Anda di halaman 1dari 27

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA : HEMRAN BIN KADAR

NO. MATRIKULASI : 740707135747002

NO. KAD PENGENALAN : 740707135747

NO. TELEFON : 0138124190

E-MEL : bapak_emran@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM MIRI, SARAWAK

1
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Isi kandungan tugasan

Isi kandungan Muka surat


1.0 Penghargaan ------------------------------- 3

2.0 Abtrak ------------------------------- 4

3.0 Pengenalan ----------------------------- 5-6

4.0 Perbezaan bahasa Melayu klasik dengan ----------------------------- 6 - 14


bahasa Melayu moden dari segi morfologi

5.0 Perbezaan bahasa Melayu klasik dengan ----------------------------- 15- 22


bahasa Melayu moden dari segi sintaksis

6.0 Rumusan ----------------------------- 23

7.0 Bibliografi ----------------------------- 24

8.0 Lampiran ----------------------------- 25-26

2
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Penghargaan
Terima kasih kepada Puan Hajah Ainah Binti Julhee , tutor bagi subjek

HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, di atas segala tunjuk ajar

mengenai subjek ini mahupun mengenai tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau tidak mungkin
rasanya saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa, terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi

sokongan moral dan memahami situasi saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Rakan-rakan yang juga memberi sokongan moral , menyokong sama ada

secara langsung dan tidak langsung ketika saya amat memerlukan untuk menyiapkan

tugasan ini.

Terima kasih kepada semua.

HEMRAN BIN KADAR

740707135747

3
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

ABSTRAK

Dalam usaha memahami lagi kewujudan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu
Moden, mengetahui perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan moden pada setiap masyarakat
haruslah dibincangkan. Bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai peranan dan kelebihannya
tersendiri sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana
setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan bahasa Jepunnya,
negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis dengan bahasa Perancisnya.
Bahasa Melayu berperanan sebagai alat memperkasa dan perakuan kejatidirian bangsa Malaysia
demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam
Wawasan 2020. Namun kedaulatan bahasa Melayu kian tergugat dan hanyut dek arus
pemodenan serta asakan gelombang globalisasi dan seakan-akan kehilangan jati diri sebagai
lambang bahasa bangsa Malaysia.

Tugasan ini membincangkan tentang perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan bahasa
Melayu moden yang menyebabkan bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-
bahasa lain di dunia dan peranan-peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa
Malaysia melalui bahasa Melayu klasik dan moden.Dalam tugasan ini saya juga cuba
memaparkan perbezaan bahasa melayu klasik dengan bahasa Melayu moden dari segi morfologi
dan sintaksis berserta contohnya.

4
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu
moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat
melayu ketika sastera itu dilahirkan.Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai perbezaan
dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang sistematik. Awang
Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa
Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik
dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini
diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan
Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula
memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat
kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan
lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga
menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa
Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan
ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah
sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa
Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama,
undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan
politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa
Arab dan Parsi.

Kebanyakan Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang
tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua
dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi. Kitab ini membicarakan
tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori
cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang
ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini
merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu.
5
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa melayu moden pula mempunyai makna yang khusus bagi menilai perkembangan
sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam
perkembangan Bahasa Melayu.Menurut Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail Dahaman
2007, pemodenan bahasa ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju
sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa
yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi bentuk-bentuk
moden dalam wacana Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata
Bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata
baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang
digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata
khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks. Pemodenan bahasa dapat
dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa
lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui
pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut perkataan (morfologi)

Menurut Nik Safiah Karim (1996), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata. Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa
Melayu Moden berdasarkan Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana’
daripada sudut perkataan (morfologi).

6
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1. Perbezaan dari segi penggunaan imbuhan

Kebanyakan imbuhan ‘ ber’ dan ‘an’ yang sering digunakan dalam bahasa Melayu klasik dalam
Hikayat Seri Rama manakala dalam bahasa Melayu moden menggunakan 4 jenis imbuhan iaitu
awalan,akhiran,sisipan dan apitan.

Contoh perbezaan penggunaan imbuhan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu
moden:

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


Bertari-tari Menari-nari
Berlompat-lompat Melompat-lompat
Berseru-seru Menyeru-nyeru
Dengar-dengaran Kedengaran

Contoh ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik:

Maka kamu kedua bertari-tari dan berlompat-lompat di hadapan rumah Seri Rama.

Maka iapun berseru-seru minta tolong.

Contoh-contoh imbuhan bahasa Melayu moden:

Awalan Akhiran Sisipan Apitan


di- -an -el- Per-……-an
Per- -kan -er- Ke-…….-an
Ter- -man -em- Me-…….-kan
Ber- -wati -in- di-………-kan
Men- -i Ber-……-an

7
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

2. Perbezaan dari segi penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama

Kebanyakan kata nama am, khas dan kata ganti nama dalam bahasa melayu klasik menggunakan
gelaran dalam bahasa istana serta gelaran dalam bahasa sankrit manakala bahasa moden banyak
menggunakan gelaran yang lebih moden dan tidak dipengaruhi oleh bahasa istana dan bahasa
sankrit.

Contoh- contoh penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama:

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


Mahaloka Binatang
Perjangga Sura Dr Ali
Seri rama Bertapa Dato
Kijang emas Proton Wira
Maharaja Rawana Sultan Pahang
engkau dia
Kamu berdua Mereka berdua

Contoh penggunaan kata nama dalam bentuk ayat yang digunakan dalam bahasa
Melayu klasik:

Adapun Maharaja Rawana pun menyuruh mengambil ratanya.

Setelah beberapa lamanya, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama
Bertapa itu, serta ia bertitah:”Hai, Mahaloka dan Perjangga Sura, pergilah engkau kepada
tempat Seri Rama duduk itu.

8
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

3. Perbezaan dari segi kata kerja

Kebanyakan kata kerja bahasa Melayu klasik diletak perkataan ‘lah’ dan ‘nya’ manakala dalam
bahasa melayu moden tidak terdapat penambahan perkataan tersebut.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


pergilah pergi
sampailah sampai
berjalanlah berjalan
tangkaplah menangkap
berbunyilah berbunyi
sujudlah sujud

Contoh penggunaan kata kerja dalam Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi
dilarikan oleh raja Rawana:

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.

(Perenggan 3, baris 1)

4. Perbezaan dari segi kata adjektif

Kata adjektif bahasa klasik sukar untuk dikenalpasti kerana tidak banyak didahului oleh kata
penguat dan imbuhan berbanding dengan kata adjektif bahasa Melayu moden yang mudah
dikenali apabila didahului kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling,agak, benar
dan sebagainya.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


Kijang emas Kijang berwarna emas
Kijang perak Kijang berwarna perak
Suara raksasa Suara yang kuat
Terlalu jahat Sangat jahat

9
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Terlalu miskin Sangat miskin


Rata yang sakti ajaib
Terlalu besar Sangat besar

Contoh ayat:
“Aku seorang berahmana terlalu miskin dan tiada aku dapat lalu dari sini kerana garis
Laksamana ini. Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar
garis itu sedikit, terlalu besar pahalanya tuan puteri”.

5. Perbezaan dari segi kata bilangan

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


Setelah beberapa lamanya Beberapa minggu lepas
Dua ekor itu Dua orang
Bukan barang-barang Barang-barang itu kepunyaan dia
Kalau-kalau pertama
Empat orang hambanya semua

Contoh ayat bahasa Melayu klasik:

Maka Laksamana pun berjalan dengan empat orang hambanya.

10
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

6. Perbezaan dari segi penggunaan perkataan Bahasa Istana

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Perbezaan dapat dilihat dari segi
penggunaan perkataan dan sistem panggilan kepada seseorang.

Contoh:
sembah, beta, titah, berangkat, gering dan sebagainya.
.
Dalam hikayat yang saya kaji, bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera,
kebanyakan cerita berkisar kepada kisah dan peristiwa yang dialami dalam kalangan raja di
istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak
memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yangmempunyai pelbagai larasnya, sesuai
dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Melayu Klasik(Istana) Bahasa Melayu Moden


Bertitah Berkata
Hamba Aku
Laksamana Menteri pertahanan
Tuanku Panggilan untuk raja
Paduka Bahasa Istana
Kekanda Panggilan untuk suami (Raja)
Adinda Panggilan untuk isteri (Permaisuri)

Contoh ayat :

“ Hai adinda Laksamana, suaranya saudara tuan hamba itu. Ia minta tolong
bunyinya.”

11
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

7. Perbezaan penggunaan Kosa kata klasik dan moden


Kosa kata bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi oleh kosa kata Sankrit, Arab dan Parsi.
Kosa kata klasik Kosa kata moden
Bertapa Mengasingkan diri
Menunggui Menunggu
Menaruhkan Memperjudikan
Sakti Luar biasa

Contoh ayat:

Maka kata laksamana: “ Hamba menangis ini, oleh kerana harap paduka kekanda akan
hamba menaruhkan tuan hamba dan sekarang tak dapat tiada hamba pergi, kerana kata tuan
hamba itu”.

8. Perbezaan penggunaan Kata pangkal ayat ( perdu ayat)

Dalam bahasa Melayu klasik penggunaan perkataan seperti itu bukan sahaja digunakan untuk
memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam
perenggan.Dalam bahasa Melayu moden tidak terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang
sedemikian.

Kata pangkal ayat bahasa Melayu klasik Kata pangkal ayat bahasa Melayu Moden
Adapun Pada zaman dahulu
Setelah beberapa lama Pada suatu hari
Maka Dalam pada itu
Alkisah Pada kedinginan malam
Sebermula Bermulalah cerita

12
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh penggunaan ayat:

Setelah beberapa lamanya, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama
Bertapa itu.

9. Perbezaan penggunaan Partikel @ kata penegas

Kata Penegas bahasa Melayu Klasik Kata Penegas bahasa Melayu Moden
Jadikan dirimu Siapakah yang datang itu?
Sudah jauh daripada rumahnya Apatah nasib kita.
Masuklah Pemuda itulah tunangnya.
Sangatlah Kami juga ingin ke sana.
Batu pun habis terpelanting Hamid memang kuat makan.

Contoh ayat:

Setelah datang rata itu, maka ia pun naiklah ke atas ratanya itu.

10. Perbezaan penggunaan Kosa kata daripada bahasa Arab dan Sanskrit

Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di
kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruhdaripada kedua-dua
bahasa ini.

Arab:
Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dan lain-lain.

Sanskrit:
Dosa, pahala, raja, dan lain-lain.

13
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Klasik:
berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutumanikam (batu permata) masygul (dukacita,
sedih)ceritera (cerita) amarah (marah) dan sebagainya.

Kosa kata bahasa klasik(Arab) Kosa kata bahasa melayu moden


Sujudlah Sujud
Allah Taala Allah
Daulat Daulat
Pahala Pahala

Contoh ayat:

Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar garis itu sedikit,
terlalu besar pahalanya tuan puteri.

11. Perbezaan dari segi tanda baca

Tanda baca bahasa melayu klasik:

Setelah demikian itu, maka Laksamana pun turun, lalu ia mengelilingi rumah Sita Dewi, seraya
ia menggaris tanah dengan telunjuknya seraya katanya: “ Hai, Bumi, pertaruhkulah Sita Dewi
kepadamu. Adapun barang siapa akan melangkah garis ini, tangkap olehmu kakinya.”

Tanda baca bahasa melayu moden:

“Cepatnya sampai…..”kataku sambil ketawa. Suhada berjabat tangan dengan Samad dan
Profesor Sastera itu.

14
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

“Mengapa tak naik ke atas dulu?” Tanya Suhada kepada mereka. (Petikan dari novel Mendung
Mengelubungi Melaka)

12. Perbezaan dari segi penggunaan kata pinjaman

Bahasa Melayu klasik banyak membuat kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi manakala
bahasa Melayu moden banyak menggunakan kata pinjaman bahasa Inggeris.

Contoh kata pinjaman bahasa Melayu klasik:

Sujudlah (perenggan 3, baris 1), sakti (perenggan 18, baris 6),

raksasa (perenggan 8, baris 3

Contoh kata pinjaman bahasa Melayu moden:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu moden


Book Buku
Lamp Lampu
Ball Bola
Mind Minda
Bus Bas
Taxi Teksi

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut ayat (sintaksis)

Menurut Dr Ali Mahmood dalam buku Morfologi dan Sintaksis mendifinisikan bahawa
sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa Melayu Moden berdasarkan
Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana’ daripada sudut ayat(Sintaksis):

15
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1. Perbezaan dari segi permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita.

Bahasa Melayu klasik biasa menggunakan permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita
dengan perkataan adapun, maka,sebermula, arakian, hatta dan lain-lain manakala bahasa melayu
moden menggunakan permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita dengan perkataan pada suatu
hari, dalam kedingingan malam, pada suatu malam,sejak tadi lagi dan sebagainya.

Contoh permulaan ayat bahasa Melayu Klasik:

Adapun Maharaja Rawana pun menyuruh mengambil ratanya. Setelah datang rata itu,
maka ia pun naiklah ke atas rata itu. Maka Mahkota dan Perjangga Sura pun naiklah
ke atas rata bersama-sama dengan maharaja Rawana. Maka ia pun terbanglah dari
Langkapura.

Contoh permulaan ayat dalam cerita Bahasa Melayu Moden:


Kabus tebal mengelubungi Selat Melaka sebentar tadi sudah mulai tersingkap,
ditembusi pancaran sinar matahari pagi.

Sejak tadi lagi mata Hemran terpaut kepada nona yang berpakaian congsam itu.

2. Perbezaan dari segi penutup cerita

Bahasa Melayu klasik biasa mengakhiri cerita dengan ayat-ayat seperti maka sembahnya, setelah
demilian, setelah dayang itu mendengar,maka jadi terlepas hajatnya semuanya dan sebagainya.
Bahasa Melayu moden biasa mengakhiri cerita dengan ayat-ayat seperti selang tiada beberapa
minggu lepas, akhirnya aku teringat Suhada, begitulah riwayat, oleh itu jangan lepaskan peluang
dan sebagainya.

16
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh penutup cerita Bahasa Melayu Klasik:

Setelah demikian, maka Sita Dewinpun berdiri di dalam garis, maka tangannya
diunjukkannya keluar garis itu kepada berahmana. Maka ditangkapnyanakan tangan Sita
Dewi oleh berahmana itu, lalu ditariknya dan diterbangkannya ke udara. Maka Maharaja
Rawana dan Sita Dewi diterbangkan oleh rata yang sakti hingga sampai ke negeri
Langkapura.

Contoh penutup Bahasa Melayu Moden:

Ketika mataku mulai mengantuk dan ingatanku mulai melayang, aku merasa badanku
disentuh orang. Aku membuka mata. Di dalam suasana yang samar-samar itu, aku
melihat suhada sedang menarik gebar di hujung kakiku. Dia menyelimuti seluruh
tubuhku. Aku membiarkannya. Aku merasa semacam kebahagiaan menyelinap ke dalam
dadaku. Oh Tuhan…..(Petikan dari novel ‘Naga-Naga’)

3. Perbezaan dari segi penggunaan ayat majmuk.


Ayat majmuk bahasa melayu klasik lebih panjang, bertela-tela dan kata-kata yang tidak
berfungsi dalam penulisan.

Contohnya ayat majmuk bahasa Melayu klasik:

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.
Setelah demikian itu, maka ia pun berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.

17
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Ayat majmuk bahasa Melayu moden lebih pendek, bermakna dan kata-kata yang berfungsi
dalam penulisan.

Contoh ayat majmuk bahasa Melayu moden:


Johari cukup taat mengaji dan sembahyang. Sudah setahun lamanya ia tidak jauh
daripada tikar sembahyang, menjauhkan dirinya daripada takbur dan ria, bersedap-
sedap di atas dunia dan membuat pekerjaan-pekerjaan yang melalaikan.

4. Perbezaan dari segi struktur ayat.


Ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik lebih panjang, berulang-ulang dan berbelit-
belit,gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung
yang tertentu, terutamanya"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda
koma bertitik sahaja.
Contoh struktur ayat bahasa Melayu klasik:

Maka kata Laksamana: “Bahawa paduka kekanda itu tiada dapat dibunuh oleh segala
manusia dan segala binatang yang di dalam hutan itu dan jikalau patik tinggalkan tuan
puteri, kalau-kalau datang sesal pada patik.”

5. Perbezaan dari segi ayat atau klausa yang terbalik

Dalam bahasa Melayu klasik terdapat ayat atau klausa songsang dengan predikat di depan kesan
daripada pengaruh tatabahasa Arab.

Contoh:
Setelah Seri Rama sudah jauh daripada rumahnya, maka Maharaja Rawana pun
tersembunyi di dalam hutan.

18
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan
fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks,
yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

Contoh struktur ayat bahasa melayu moden:


Air di permukaan tidak lagi tenang seperti di mana-mana pun tiada lagi ketenangan.

6. Perbezaan dari segi ragam ayat pasif.

Ragam ayat pasif dalam bahasa Melayu klasik lebih mengutamakan objek di depan ayat.

Contohnya ragam ayat pasif bahasa Melayu klasik:


Maka seorang engkau jadikan dirimu kijang emas dan seorang engkau jadikan dirimu
kijang perak.

Contoh ayat pasif bahasa Melayu moden:


Rumah itu telah dibeli oleh ayah setahun yang lalu.

7. Perbezaan dari segi penggunaan penanda wacana

Penanda wacana atau kata pangkal ayat bahasa Melayu klasik biasa menggunakan perkataan
maka, setelah itu, adapun,Arakian, hatta, alkisah, syahadan, sebermula, kalakian,dan sekali
peristiwa.

Contoh ayat dalam penggunaan penanda wacana bahasa Melayu klasik:

Adapun Maharaja Rawana pun………..

Setelah beberapa lamanya……………..

Setelah dilihat oleh isterinya……………

Setelah demikian, maka Sita Dewi pun berdiri di dalam….........

19
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh penanda wacana atau kata pangkal ayat bahasa Melayu Moden ialah selain itu, justeru
itu, di samping itu, oleh itu, walaubagaimanapun, sungguhpun begitu dan sebagainya.

Ali seorang guru SK Senadin. Oleh itu, beliau telah membeli rumah di
kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau sering tiada di rumah.

8. Perbezaan dari segi penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’

Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah, sujudlah dan sebagainya.

Maka ia pun terbanglah dari Langkapura.

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.

9. Perbezaan dari segi penggunaan ayat perintah atau ayat larangan yang songsang
digambarkan melalui satu suruhan atau cadangan.

Contoh ayat perintah songsang bahasa Melayu Klasik:

Maka kata Laksamana”Ya, tuanku jangan tuanku dengar-dengaran itu. Akan bunyi suara itu,
bukan suara kekanda. Adapun suara itu suara raksasa, yang diam di dalam hutan juga.”

Contoh ayat perintah bahasa Melayu moden:

Wahai tuan, suara yang tuan dengar di dalam hutan itu bukan suara tuan tetapi suara raksasa
yang tinggal di dalam hutan itu.
20
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

10. Perbezaan dari segi penggunaan kata sendi nama secara umum.

Dalam bahasa Melayu klasik penggunaan kata sendi nama secara umum digabungkan
dengan kata adjektif manakala penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu moden
digabungkan dalam bentuk separa dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi.

Contoh penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu klasik:

Setelah beberapa lama, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama
Bertapa itu, serta ia bertitah….(perenggan 2 ayat 1)

Contoh penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu moden:

Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota Melaka.

Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan.

11. Perbezaan dari segi pola ayat dasar

Pola ayat dasar bahasa Melayu klasik lebih mudah.Subjek yang digunakan biasanya
menggunakan nama khas.Pola ayat dasar bahasa Melayu klasik sukar untuk dikembangkan.
Manakala pola-pola ayat dasar bahasa Melayu moden lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau
ayat majmuk, ayat pendek atau panjang,ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

Contoh pola ayat dasar bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Seri Rama:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat


1. FN + FN Dirimu Kijang emas
2. FN + FK Maharaja Rawana Menyuruh
3. FN + FA Seri Rama Sudah jauh
4. FN + FS Perjangga Sura Naiklah ke atas

21
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh pola ayat dasar bahasa Melayu moden:

Pola Jenis pola Subjek Predikat


1. FN + FN Encik shari Ejen insuran
2. FN + FK Dia Menjerit kesakitan
3. FN + FA Budak itu Sangat nakal
4. FN + FS Pejabat saya Di kuala Lumpur

12. Perbezaan dari segi penggunaan kata kerja asal

Dalam bahasa Melayu klasik kebanyakan semua kata kerja asal diberi imbuhan manakala bahasa
Melayu moden kata kerja asal ada yang tidak berimbuhan yang boleh terdiri daripada kata kerja
tak transitif dan kata kerja transitif.

Contoh kata kerja asal yang diberi imbuhan dalam bahasa Melayu Klasik:

Naiklah (perenggan 1,baris 2), terbanglah(perenggan 1, baris 4), panahnya(perenggan 5, baris


2), sujudlah(perenggan 2, baris 4) dan sebagainya.

Contoh kata kerja asal yang diguna dalam bahasa Melayu moden:

1. Adik kecil tidur.

2. Para penonton ketawa.

3. Kakak mandi di kolam renang.

22
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Rumusan

Berdasarkan hasil analisis perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden
sememangnya banyak terdapat perbezaan daripada sudut perkataan (morfologi) dan
ayat(sintaksis). Walaubagaimanapun masih terdapat frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan
frasa sendi nama dalam kedua-dua bahasa.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai
binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya, sesuatu ayat boleh di perluaskan
dengan unsur frasa-frasa yang boleh diubah peranannya dalam ayat.

Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa
Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu Negara. Pada
hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden
adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima
warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini
mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang.

Bahasa adalah satu cirri budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara
manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan
moden tidak dapat disangkal lagi. Walaupun perbezaan kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza
namun maksud-maksud yang disampaikan penuh bermakna dan selalu pula mempunyai falsafah
yang tinggi. Apalagi bahasa melayu moden ia merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan
puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada
bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat.Mengenal dan
menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri,
bangsa dan Negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga
diri sesuatu bangsa dan Negara.

(3,155 Patah perkataan)

23
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

Abdul Samad bin Ahmad (1990).Budaya Bahasa (II) Kesusasteraan Prosa ,Associated
Educational Distributors(M) Sdn.Bhd : Melaka.

Mohd Hanafiah Zainuddin, Azlina bt. Ahmad (2007). UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 ;
SNP Panpac(M) Sdn.Bhd. : Shah Alam.

V. Propp (1997) Morfologi cerita rakyat ; terjemahan Noriah Taslim, Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Dr Ali Mahmood …[et al.],(2011). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.
Malaysia: Open University Malaysia.

Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala


Lumpur.

Noriah Taslim(2004). Hikayat Seri Rama Versi Rakyat.Dewan Bahasa Pustaka: Kuala
Lumpur.

Abdullah Hassan(2002). Tatabahasa Bahasa Melayu:Morfologi dan sintaksis untuk guru


dan pelajar. PTS: Pahang.

Abdullah Hassan...[et al.](2006).Sintaksis. PTS Professional Publishing: Kuala Lumpur.

24
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

25
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

26
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

27

Anda mungkin juga menyukai