Anda di halaman 1dari 9

Penulis : Slamet Pramono dan Saifullah

Tajuk : PANDANGAN HAMKA TENTANG KONSEP JIHAD

DALAM TAFSIR AL-AZHAR

Kandunagn buku ini cuba menguraikan pandangan Hamka Tentang konsep Jihad dalam tafsir
AL-Azhar. Konsep jihad yang telah dibincangkan dan dihuraikan, berubah mengikut keadaan dan
persekitaran seseorang. Kajian dalam buku ini berlandaskan Al- Quran dalam memberi petunjuk
kepada pandangan Hamka mengenai konsep jihad dalam Tafsir al-Azhar, di dalam Tafsir, Hamka
menyatakan jihad bermaksud bekerja kuat,serius atau berjuang.

Buku ini mempunyai beberapa tajuk, setiap tajuk pengarang telah membincangkan dengan lebih
lanjut berkenaan pandangan Hamka. Pendahuluan buku ini pengarang memberi pengenalan
mengenai apa itu jihad. Pembincangan tentang jihad dan konsep – konsep yang dikemukakan
sedikit sebanyak akan mengalami pembezaan atau penyelisihan pendapat mengikut konteks
masing- masing. Pengarang juga menyatakan perbezaan berpendapat, kerana jihad besar
adalah melawan nafsu, maka jihad yang lain seperti perjuangan di bidang
ekonomi, sosial, politik, dan apalagi ketenteraan tidak perlu diutamakan. Selain itu juga, ada
pengertian khusus yang di kemukakan oleh ulama sperti Imam Shafae mengatakan jihad adalah
memerangi kaum kafir untuk menegakkan Islam. Selain itu juga, penulis membincangkan definisi
jihad yang secara luas diperkatakan dalam kitab-kitab fikah, sentiasa berkaitan peperangan dan
pertempuran. Namun Ibnu Taimiyah didalm kitab Matalib Uli al Nuha, jihad yang diperintahkan
ada mengunakan hati seperti istiqamah untuk berjihad dan mengajak kepada syariat Islam,
penjelasan penjelasan kebenaran untuk menghilangkan ketidakjelasan, berhujah memberi
pendapat kepada yang batil dan dengan tubuh iaitu berperang. Sayyid Qutb menyatakan jihad
peperangan mengalami perkembangan yang menarik, pekembangan yang pertama adalah
diharamkan, selepas itu di izinkan, sebelum hanya selepas dimulakan musuh, yang terakhir
adalah untuk memerangi seluruh kaum musyrik.

Tajuk yang berikut adalah berkernaan biografi Hamka dan sejarah Tafsir al-Azhar. Hamka adalah
cendekiawan Indonesia yang memiliki pemikiran yang bervisi masa depan. Pemikiran beliau tidak
hanya sesuai untuk zaman lalu, namun masih bertepatkan sampai zaman sekarang. Hasil-hasil
produktiviti idea beliau sentiasa menjadi inspirasi dan rujukan ahli-ahli kehidupan di masa
sekarang ini. Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka dilahirkan pada
tanggal 16 Februari 1908 atau bertepatan dengan tanggal 14 Muharam 1366 h di kampong
Molek, Maninjau Sumatra Barat. Selepas menunaikan haji pada tahun 1927, gelaran Haji
menjadikan nama beliau lengkap sebagai Haji Abdul Malik Karim Amrullah dan selepas
disingkatkan menjadi Buya Hamka. Hamka memulakan pengabdian terhadap ilmu pengetahuan
dengan menjadi guru agama pada tahun 1927 di perkebunan Tebing Tinggi. Selepas 2 tahun,
1929, beliau juga menekuni profesi serupa di Padangpanjang. Pada tahun 1957 beliau dilantik
sebagai pensyarah Universiti Islam Jakarta dan Universiti Padangpanjang. Di bidang
kemasyarakatan, Hamka aktif di Muhammadiyah malah turut terlibat deklarasi berdirinya
Muhammadiyah pada tahun 1925. Dalam bidang politik, beliau terdaftar sebagai anggota Sarekat
Islam pada 1925, pada 1947 beliau dilantik ketua Barisan Pertahanan Nasional sekaligus anggota
Konstituanmte Masyumi.

Di antara karya-karya Hamka adalah sebagai berikut

1. Khatib al-Ummah, 8

2. Si Sabariah,

3. Tasawwuf Modern,

4. Ayahku.

5. Kenang-kenangan hidup 1, 2, 3, dan 4.

6. Sejarah Ummat Islam Jilid 1, 2, 3, dan 4.

7. Empat bulan di Amerika, Jilid I dan 2.

8. Pengaruh Ajaran Muhammad Abduh di Indonesia.

9. Dari Perbendaharaan Lama,

10. Antara Fakta dan Hayal Tuanku Rao,

11. Falsafah Ideologi Islam (1950),

12. Cita.-cita Kenegaraan dalam Ajaran Islam,

13. Tafsir Al-Azhar 30 Juz, merupakan karya terbesarnya.

Tajuk seterusnya membincangkan tentang Tafsir al-Azhar dan sejarah penulisan. Tafsir al-Azhar
adalah karya terbesar Hamka di antara lebih dari 118 judul buku mngenai agama, sastera,
falsafah, tasawur, politik, sejarah dan kebudayaan yang menjadi lagenda sehingga sekarang.
Karya-karya beliau mempunyai gaya bahasa yang khas. Pemberian nama tafsir Hamka dengan
nama Tafsir al-Azhar bertepatan dengan tempat lahirnya tafsir tersebut di masjid Agung al-Azhar.
Masjid tersebut merupakan tempat Hamka dilantik sebagai pemimpin, khatib, dan Iman Besar.
Beliau juga pelopor kegiatan masjid yang paling berpengaruh di negara itu, masjid Agung al-
Azhar inilah yang menjadi perintis kepada wujudnya ceramah-ceramah subuh di Jakarta.

Penulis seterusnya membahaskan tentang latar belakang sejarah penulisan Tafsir al-Azhar.
Tafsir ini pada mulanya hanyalah merupakan rangkaian kajian Hamka yang disampaikan pada
kuliah subuh di masjid al-Azhar di Kebayoran Baru sejak tahun 1959. Penulis mengatakan
bahawa ada beberapa faktor yang mendorong Hamka menghasilkan karya tafsir ini. Keinginan
beliau menanam semangat dan kepercayaan Islam dalam jiwa generasi muda Indonesia yang
ingin memahami al-Quran tetapi tidak menguasai Bahasa Arab adalah salah satu faktor. Selain
daripada memudahkan pemahaman para muballigh dan para pendakwah serta meningkatkan
kesan dalam penyampaian khutbah-khutbah yang diambil dari sumber Bahasa Arab
menambahkan kecenderungan beliau dalam mentafsir. Penulis mengatakan bahawa Tafsir al-
Azhar merupakan media Hamka untuk menyampaikan idea-idea baru beliau dalam menafsir al-
Quran. Idea – idea pembaharuan hasil interaksi beliau dalam bidang agama, politik dan sosial
budaya telah memperkayakan nuansa tafsirnya.

Dalam tajuk ini penulis telah membincangkan tiga komponen dalam membentuk satu tafsiran iaitu
bentuk, kaedah dan ciri-ciri atau corak tafsiran agar wujud. Tafsir al-Azhar juga tidak terkecuali
dalam gaya penulisan ini. Ini karena ketiga komponen tersebut merupakan unsur penting untuk
membentuk suatu penafsiran Bentuk penulisan boleh dikatakan merupakan pendekatan dalam
proses penafsiran, manakala kaedah penafsiran pulak sebagai alat atau media yang harus
diterapkan untuk mencapai tujuan, dan corak penafsiran merupakan tujuan pengajaran dari satu
tafsiran.

Penulis telah membincangkan bentuk Tafsir al-Azhar, karya Hamka ini memakai bentuk
pemikiran, ini dapat dibuktikan dari hasil penafsiran Hamka, seperti penafsiran Surah ‘Abasa ayat
31-32, beliau menafsirkan buah-buahan sebagai mangga, rambutan, durian, duku, dan langsat.
Terdapat empat bentuk penafsiran yang bekembang sepanjang sejarah iaitu al-tahlili, ijmali,
muqaran, dan maudu‟, penulis berpendapat kaedah penafsiran Tafsir al-Azhar mengunakan
kaedah analisis (al-tahlili) berdasarkan penelitian penulis. Kaedah ini menjelaskan ayat-ayat al-
Quran dengan caraa meneliti semua aspek dan menyingkap seluruh maksudnya, dimulai dengan
uraian kosakata, makna kalimat, maksud setiap unglapan, kaitan antara pemisah sampai sisi-sisi
antara pemisah itu dengan bantuan riwayat-riwayat dari Nabi Muhammad SAW, sahabat dan
tabi’in. Prosedur ini dilakukan dengan mengikut susunan mushaf, ayat per ayat dan halaman ke
halaman. Oleh kerana tafsir ini mengunakan kaedah analisis maka peluang untuk mengemukan
tafsir yang lebih terperinci dan mencukupi lebih tinggi. Corak atau haluan dari penafsir pasti
memberi kesan tersendiri kepada sesuatu tafsir, seperti Tafsir al-Azhar. Penulis menyatakan
corak penafsiran Tafsir al-Azhar karya Hamka ini bercorak sosial kemasyarakatan (al-adabi al-
Ijtimai). Hal tersebut dari nuansa Minangnya yang sangat kental.
Di dalam tajuk ini penulis membincangkan konsep jihad dalam pandangan al-Quran. Penulis
menyatakan perkataan jihad berulang dalam al-Quran sebanyak empat puluh satu kali dalam
berbagai bentuk. Penulis juga menulis pengertian jihad dalam al-Quran dan Hadis mempunyai
beberapa variasi maksudnya. Perkataan jihad dalam Bahasa Arab adalah bentuk (masdar) yang
berakar dengan huruf jim, ha, dan dal. Lafaz al- jahd bererti al-mashaqqah yang bermaksud
kesulitan. Sementara al-judh bererti al-taqah yang bermaksud kemampuan atau kekuatan. Jihad
adalah istilah al-Quran untuk menunjukkan perjuangkan, namum sering disalaherti serta
disempitkan maknanya. Penulis merasakan harus pemahaman tentang jihad difahamkan pada
masa ini dan merasakan hal tersebut sesuatu yang amat mustahak. Ini kerana berbagai kejadian
yang melanda manusia, seperti penculikan, kekerasan, pengeboman atau selainnya, yang
didakwa pembuatnya sebagai jihad atau di olok-olok media melabelkan sebagai jihad. Pada segi
lain, ada sejumlah manusia yang menganggap hal tersebut adalah sesuatu yang tidak bersumber
dari aturan jihad dalam syariat. Oleh karena itu, dalam pembahasan ini bertujuan untuk
mengeksplorasi tentang beberapa pengertian jihad serta prinsip-prinsip yang dijadikan sebagai
acuan dalam melaksanakan jihad

Penulis sekali lagi menyatakan perkataan jihad berulang dalam al-Quran sebanyak empat puluh
satu kali dalam berbagai bentuk. Penulis juga menulis pengertian jihad dalam al-Quran dan Hadis
mempunyai beberapa variasi maksudnya. Perkataan jihad dalam Bahasa Arab adalah bentuk
yang berakar dengan huruf jim, ha, dan dal. Lafaz al- jahd bererti al-mashaqqah yang bermaksud
kesulitan. Sementara al-judh bererti al-taqah yang bermaksud kemampuan atau kekuatan.
Penulis menyatakan Al-laits tidak membezakan makna keduanya yakni ma jahada al-insan min
maradin wa amr shaqin yang bemaksud segala sesuatu yang diusahakan seseorang dari
penderitaan dan kesulitan. Namun Ibn ‘Arafah membezakan, iaitu al-jahd bemaksud badlu al-
wus‟i yang bemakna mencurahkan segala kekuatan, kemampuan, manakala al-juhd yang
bemaksud al-mubalaghah wa al-ghayah yang bermakna berlebihan dan tujuan. Penulis juga
mengatakan Louis Ma’luf mengertikan kedua lafaz tersebut dengan mencurahkan segala
kemampuan dalam menghadapai segala kesulitan. Penulis menulis jihad secara etimologi, jihad
bermakna kesungguhan dalam mencurahkan segala kemampuan untuk mencapai tujuan. Shaikh
Taqyu al-din yaitu Ibn Taimiyah berkata di dalam Matalib uli al-Nuha yang ditulis beliau jihad yang
diperintahkan ada yang dimulakan dengan hati, iaitu istiqamah berjihad dan mengajak kepada
syariat Islam, berjihad dengan hujah,berhujah atau berbahas kepada yang batil, penjelasan iaitu
menjelaskan kebenaran, serta menghilangkan kebimbangan dan berjihad dengan tubuh iaitu
berperang. Jihad menjadi wajib jika seluruh hal tersebut boleh dilakukan.

Dalam tajuk seterusnya, penulis membincangkan jenis-jenis jihad. Oleh kerana terdapat salah
faham dalam memahami maksud jihad. Jihad biasanya difahami sebagai perjuangan fizikal atau
berperang. Hal yang demikian terjadi kerana perkataan jihad sering digunakan atau diucap
sewaktu berperang. Tidak disanggal salah satu bentuk jihada adalah berperang, namun harus
diingat jihad melawan hawa nafsu lebih besar dari pertempuran fizikal. Pengertian umum jihad
meliputi beberapa perkara iaitu Jihad al-nafs “jihad dalam memperbaiki diri sendiri”, Jihad al-
shaitan “jihad melawan setan”, Jihad al-kuffar wa al-munafiqin “jihad melawan orang-orang kafir
dan kaum munafikin”.

Penulis membincangkan jihad melawan hawa nafsu atau diri (jihad al-nafs) yang bermaksud
mencurahkan segenap usaha dan kemampuan untuk berkomitmen terhadap aturan Allah SWT
dan meniti jalan-Nya yang lurus. Hal ini termasuk ketaatan dan peribadahan kepada Allah SWT,
menjauhi maksiat, dengan melaksanakan kewajiban terhadap Tuhan, diri, umat, semua manusia,
alam,dan semua makluk. Penulis juga menyatakan jihad melawan nafsu, meliputi pengendalian
diri dalam menjalankan perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya. Jihad ini merupakan
perjuangan yang amat berat. Meskipun jihad ini berat untuk dilakukan, akan tetapi sangat
diperlukan sepanjang hayat, sebab jika seseorang tidak sanggup mengendalikan hawa nafsunya
maka sulit untuk diharapkan berjihad menghadapi tentangan orang lain dan segala rintangan
hidup. Penulis juga mengatakan Imam al-Ghazali menerangkan beratnya jihad melawan nafsu
yang memerintahkan kepada kejahatan (nafs al-ammarah bi al-su) dan menentang kebahagiaan
manusia, dan memecahkan kepada dua aspek. Aspek yang pertama nafsu merupakan musuh
dari dalam diri. Apabila pencuri berasal dari dalam rumah, apabila pencuri berasal dari dalam
rumah, maka akan lebih sulit untuk memerhatikannya. Aspek yang kedua nafsu merupakan
musuh yang dicintai. Bagaimana mungkin sesorang akan melawan jika musuh adalah orang yang
dicintai? Al-Ghazali mengatakan, “manusia itu buta terhadap aib dari orang yang dicintainya. Ia
hampir tidak melihat aibnya tersebut”. Jadi, apabila seseorang menganggap baik keburukan dan
tidak melihat aibnya, padahal sudah jelas bahwa nafsu adalah musuh yang berbahaya, nescaya
sesorang akan menyesal dan mengalami kerosakan tanpa disedari. Kecuali, orang-orang yang
dipelihara oleh Allah dengan kurnia-Nya dan ditolong dengan rahmat-Nya.

Penulis berpendapat jhad melawan hawa nafsu mempunyai beberapa tingkat. Tingkat yang
pertama jihad yang berkaitan dengan upaya meningkatkan kualiti intelektual baik untuk
pendalaman ilmu pengetahuan pengetahuan dan ilmu keagamaan dalam rangka mencari dan
mempresentasikan kebenaran agama. Hal ini kerana Allah memerintahkan untuk mempelajari
agama dan memberi pahala yang sangat besar bagi para penuntut ilmu dan orang-orang yang
berilmu. Tingkat yang seterusnya jihad melawan hawa nafsu juga terdapat dalam kaitannya
dengan pengamalan dan pengaplikasian ilmu pengetahuan yang diperolehnya, dengan penuh
amanah dan ihsan, maksudnya adalah dengan mentaati perintah-perintah-Nya dan menjauhi
larangan-Nya. Seterusnya jihad melawan hawa nafsu dengan mengembangkan ilmunya kepada
orang lain, dan mengajak mereka ke jalan Allah atas kebenaran, dengan cara yang bijak
mengunakan hikmah-hikmah, nasihat yang baik, dan dialog dengan kelompok yang berbeza
dengan cara yang baik. Ketabahan dan kesabaran dalam menuntut ilmu pengetahuan,
mengamalkan dan mensosialisasikannya juga dikategorikan sebagai jihad melawan hawa nafsu.

Tajuk yang seterusnya penulis memceritakan tentang Jihad al-Shaitan. Penulis menyatakan
Imam al-Ghazali telah menerangkan dalam Ihya sejumlah pintu masuk syaitan dan tempat-
tempat masuk lainnya ke dalam hati manusia. Di antara pintu-pintunya yang besar adalah amarah
dan syahwat, hasut dan iri hati, makan berlebihan berlebihan dalam menghias perabot rumah,
pakaian dan rumah, tamak terhadap manusia, tergesa-gesa dan tidak berhati-hati dalam segala
hal, bakhil dan takut fakir, fanatik terhadap mazhad dan hawa nafsu, dendam terhadap musuh
dan memandang rendah dan melecehkan mereka, membawa masuk orang awam ke dalam ilmu
yang tidak berfaedah, buruk sangka terhadap kaum muslim, dan yang lainnya. Dengan ini penulis
berpendapat terdapat juga jihad yang tersembunyi, seperti melawan musuh yang nyata, yang
telah menyatakan permusuhannya terhadap manusia sejak Adam diciptakan, dan telah
mempersiapkan diri dan pasukannya untuk memerangi manusia dengan segala senjata. Maka,
setiap Muslim pun mesti mempersiapkan diri untuk melawannya, menyiapkan pakaian pelindung
dan senjata yang sesuai untuk menghancurkan tipu dayanya, membalas cekikannya, dan
mengusirnya dari peperangan dalam keadaan tercela dan terusir

Penulis juga membincangkan Jihad al-Kuffar wa al-Munafiqin. Penulis menyatakan jihad


melawan orang-orang kafir termasuk jihad yang paling banyak disebutkan dalam nash-nash al-
Quran dan as-sunnah. Namunjihad menghadapi kaum munafik ditempuh dengan empat
tingkatan. Tingkat yang pertama adalah memerangi mereka dengan menanamkan kebencian
didalam hati terhadap perilaku, kesewenang-wenangan, dan sikap mereka yang menodai
kemuliaan syariat Allah SWT. Tingkat yang kedua adalah memerangi mereka dengan lisan dalam
bentuk menjelaskan kesesatan mereka dan menjauhkan mereka dari kaum muslimin. Tingkat
yang ketiga adalah memerangi mereka dengan menginfakkan harta dalam mendukung berbagai
kegiatan untuk mematahkan segala makar jahat dan permusuhan mereka terhadap Islam dan
kaum muslimin. Tingkat yang terakhir adalah memerangi mereka dalam arti yang sebenarnya,
iaitu dengan membunuh mereka kalau syarat-syarat yang disebutkan oleh para ulama dalam
perkara tersebut dipenuhi. Penulis menyatakan jihad terhadap org kafir khusus mengunakan
kekuatan namun orang munafik lebih khusus dengan dahwah. Penulis berpendapat jelaslah,
sekurangnya jihad harus dilaksanakan dengan menghadapi orang-orang kafir, munafik, syaitan
dan juga hawa nafsu. Penulis juga menyatakana dapat dikatakan bahawa sumber dari segala
kejahatan adalah syaitan yang sering memanfaatkan kelemahan nafsu manusia. Ketika manusia
tergoda oleh syaitan, dia menjadi kafir, munafik, dan menderita penyakit-penyakit hati, atau
bahkan pada akhir-akhirnya manusia itu sendiri menjadi syaitan. Sementara syaitan sering
didefinisikan sebagai “manusia atau jin yang durhaka kepada Allah serta merayu pihak lain untuk
melakukan kejahatan.

Dalam tajuk konsep jihad menurut Hamka dalam Tafsir al-Azhar, penulis membawa kita ke dalam
pendapat Hamka tentang jihad. Menurut Hamka dalam Tafsir al-Azhar, beliau berpendapat,
bahwa arti jihad ialah kerja keras, bersungguh-sungguh atau berjuang, agama tidaklah akan
tegak kalau tidak ada semangat berjuang, kadang-kadang pengertian jihad dikhususkan kepada
menghadapi peperangan. Penulis menyatakan pengertian yang pokok daripada jihad adalah
bekerja keras, bersungguh-sungguh, tidak mengenal kelalaian, siang dan malam, petang dan
pagi, berjihad agar agama ini maju, jalan Allah tegak dengan utuhnya, serta berjuang dengan
mengutamakan tenaga, harta benda, dan kalau perlu jiwa sekalipun. Pengertian jihad adalah
umum, perang adalah salah satu diantaranya, kesungguhan dan kegiatan yang didorong oleh
hati tulus ikhlas melakukan amar ma‟ruf nahi munkar, berdakwah, mendidik, dan mengasuh umat
kepada kesadaran beragama pun termasuk dalam jihad juga. Adapun jihad yang berupa perang
adalah menunggu perintah dari al-Imam al-A‟zam di negeri itu.

Penulis menyatakan perintah jihad yang dikhususkan kepada peperangan adalah setelah Nabi
berhijrah ke Madinah. Akan tetapi di zaman Rasulullah SAW perintah berperang barulah umum
saja kepada siapa yang memiliki kesanggupan berkorban, dengan mengorbankan harta dan
dituruti juga dengan mengorbankan jiwa. Ini kerana kerap belaku kepada seluruh mujahidin, iaitu
orang yang berjihad sebelum pergi berjihad diminta terlebih dahulu mengeluarkan pengorbanan
harta untuk belanja perang, bahkan alat senjata yang di bawa pergi berperang hendaklah
diusahakan sendiri. Ulama-ulama Ahli Fiqih menetapkan hukum bahwasannya pergi berjihad ke
medan perang setelah panggilan perang diturunkan adalah fardu kifayah hukumnya. Artinya telah
terlepas kewajiban itu dari pundak semua umat, apabila telah ada yang menyanggupinya. Tetapi
apabila musuh masuk dalam negeri, jihad menjadi fardu ain, artinya semua orang dengan
sendirinya menjadi mujahidin, menjadi tentara memikul senjata. Pada masa itu tentara belum
diatur sebagai sekarang, yang dinamai pertahanan wajib. Al-Imam Ibn al-Qayyim membagikan
tingkat-tingkat jihad itu kepada beberapa peringkat didalam melawan musuh. Musuh Islam
digolongkan kepada empat musuh besar. Pertama, jihad menghadapi orang-orang kafir yang
hendak merusakkan agama Islam atau hendak merusak akidah kita sendiri. Kedua, jihad
menghadapi syaitan, iblis musuh turun temurun yang bersama-sama dengan moyang kita keluar
dari dalam syurga. Nenek moyang kita Adam dan kita sebagai keturunan beliau ditugaskan
menjadi khalifah Allah dibumi, sedang syaitan iblis bertekad pula memusuhi kita selama dunia
masih didiami manusia. Musuh ketiga adalah kaum munafik, lawan yang pada lahirnya berupa
kawan, musuh yang pada kulitnya mengaku jadi pembantu. Dan musuh yang paling dasyat dan
hebat ialah yang ada dalam diri kita sendiri iaitu hawa dan nafsu kita.

Penulis juga menyatakan Ayat-ayat jihad yang mengandung maksud perjuangan sebanyak 28
ayat, terletak dalam surat-surat sebagai berikut: QS. Al-Baqarah, 2: 218, QS. Ali Imran, 3: 142;
QS. Al-Nisa, 4: 95; QS. Al-Maidah, 5: 35, 54; QS. Al-Anfal, 8: 72, 74, 75; QS. Al-Taubah, 9: 16,
19, 20, 24, 41, 44, 73, 81, 86, 88; QS. Al-Nahl, 16: 110, QS. Al-Hajj, 22: 78, QS. Al-Furqan, 25:
52, QS.Al-Ankabut, 29: 6, 69, QS. Muhammad, 47: 31, QS. Al-Hujura>t, 49: 15; QS.Al
Mumtahanah, 60: 1; QS. Al-saff, 61: 11; QS. Al-Tahrim, 66: 9. Ayat-ayat tersebut jika disusun
berdasar kronologi turunnya adalah sebagai berikut:
a) QS. Al-Furqan, 25: 52
b) QS. Al-Nahl, 16: 110
c) QS. Al-Ankabut, 29: 6, 69
d) QS. Al-Baqarah, 2: 218
e) QS. Al-Anfal, 8: 72, 74, 75
f) QS. Ali Imran, 3: 142
g) QS. Al-Mumtahanah, 60: 1
h) QS. Al-Nisa, 4: 95
i) QS. Muhammad, 47: 31
j) QS. Al-Hajj, 22: 78
k) QS. Al-Hujurat, 49: 15
l) QS. Al-Tahrim, 66: 9
m) QS. Al-saff, 61: 11
n) QS. Al-Maidah, 5: 35, 54

o) QS. Al-Taubah, 9: 16, 19, 20, 24, 41, 44, 73, 81, 86, 88.

Ayat-ayat tersebut sebagiannya turun pada masa di Makkah, yakni ayat-ayat yang terkandung
dalam ketiga surat pertama, dan sebagian besar lainnya, yakni ayat-ayat yang termuat pada
surat-surat abjad “d” sampai dengan abjad “o”, turun pada masa di Madinah
Berbicara tentang konsep jihad, banyak sekali pendapat -pendapat para ulama‟ tentang definisi
jihad. Salah satunya adalah Hamka, ia berpendapat dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Azhar, bahwa
arti jihad ialah kerja keras, bersungguh-sungguh atau berjuang, agama tidaklah akan tegak kalau
tidak ada semangat berjuang, kadang-kadang arti jihad dikhususkan kepada menghadapi
peperangan.41 Arti yang pokok daripada jihad adalah bekerja keras, bersungguh-sungguh, tidak
mengenal kelalaian, siang dan malam, petang dan pagi. Berjihad agar agama ini maju, jalan Allah
tegak dengan utuhnya. Berjuang dengan mengutamakan tenaga, harta benda, dan kalau perlu
jiwa sekalipun.42 Arti jihad adalah umum, perang adalah salah satu diantaranya, kesungguhan
dan kegiatan yang didorong oleh hati tulus ikhlas melakukan amar ma‟ruf nahi munkar,
berdakwah, mendidik, dan mengasuh umat kepada kesadaran beragama pun termasuk dalam
jihad juga. Adapun jihad yang berupa perang adalah menunggu perintah dari al-Ima>m al-A‟z}am
di negeri itu.43 Perintah jihad yang dikhususkan kepada peperangan adalah setelah Nabi
berhijrah ke Madinah. Tetapi di zaman Rasulullah SAW perintah berperang barulah umum saja
kepada siapa yang memiliki kesanggupan berkurban, dengan mengorbankan harta dan dituruti
juga dengan mengurbankan jiwa. Kerapkali terjadi kepada seluruh muja>hidi>n (orang yang
berjihad) yang akan pergi berperang itu diminta terlebih dahulu mengeluarkan pengorbanan harta
untuk belanja perang, bahkan alat senjata yang di bawa pergi berperang hendaklah diusahakan
sendiri. Ulama‟-ulama‟ Ahli Fiqih menetapkan hukum bahwasannya pergi berjihad ke medan
perang setelah panggilan perang diturunkan adalah fard} kifa>yah hukumnya. Artinya telah
terlepas kewajiban itu dari pundak semua umat, apabila telah ada yang menyanggupinya. Tetapi
apabila musuh masuk dalam negeri, jihad menjadi fard} „ai>n, artinya semua orang dengan
sendirinya menjadi mujahidin, menjadi tentara memanggul senjata. Pada masa itu tentara belum
diatur sebagai sekarang, yang dinamai pertahanan wajib.44 Al-Ima>m Ibn al-Qayyim membagi
tingkat-tingkat jihad itu kepada beberapa peringkat didalam melawan musuh. Musuh Islam
digolongkan kepada empat musuh besar. Pertama, jihad menghadapi orang-orang kafir yang
hendak merusakkan agama Islam atau hendak merusak akidah kita sendiri. Kedua, jihad
menghadapi setan, iblis musuh turun temurun yang bersama-sama dengan moyang kita keluar
dari dalam surga. Nenek moyang kita Adam dan kita sebagai keturunan beliau ditugaskan
menjadi khalifah Allah dibumi, sedang syaitan iblis bertekad pula memusuhi kita selama dunia
masih didiami manusia. Musuh ketiga adalah kaum munafik, lawan yang pada lahirnya berupa
kawan, musuh yang pada kulitnya mengaku jadi pembantu. Dan musuh yang paling dasyat dan
hebat ialah yang ada dalam diri kita sendiri yaitu: hawa dan nafsu kita. Al-Hasan al-Bas}ri pernah
mengatakan:

‫الدهربسيف يىمامن وماضرب ليجاهد الرجل ان‬

Artinya: “Seorang laki-laki berjihad sungguh-sngguh, akan tetapi agak sehari, selama hidupnya
dia tidak pernah menyentak pedang”.45 Sebenarnya ayat yang membahas tentang jihad itu ada
banyak, akan tetapi dalam Tafsir al-Azhar ini, penulis ambil beberapa ayat diantaranya: QS. Al-
Furqa>n, 25: 52; QS. Al-N}ahl, 16: 110; QS. Al-Ankabut, 29: 6,69; QS. Al-Baqarah, 2: 218; QS.
Al-Anfa>l, 8: 72, 74, 75; QS. A<li „Imra>n, 3: 142 dan lain-lain.
PENUTUP

Sebagai akhir dari berbagai uraian dan pemaparan mengenahi jihad di atas, ada baiknya
disimpulkan secara ringkas, bahwa dalam al -Quran dapat diambil kesimpulan bahwa jihad harus
dilaksanakan dengan menghadapi orang-orang kafir, munafik, setan dan juga melawan hawa
nafsu. Hamka dalam menafsirkan makna jihad dalam tafsir al-azhar mempunyai beberapa arti di
antaranya: jihad berarti kesungguhan memelihara iman dan tauhid, jihad berarti berjuang
menegakkan kalimat Allah, jihad berarti bekerja keras dan bersungguh-sungguh dan berjuang
dengan mengutamakan tenaga, harta benda, dan kalau perlu jiwa sekalipun, jihad berarti
berperang terhadap kaum musyrikin guna membuktikan apakah kalangan mu'min itu benarbenar
percaya dan tawakkal kepada Allah dan sebagainya. Dari arti-arti tersebut dapat penulis ambil
pemahaman bahwa, jihad adalah melakukan aktifitas sesuai dengan kemampuan dan keahlian
atau bakatnya sendiri - sendiri dengan tulus ikhlas dalam hal kebaikan dan mengharapkan
keridaan dari Allah SWT

Anda mungkin juga menyukai