Anda di halaman 1dari 6

1.

0 DEFINISI

Perkahwinan atau pernikahan merupakan suatu perjanjian untuk menyatukan dua insan
untuk menjalani kehidupan bersama dalam sebuah rumah tangga. Perkahwinan bukan hanya
menyatukan dua orang insan sahaja malah menyatukan dua buah keluarga menjadi sebuah
keluarga yang harmoni. Dalam sebuah agama, perkahwinan juga memiliki peraturan tertentu bagi
menjaga hubungan dalam perkahwinan tersebut agar tidak akan memberi kemudaratan serta
masalah.

Perkahwinan sejenis adalah merupakan perkahwinan antara dua orang yang memiliki
jenis kelamin yang sama iaitu perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan
perempuan. Perkahwinan ini juga dikenali sebagai perkahwinan gay atau lesbian.

Perkahwinan sejenis juga merupakan perkahwinan yang tidak sesuai sama sekali dengan
konsep pernikahan dalam islam. Hukum perkahwinan ini dalah haram disisi agama mahupun
undang undang. Perkahwinan ini hanyalah bersifat memuaskan nafsu semata-mata dan tidak
akan menjadi sebuah ikatan yang berkah.
2.0 SEJARAH

Perkahwinan sejenis adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan yang sama jantina
melalui upacara keagamaan atau sivil. Sejak dahulu lagi, perkahwinan sejenis dilarang sama
sekali di dalam agama terutama oleh orang Mesir dan Kanaan. Namun, ketua Yahudi sebaliknya
lebih menyokong perbuatan tersebut.
Menurut sejarawan kotroversi John Boswell, perkahwinan sejenis pertama dalam sejarah
terjadi pada awal Empayar Rom pada pemerintahan Maharaja Nero yang merupakan Maharaja
Rom pertama yang mengahwini dua lelaki pada waktu yang berbeza.
Pada 342 Masihi, maharaja Kristian Constantius II dan Constans mengeluarkan undang-
undang dalam Kod Theodosia yang melarang perkahwinan sejenis di Rom dan memerintahkan
hukuman kepada yang melakukan perkahwinan tersebut.
Pada masa kini, puak LGBT menuntut hak-hak mereka kepada pemerintah. Pada tahun
2001, Belanda menjadi negara pertama yang mangiktirafkan perkahwinan sejenis. Sejak itu
terdapat 23 buah negara lain turut mengiktiraf perkahwinan sejenis di negara mereka kecuali dua
negara yang pengiktirafannya diamanahkan secara kehakiman tetapi masih belum disahkan.
3.0 FENOMENA PERKAHWINAN DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN LGBT
4.0 FAKTOR

4.1 INDIVIDU
4.2 KELUARGA
4.3 MASYARAKAT
4.4 AGAMA
5.0 KESAN-KESAN

5.1 KESIHATAN
Kesan perkahwinan sejenis dari sudut kesihatan adalah ia akan memudaratkan insan itu
sendiri. Ini kerana menurut pakar perubatan menunjukkan bahawa golongan gay dan lesbian
adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit mental seperti kemurungan
dan membunuh diri. Bukan itu sahaja, golongan ini juga akan terdedah dengan penyalahgunaan
dadah dan pil khayal serta boleh menimbulkan masalah tingkah laku yang serius. Golongan ini
juga akan berisiko tinggi bagi mendapat jangkitan seksual (STI’S) jika mereka melakukan
hubungan seks tanpa perlindungan, terutama AIDS. AIDS akan mula sekali dikesan dikalangan
homoseksual, bagi yang melakukan perbuatan liwat pula akan mudah dijangkiti virus HIV.

5.2 INDIVIDU

Perkahwinan sejenis juga memberi kesan yang buruk terhadap individu yang menjalankan
aktiviti ini. Antara kesan yang dihadapi oleh individu tersebut adalah menjatuhkan maruah .
Maruah pasangan yang melakukan aktiviti ini secara autamatik tercalar dan dipandang serong
masyarakat sekeliling. Akibat tuntuntan nafsu , mereka sanggup menolak ketepi suruhan Allah
SWT demi keseronokkan mereka . Malah , kecelaruan yang mereka alami juga telah membuat
masa depan mereka gelap dan hancur . Selain itu , masyarakat turut menyediakan hidangan
seperti cemuhan , cacian , makian , ejekan dan kata kata kesat kepada mereka yang menjalakan
perkahwinan songsang ini .
5.3 AGAMA

Selain kesan terhadap kesihatan dan individu , perkahwinan songsang turut memberi
kesan yang buruk terhadap agama islam khususnya . Sudah terang lagi bersuluh bahawa
perkahwinan sesama jenis merupakan larangan Allah SWT terhadap hambaNya . Seperti yang
telah diceritakan di awal lagi, kisah kaum sadum yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan
jijik mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam menentang dan melarang umatnya terlibat
dengan hubungan sejenis . Tujuan asal perkahwinan adalah untuk meramaikan lagi umat islam
tetapi sekiranya perkahwinan sejenis berleluasa , maka keturunan umat islam akan berkurangan.
Agama lain seperti agama Hindu , Buddha dan Sikh turut memandang serong terhadap agama
Islam sekiranya perkahwinan sejenis ini berleluasa banyak dilakukan oleh penganut Islam itu
sendiri .

5.4 MASYARAKAT

Kesan perkahwinan sejenis ini sedikit sebanyak mempengaruhi masyarakat dengan gaya
hidup hormoseksual yang mereka jalankan.Perkara yang mereka lakukan amatlah bertentangan
dengan budaya dan agama terutama agama Islam amatlah mengharamkan atau melarang
melakukan hubungan sejenis seperti Lessbian,Gay,Biseksual dan Transeksual. Contohnya,
keluarga mereka juga akan menerima akibat buruk dari apa yang mereka lakukan iaitu disisihkan
oleh masyarakat dan mungkin akan dihalau oleh penduduk setempat kerana risau akan
mempengaruhi masyarakat.

Kesan perkahwinan sejenis ini juga telah menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat .Hal ini
kerana jika pasangan yang berkahwin ialah perempuan dengan perempuan menjadi satu
masalah kerana mereka tidak boleh melahirkan zuriat kerana mereka tidak mempunyai sperma.
Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tidak
mempunyai rahim untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan zuriat
mereka mungkin mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini
sememangnya salah dalam syariat islam kerana tidak dapat menentukan kesahihan nasab
keturunan.

Oleh kerana itu, dapat mengetahui bahwa perbuatan semacam itu dilaknat oleh Allah SWT
malah ianya adalah bertentangan dengan fitrah manusia, maka Allah berfirman dalam Alquran
yang berkenaan dengan kisah nabi Lut dalam surat al-A’raf ayat 80-81.
Dan Nabi Lut juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “patutkah
kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
penduduk alam ini sebelum kamu ? “sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini
adalah kaum yang melampaui batas”.

6.0 STATISTIK YANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN SEJENIS

Anda mungkin juga menyukai