Sememangnya kehadiran pelbagai warna yang menarik ini menceriakan lagi kawasan
persekitaran dan mampu untuk menarik minat penggemar kanak-kanak siri Teletubbies ini.
Setelah menunggu seketika maka datanglah sekawan teletubbies dimulakan dengan Tinky
Winky yang melompat dari lubang kawasan rumah mereka diikuti dengan Dipsy yang meniru
aksi yang sama, kemudian Laa laa dan akhir sekali Po si merah. Mereka kemudiannya
melambai kearah kamera menunjukkan betapa mereka teruja bertemu dengan penonton
semua. Mereka kemudiannya menuruni bukit pada kediaman mereka dan menuju ke suatu
tempat. Tiba di sebuah kawasan sebanyak lima pembesar suara telah muncul dan
mengeluarkan bunyi “time to teletubbies” berulang-ulang kali. Situasi ini sangat membuatkan
penonton teruja untuk terus menikmati keceriaan yang bakal disajikan oleh Teletubies. Tinky
winky dan kawan-kawannya kemudiannya mengelilingi pembesar suara tersebut berulang
kali. Mereka dilihat seronok melakukan aksi itu dengan gelak tawa mengiringi setiap
perbuatan mereka.

Apabila tiba di satu kawasan lapang mereka berempat mula mengenalkan diri masing-
masing diringi dengan tarian mereka. Dimulakan dengan Tinky Winky dan tarian yang
dilakukan ialah berdiri dengan sebelah kaki kemudian menukar kepada yang sebelah lagi.
Tarian yang dilakukan lebih kepada pergerakan bukan lokomotor kerana bersifat statik dan
tidak terlalu bergerak ke tempat yang lain. Kemudian diikuti pula oleh Dipsy si hijau yang
melakukan tarian seakan sama dengan Tinky Winky cuma terdapat sedekit penambahan iaitu
Dipsy menambah penggunaan kedua belah tangan dalam tariannya. Dia menari sambal
bertepuk tangan sambil memperkenalkan dirinya. Seterusnya tiba pula giliran Laa laa si
kuning. Laa laa menghentakkan kedua belah kaki sambil melambai kearah kamera. Tarian
Laa laa kelihatan amat comel. Teletubies yang terakhir sudah semestinya si comel kecil iaitu
Po si merah. Po melombat dan membuka kedua kakinya sewaktu berada di udara sambil
tangannya didepakan. Aksi Po ini dilakukan sebanyak tiga kali ulangan. Mereka kemudiannya
berbaris dalam satu garisan lurus, dihadapannya sudah semestinya Tinky Winky sebagai
yang paling besar diikuti Dipsy, Laa laa dan akhir sekali ialah Po. Seterusnya mereka bergerak
menggunakan formasi keretapi mengelilingi kawasan taman beberapa kali. Kali ni pergerakan
yang dilakukan ialah berdasarkan lakuan pergerakan lokomotor. Mereka kemudian berkumpul
dihadapan kamera dan melambaikan tangan sambil berkata “hello”. Kemudian secara
berpasangan mereka telah melagakan perut mereka. Tinky winky bersama pasangannya
Dipsy dan Laa laa dan po. Mereka berempat kemudiannya pergi ke tengah taman untuk
melakukan pelukan secara beramai-ramai iaitu aktiviti kegemaran mereka dan para penonton
sekalian. Secara tiba-tiba, kincir angin dihadapan mereka berpusing dengan laju sekali.
Kerana perasaan yang begitu takut mereka semua lari bertempiaran untuk menyelamatkan
diri.

Setelah menonton video ini, dapat disimpulkan bahawa pengarah menitikberatkan


penggunaan elemen-elemen seperti warna, muzik, dan pergerakan banyak dalam video ini.
Elemen warna adalah paling ketaradipraktik kan kepada empat sekawan teletubbies dengan
masing-masing mempunyai warna yang tersendiri. Seterusnya dari segi pergerakan pula,
didapati bnyak pergerakan yang berhubung dengan konsep seni telah digunakan. Pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor turut dipersembahkan didalam video ini. Muzik bagi setiap
akiviti yang dijalankan juga berbeza-beza bersesuaian dengan latar tempat dan pergerakan
yang ingin dilakukan. Didalam video ini juga banyak penekanan mengenai keindahan alam
semula jadi yang nyaman seperti bukit-bukau, padang yang menghijau, bunga-bunga yang
beraneka warna serta latar belakang yang menarik. Dengan adanya usaha untuk
mengetengahkan keindahan alam semula jadi ini sudah pasti dapat meningkatkan kesedaran
terhadap cintakan alam sekitar kepada si penonton cilik. Setelah diamati secara terperinci,
didapati bahawa video ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar kerana
didalamnya terdapat elemen-elemen yang dapat memberikan banyak impak positif sewaktu
proses pembelajaran dijalankan kepada murid-murid.
Rujukan

https://www.youtube.com/watch?v=TIIWPACxHDU

https://en.teletubbies.com/about-teletubbies/

Anda mungkin juga menyukai