Anda di halaman 1dari 14

COVER PAGE

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN .................................................................................................................... 2


PENGENALAN ......................................................................................................................... 3
KEPENTINGAN PROSES PEREKRUTAN YANG BETUL .................................................. 4
KAEDAH PENGAMBILAN LUAR KERANI ........................................................................ 7
KAEDAH PENGAMBILAN LUAR PENGURUS UMUM ..................................................... 9
RUMUSAN.............................................................................................................................. 13
RUJUKAN ............................................................................................................................... 14

2
PENGENALAN

Syarikat Perkasa Trading Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1972. Syarikat ini terlibat dalam
industri perdagangan yang melibatkan penjualan produk seperti bahan binaan bangunan,
produk perindustrian dan produk agrikultur. Syarikat ini mempunyai lima cawangan di bandar
utama iaitu Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Sebagai salah satu
pemborong utama, Perkasa juga menyebabkan penubuhan banyak kedai perkakasan yang
berurusan dengan produk sejenis yang memenuhi keperluan produk yang sama di bandar-
bandar kecil.

Selain menjadi pengimport berlesen dari pelbagai produk perindustrian yang diperdagangkan,
Perkasa juga merupakan rakan kongsi dan pemegang saham dalam pelbagai kilang yang
terlibat dalam pengeluaran produk perindustrian lain. Syarikat ini mempunyai 84 orang pekerja
yang terdiri daripada pekerja sepenuh masa dan pekerja separuh masa. Berikut merupakan carta
organisasi syarikat ini:

General Manager

Senior Group Product


Senior Accounts
& Business BPQRM Manager IT Manager
Manager
Development Manager

Rajah 1: Carta organisasi Perkasa Trading Sdn Bhd

3
KEPENTINGAN PROSES PEREKRUTAN YANG BETUL

Perekrutan adalah proses yang mengenalpasti serta memilih calon terbaik dari dalam atau di
luar organisasi untuk mengisi kekosongan jawatan, tepat pada masanya dan menggunakan kos
yang efektif.

Menurut Edwin B. Flippo, "Pengambilan adalah proses mencari calon-calon pekerja dan
merangsang mereka untuk memohon kekosongan jawatan dalam organisasi". Pengambilan
melibatkan aktiviti yang menghubungkan pencari kerja dengan penyedia pekerjaan.

Perekrutan juga merupakan proses mencari dan menarik pemohon yang mampu untuk bekerja.
Proses ini bermula dengan mencari rekrut baru dan berakhir apabila permohonan mereka
dikemukakan. Objektifnya adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin calon pekerja dan
memilih calon pekerja yang paling sesuai.

Dale Yoder pula menyatakan bahawa, "pengambilan adalah proses untuk mencari sumber
tenaga manusia untuk memenuhi keperluan jadual kakitangan. Ini juga melibatkan
pengambilan langkah-langkah berkesan untuk menarik tenaga kerja itu dalam jumlah yang
mencukupi untuk memudahkan pemilihan yang berkesan untuk mendapatkan tenaga kerja
yang cekap. "

Perekrutan adalah fungsi organisasi yang mendahului pemilihan. Ia membantu dalam


mewujudkan kumpulan pekerja yang berpotensi untuk organisasi bagi memudahkan pemilihan
calon yang tepat untuk pekerjaan yang tepat. Proses perekrutan yang baik akan mempercepat
proses pemilihan.

Perekrutan merupakan proses yang berterusan di mana organisasi berusaha untuk


membangunkan kumpulan pemohon berkelayakan untuk kekosongan jawatan sedia ada serta
keperluan sumber manusia di masa hadapan. Secara umumnya, proses pengambilan bermula
dari proses pengambilalihan pekerja untuk kekosongan sedia ada atau yang sudah dijangka.
Secara teorinya, proses pengambilan berakhir dengan penerimaan permohonan tetapi dalam
praktiknya, proses tersebut terus dilakukan hingga penyaringan pemohon yang bertujuan untuk
menyingkirkan calon yang tidak memenuhi syarat. Disebabkan oleh itu proses perekrutan yang
betul amatlah penting di dalam sesebuah organisasi kerana ia melibatkan pertumbuhan dan
perkembangan sesebuah organisasi.

Antara sebab-sebab mengapa pentingnya proses perekrutan yang betul untuk dilaksanakan oleh
sesebuah organisasi atau syarikat adalah seperti berikut:

4
1. Untuk memastikan pencarian calon yang berkualiti

Mempunyai pekerja yang berkualiti adalah merupakan antara matlamat sesebuah syarikat
ataupun organisasi. Ini adalah kerana mempunyai pekerja yang berkualiti akan membantu
melancarkan pengurusan sesebuah syarikat ataupun organisasi. Pekerja yang berkualiti akan
menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti dan seterusnya akan membantu membangunkan
syarikat agar menjadi yang terbaik. Antara ciri pekerja yang berkualiti adalah seperti
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cemerlang, mahir dalam penggunaan alatan
teknologi, sentiasa menepati masa dan sebagainya.

Melalui proses perekrutan yang betul dan baik, sesebuah organisasi atau syarikat akan dapat
mencari calon-calon pekerja yang berkualiti. Salah satu langkah dalam proses perekrutan
adalah proses merancang dan mengenal pasti keperluan pekerjaan. Melalui proses ini sesebuah
organisasi dan syarikat dapat menentukan kualiti yang diperlukan untuk mengisi sesuatu
jawatan kosong. Dengan menentukan kualiti dan ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi
jawatan kosong ini, calon-calon yang layak sahaja yang dapat memohon jawatan tersebut. Ini
juga dapat memastikan bahawa calon yang memohon jawatan kosong yang diiklankan adalah
yang betul-betul layak. Selain itu, dengan menentukan kualiti dan ciri-ciri yang diperlukan
untuk mengisi sesebuah jawatan pada awal proses perekrutan ia akan dapat memudahkan
penyaring untuk menyingkirkan calon-calon yang tidak menepati kualiti yang dikehendaki.
Justeru, pada akhir proses penyaringan ia akan dapat menghasilkan calon-calon yang berkualiti
untuk dipilih bagi mengisi kekosongan sesuatu jawatan. Seandainya, proses penentuan kualiti
dan ciri yang dikehendaki tidak dilaksanakan ia akan menyukarkan perekrut untuk menentukan
mana satu calon yang berkualiti. Oleh itu, proses perekrutan yang betul akan dapat memastikan
pencarian calon yang berkualiti dapat dilaksanakan.

2. Untuk memastikan penggunaan masa yang minima

Setiap individu mempunyai jumlah masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam. Begitu juga bagi
sesebuah organisasi atau syarikat. Masa merupakan satu elemen penting didalam seebuah
organisasi atau syarikat kerana ia boleh mempengaruhi untung rugi sesebuah organisasi.
Semakin banyak masa yang dibuang oleh sesebuah organisai semakin tinggi kemungkinan
utnuk organisasi tersebut mengalami kerugian. Seperti yang kita ketahui, proses perekrutan
akan mengambil masa yang agak lama. Dengan adanya proses perekrutan yang baik dan betul
ia akan dapat meminimakan penggunaan masa untuk merekrut pekerja baru bagi mengisi

5
kekosongan jawatan yang sedia ada. Proses perekrutan yang betul akan menentukan masa yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu langkah dalam proses perekrutan selain dapat
memastikan ianya berjalan dalam masa yang ditetapkan. Dengan adanya penetapan masa ini,
ia akan dapat mengelakkan pembaziran masa dan mempercepat proses perekrutan. Sekiranya
berlaku pembaziran masa akibat pelaksanaan proses perekrutan yang tidak baik, ia akan
menyebabkan berlakunya kekurangan staf yang agak lama. Situasi kekurangan staf ini akan
menyebabkan staf-staf organisasi terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa untuk mengisi
kekurangan akibat kekosangan sesuatu jabatan. Situasi ini mungkin akan menyebabkan
berlakunya “burnout” dikalangan pekerja, dimana pekerja mengalami penat dan stres
melampau. Ini akan menyebabkan penurunan prestasi kerja dan seterusnya akan menjejaskan
prestasi sesebuah organisasi atau syarikat. Justeru, sesebuah organisasi haruslah melaksanakan
proses perekrutan yang betul agar masa yang digunakan dalam proses merekrut adalah
minimum dan sesuatu jawatan kosong itu dapat diisi dega segera oleh pekerja yang berkualiti.

3. Untuk mengurangkan tindakan undang-undang oleh calon yang memohon

Tindakan undang-undang merupakan salah satu perkara yang tidak disukai oleh mana-mana
syarikat atau organisasi. Ini adalah kerana kegagalan untuk mengatasi tindakan undang-undang
ini akan menyebabkan imej syarikat atau organisasi tercalar dan seterusnya akan
mempengaruhi prestasi sesebuah syarikat atau organisasi. Tindakan undang-undang yang
biasanya terjadi dalam proses perekrutan adalah seperti diskriminasi dan berat sebelah dimana
perekrut memihak kepada salah satu calon walaupun sepatutnya mereka hendaklah bersikap
adil dan objektif tanpa memihak kepada mana-mana calon.

Dengan adanya proses perekrutan yang betul dan sistematik tindakan undang-undang ini dapat
dikurangkan atau dielakkan sama sekali. Dengan mengikuti dan melaksanakan proses
perekrutan yang baik dan sistematik ini kepada semua calon, perekrut dapat mengelakkan
daripada dituduh berlaku tidak adil atau berpihak kepada mana-mana calon. Ini adalah kerana
kesemua calon mengikuti proses perekrutan yang betul dan sistematik yang telah ditetapkan
oleh pihak syarikat atau organisasi. Selain itu, dengan adanya proses perekrutan yang betul ini,
ia juga akan dapat mencegah daripada berlakunya diskriminasi tidak kiralah dari segi jantina,
kaum, agama dan lain-lain. Proses perekrutan yang baik dan betul akan dapat menjadi bukti
yang kukuh di mahkamah seperti bahan-bahan yang digunakan ketika proses perekrutan
dijalankan contohnya soalan-soalan ujian berkaitan dan sebagainya. Proses perekrutan yang

6
betul ini juga akan menjadi satu proses standard yang dilalui oleh kesemua calon dan ini akan
mengelakkan berlakunya diskriminasi.

4. Untuk mengelakkan pembaziran sumber dan wang syarikat

Setiap syarikat mempunyai sumber tersendiri dan kebanyakan sumber tersebut adalah terhad.
Begitu juga dengan kewangan syarikat atau sesebuah organisasi. Oleh itu, syarikat atau
organisasi hendaklah menggunakan sumber-sumber ini dengan sebaiknya secara efesien dan
efektif. Antara contoh sumber yang dimiliki oleh sesebuah syarikat atau organisasi adalah
seperti tenaga manusia, kepakaran, maklumat dan sebagainya. Dengan adanya proses
perekrutan yang betul dan baik, sumber-sumber ini dapat disalurkan kearah yang betul.

Kegagalan menyediakan proses perekrutan yang baik akan menyebabkan sumber-sumber yang
digunakan semasa proses perekrutan terbazir. Ini adalah kerana jikalau proses perekrutan yang
dilaksanakan adalah lemah ia akan menghasilkan keputusan yang tidak baik. Calon yang dipilih
ketika proses perekrutan yang lemah ini mungkin akan tidak membantu pembangunan masa
depan syarikat atau organisasi untuk menjadi organisasi yang cemerlang. Selain itu, sumber
yang digunakan semasa proses perekrutan ini seperti tenaga manusia, wang, kepakaran
perekrut dan sebagainya akan terbazir begitu sahaja. Sudah semestinya syarikat mengharapkan
agar sumber-sumber yang digunakan akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada
perkembangan syarikat atau organisasi. Proses perekrutan yang betul akan membantu perekrut
untuk menggunakan sumber-sumber yang ada secara efesien dan efektif bagi memperolehi
hasil yang terbaik. Justeru penting bagi sesuatu syarikat atau organisasi untuk melaksanakan
proses perekrutan yang betul dan baik agar sumber-sumber syarikat tidak terbazir kerana ianya
adalah terhad serta ia perlulah digunakan dengan sebaiknya.

KAEDAH PENGAMBILAN LUAR KERANI

7
Seorang kerani adalah merupakan pekerja kolar putih yang menjalankan tugas pejabat umum,
atau pekerja yang melakukan tugas yang berkaitan dengan penjualan dalam lingkungan runcit.
Tanggungjawab pekerja perkeranian biasanya termasuk penyimpanan rekod, pemfailan,
kaunter khidmat kakitangan, dan tugas pentadbiran yang lain. Di Perkasa Trading Sdn Bhd
terdapat beberapa orang kerana seperti kerani pentadbiran dan kerani akaun.

Bagi merekrut seorang kerani Perkasa Trading Sdn Bhd menggunakan pengambilan luar
dengan menggunakan kaedah pengambilan langsung. Pengambilan langsung merujuk kepada
proses merekrut calon yang berkelayakan dari sumber luar dengan meletakkan notis
kekosongan dalam papan notis organisasi. Butiran kerja akan ditentukan di papan notis.
Kaedah ini berguna untuk pengambilan pekerja kolar biru, kolar putih, dan pekerja teknikal.
Kaedah pengambilan ini adalah sesuai apabila terdapat bekalan sumber manusia yang tinggi di
pasaran. Sumber luar yang dimaksudkan disini ialah seperti calon “walk-ins” dan melalui
ejensi pekerjaan. Melalui “walk-ins” calon berpotensi melawat pejabat syarikat dan memohon
pekerjaan. Biasanya pekerja / penyelia yang tidak mahir dan berpengalaman adalah calon yang
memohon. Ia adalah kaedah yang agak tidak rasmi dan kurang mahal untuk pengambilan luar.
Ia berkaitan dengan pengambilan langsung dan juga dikenali sebagai pengambilan pintu kilang.

Antara kelebihan kaedah pengambilan ini adalah yang pertama, kaedah ini tidak menggunakan
kos yang tinggi. Seperti kaedah “walk-ins” syarikat hanya perlu menunggu calon untuk datang
ke syarikat untuk memohon kerja tanpa perlu mengiklankannya di dalam media cetak. Kos
untuk memaparkan iklan jawatan kosong didalam papan notis syarikat juga adalah tidak
berbayar. Sudah menjadi lumrah sesebuah syarikat atau organisasi untuk mengurangkan kos
perbelanjaan syarikat kerana ia akan mempengaruhi prestasi syarikat secara langsung. Dengan
mengamalkan kaedah ini syarikat sudah semestinya akan mengguna kos yang sedikit selain
dapat mencari calon-calon yang berkualiti. Syarikat juga tidak akan mempunyai masalah untuk
mendapatkan calon yang berpotensi kerana terdapat banyak bekalan sumber manusia di luar
organisasi ataupun syarikat.

Selain itu, kaedah pengambilan langsung ini juga akan memperolehi calon-calon yang
berkualiti dan terbaik. Ini adalah kerana apabila syarikat atau organisasi menggunakan khidmat
ejensi pekerjaan, ejensi tersebut pasti akan menyediakan calon-calon yang menepati kehendak
syarikat dan kesemua calon yang dikemukan adalah menepati ciri-ciri dan skil yang dimahukan
oleh syarikat tersebut. Ini akan memastikan bahawa pekerja yang bakal digaji adalah yang
terbaik dan boleh melaksanakan tugas dengan cemerlang. Selain itu, syarikat atau organisasi

8
boleh menggunakan sumber-sumber syarikat yang ada kea rah yang lain. Ini adalah kerana,
dengan menggunakan khidmat ejensi, mereka akan melakukan proses awal perekrutan dan
hanya akan memberikan calon yang terbaik kepada syarikat atau organisasi untuk proses
pemilihan. Dengan adanya kaedah ini juga, pembaziran sumber akan dapat dikurangkan
ataupun dielakkan sama sekali.

Namun begitu kaedah ini juga mempunyai kelemahannya. Antara kelemahan menggunakan
kaedah ini adalah ia memerlukan masa yang lama. Ini adalah kerana informasi tentang
kekosongan jawatan yang ada akan mengambil masa untuk sampai kepada calon-calon yang
berpotensi disebabkan oleh notis kekosongan jawatan hanya terdapat pada papan notis syarikat
sahaja. Pada zaman teknologi ini juga, calon-calon yang ingin mencari kerja kebiasaanya akan
merujuk kepada portal pekerjaan atas talian untuk mencari kerja. Ini secara tidak langsung akan
mengurangkan jumlah pencari kerja yang melihat kepada papan notis sesebuah syarikat.
Justeru ia akan melambatkan lagi syarikat untuk mengumpul calon-calon yang berpotensi
untuk di ambil bekerja.

Secara amnya kaedah ini adalah baik kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi dan boleh
memperolehi calon-calon yang berpotensi. Meskipun begitu, terdapat penambah baikan yang
boleh dilakukan untuk memperolehi hasil yang lebih baik. Antara kaedah penambahbaikan
yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengiklankan jawatan kosong yang ada di media
sosial. Melalui kaedah ini, syarikat atau organisasi akan dapat mencapai calon-calon yang
berpotensi dengan lebih ramai. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan potensi syarikat
atau organisasi untuk mendapatkan calon-calon yang berkualiti dan cemerlang. Ini adalah
kerana capaian media sosial adalah lebih luas. Seperti yang kita sedia maklum, semakin hari,
semakin ramai orang yang menggunakan media sosial. Dengan menggunakan kaedah ini juga
syarikat ataupun organisasi tidak perlu mengeluarkan kos. Ini adalah kerana untuk
menyampaikan maklumat jawatan kosong ini di media sosial ia tidak dikenakan sebarang caj.

KAEDAH PENGAMBILAN LUAR PENGURUS UMUM

9
Pengurus umum atau GM ialah seseorang yang bertanggungjawab untuk mengurus perniagaan
atau kawasan tertentu sesebuah syarikat. Pengurus umum memastikan perniagaan berfungsi
dengan cekap dan menghasilkan keuntungan sebanyak mungkin.

Pengurus umum lazimnya berpangkat di atas kebanyakan pekerja lain dalam syarikat. Walau
bagaimanapun, dalam beberapa kes, mereka boleh berada di bawah eksekutif peringkat
korporat. Pengurus umum biasanya melaporkan kepada pemilik perniagaan atau eksekutif
korporat. Pengurus umum mempunyai tanggungjawab untuk menyelaraskan, merancang, dan
membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan perniagaan.

Tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga operasi harian perniagaan dan mewujudkan
serta melaksanakan strategi yang dirancang untuk membantu mengembangkan perniagaan.
Mereka juga menguruskan kakitangan dan projek dalam syarikat. Di samping itu, mereka
membuat keputusan strategik.

Tugas seorang pengurus umum akan bergantung pada jenis syarikat dan saiznya. Apa yang
mereka lakukan juga bergantung kepada struktur organisasi syarikat. Dalam perniagaan kecil,
mereka bertanggungjawab ke atas lebih banyak bahagian syarikat berbanding dengan pengurus
umum perniagaan besar. Sebagai contoh, dalam industri perhotelan, seorang pengurus umum
hotel yang mempunyai banyak cawangan boleh bertanggungjawab menguruskan kakitangan
dan jabatan. Di hotel kecil, sebaliknya, mereka mempunyai lebih banyak peranan, seperti
pengambilan kakitangan, dan kempen pemasaran. Di hotel-hotel kecil, pengurus umum bekerja
dalam strategi kewangan.

Bagi Perkasa Trading Sdn Bhd untuk menggaji seorang pengurus umum mereka menggunakan
khidmat perunding pengurusan. Terdapat beberapa firma pengurusan swasta yang bertindak
sebagai perantara antara perekrut dan orang yang direkrut. Firma-firma ini membantu
organisasi untuk menggaji kakitangan profesional, teknikal dan pengurusan, dan mereka pakar
dalam merekrut pekerja peringkat tengah dan eksekutif peringkat tertinggi.

Mereka menjemput pemohon kerja dan mendaftarkannya, mengekalkan data di dalam bank
data untuk menyediakan pekerjaan. Mereka menyenarai pendekkan calon yang ada di bank
data dan memberikan senarai calon yang sesuai apabila diperlukan oleh majikan yang bakal
datang. Wakil-wakil organisasi majikan akan mengambil keputusan akhir dalam proses
pemilihan. Dalam kaedah ini, organisasi majikan dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan
kumpulan besar calon yang berpotensi. Firma-firma ini mengekalkan data semua pencari kerja,
seperti pendidikan, kelayakan, pengalaman, dan lain-lain dan memberikan butiran mereka

10
kepada syarikat-syarikat yang mencari pekerja apabila diperlukan. Kini, jurutera, akauntan,
peguam membantu rakan-rakan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dalam
organisasi perindustrian.

Antara kelebihan kaedah ini adalah hanya calon yang sudah ditapis dan dirujuk yang diberikan
kepada majikan, oleh kerana itu, kualiti calon yang tersedia adalah lebih tinggi. Ini adalah
kerana sebelum menyerahkan senarai akhir calon untuk dipilih oleh syarikat atau organisasi,
firma perunding akan mencari dan menyediakan calon yang betul-betul layak serta boleh
mengisi jawatan yang diperlukan oleh syarikat. Selain itu, mereka jugak selalunya mempunyai
ramai dan pelbagai pilihan calon. Kepelbagaian calon ini akan memberikan ruang kepada firma
perunding untuk mencari calon yang sesuai dengan kehendak syarikat.

Kedua ialah respon yang laju daripada kakitangan firma perunding yang berdedikasi. Respon
yang laju ini akan memudahkan pencarian pekerja bagi pihak syarikat. Kelajuan respon ini juga
adalah kerana firma perunding kebiasaannya mempunyai calon yang sedia ada di dalam
simpanan data mereka. Dengan adanya data ini, mereka tidak mempunyai masalah untuk
mengumpul calon-calon yang menepati kehendak syarikat. Seperti yang kita tahu, masa
merupakan satu elemen penting dalam sesebuah organisai atau syarikat dan sesuatu
kekosongan jawatan seharunsya tidak dibiarkan kosong untuk tempoh yang agak lama keran
ia mungkin akan mengaggu perjalanan harian syarikat apatah lagi jika jawatan tersebut
merupakan jawatan tinggi di dalam struktur organisasi syarikat.

Ketiga pula adalah kebanyakan calon lebih selesa berurusan dengan firma perunding dan
bukannya majikan. Ini adalah kerana calon-calon yang ingin mencari kerja juga ingin menjaga
privasi mereka lebih-lebih lagi calon yang ingin memohon untuk jawatan bahagian atasan. Ini
adalah kerana kebanyakan calon yang ingin memohon jawatan bahagian atasan ini selalunya
masih bekerja dan berita tentang mereka mencari kerja lain akan menjejaskan imej syarikat
mereka bekerja pada waktu itu. Dengan menggunakan khidmat firma perunding mereka akan
dapat merahsiakan niat mereka untuk bertukar syarikat. Justeru ini menunjukkan bahawa pihak
majikan seperti Perkasa Trading Sdn Bhd akan tidak mempunyai masalah dalam mencari
pengurus umum kerana pihak perunding ini sudah semestinya mempunyai calon yang
berkualiti.

Walaupun aedah ini mempunyai banyak kelebihan ia juga mempunyai kekurangannya


tersendiri. Antara kekurangan kaedah ini adalah ia melibatkan kos yang tinggi. Ini adalah
kerana firma perunding terdiri daripad staf professional yang mempunyai pengalaman yang

11
luas dalam mencari calon pekerja yang terbaik. Mereka juga menggunakan pelbagai sumber
untuk menepati kehendak pelanggan mereka. Ini adalah supaya mereka dapat mencari dan
menyediakan calon-calon yang berkualiti agar pemilihan pekerja yang dilakukan oleh
pelanggan mereka dalah tidak sia-sia.

12
RUMUSAN

Secara kesimpulannya, proses perekrutan merupakan satu proses yang amat penting bagi
sesebuah syarikat kerana ia adalah satu proses yang berterusan dan ia akan mempengaruhi masa
depan sesebuah syarikat atau organisasi. Oleh itu, syarikat hendaklah mempunyai proses
perekrutan yang kukuh dan sistematik dan organisasi hendaklah melaksanakan proses
perekrutan ini dengan betul. Antara kepentingan proses perekrutan yang betul adalah seperti
untuk memastikan pencarian calon yang berkualiti, untuk memastikan penggunaan masa yang
minima, untuk mengurangkan tindakan undang-undang oleh calon yang memohon, dan untuk
mengelakkan pembaziran sumber dan wang syarikat.

Terdapat banyak kaedah untuk pengambilan luar dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan
kelemahan tersendiri. Selain itu ia juga melihat kepada jawatan yang diperlukan. Setiap
jawatan mempunyai kaedah pengambilan luar yang sesuai dan sumber yang digunakan adalah
berbaloi untuk menghasilkan keputusan yang baik. Contohnya, kerana dan pengurus umum
mempunyai keperluan yang berbeza, justeru ia memerlukan kaedah yang sesuai untuk
memperolehi calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

13
RUJUKAN

(n.d.). Retrieved from Perkasa Trading Sdn Bhd:


http://www.perkasatrading.com/DEFAULT.htm
Alojate. (n.d.). How Important Is a Good Recruitment Process. Retrieved from
streetdirectory.com:
https://www.streetdirectory.com/travel_guide/183825/human_resources/how_importa
nt_is_a_good_recruitment_process.html
Cameron, A. (2017, April 26). Internal vs. External Recruitment. Retrieved from Top
Echelon: https://www.topechelon.com/blog/internal-vs-external-recruitment-methods-
advantages/
Leonard, K. (2019, January). Importance of Effective Recruitment & Selection. Retrieved
from Chron: https://smallbusiness.chron.com/importance-effective-recruitment-
selection-55782.html
Riley, J. (2017). People Management: Methods of Recruitment (GCSE). Retrieved from
tutor2u: https://www.tutor2u.net/business/reference/people-management-methods-of-
recruitment-gcse
Robinson, A. (n.d.). The Importance Of A Well-Defined Hiring Process. Retrieved from
International Franchise Association: https://www.franchise.org/the-importance-of-a-
well-defined-hiring-process
Sherzay, Z. (2015, March 31). The Importance of a Strong Recruitment Process. Retrieved
from Lucas Professional Search Group: http://www.lucaspsg.ca/the-importance-of-a-
strong-recruitment-process/

Essays, UK. (November 2013). Purpose And Importance Of Recruitment Business Essay.
Retrieved from https://www.uniassignment.com/essay-samples/business/purpose-and-
importance-of-recruitment-business-essay.php?vref=1

14

Anda mungkin juga menyukai