Anda di halaman 1dari 74

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG TAHUN 2018

MODUL SUKSES SEJARAH 940/1 ( PENGGAL 1 )

SEJARAH DUNIA [ 1500 – 1955]


PENYELARAS :
PUAN DERANI A/P TAN BUN BANG
PENOLONG PENGARAH SEJARAH/GEOGRAFI
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

JU PULAU PINANG : PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH

GURU-GURU PENYEDIA MODUL :

YEOH HUP THEAM HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH


SMK ST XAVIER, LEBUH FARQUHAR SMK PENANTI

SYAIFUL SAZWAN BIN INDRA JAYA RUDIANA BT RAMLI


SMK. SIMPANG EMPAT SMK SEBERANG JAYA

MAIZATUL FADZILLAH BT OSMAN ZATI MASTURAH BT SANUSI


SMK DESA MURNI SMK DESA MURNI

SURIYANI BINTI LAMIN ANIS SYAKIRAH BT AWANG


SMK SUNGAI ARA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

AZAHAR BIN KASA AINON ROSMANIRA BT MAT HUSSIN


SMK DATO’ ONN SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

BALQIS BT HASSAN HASBULLAH BIN HAJI AHMAD


KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

BIL SOALAN Catatan


1 Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17
2 Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke 16 hingga abad ke-17
3 Bandingkan ciri-ciri sistem feudal di England dengan Jepun pada abad ke-16 hingga abad
ke-17
4 Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga abad ke-19
5 Bandingkan peranan pembesar di China dan Rusia pada abad ke-19 hingga abad ke-20
6 Huraikan peralihan sistem beraja mutlak kepada raja perlembagaan di England pada abad ke-
16 hingga abad ke-18
7 Huraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan sistem
pemerintahan beraja mutlak di Perancis dari tahun 1643-1715.
8 Pengasingan kuasa dan amalan demokrasi merupakan ciri utama negara pemerintahan
Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-19. Bincangkan.
9 Bincangkan perubahan yang berlaku ekoran perkembangan ekonomi kapitalisme di England
pada abad ke-18 hingga ke-19.
10 Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda pada abad-16
hingga ke-18
11 Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal pada abad-16
hingga ke-18
12 Perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-19 dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Bincangkan.
13 Sejauh manakah penyatuan Jerman pada tahun 1870 telah membawa perkembangan
perindustrian di negara tersebut pada abad ke-19 ?
14 Sejauh manakah gerakan Renaisans meletakkan asas bagi kelahiran zaman pencerahan di
Eropah pada abad ke-18 ?
15 Charles Louis Montesquieu telah menghasilkan karya-karya yang banyak membawa
perubahan kepada lanskap politik di Eropah pada abad ke-19. Bincangkan.
16 Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-19
17 Campur tangan British dalam adat resam tempatan merupakan faktor utama tercetus
peristiwa Dahagi di India. Nilaikan pernyataan ini.
18 Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua ke atas negara Jepun antara tahun 1945 hingga tahun
1952
19 Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial. Bincangkan.

20 Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Dingin selepas Perang Dunia
Kedua berakhir dari tahun 1945-1955

21 Bincangkan peranan yang dimainkan oleh Dr Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911

22 Bincangkan factor-faktor dan kesan Gerakan 4 Mei

23 Terangkan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam NATO

SOALAN 1 :

TAJUK JELASKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-16


HINGGA ABAD KE 17

PENDAHULUAN Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti


berasaskan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dikesan sejak
abad ke-3 Masihi lagi. Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka
pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat .Jepun bangkit sebagai
sebuah kuasa maritim di Asia dan masyarakatnya mempunyai ciri-ciri tersendiri
sebagai sebuah masyarakat maritim.

2
FAKTA Masyarakat maritim di Jepun dicirikan melalui kegiatan ekonomi yang mereka
jalankan.

HURAIAN/ Kegiatan ekonomi utama masyarakatnya ialah perdagangan yang berkembang


CONTOH sejak zaman Ashikaga lagi dengan pedagang dari Asia Tenggara. Menjelang
zaman Tokogawa perdagangan terjalin dengan China, Vietnam dan Korea.

Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan dengan Barat yang


membawa kepada kepesatan kegiatan perdagangan di Jepun.

Buktinya, pedagang-pedagang asing dari Portugal , Belanda dan Sepanyol telah


datang ke Jepun dan perdagangan dijalankan di pelabuhan seperti Kyushu,
Nagasaki dan Shimoda.

Pedagang-pedagang Jepun mengeksport tembaga, berlian dan perak manakala


barangan yang dimport ialah sutera, tembikar dan tembaga dari China.

Masyarakat maritim di Jepun juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan yang
merupakan sumber ekonomi pentingnya dan mengumpul hasil laut seperti
mutiara.

Perkembangan dalam kalangan masyarakat maritim di Jepun juga mereka


terlibat dalam kegiatan membina dan membaiki kapal.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa kepelbagaian kegiatan ekonomi khususnya kegiatan


perdagangan yang berkembang pesat menjadikan masyarakat Jepun muncul
sebagai masyarakat maritim.

FAKTA Selain itu, ciri masyarakat maritim di Jepun ialah berkaitan dengan petempatan.

HURAIAN/ Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan.
CONTOH
Dari segi geografi, Jepun terdiri dari pulau-pulau yang dikelilingi laut dan bentuk
muka bumi kepulauan yang bergunung-ganang menyebabkan petempatan
didirikan di kawasan pesisir pantai.

Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan


aktiviti perdagangan, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

Terdapat juga masyarakat maritim yang tinggal di pelabuhan-pelabuhan di


muara sungai seperti pelabuhan Kyushu, Hirohima, Nagasaki dan Shimoda.

Perkembangan terus berlakudan dapat dilihat apabila pelabuhan-pelabuhan ini


dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat penginapan
dan gudang telah menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang
dagangan.

Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di perkampungan nelayan di


Yokohama dan mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengutip
3
hasil laut seperti mutiara.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa petempatan yang berhampiran dengan laut menyebabkan
masyarakat Jepun dapat menjalankan kegiatan ekonomi kelautan dan muncul
sebagai masyarakat maritim.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun juga mempunyai kemahiran dalam teknologi


perkapalan dan pelayaran.

HURAIAN/ Masyarakat maritim Jepun mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
CONTOH pelayaran seperti ilmu nautika dan kartografi.

Perkembangan dan perubahan terus berlaku kerana mereka juga mempunyai


kemahiran membina kapal dan perahu yang menggunakan teknologi tinggi
daripada pedagang Portugal dan Sepanyol.

Kapal layar yang dikenali sebagai Shuinsen digunakan oleh pedagang Jepun
untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia Tenggara.

Kapal jenis ini juga dilengkapi senjata bagi tujuan mempertahankan diri
daripada serangan lanun.

Mereka juga mempunyai kemahiran membina kapal seperti Higaki-kaisen dan


Taru-kaisen yang digunakan untuk perdagangan dalam negara antara Osaka dan
Edo.

Contohnya, kapal Higaki digunakan untuk mengangkut kargo yang lebih banyak
seperti kapas, kain, minyak masak, wain dan beras ke bandar Edo.

Kapal Taru digunakan untuk menghantar tong-tong berisi wain.

PENEGASAN ISI Tegasnya penguasaan teknologi perkapalan dan pelayaran ini menjadikan
masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat maritim.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun juga terlibat dalam aktiviti penerokaan dan
penjelajahan.

HURAIAN/ Menjelang abad ke-16, pedagang Jepun terlibat dalam aktiviti perdagangan di
CONTOH Asia Tenggara. Kapal-kapal dagang dari Jepun singgah di pelabuhan-pelabuhan
yang terletak di Asia Tenggara. Perkembangan terus dapat dilihat dalam
kalangan masyarakat maritim di Jepun kerana menjelang abad ke-17 pula, lebih
daripada 350 buah kapal Jepun terlibat dalam pelayaran ke luar negeri.

Misalnya, secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke


negara-negara lain setiap tahun. Masyarakat maritim Jepun juga melancarkan
ekspedisi pelayaran ke China, Korea dan Amerika Selatan.

PENEGASAN ISI Jelaslah keupayaan masyarakat maritim Jepun melakukan penerokaan dan
penjelajahan membolehkan mereka menguasai laluan laut dan menjalinkan

4
hubungan perdagangan yang lebih luas.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun juga mempunyai semangat ingin tahu, sifat berani
dan semangat keterbukaan.

HURAIAN/ Melalui semangat ini mereka sanggup belayar ke kawasan baharu dan
CONTOH menjalinkan hubungan dengan masyarakat tempatan.

Perkembangan telah berlaku kerana hasil kesanggupan belayar dan menjalin


hubungan dengan masyarakat lain, mereka juga dapat mengetahui adat resam,
budaya dan sejarah masyarakat tersebut.

Semangat ingin tahu mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk


muka bumi, iklim dan cuaca di sesuatu tempat.

Mereka juga berani mengharungi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas.

Contohnya, masyarakat Jepun menerima pengaruh agama Kristian daripada


mubaligh Kristian Portugal.

Perubahan juga didapati dalam kalangan masyarakat maritim di Jepun kerana


mereka juga menerima pengaruh agama Buddha dan Confucius daripada
masyarakat Cina.

Shogun Ieyasu mengamalkan dasar terbuka dengan mendapatkan bantuan


teknikal dalam bidang pelayaran dan perkapalan daripada orang Sepanyol,
British dan Belanda.

Masyarakat Jepun turut mempelajari teknik membuat tembikar daripada Korea


dan menjadi salah satu industri penting di Jepun.

Perkembangan perdagangan dengan negara Barat menyebabkan mata wang


perak digunakan dalam urus niaga di Jepun.

PENEGASAN ISI Tegasnya, sikap dan semangat yang ada pada masyarakat maritim Jepun
membolehkan pemindahan idea dan teknologi berlaku dan membawa kepada
perkembangan perdagangan.

KESIMPULAN Ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat maritim di Jepun telah melahirkan
ekonomi berasaskan perdagangan dan kemunculan Jepun sebagai kuasa
maritim meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi dan sosial.

Kepesatan perdagangan di Jepun berakhir pada pertengahan abad ke-17


apabila pemerintahan Tokogawa mengambil keputusan untuk mengamalkan
dasar pemencilan daripada dunia luar

Perubahan ini akhirnya membawa kepada kejatuhan Shogun Tokogawa dan


pengukuhan kuasa Maharaja Meiji di Jepun.

5
SOALAN 2 :

6
TAJUK HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA PADA ABAD KE-16
HINGGA ABAD KE-17

PENDAHULUAN Menjelang abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami mengawal perkembangan pesat
dalam bidang pertanian.

Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknologi yang lebih maju dalam
bidang pertanian. Penggunaan teknologi baharu dalam bidang pertanian dan
perternakan menyebabkan lahir masyarakat agraria di Belanda.

Ciri-ciri masyarakat agraria dapat dilihat melalui negara. kegiatan ekonomi, kaedah
memelihara kesuburan tanah, petempatan, pengetahuan dalam sistem pengairan,
dan peningkatan teknologi pertanian.

FAKTA a) Kegiatan ekonomi

HURAIAN/ Pertanian

CONTOH Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku berikan pertambahan penduduk di kawasan
bandar.

Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara


ekstensif.

Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran bijirin, dan


tanaman dagangan.

Penternakan

Pada abad ke-17, aktiviti penternakan giat dijalankan di bahagian timur Belanda.

Perkembangan turut didorong oleh pertambahan penduduk yang berlaku di


Belanda sekitar abad ke-16 dan 17.

Petani dan penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan
kambing.

Penternakan lembu dijalankan di wilayah Holland dan Friesland manakala kambing


diternak di Pulau Taxel, Wieringan, dan Pulau Grind

(iii) Hortikultur

Pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup menyebabkan munculnya


pusat hortikultur di sekitar bandar.

Pembangunan dalam sektor ini disebabkan oleh kemajuan dalam sistem


pengangkutan air.Perkembangan bidang hortikultur meliputi penanaman sayur-
sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan.

PENEGASAN ISI Oleh itu, kemajuan kegiatan pertanian dan penternakan yang menjadi kegiatan
7
ekonomi utama Belanda telah membentuk masyarakat agraria.

FAKTA (b) Kaedah memelihara kesuburan tanah

HURAIAN/ Petani-petani Belanda memelihara kesuburan tanah dengan memugar tanah dan
menggunakan baja asli.
CONTOH
Mereka menggunakan baja asli daripada najis ternakan untuk mengekalkan
kesuburan tanah.

Mereka juga mengamalkan sistem tanaman giliran untuk memelihara kesuburan


tanah.

PENEGASAN ISI Oleh itu, kaedah memelihara kesuburan tanah yang diguna menyebabkan hasil
pertanian dapat ditingkatkan dan menjamin pengeluaran hasil yang berterusan

FAKTA (c) Petempatan

HURAIAN/ Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan pinggir pantai yang subur.
Antaranya Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utre.
CONTOH
Mereka menjalankan kegiatan menebus guna -tanah bagi meluaskan kawasan
pertanian.

Antara petempatan yang terletak di kawasan yang telah di tebus guna ialah Pulau
Zuid-Beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland

PENEGASAN ISI Tegasnya, kesuburan tanah di lokasi petempatan masyarakat agraria telah
merancakkan kegiatan pertanian dan penternakan di Belanda.

FAKTA Sistem pengairan

HURAIAN/ Masyarakat agraria mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam
teknologi pengairan.
CONTOH
Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang ditebus
guna bagi tujuan pertanian.

PENEGASAN ISI Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi
pertanian banyak memberi manfaat kepada sektor pertanian di Belanda

FAKTA Peningkatan teknologi pertanian

HURAIAN Menjelang abad ke 16 dan 17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda.
/CONTOH
Antara kemajuan tersebut ialah sistem penggiliran tanaman, sistem penanaman
rumput ternakan, sistem batas, sistem penanaman deretan, dan penciptaan
peralatan pertanian.

Teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda telah disebarkan ke negara-


8
negara lain.

PENEGASAN ISI Tegasnya, peningkatan teknologi pertanian telah membawa kemajuan kepada
masyarakat agraria di Belanda dan turut memberi manfaat kepada negara-negara
lain.

KESIMPULAN Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17 mempunyai ciri-ciri
tersendiri.

Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi menerusi


penglibatan dalam bidang pertanian dan penternakan.

Mereka turut memberi sumbangan dalam peningkatan teknologi pertanian seperti


sistem penggiliran tanaman, sistem pengairan, dan teknologi memelihara
kesuburan tanah.

Kegigihan masyarakat agraria di Belanda telah menyebabkan negara tersebut


muncul sebagai negara yang paling maju dalam bidang pertanian di Eropah pada
abad ke-17.

9
SOALAN 3 :

TAJUK BANDINGKAN CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI ENGLAND DENGAN JEPUN PADA ABAD
KE 16 SEHINGGA ABAD KE 17

PENDAHULUAN Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh
individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan
seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 .
Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan
Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan
sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.

FAKTA Aspek Politik

Kedudukan Maharaja dalam pemerintahan diperkukuhkan sebagai ketua negara


dan ketua agama.

HURAIAN/ Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja
mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan
CONTOH merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan
kepercayaan. Raja England merupakan ketua gereja Kristian.
Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu,
Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja
Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Ini kerana Maharaja Jepun telah
menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192.
Menjelang abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak
Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi
oleh pegawai istana.

PENEGASAN ISI Persamaan antara sistem feudalisme yang dibentuk di England dan Jepun adalah
dari sudut komuniti yang berasaskan organisasi sosial. Tugas dan peranan setiap
ahli komuniti adalah berasaskan status quo. Masyarakat ini terdiri daripada
golongan memerintah yang terdiri daripada pemeritah seperti raja, golongan
bangsawan, dan golongan elit. Manakala golongan diperintah terdiri daripada
golongan rakyat biasa dan hamba.

10
FAKTA Golongan pembesar atau bangsawan membantu raja dalam mengendalikan sistem
pemerintahan dan pentadbiran negara.

HURAIAN/ Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan
di England dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai
CONTOH Daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan
seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas
ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.
Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai
Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai,
Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga
Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan
dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.

PENEGASAN ISI Peranan pembesar atau golongan bangsawan di kedua negara ini berbeza apabila
di England menghadapi kemerosotan kekuasaan akibat kawalan raja. Pembesar di
Jepun pula mempunyai kuasa memerintah yang penuh di kawasan pemerintahan
masing-masing.

FAKTA Aspek ketenteraan

Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England


golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali
sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar.

HURAIAN/ Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada
penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan samurai Jepun tidak
CONTOH mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah
tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah
beras yang dimiliki.

Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England
adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang
ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling
berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam
kalangan pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai
melibatkan diri dalam aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.

PENEGASAN ISI Peranan tentera dalam kedua buah negara ini merupakan asas kepada kestabilan
pemerintahan raja dan kesselamatan kekuasaan masing-masing,Golongan ini juga
memperolehi keistimewaan dalam masyarakat yang meletakkan mereka pada
status quo yang tersendiri.

FAKTA Aspek Ekonomi


11
Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun
dan England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein,
manakala golongan petani Jepun dikenali sebagai nomin.

HURAIAN/ Di England golongan petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan
tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka
CONTOH perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai
kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah
sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan
menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga
diperlukan untuk menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani
di Jepun terpaksa membayar cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun
menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo.
Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminan keselamatan.

PENEGASAN ISI Faktor ekonomi menyebabkan setiap lapisan dalam masyarakat feudal ini menjadi
golongan yang memainkan peranan tersendiri untuk memajukan kehidupan dan
perdagangan.

FAKTA Aspek Sosial

Perubahan status dan mobiliti sosial berlaku dalam kalangan golongan pedagang.

HURAIAN Golongan kelas pertengahan borjouis muncul di England. Mobiliti sosial berlaku
dalam masyarakat feudal ini. Agama tidak lagi menjadi penghalang kemajuan
/CONTOH masyarakat apabila Raja menjadi penguasa agama.

Di Jepun, perubahan status dan mobiliti sosial berlaku dalam kalangan pedagang.
Pedagang menjadi peminjam wang dan memiliki syarikat persendirian. Agama
Buddha mempengaruhi masyarakat dan pahlawan Jepun.

PENEGASAN ISI Kewujudan sistem yang berperaturan dalam masyarakat menjadikan kehidupan
manusia berperanan penting dan menyumbangkan tenaga serta buah fikiran untuk
negaranya,Walau pun terdapat kelemahan dalam pentadbiran namun ini menjadi
asas bagi memantapkan lagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.

KESIMPULAN Di samping itu, perbezaan lain ialah feudalisme Eropah berasal daripada konsep
undang-undang Rom yang menekankan hak,undang-undang dan kewajipan iaitu
hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman feudal.
Kebanyakan idea undang-undang tersebut tidak ada dalam zaman feudal Jepun.

Zaman feudal Jepun dibayangi oleh penekanan idea China yang melebihi undang-
undang. Hal ini amat jelas menunjukkan kewajipan peribadi feudal di Jepun lebih
menekankan aspek moral berbanding undang-undang . Ini bermakna kekuasaan
dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.

12
SOALAN 4 :

TAJUK BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE-18


MASIHI HINGGA ABAD KE-19 MASIHI

PENDAHULUAN Konsep masyarakat industry

Masyarakat Industri (MI) merujuk kpd masyarakat yg bergantung kpd sektor


perindustrian.

Mereka terlibat dgn pengeluaran barangan dan perkhidmatan menggunakan


mesin dan dicirikan menerusi pembahagian kerja selain bergantung kpd
pengeluaran secara besar-besaran.

Latar lakang MI Jerman

MI di Jerman muncul semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua iaitu


pada 1860-an hingga 1914.

Pada era ini, muncul industri-industri baru spt elektrik, kimia, petroleum dan logam
ringan.

Kesannya, kerajaan memberi tumpuan kpd kemajuan sistem komunikasi dan


pengangkutan bagi menjana pertumbuhan ekonomi perindustrian. Terdapat
pelbagai ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 hingga abad ke 19.

13
FAKTA Kegiatan ekonomi

MI menjalankan kegiatan ekonomi yg tertumpu kepada pengeluaran barangan


secara besar-besaran.

Aktiviti ekonomi mereka bergantung kpd sektor perindustrian dan perlombongan.

HURAIAN/ Antara aktiviti ekonomi yg diusahakan oleh MI ialah perusahaan kilang tekstil, kulit,
arang batu dan juga kimia.
CONTOH
Contohnya, industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony, dan Silesia.
Longgokan sumber bahan mentah yg banyak spt arang batu, bijih besi, dan bijih
timah terdapat di Ruhr, Lorraine dan Silesia.

Seterusnya, industri perkapalan telah dimajukan di Bremen, Hamburg, dan Elby.

FAKTA Pengkhususan pekerjaan

MI mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri.

Masyarakat ini tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan mempunyai


pekerjaan yg tetap.

HURAIAN/ Berbeza dgn sebelum ini, mereka hanya bekerja sebagai petani dan dikongkong
oleh tuan tanah.
CONTOH
Penggunaan mesin juga digunakan secara meluas.

PENEGASAN ISI Maka, pekerja yg mempunyai kemahiran dan menghasilkan sesuatu barangan amat
diperlukan dlam masyarakat ini.

FAKTA Mobiliti sosial (MS)

MS telah berlaku dalam masyarakat industri.

Kumpulan masyarakat ini telah berubah dengan wujudnya kelas pekerja dan
individu yang tumbuh dengan pesat dlm aspek saiz mahupun kepentingan.

HURAIAN/ Golongan kelas pertengahan terdiri daripada golongan yang memiliki kilang, para
peniaga, ahli-ahli bank, peguam dan juga jurutera.
CONTOH

PENEGASAN ISI Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko utk mendapatkan
kekayaan.

FAKTA Kemunculan kelas

MI tergolong kpd dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.

HURAIAN/ Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan juga pengusaha
lombong spt. Martin, Siemens dan Alfred Krupp.

14
CONTOH Kelas pekerja ialah buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, kilang kimia dan
kejuruteraan elektrik.

FAKTA Pembandaran

Perkembangan dlm bidang perindustrian telah membawa kpd perpindahan


penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.

HURAIAN Keadaan ini telah mewujudkan proses pembandaran yang mana masyarakat mulai
tinggal di bandar.
/CONTOH
Sebagai contoh, proses migrasi telah berlaku ke kawasan Bandar spt Ruhr, Saxony,
Silesia dan Berlin.

PENEGASAN ISI Proses pembandaran ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk
dan membawa kpd pertambahan peluang pekerjaan di kawasan industri.

FAKTA Kemajuan teknologi


Proses pembandaran juga telah membawa kpd kemajuan teknologi di Jerman.
HURAIAN / Kemajuan ini dilihat dalam aspek perkembangan sistem pengangkutan dengan
CONTOH pembinaan jalan-jalan kereta api.
Jalan-jalan kereta api dibina dengan pesatnya pada tahun 1870 dan firma Jerman
di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Jerman juga telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk menghasilkan bahan kimia
yang boleh digunakan untuk tanaman.
Pd thn 1840, ahli kimia Jerman, Justus von Leibig telah menjalankan beberapa ujim
kaji daan menemui formula utk menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.
FAKTA Masyarakat literasi

MI ialah masyarakat literasi.


Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat yg memiliki ilmu dalam bidang
pendidikan.
HURAIAN / Hal ini adalah kerana kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan
CONTOH kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan system
komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan
pendidikan.
Oleh sebab itu, masyarakat ini memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan
pekerja.
KESIMPULAN MI di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusha dalam memajukan lagi
ekonomi negara mereka.
Perkembangan perindustrian di negara Jerman telah melahirkan perubahan politik
dan mewujudkan masyarakat sosialis.

15
SOALAN 5 :

TAJUK 5 BANDINGKAN PERANAN PEMBESAR DI CHINA DAN RUSIA PADA ABAD KE-16
HINGGA ABAD KE-20

PENDAHULUAN Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pentadbir yang


berperanan dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran yang
diarahkan oleh maharaja/raja di negara China dan Rusia. Kebiasaanya
individu yang dilantik sebagai pembesar merupakan individu yang
mendapat kepercayaan pemerintah dan sentiasa memberi kesetiaan yang
tidak berbelah bagi. Pembesar juga merupakan tulang belakang kepada
maharaja/raja dalam mempertahankan pemerintahannya. Peranan
pembesar di China dan Rusia merangkumi aspek politik, sosial dan
ekonomi.
FAKTA Politik/pentadbiran

16
HURAIAN CHINA
Membantu Maharaja menguruskan pentadbiran wilayah
Menguruskan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai-
pegawai kerajaan.Memegang jawatan penting dalam jabatan-jabatan
kerajaan
Manakala
RUSIA
Membantu tsar menjalankan pentadbiran pusat dan wilayah
Menasihati tsar dalam hal ehwal pentadbiran negara
Berperanan sebagai gabenor atau naib gabenor pada peringkat daerah

CONTOH *Sekretariat Agung berperanan membantu Maharaja dalam menyelia


dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat.
Setiausaha juga perlu memaklumkan kepada maharaja perjalanan enam
kementerian itu.

Majlis Tertinggi dan Censorate atau Lembaga Penapis pula menjadi badan
penasihat terpenting kepada maharaja. Majlis ini dibahagikan kepada enam
kementerian. Setiap kementerian dikawal oleh seorang pegawai kanan yang
dikenali Shangschu. Shangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah
dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.

Terdapat Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga
maharaja. Fungsi Censorate adalah memaklumkan segala aktiviti
pembesar-pembesar China kepada maharaja supaya maharaja dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya.

Semasa pemerintahan Romanov, pembesar menjalankan pentadbiran di


peringkat pusat dan wilayah. mereka dilantik sebagai anggota dewan
perundangan seperti Duma, Zemkii Sabor dan Prikazi
Tugas utama mereka memberi nasihat kepada Tsar dalam hal ehwal
pentadbiran negara
-Duma menyelaraskan hal ehwal pentadbiran
-Zemskii Sabor berfungsi sebagai badan penasihat
-Prikazi mengubal dan meluluskan dasar negara

17
PENEGASAN ISI Jelaslah, peranan pembesar di peringkat pusat ini amat penting bagi
memastikan pentadbiran China dan Rusia berjalan lancar.

FAKTA Perundangan / kehakiman


HURAIAN CHINA
Membantu maharaja menggubal undang-undang
Menetapkan dasar negara
Menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja
Menyediakan draf undang-undang edit dan warkah diraja
Membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah
Menganggotai Lembaga Keadilan yang menguruskan hal ehwal
kehakiman
Menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes-
kes rayuan.
manakala
RUSIA
Berkhidmat sebagai anggota dewan perundangan
Menggubal, meluluskan dan melaksanakan dasar negara
Membantu tsar mengendalikan hal ehwal kehakiman
Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes
Berperanan sebagai hakim, majistret dan juri.
CONTOH Pembesar-pembesar membantu Tsar dalam mengendalikan hal ehwal
kehakiman Negara. Semasa pemerintahan Peter Agung, Duma mempunyai
kuasa membicarakan kes-kes. Semasa pemerintahan Tsar Alexander II,
sistem mahkamah diwujudkan.
Tsar melantik hakim, majistret dan juri daripada golongan pembesar
untuk mengendalikan kes-kes. Kes-kes dibicara secara terbuka dan system
juri turut diperkenalkan.

PENEGASAN ISI Jelaslah disini dapat dilihat bahawa pembesar di China dan Rusia
mempunyai peranan yang besar dan luas dalam bidang perundangan dan
kehakiman.

FAKTA Ketenteraan

18
HURAIAN CHINA
Pembesar pusat menganggotai Lembaga Peperangan
Menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera
Pembesar wilayah berperanan sebagai komander tentera
Menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat
Manakala
RUSIA
Membantu Tsar dalam bidang ketenteraan
Berkhidmat sebagai panglima perang
Membantu tsar merancang strategi perang
Mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman musuh

CONTOH Pada zaman Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah.
Gabenor berfungsi untuk menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga
keamanan dan ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada
pemerintahan pusat. Ketua tentera mendapat kedudukan istimewa dalam
sistem pentadbiran di China. Sebagai buktinya, maharaja mewujudkan
Jabatan Perang. Maharaja bergantung kepada ketua angkatan tentera untuk
memulihkan kemanan dan kestabilan politik.

Semasa pemerintahan Peter Agung, pembesar-pembesar berkhidmat


dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Pembesar-pembesar
membantu Tsar sebagai perancang strategi dan panglima perang
Membentuk pasukan Polis Rahsia bagi mengawal sebarang penyebaran
propaganda yang negatif dan mengawal jalan keluar masuk empayar Rusia
PENEGASAN ISI Jelaslah di sini bahawa pembesar memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan keselamatan dan pertahanan negara
China dan Rusia dapat dikawal dan dijaga dengan baik.

FAKTA Ekonomi
HURAIAN CHINA
Memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan
percukaian
Menganggotai lembaga hasil dalam negara
Mengutip cukai dan menguruskan pendaftaran tanah
Menyerahkan sebahagian hasil cukai kepada maharaja
manakala
RUSIA
Memiliki tanah pertanian yang diusahakan oleh golongan petani
dan hamba
Berperanan mengutip cukai daripada penduduk
Menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai kepada tsar.

19
CONTOH Tsar melantik Komun atau Mir untuk mengutip cukai daripada
penduduk kampung
Komun mempunyai kuasa menetapkan jenis tanaman yang diusahakan oleh
petani

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa pembaharuan yang dilakukan akan meningkatkan bidang
ekonomi dan kredebiliti golongan pemerintah
KESIMPULAN Pembesar merupakan tulang belakang kepada maharaja/tsar untuk
mempertahankan kedudukan mereka.
Mereka membantu maharaja/tsar menjalankan pentadbiran, memungut
cukai dan menguatkuasakan undang-undang diperingkat pusat dan wilayah.

20
SOALAN 6 :

TAJUK HURAIKAN PERALIHAN SISTEM BERAJA MUTLAK KEPADA RAJA PERLEMBAGAAN DI


ENGLAND PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18

PENDAHULUAN Sistem pemerintahan monarki mutlak semasa pemerintahan dinasti Tudor ( 1485-
1603) melahirkan kestabilan politik di England dan mendapat sokongan ramai.

Kewibawaan raja-raja merupakan faktor utama sistem pemerintahan monarki


mutlak dapat dipertahankan. Raja-raja Dinasti Tudor berjaya mengawal Parlimen
dengan berkesan.

Namun, semasa pemerintahan raja-raja daripada dinasti Stuart berlaku ketegangan


antara pemerintah dan parlimen yang akhirnya membawa kepada kemunculan
pemerintahan raja berperlembagaan di England.

FAKTA Pemerintahan beraja mutlak semasa Dinasti Tudor.

HURAIAN/  Magna Carta


Raja-raja Dinasti Tudor menjalankan pemerintahan berasaskan prinsip dalam
CONTOH Magna Carta; piagam politik yang diperkenalkan sejak zaman pertengahan bagi
membatasi kuasa raja. Raja-raja Dinasti Tudor mendapat sokongan rakyat kerana
masih menghormati Magna Carta. Pemerintahan berlandaskan prinsip ini
menyebabkan sistem pemerintahan monarki mutlak dapat dipertahankan.

 Kejayaan mengawal Parlimen


Raja-raja Dinasti Tudor berjaya mengawal parlimen England yang terdiri daripada
Dewan Rakyat (House of Common) dan Dewan Bangsawan (House of Lords).

Dewan Bangsawan dianggotai golongan tuan tanah yang kaya, biskop dan anggota
kerabat diraja. Dewan ini mempunyai pengaruh dalam politik kerana mendapat
sokongan daripada raja.

Dewan Rakyat dianggotai oleh orang kebanyakan yang terdiri daripada pahlawan,
orang kaya dan peguam.

Pada abad ke-17, golongan tuan tanah ( gentry di kawasan luar bandar ) dan
borjuis (di kawasan bandar ) mendominasi Dewan Rakyat. Mereka
mempertikaikan kedudukan dan pengaruh golongan bangsawan dalam Dewan
Bangsawan.

21
Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth berjaya mengawal dewan dengan
baik dan tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan
pemerintahan mereka.
PENEGASAN ISI Jelaslah hasil kebijaksanaan raja-raja Dinasti Tudor telah berjaya meredakan
pergeseran antara anggota kedua-dua dewan.

FAKTA Pemerintahan beraja mutlak semasa Dinasti Stuart.

HURAIAN/ Pada abad ke-17 berlaku pergeseran antara mazhab kristian khatolik dengan
Aglican. Oleh itu pemerintahan raja-raja Stuart terpaksa berhadapan dengan
CONTOH penentangan ahli-ahli Parlimen dan isu agama/ kebangkitan golongan Puritan
(golongan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican dan ingin membersihkan
amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom).
Lama kelamaan kedudukan golongan puritan menjadi semakin kuat. Selepas
kemangkatan Ratu Elizabeth 1, baginda tidak mempunyai waris. Oleh itu sepupu
baginda Raja James dari Scotland telah ditabalkan sebagai Raja England, yang
memulakan Dinasti Stuart di England.

Raja James 1

Raja James I dan anaknya Charles I tidak memahami tradisi politik England dan
berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan kedudukan
raja mengatasi segala undang-undang yang digubal manusia. Hal ini bermakna
semua institusi pemerintahan diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja bukannya
berkongsi kekuasaan dengan raja.

Krisis antara Raja James I dengan parlimen meruncing ekoran isu pengenalan cukai
oleh James I tanpa persetujuan parlimen. Baginda berpendapat, sebagai seorang
raja, baginda mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan.
Apabila negara menghadapi masalah kewangan raja bertidak menaikkan cukai ke
atas rakyat sesuka hati.

Ahli parlimen menuduh baginda menjalankan pemerintahan tanpa mengikut


perlembagaan dan membelakangkan Parlimen. James I bertindak membubarkan
parlimen pada tahun 1611 dan keadaan politik di England semakin bercelaru
dengan kematiannya.

Raja Charles 1

Semasa Charles 1, hubungan antara parlimen dengan raja semakin tegang.


Memandangkan beliau sukar mendapat peruntukan daripada parlimen, baginda
telah memaksa rakyat memberikan sagu hati kepadanya dan sesiapa yang enggan
akan dipenjarakan.

Rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja telah dibuat secara
rasmi pada 1628 apabila parlimen mengemukakan Petition of Right kepada Charles
1 untuk menghadkan kuasa raja. Pengisytiharan Hak ini melarang raja daripada
menggunakan angkatan tentera diraja demi kepentingan sendiri, rakyat tidak boleh
dipenjarakan tanpa sebab dan raja tidak dibenarkan memungut cukai tanpa
kebenaran parlimen. Baginda bertindak membubarkan parlimen dan memerintah

22
secara multak tanpa parlimen selama 11 tahun.

Ketegangan dengan Parlimen menyebabkan Raja Charles 1 menangkap pemimpin-


pemimpin parlimen dan tindakan ini akhirnya mencetuskan Perang Saudara antara
penyokong raja dan penyokong parlimen pimpinan Cromwell. Apabila penyokong
raja kalah, Raja Charles 1 telah kehilangan kuasa dan akhirnya dijatuhkan hukuman
pancung.
PENEGASAN ISI Sistem pemerintahan beraja mutlak di bawah Dinasti Stuart mendapat tentangan
daripada rakyat kerana tindakan raja-rajanya yang memerintah membelakangi
parlimen dan kebangkitan golongan Puritan.

FAKTA Pemerintahan Republik di England.

HURAIAN/ Oliver Cromwell

CONTOH
Dalam jangka panjang, pemerintahan Cromwell lebih bercorak kediktatoran
tentera dan banyak kejayaan dicapai dalam perdagangan dan dasar luar. Walau
bagaimanapun parlimen hanya bersidang apabila ia mempunyai kepentingan
sendiri.

Oleh kerana sukar mendapat kerjasama daripada ahli-ahli parlimen untuk


menjalankan pemerintahan menyebabkan Oliver Cromwell mengambil tindakan
membubarkan parlimen pada tahun 1653 dan membentuk sebuah kerajaan baru
yang dikenali sebagai protectorate yang berasaskan satu perlembagaan baru.

Setelah kematiannya, pemerintahan diktator diteruskan oleh anaknya Richard


Cromwell yang meletak jawatan tidak sampai setahun kemudian.

PENEGASAN ISI Walaupun memerintah mengikut perlembagaan, tetapi pemerintahan yang


dijalankan bercorak diktator ketenteraan dan tidak mendapat sokongan parlimen
dan tentera.

FAKTA Pemerintahan raja berperlembagaan Dinasti Stuart

HURAIAN/ Charles II

CONTOH Pemulihan sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan


persefahaman antara raja dan parlimen. Pada peringkat awal, Raja Charles II cuba
melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hati parlimen.
Sekali lagi, soal agama menjadi punca pertelagahan antara raja dan parlimen.

Raja Charles II memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut Katolik


melakukan amalan tradisi mazhab mereka, menerusi pengisytiharan diraja yang
dikenali sebagai Declaration Of Indulgance. Perisytiharan itu juga menandakan
tiada lagi sekatan kepada golongan Katolik untuk menjawat jawatan dalam
perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan.

Parlimen bertindak balas meluluskan akta melarang orang Katolik memegang


23
jawatan dalam perkhidmatan awam. Parlimen turut meluluskan undang2
berhubung hak asasi manusia (Habeas Corpus Act) yang menyekat raja
memenjarakan tahanan politik sesuka hati.

James II

Kematian Charles II digantikan dengan adiknya James II yang berkecenderungan


memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Tentangan terhadap James II semakin
terbuka apabila baginda menjalankan dasar agama yang lebih condong kepada
mazhab Katolik sementelah baginda juga penganut mazhab Katolik.

Mary dan William of Orange

Raja James II akhirnya disingkirkan daripada takhta dan Mary II dan suaminya
William of Orange dijemput dari Belanda dan ditabalkan sebagai pemerintah
melalui peristiwa Revolusi Cemerlang. Menyedari sokongan semakin berkurangan
Raja James II telah lari ke Peranchis dan disingkirkan daripada pemerintahan di
England.

PENEGASAN ISI Jelaslah peristiwa peralihan kuasa secara aman yang berlaku tanpa pertumpahan
darah ini membawa perubahan dari sistem pemerintahan mutlak kepada raja
berpelembagaan di England.

FAKTA Revolusi Cemerlang juga mempercepatkan peralihan raja berkuasa mutlak kepada
raja berpelembagaan.

HURAIAN Revolusi Cemerlang membawa kepada pengisytiharan beberapa undang-undang


oleh parlimen. Antaranya yang memberi kebebasan beragama kepada golongan
/CONTOH puritan dan membina gereja.

Menerusi Undang-Undang Pengisytiharan Hak menetapkan Raja Berperlembagaan


di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan parlimen dan
tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang2
yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenar campur tangan dalam
urusan mahkamah dan penguatkuasaan undang-undang.Malah rakyat mempunyai
hak mengadapkan raja ke muka pengadilan.

Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act Settlement 1701 diluluskan
yang menetapkan hanya raja yang bermazhab Protestant layak menjadi raja. Raja
juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan
mempunyai keutuhan dalam legislatif dan eksekutif. Parlimen mesti mengadakan
persidangan dari semasa ke semasa.

Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan


dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan tindakan yang diambil oleh raja.

Hanya Parlimen yang boleh mengenakan cukai ,bukan raja.

PENEGASAN ISI Implikasi utama Revolusi Cemerlang 1688 ialah menjatuhkan kerajaan beraja
mutlak di England. England muncul sebagai kerajaan berpelembagaan selepas
24
Revolusi Cemerlang pada tahun 1688 yang mendokong hak-hak asasi bagi rakyat
England.

KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan pemerintahan raja berperlembagaan di England


dari abad ke16 hingga 18M adalah berkisar pada kuasa raja yang membelakangkan
parlimen dan isu keagamaan. Pengamalan sistem raja berperlembagaan di England
masih terus diamalkan sehingga ke hari ini.

SOALAN 7 :

TAJUK HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN OEH RAJA LOUIS XIV


UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI PERANCIS
DARI TAHUN 1643-1715

PENDAHULUAN Raja Louis XIV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Beliau terkenal
dengan gelaran „Grand Monarch‟. Beliau memerintah selama 72 tahun dan
menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak. Sewaktu memerintah beliau
telah banyak membuat reformasi dalam dasar negara sehingga Perancis muncul
sebagai kuasa yang kuat pada masa itu. Beliau mendapat sokongan padu daripada
golongan bangsawan, Huguenot dan instutusi kerajaan. Terdapat pelbagai langkah
yang dilakukan oleh Raja Louis XIV meliputi dasar ekonomi, ketenteraan, agama
dan luar negara.

FAKTA Langkah mengukuhkan dasar dalam negara

HURAIAN Raja Louis XIV menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat,
diperkenalkan empat majlis utama iaitu Majlis Negara menguruskan hal ehwal luar
negara, Majlis Despatches menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali
kewangan, Majlis Kewangan menguruskan percukaian,tarif, perbelanjaan dan
pendapatan negara dan Majlis Privy menguruskan pentadbiran keadilan.
Beliau juga melantik menteri-menteri yang berkebolehan di peringkat pusat dan

25
provinci untuk membantu melaksanakan dasar-dasar diraja.

CONTOH Beliau melantik Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai Menteri
Peperangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraan. Melalui dasar-dasar Colbert
Perancis menjadi Negara Industri dan kuasa ketenteraan yang kuat di Eropah.
Zaman Louis XIV juga merupakan zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis
dengan lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor seperti Racine dan Moliere.

PENEGASAN ISI Ini jelas menunjukkan bahawa dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XIV telah
berjaya mengukuhkan kekuasaan monarki di Perancis sehingga 1715.

FAKTA Langkah ketenteraan

HURAIAN Raja Louis XIV menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang
ketenteraan dan meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.

CONTOH Beliau melakukan reformasi dalam bidang kenteteraan ini dengan bantuan menteri
peperangan iaitu Louvois. Beliau melantik pegawai-pegawai berasaskan merit. Bagi
menerik kesetiaan golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera
dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan.

PENEGASAN ISI Kesannya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu dan
kedudukan raja semakin kukuh.

FAKTA Langkah mengukuhkan dasar luar negara

HURAIAN Raja Louis XIV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan
kuasa Perancis sehingga ke sempadan Sungai Rhine.

CONTOH Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman,


Negara Spanish, Netherlands dan United Province (Belanda).

PENEGASAN ISI Usaha Raja Louis XIV ini telah meningkatkan kekuatan dan sokongan rakyat
terhadap pemerintahan beraja mutlak di Perancis.

FAKTA Langkah dalam bidang ekonomi

HURAIAN Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan
negaranya.

CONTOH Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industri baharu,
memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang
kerajaan, mengawal upah dan mengawal harga pasaran.
Colbert juga membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di
India, Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar.
26
Raja Louis XIV juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri
tempatan seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang
menggunakan pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada
industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.

PENEGASAN ISI Langkah-langkah ekonomi yang diambil sewaktu zaman Raja Louis XIV telah
berjaya mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai raja yang berdaulat.

FAKTA Langkah bidang keagamaan

HURAIAN Raja Louis XIV memaksa golongan bukan katolik ( Huguenot) menerima agama
Katolik.

CONTOH Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan Huguenot. Kesannya seramai 200,000
orang Huuenot meninggalkan Perancis.

PENEGASAN ISI Langkah Raja Louis ini telah mendapat sokongan daripada rakyat dan seterusnya
mengukuhkan kedudukannya.

KESIMPULAN Raja Louis XIV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai
pembaharuan. Kesannya Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan
berpengaruh di Eropah pada ketika itu.

SOALAN 8 :

TAJUK PENGASINGAN KUASA DAN AMALAN DEMOKRASI MERUPAKAN CIRI UTAMA


NEGARA PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE-19.

27
BINCANGKAN

PENDAHULUAN Negara Persekutuan ialah bentuk kerajaan yang mempraktikkan pembahagian


kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.

Persekutuan pula merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah


satu perlembagaan pusat. Sistem ini mempunyai dua buah kerajaan iaitu kerajaan
pusat dan kerajaan negeri yang mempunyai kuasa masing-masing. Amalan
pengasingan kuasa dan demokrasi mendominasi sistem pemeintahan persekutuan
di Amerika Syarikat.

FAKTA Mengamalkan pemerintahan demokrasi

HURAIAN/ Perlembagaan persekutuan Amerika Syarikat menetapkan pembentukan-


pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi.

Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi sistem pilihanraya.


Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk
memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara. Amalan demokrasi ini juga
membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.
CONTOH
Wakil-wakil dari parti Fedaralis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih
presiden

PENEGASAN ISI Sistem demokrasi yang diamalkan telah dapat menjamin hak, kebebasan dan
keadilan rakyat dalam pentadbiran di Amerika Syarikat.

FAKTA Wujud pengasingan kuasa yang jelas

HURAIAN/ Sistem pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat menekankan pembahagian


kuasa antara kerajaan pusat dan negeri. Setiap peringkat pentadbiran diberi
kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa yang diperuntukkan.

Kerajaan pusat berkuasa dalam perkara yang penting seperti pertahanan,


percukaian, matawang dan dasar luar Negara. Sementara kerajaan negeri pula
berkuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan dalam negeri masing-masing.
CONTOH
Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas serta penduduknya
yang terdiri daripada berbilang bangsa. Oleh itu, para pemimpin hendaklah peka
terhadap undang-undang yang hendak digubal.

PENEGASAN ISI Perlembagaan Amerika Syarikat memberi kebebasan kepada negeri-negeri


menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat budaya tempatan kerana
setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.

FAKTA Mempunyai Badan Eksekutif

HURAIAN/ Diketuai oleh presiden yang dipilih melalui pilihanraya. Presiden boleh dipilih untuk
28
tempoh 4 tahun tetapi boleh dilantik semula untuk penggal kedua.

Kuasa presiden sangat besar termasuklah menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera,
merunding perjanjian, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, memberi
CONTOH pengampunan dan mentadbir kongres. Semua undang-undang yang diluluskan
oleh kongres perlu ditandatangani oleh presiden

Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan kuasa veto dan boleh


mengawasi kongres melalui 2/3 undi ahli kongres

PENEGASAN ISI Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi
Kabinet Eksekutif, pengurusan Rumah Putih dan sebagainya.

FAKTA Wujudnya Badan Perundangan

HURAIAN/ Dikenali juga sebagai Kongres dan tugasnya menggubal undang-undang. Terdiri
daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Setiap negeri akan memilih 2 ahli
CONTOH Dewan Senat dan Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduk.

Dewan ini berkuasa menentukan presiden jika timbul kekurangan majoriti undi
calon presiden dalam pilihanraya. Senator dalam Dewan Senat perlu berkhidmat
selama 6 tahun dan diketuai oleh Timbalan presiden Amerika Syarikat.

PENEGASAN ISI Mengikut perlembagaan, anggota dewan berhak untuk membawa sebarang usul
ke kongres, menggubal undang-undang biasa, meminda perlembagaan dan
memberi kebenaran kepada negeri baharu yang mahu menyertai persekutuan.

FAKTA Wujudnya Badan Kehakiman

HURAIAN/ Terdiri daripada Mahkamah persekutuan dan Mahkamah Negeri dan merupakan
badan bebas serta tidak menerima campurtangan politik. Badan Kehakiman boleh
mengambil tindakan terhadap presiden sekiranya beliau melanggar perlembagaan.
Manakala mahkamah negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang
melibatkan undang-undang kecuali berlaku percanggahan dengan persekutuan.
CONTOH Badan Kehakiman di Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan
tindakan kongres, keputusan presiden mahupun dokumen undang-undang di
sesetengah perundangan negeri sebagai melanggar perlembagaan.
PENEGASAN ISI Badan kehakiman yang terdiri daripada mahkamah persekutuan dan mahkamah
negeri mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan
bidang masing-masing.
KESIMPULAN Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci
badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Pembahagian kuasa telah
memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur. Menjelang abad ke-19,
Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri.

29
SOALAN 9 :

TAJUK BINCANGKAN PERUBAHAN YANG BERLAKU EKORAN PERKEMBANGAN EKONOMI


KAPITALISME DI ENGLAND PADA ABAD KE-18 HINGGA 19

PENDAHULUAN Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian,
pasaran, kebebasan ekonomi, dan perniagaan untuk meraih keuntungan tanpa
gangguan kerajaan . Kegiatan ini berkembang pesat selepas tercetusnya Revolusi
Perindustrian di England pada abad ke -18 dan 19.Perkembangan ekonomi
kapitalisme ini menyebabkan perubahan yang amat ketara dalam bidang pertanian,
perindustrian dan pengangkutan serta pertambahan penduduk.

FAKTA Perubahan yang pertama dapat dilihat dari segi perkembangan dalam bidang
pertanian

HURAIAN/ Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah
meningkatkan hasil pertanian. Petani di England mengamalkan sistem tanah
CONTOH berpagar untuk menggantikan tanah lapang yang diusahakan oleh seseorang
pemilik. Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi yang
diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih keapada seseorang
dalam usaha memajukan tanah yang disewa atau dimilik. Seterusnya , pengunaan
teknik penanaman baharu dan jentera telah diperkenalkan. Antaranya ,
penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat ini telah
memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak
yang ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris
yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan
tanah.Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya
memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan
ini dapat memenuhi keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-
ladang yang luas serta menyuburkan tanah. Disamping penggunaan peralatan
teknologi dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan sumbangan
pertanian kepada ekonomi England.

PENEGASAN ISI Jelaslah, perubahan dalam bidang pertanian telah berlaku selaras perkembangan
ekonomi kapitalisme di England.

FAKTA Perubahan kedua ialah kemajuan dalam bidang penternakan.

HURAIAN/ Para petani juga turut mengamalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama.
30
CONTOH Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan,
khususnya pada musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga digunakan untuk industri
membuat kain dan najis binatang dijadikan baja.Antara tahun 1730 hingga tahun
1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah baru yang dapat
mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan
ternakan yang besar saiznya.

Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar luas
dan digunakan di England. Kesannya, bekalan daging dan susu telah meningkat
bagi memenuhi keperluan penduduk England.

PENEGASAN ISI Oleh itu, perubahan dalam bidang penternakan telah berjaya
memperkembangkan sistem ekonomi kapitalisme di England dan berjaya
menambahkan bilangan para petani yang berjaya dalam perniagaan.

FAKTA Kemajuan dalam bidang perindustrian berlaku selaras perkembangan sistem


ekonomi kapitalisme di England.

HURAIAN/ Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan
mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Pada tahun
CONTOH 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang
menggunakan kuasa air. Kemajuan dalam bidang perindustrian juga telah
membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang batu
untuk menghasilkan tempa bagi membuat peralatan besi. Pada akhir abad ke-18,
kuasa wap telah digunakan dalam industri mengendalikan mesin dan pelbagai
kaedah baharu telah ditemui. Antaranya, Siemens telah menemui kaedah baharu
unntuk menghasilkan keluli daripada besi belum tempa. Penggunaan kaedah
teknologi ini telah membolehkan peningkatan pengeluaran bahan tekstil

PENEGASAN ISI Dengan kemajuan ini, industri besi telah menunjukkan peningkatan pertambahan
dalam pengeluaran bahan industri selepas Revolusi Perindustrian di England.
Dengan perubahan ini juga, England berjaya menghasilkan banyak sumber bijih
besi dan pengeluaran besi yang lebih bermutu.

FAKTA Perubahan dan kemajuan juga berlaku dalam sistem pengangkutan di England.

HURAIAN/ Revolusi perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang


pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal
CONTOH mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik. Teknologi
pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun 1787 telah menyaksikan kapal-
kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu dinding. Kapasiti kapal
menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut banyak
kargo berbanding kapal yang dibina daripada kayu. Pada tahun 1802 , kapal-kapal
menggunakan enjin stim dan keluli menggantikan besi dalam industri pembinaan
kapal. Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi
pembinaan jalan raya di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan
jalan raya daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan
31
perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

PENEGASAN ISI Kemajuan dalam pengangkutan membawa perubahan perkembangan sistem


ekonomi kapitalisme di England. Kemudahan yang disediakan telah meningkatkan
pertambahan barangan industri dapat dipasarkan.

FAKTA Akhir sekali perubahan yang berlaku di England ialah penghijrahan dan
pertambahan penduduk

HURAIAN Pertambahanan penduduk berlaku dengan mendadak. Pada tahun 1850 telah
menyaksikan lebih separuh populasi penduduk England tinggal di pekan dan
/CONTOH bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk luar bandar,
misalnya pada tahun 1851 penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke
England. Kesannya, penghijrahan telah membawa kepada penyatuan Ireland-
England dan penduduknya lebih tertumpu kepada bidang pekerjaan dalam industri
tekstil.

PENEGASAN ISI Oleh itu, penghijrahan beramai-ramai penduduk ke bandar telah


memperkembangkan perindustrian di England. Ini memberi impak yang besar
dalam perubahan perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di England

KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di England selepas


Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku perubahan besar dalam sistem
ekonominya. Pertumbuhan dalam bidang pertanian dan perindustrian telah
menyebabkan England terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

32
SOALAN 10 :

TAJUK JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI


BELANDA MENJELANG ABAD KE-16 HINGGA KE- 18.
PENDAHULUAN Perkembangan Renaisance dan Reformation di Eropah mempengaruhi
perkembangan ekonomi masyarakat Eropah. Revolusi Perdagangan di Eropah pada
abad ke-18 dan ke-19 dipelopori oleh negara-negara Eropah.
Pengamalan dasar merkantilisme dan kapitalisme menggiatkan lagi aktiviti
perdagangan. Kapitalisme berteraskan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi
dan pasaran serta hak milik persendirian bertujuan mengumpulkan keuntungan.
Merkantilisme pula ialah campurtangan kerajaan dalam menggalakkan kekayaan,
kekuasaan dan kebajikan. Menjelang abad ke-18, perkembangan perdagangan dan
perniagaan telah menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan
rempah di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Belanda.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan dan
perniagaan di Belanda menjelang abad ke-16 hingga 18 M.

FAKTA Kedudukan yang strategic

HURAIAN/ Kegiatan perdagangan berkembang kerana kedudukan strategik Belanda di


pertengahan laluan perdagangan.
CONTOH Dari segi geografi, Belanda terletak di tengah2 laluan perdagangan yang
menghubungkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya Eropah
Menjadi pusat pengedaran barang dagangan di Eropah
Belanda juga memiliki industri pembinaan kapal.
Kapal2 ini membawa barang keperluan negara2 Eropah.
Cth : gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia.
Ia juga mengangkut hampir keseluruhan pengeluaran logam besi dari Sweeden.

PENEGASAN ISI Kedudukan yang strategik ini telah membolehkan Belanda memainkan peranan
penting sebagai pusat pengedaran barang dagangan di Eropah. Hal ini
menyebabkan berlakunya kepesatan perdagangan dan perniagaan di Belanda.
FAKTA Kekurangan sumber alam mendorong industri pembuatan

33
HURAIAN/ Antara faktor yang mendorong perkembangan perdagangan adalah kekurangan
sumber alam.
CONTOH Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan barang
keperluan yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu.
Jadi, Belanda terpaksa mengimport barang keperluan penduduknya dari negara
lain. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam aktiviti perdagangan
dan perniagaan Belanda.
Kekurangan sumber alam juga menyebabkan kemunculan industri2 pembuatan.
Industri2 ini menghasilkan produk daripada barang yang diimport seperti tekstil
dan kertas dan kemudiannya dieksport
Cth : Bahan mentah bagi industri kain di Belanda diimport dari England. Kain
biasanya diproses dan dicelup dengan pewarna sebelum dieksport semula ke
negara lain.

PENEGASAN ISI Kekurangan sumber alam ini secara tidak langsung menyebabkan Belanda terlibat
dalam aktiviti perdagangan import bagi memenuhi keperluan negara. Kemunculan
industri pembuatan pula merancakkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan di
Belanda pada abad ke 16 sehingga 18 M.
FAKTA Kemudahan kewangan / sistem perbankan

HURAIAN/ Banyak institusi perbankan ditubuhkan di Belanda pada abad ke-17 M. Institusi ini
menyediakan kemudahan pinjaman dan modal kepada peniaga.
CONTOH Penubuhan Bank Amsterdam memudahkan pemindahan wang dan pinjaman
kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang.
Institusi bank juga turut ini memainkan peranan dalam menyelaraskan pinjaman
dan memperkenalkan sistem pembayaran menerusi cek.
Cth : pada tahun 1609, sebuah institusi pertukaran wang dikenali sebagai
Wisselbank telah ditubuhkan di Amsterdam.

Penubuhan bank ini dapat mengelakkan kekeliruan akibat penggunaan mata wang
yang berbeza. Hal ini kerana setiap daerah dan provinsi di Belanda memiliki mata
wang masing-masing.
Cth : Wilayah2 seperti Hoorn, Medemblik dan Enkhuizen mempunyai mata wang
yang standard.
Mata wang kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza turut digunakan dalam
urusan perniagaan.

PENEGASAN ISI Jelaslah, penubuhan institusi perbankan meningkatkan kegiatan perdagangan


kerana dapat menyediakan modal dengan mengenakan kadar faedah yang rendah.
Kemunculan institusi bank ini turut menyebabkan kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan sistematik dan teratur. Keadaan ini turut meningkatkan
keupayaan pelaburan Belanda dalam perdagangan antarabangsa.
FAKTA Insuran Maritim

HURAIAN/ Pengenalan insurans maritim mendorong perkembangan perdagangan di negara


Belanda. Insurans ini diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam
CONTOH perdagangan menggunakan laluan laut.
Insurans ini diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M sebagai langkah
menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang semasa barang2 diangkut
menggunakan jalan laut.

34
Premium bagi insurans berbeza dari semasa ke semasa berdasarkan harga belian
barang yang diangkut
Kadar premium insurans yang diperkenalkan pada tahun 1650 adalah antara 5%
hingga 11% daripada harga barangan.

PENEGASAN ISI Pengenalan insurans maritim ini turut membantu perkembangan perdagangan dan
perniagaan Belanda. Hal ini kerana dengan adanya skim perlindungan insurans ini
maka golongan pedagang lebih berani mengambil risiko menjalankan perdagangan
import dan eksport barangan melalui jalan laut. Tambahan pula, abad ke-16 hingga
18 M menunjukkan bahawa jalan laut adalah merupakan jalan utama yag
digunakan bagi kegiatan perdagangan import dan eksport di seluruh dunia.

FAKTA Kemunculan syarikat dagang

HURAIAN Penggunaan mata wang juga memainkan peranan dalam peningkatan


perdagangan.
/CONTOH Cth : pada tahun 1594 pedagang2 dari Amsterdam telah menubuhkan Society of
Distant Land. Persatuan ini menyediakan dana bagi membantu pedagang2 dan
membiayai kos pembinaan kapal-kapal dagang.
Hal ini turut mempengaruhi kemunculan lebih banyak syarikat yang ditubuhkan
bagi membiayai kegiatan penjelajahan dan penerokaan.

Pada 20 Mac 1602- Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan. Syarikat ini diberi
hak monopoli untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan penjajahan di Asia.
Syarikat ini muncul sebagai syarikat perdagangan yang terbesar di dunia. Komoditi
utama syarikat ini ialah teh, kopi, dan rempah ratus.

Pedagang Belanda membuat perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk


mendapatkan konsesi perdagangan. Syarikat ini berjaya mengawal monopoli
perdagangan rempah di Timur.

PENEGASAN ISI Penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda mewujudkan kewangan korporat yang
sistematik, menjamin kekayaan dan melahirkan pedagang yang bijak
memaksimumkan keuntungan.

KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang merangsang pertumbuhan pesat


kegiatan perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18 M. Selain kedudukan
strategik, perkembangan perdagangan juga disebabkan oleh kemudahan
perbankan, pengenalan insurans maritime dan kemunculan syarikat dagang.
Perkembangan pesat kegiatan perdagangan menyebabkan Belanda muncul
sebagai pusat perdagangan penting di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 M.

35
SOALAN 11:

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN


TAJUK DI PORTUGAL PADA ABAD-16 HINGGA KE-18

PENDAHULUAN Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman
penerokaan di Eropah kerana berjaya membina empayar besar di Amerika Selatan,
Afrika, Asia dan Australia. Kejayaan pelayar-pelayar Portugal membangunkan
empayar perdagangan disebabkan oleh pencapian mereka dalam ekspedisi
maritim. Portugal adalah kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan
dan perdagangan di Timur pada abad ke-16. Perkembangan perdagangan dan
perniagaan Portugal pada abad ke-16 hingga ke-18 dipengaruhi oleh beberapa
faktor.

FAKTA Peranan Putera Henry menyumbang kepada perkembangan perdagangan dan

36
perniagaan Portugal.

HURAIAN/ Putera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakn misi


perdagangan hamba yang mendatangkan keuntungan. Hasilnya, menjelang
CONTOH tahun1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira dan
Cape verda.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa tindakan Putera Henry telah membawa kepada perkembangan
perdagangan dan perniagaan di Portugal.

FAKTA Selain itu, pemerintah Portugal juga memainkan peranan dalam perkembangan
perdagangan dan perniagaan di Portugal.

HURAIAN/ Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan Dinasti


Avis telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memberikan
CONTOH dorongan kuat kepada rakyat untuk menceburi bidang perdagangan dan
perkapalan.

PENEGASAN ISI Kesannya, bidang perdagangan dan perkapalan berkembang maju di Portugal.

FAKTA Kesan Perang Salib juga mempengaruhi perkembangan perdagangan dan


perniagaan di Portugal.

HURAIAN/ Ekoran perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Semenanjung
Iberia yang sekaligus melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka.
CONTOH Penaklukan wilayah Islam juga menyebabkan ilmu pelayaran Islam telah sampai
kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka untuk menjelajah negara luar.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa penjelajahan negara luar telah membawa kepada kegemilangan
Portugal dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

FAKTA Selain itu, kemajuan dalam penemuan baharu turut menjadi faktor perkembangan
perdagangan dan perniagaan Portugal.

HURAIAN/ Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, reka bentuk kapal telah
mebawa kemajuan dalam bidang maritime. Malah dalam pembinaan kapal, orang
CONTOH Portugal mempunyai kemahiran dalam membina kapal jenis Caravel seberat 2000
tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan luas.

PENEGASAN ISI Hal ini akhirnya membuka luas peluang pelayar Portugal dan kegemilangan mereka
semakin terserlah apabila dapat belayar jauh ke dunia luar. Hal ini akhirnya
menyumbang kepada perkembangan perdagangan dan perniagaan Portugal.

FAKTA Kemunculan tokoh pelayar Portugal juga turut menjadi faktor perkembangan
perdagangan dan perniagaan Portugal.

HURAIAN Diego Cam yang berjaya belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai Barat Afrika
antara tahun 1482 hingga tahun 1484. Hal ini menjadikan Portugal sebagai negara
/CONTOH yang memiliki pakar-pakar pelayaran yang boleh menjelajah dunia. Bartholomew

37
Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi Tanjung
Pengharapan. Vasco da Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah
kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Pada tahun 1497,Vasco da Gama
berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang ke pantai Timur
Afrika hingga ke Malindi.

Kejayaan beliau menyebabkan banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk


memperolehi lada hitam,sutera,batu permata dan rempah-ratus. Perkembangan
penjelajahan Portugis menyebabkan kepesatan dalam bidang perdagangan,
perluasan pengaruh, empayar dan hubungan dagang dengan negara luar. Francisco
de Almeida turut dilantik sebagai wizurai Portugis. Sebagai Wizurai, beliau telah
memulakan usaha-usaha menguasai jalan perdagangan dan hapuskan monopoli
perdagangan rempah oleh saudagar-saudagar Islam.

Alfonso de Albuquerque juga dilantik sebagai wizurai Portugal di India pada tahun
1508 dan telah menjadikan Goa sebagai pusat pentadbiran. Dari Goa, Portugal
meneruskan gerakan ke Asia Tenggara yang terkenal sebagai pusat pengeluaran
rempah-ratus. Komoditi rempah amat berharga dalam perdagangan di Eropah.
Malah Portugal berusaha untuk menyaingi Venice dalam menguasai perdagangan
rempah di Eropah. Venice yang memonopoli komoditi ini telah membawa
barangan ini dari India dan Arab serta memasarkannya ke seluruh Mediterranean
dan Eropah Barat.Pada abad ke-16, perdagangan rempah dari Timur telah berjaya
dikuasai oleh Portugal.

Hal ini diperkukuh dengan bukti kejayaan Portugal meluaskan laluan selamat
tersebut ke arah Timur dengan menawan kawasan Hormuz di muara Teluk Parsi
pada tahun 1514, Goa di Pantai Barat India pada tahun 1510,dan menawan Melaka
pada tahun 1511. Ekspedisi ini menemui kejayaan, Pulau Bombay diserahkan
kepada Portugis pada tahun 1534. Kehadiran Portugal di Sri Lanka semakin
meningkat pada abad ini dan pada tahun 1557, pedagang Portugal mewujudkan
satu koloni di Pulau Macau.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa, kejayaan demi kejayaan yang dicapai di sepanjang pelayaran
menyebabkn banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk memperoleh lada
hitam, batu permata, dan rempah-ratus. Hal ini menyebabkan kegiatan
perdagangan dan perniagaan Portugal semakin pesat.

KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan perdagangan dan perniagaan yang terhasil


daripada gerakan penjelajahan dan penerokaan telah memberi sumbangan
terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Portugal.

38
SOALAN 12 :

TAJUK PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JEPUN PADA ABAD KE-19 DIPENGARUHI


OLEH PELBAGAI FAKTOR. BINCANGKAN

39
PENDAHULUAN Perkembangan pesat dalam bidang peridustrian di Jepun dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Antaranya dasar yang diamalkan oleh kerajaan Meiji yang mana
pemimpin-permimpinnya telah meletakkan asas bagi memperkembangkan sektor
perindustrian. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan telah menyebabkan
Jepun muncul sebagai negara industri dalam tempoh yang amat singkat.Terdapat
beberapa faktor yang mendorong perkembangan sektor perindustrian di Jepun.

FAKTA Dasar Kerajaan Meiji

HURAIAN/ Kerajaan Meiji telah merangka beberapa langkah untuk memajukan sector
perindustrian. Anatara langkah yang telah diambil ialah kerajaan memberi bantuan
CONTOH modal, latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha-pengusaha industri.
Disamping itu, kerajaan juga mengadakan latihan dan bengkel mengenai teknologi
dalam industri dan mendapatkan pakar-pakar luar negara untuk memodenkan
perindustrian Jepun,Contohnya pada tahun 1879, kerajaan telah mengambil 130
orang pegawai asing untuk bekerja di Jepun

PENEGASAN ISI Oleh itu, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Meiji telah membuka ruang bagi
kilang-kilang untuk mendapatkan khidmat pakar-pakar luar bagi
memperkembangkan perindustrian di Jepun.

FAKTA Kemajuan dalam bidang pengangkutan turut mempengaruhi perkembangan


perindustrian di Jepun

HURAIAN/ Pemimpin-pemimpin kerajaan telah mengambil langkah untuk memajukan sektor


pengangkutan di Jepun. Menjelang tahun 1872, landasan kereta api sepanjang 26
CONTOH batu telah dibina yang menghubungkan bandar Tokyo dan Yokohama. Landasan
kereta api ini telah memberi manfaat kepada 3 juta penumpang yang
menggunakannya sebagai jalan pengangkutan utama. Pada tahun 1874 dibina
landasan kereta api yang menghubungkan Kobe dan Osaka dan diperluaskan ke
Kyoto pada tahun 1877. Landasan kereta api dari Kyoto ke Otsu dibina dengan
menggunakan kepakaran jurutera Jepun dan siap pada tahun 1880.

PENEGASAN ISI Kemajuan dalam bidang pegangkutan telah merangsang pertumbuhan dan
perkembangan sektor perindustrian di Jepun.

FAKTA Perkembangan kemajuan dalam telegraf juga merupakan pemangkin kemajuan


perindustrian di Jepun.

HURAIAN/ Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian di Jepun didorong oleh kemajuan
bidang perhubungan. Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan
CONTOH sistem perhubungan seperti perkhidmatan teligraf. Perkhidmatan ini dibina untuk
memudahkan perhubungan dan komunikasi. Stesen-stesen telegraf dan talian
telegraf dibina di seluruh Jepun. Menjelang tahun 1893, terdapat kawat telegraf
sepanjang 4000 batu di seluruh Jepun. Jumlah kawat yang diterima dan dihantar
telah bertambah daripada 19448 pada tahun 1971 kepada 1.2 juta pada tahun
1884.

40
PENEGASAN ISI Oleh yang demikian, kemajuan sistem telegaraf telah membantu pembangunan
sektor perindustrian dan proses modenisasi di Jepun.

FAKTA Perkembangan sektor pertanian juga penting dalam perkembangan perindustrian


di Jepun

HURAIAN/ Perkembangan pesat dalam sektor pertanian membolehkan kerajaan Meiji


membangunkan bidang perindustrian. Pemimpin-pemimpin kerajaan Meiji
CONTOH mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Antara langkah yang telah dijalankan ialah menghantar pelajar-pelajar jurusan
pertanian ke luar negara untuk mendapatkan pendedahan. Kerajaan juga telah
mengambil pakar-pakar pertanian asing untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan
serta mengimport biji benih baharu untuk ditanam di Jepun.Penggunaan baja
kimia secara ekstensif dan dibantu dengan sistem pengairan yang dibaiki telah
membantu perkembangan pertanian di Jepun.

PENEGASAN ISI Jelaslah, langkah-langkah yang diambil telah menyebabkan hasil pengeluaran
sektor pertanian meningkat 35 peratus hingga 40 peratus di antara tahun 1894
hingga tahun 1914.

FAKTA Faktor lain yang memainkan peranan penting untuk perkembangan perindustrian
di Jepun ialah dasar kewangan yang teratur

HURAIAN Perkembangan dalam sektor perindustrian disebabkan oleh pengurusan sistem


kewangan yang teratur dan sistematik di Jepun. Perkembangan pesat dalam
/CONTOH bidang ekonomi menyebabkan mata wang diperkenalkan dan bank-bank
ditubuhkan. Pada tahun 1872, Mitsui-Ono Bank telah ditubuhkan. Diikuti pada
tahun 1873, Bank Negara ditubuhkan berasaskan model bank di Amerika Syarikat.
Menjelang tahun 1882, Bank Pusat Jepun telah ditubuhkan dan bank ini menjadi
agensi kewangan utama kerajaan. Pada tahun 1880, Bank Yokohama Speice muncul
bank asing utama ditubuhkan. Pada tahun 1900, muncul Bank Perindustrian Jepun
ditubuhkan untuk membiayai perindustrian secara besar-besaran.

PENEGASAN ISI Menjelang akhir abad ke-19, terdapat lebih daripada 200 bank-bank di Jepun.
Kemunculan bank-bank ini telah membantu pertumbuhan perindustrian di Jepun.

FAKTA Kemunculan pengusaha-pengusaha baharu turut membantu perkembangan


perindustrian di Jepun

HURAIAN Perkembangan sektor perindustrian didorong oleh kemunculan pengusaha-


pengusaha baharu yang kaya raya. Menjelang awal abad ke -20 , terdapat empat
/CONTOH keluarga yang menguasai serktor perindustrian di Jepun. Empat keluarga ini
menjadi penaung kepada perkembangan bidang sektor perindustrian. Keluarga
ekonomi baharu ini dikenali sebagai Zaibatsu.

PENEGASAN ISI Perkembangan pengusaha-pengusaha ini telah membantu sebahagian besar


pemain industri untuk memperkembangkan perindustrian di Jepun.

41
KESIMPULAN Kesimpulannya, Jepun telah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk
memajukan sektor perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan Jepun muncul
sebagai salah sebuah negara industri dalam tempoh yang singkat.

SOALAN 13 :

42
TAJUK SEJAUH MANAKAH PENYATUAN JERMAN PADA TAHUN 1870 TELAH
MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI NEGARA
TERSEBUT PADA ABAD KE-19?

PENDAHULUAN Sebelum tahun 1871, Jerman mempunyai 360 buah negeri kecil yang
berada di bawah pemerintahan masing-masing.
Usaha penyatuan dimulakan oleh Otto von Bismark yang menggunakan
pelbagai cara untuk membentuk negara Jerman yang bersatu dan bebas
daripada Austria.
Usaha beliau menemui kejayaan apabila 25 negeri bersetuju bersatu
di bawah Jerman. Beliau sendiri menjadi Cancellor (Perdana Menteri)
Selepas penyatuan ini Jerman telah menjadi negara termaju di Eropah
dalam bidang perindustrian. Penyatuan Jerman 1870 telah membawa
perkembangan pesat perindustrian di Jerman, walaubagaimanapun
FAKTA terdapat juga faktor-faktor
Antara faktor lain . perindustrian di Jerman ialah Penyatuan
perkembangan
Jerman.

HURAIAN Penyatuan Jerman menyebabkan wujud keseragaman daripada segi


mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan sistem
perundangan.
Selain itu, perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi diletakkan di
bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Perkhidmatan pos dan telegraf
disatukan.
Sistem perhubungan dimajukan. Jalan raya dan rangkaian landasan kereta
api dapat menghubungi seluruh wilayah di negara Jerman. Malahan,
selepas penyatuan Jerman, pertambahan penduduk berlaku akibat
perpindahan penduduk dari luar bandar ke kawasan bandar. Pertambahan
penduduk di kawasan bandar turut membantu pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
Penyatuan Jerman juga menyebabkan sumber asli dapat dieksploitasi
dengan sistematik dan optimum.

CONTOH Contohnya sumber asli yang banyak seperti arang batu dan bijih besi
membolehkan banyak kilang-kilang perindustrian didirikan.

PENEGASAN ISI Jadi jelaslah bahawa penyatuan Jerman ini melahirkan suasana yang
amat kondusif untuk merangsang perkembangan industri di Jerman.

FAKTA Pemansuhan Sistem Guild pada tahun 1871


HURAIAN Sistem Guild menghendaki seseorang memperolehi kemahiran
daripada Guild sebelum menjalankan perdagangan.
Pengalaman dalam Guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri
dalam perindustrian.
Sistem ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan industri Jerman
sebelum tahun 1871.

CONTOH Pada tahun1871, kerajaan berjaya menghapuskan monopoli dan


keistimewaan Guild.
43
PENEGASAN ISI Dengan penghapusan Sistem Guild, perkembangan perdagangan
bersemarak semula yang menggalakkan perkembangan industri
Jerman.
FAKTA Kekayaan hasil bumi
HURAIAN Jerman kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti arang batu dan
besi yang banyak merangsang pertumbuhan perindustrian di Jerman.
Menjelang tahun 1875 , Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu.
Pada tahun 1913, pengeluaran arang batu di Jerman meningkat kepada
287 juta tan.
Pada tahun 1872, Jerman mengeksport bijih timah sebanyak 1.92 juta
tan ke negara-negara Eropah dan meningkat ke 14.7 juta tan menjelang
tahun 1901.Jerman menghasilkan garam kalium sebanyak 3.5 tan pada
tahun 1901.
CONTOH Contohnya, pada tahun 1865, seramai 120,000 orang terlibat dalam
aktiviti perlombongan.

PENEGASAN ISI Oleh itu pelbagai langkah diambil kerajaan untuk memastikan
kekayaan hasil bumi digunakan dengan cekap dan mahir.
FAKTA Galakan Kerajaan
HURAIAN Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan
galakan yang diberikan oleh kerajaan.
Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada
sektor perindustrian mulai tahun 1879.
Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi
merangsang pertumbuhan industri.
Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil pengeluaran
industri dapat di eksport ke negara-negara lain di Eropah.
Dasar kerajaan yang campur tangan dalam sektor ini menyebabkan
munculnya pengusaha baru dalam besi serta keluli.
CONTOH Contohnya seperti Alfred Krup yang mempunyai tenaga buruh
seramai 16,000 orang pada tahun 1871.

PENEGASAN ISI Jadi jelaslah bahawa dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan
pesat industri antara tahun 1872 hingga 1910 dan sekali gus
menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di Jerman
meningkat.

FAKTA Kemajuan industri perkapalan


HURAIAN Perkembangan pesat sektor perindustrian juga disebabkan oleh
kemajuan dalam industri perkapalan.
Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam
pembinaan kapal wap di Jerman.
Ini membolehkan jumlah muatan barangan yang diangkut dapat
ditingkatkan dan barang-barang dapat dihantar dengan cepat.

CONTOH Contoh kawasan terletaknya industri perkapalan Jerman ialah di


Breman, Hamburg, Stettin, Danzig dan Elby.

44
PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa pembinaan kapal wap dapat meningkatkan
pertumbuhan industri.

FAKTA Penubuhan Kartel


HURAIAN Matlamat utamanya ialah untuk mengawal bekalan dan harga
barangan.
Dalam sistem ini, pengusaha-pengusaha atau syarikat industri di Jerman
bersatu untuk mengawal bekalan barangan dan harga serta mencapai
keuntungan yang maksimum.
Kewangan dan pasaran barangan dapat dikawal kerana adanya
perjanjian. Kartel Jerman telah melabur modal yang banyak dalam
bidang kimia, automotif dan elektrik. Ini menjadikan Jerman
sebagai negara terawal yang maju dalam bidang tersebut. Pihak
kartel mengadakan kerjasama dengan pihak luar untuk mengawal
pasaran antarabangsa.

CONTOH Contohnya dengan Perancis, Belanda, dan Britain.


PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa penubuhan kartel menyebabkan pengurusan industri
di Jerman dapat diselaraskan dan perindustrian berkembang dengan baik.

KESIMPULAN Kesimpulannya, penyatuan Jerman pada tahun 1870 telah banyak


membantu Jerman memajukan sektor perindustriannya pada abad ke-
19 dan 20. Penyatuan Jerman menjadikan suasana politik yang stabil dan
memberi peluang kepada kerajaan untuk menguruskan sektor industri
dengan cara yang berkesan. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang
membawa kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
Perkembangan perindustrian ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan
ekonomi yang pesat serta kemunculan golongan kelas pekerja dan golongan
pertengahan. Perkembangan perindustrian ini juga membawa perubahan
yang ketara dalam bidang sosial di mana 60% penduduknya terlibat dalam
sektor perindustrian pada abad ini.

SOALAN 14 :

45
SEJAUH MANAKAH GERAKAN RENAISANS MELETAKKAN ASAS BAGI KELAHIRAN
TAJUK ZAMAN PENCERAHAN DI EROPAH PADA ABAD KE-18?

PENDAHULUAN Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightenment atau
Zaman Pencerahan. Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang
dipelopori oleh pemikir-pemikir politik ekonomi dan sosial seperti John Locke,
Voltaire,Montesquieu, Rousseau, dan Adam Smith.

Terdapat beberapa faktor yang mambawa kepada kemunculan zaman ini di Eropah
pada abad ke-18

FAKTA Pengaruh Renaisans

HURAIAN/ Gerakan Renaissans melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam
kalangan masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu
CONTOH pengetahuan seperti sains, seni lukis seni bina, dan sebagainya.. Perkembangan ini
melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi perubahan yang lebih
besar.

PENEGASAN ISI Oleh itu, gerakan Renaisans sememangnya menjadi pemangkin utama kepada
Zaman Pencerahan di Eropah pada abad ke-18.

FAKTA Pengaruh reformasi

HURAIAN/ Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam kelahiran Zaman Pencerahan
di Eropah.Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa
CONTOH autonomi dan bebas daripada kongkongan gereja. Hal ini membolehkan idea
baharu seperti rasionalisme berkembang sekali gus meletakkan asas bagi kelahiran
revolusi intelektual di Eropah.

PENEGASAN ISI Tegasnya, melalui gerakan reformasi inilah wujud idea baharu seperti rasionalisme
yang menjadi asas kepada Zaman Pencerahan di Eropah.

FAKTA Pengaruh ahli falsafah

HURAIAN/ Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan Zaman
Pencerahan di Eropah. Golongan ini terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki
CONTOH semangat ingin tahu yang kuat. Mereka memberi penekanan kepada pemikiran
yang bersifat rasionalistik dan saintifik.

PENEGASAN ISI Oleh itu, peranan ahli falsafah dalam menjana pemikiran rasionalistik dan saintifik
telah memberi pengaruh besar terhadap perkembangan Zaman Pencerahan di
Eropah.

FAKTA Revolusi Sains

HURAIAN/ Revolusi Sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa
kepada kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik.
CONTOH Kesannya lahir tokoh saintis yang terkenal seperti Francis Bacon, Spinoza, John

46
Locke, dan Isaac Newton.

PENEGASAN ISI Terbukti, tanpa revolusi Sains maka tidak akan wujud tokoh-tokoh saintis yang
memacu perkembangan penyelidikan bercorak saintifik pada Zaman Pencerahan
Eropah.

FAKTA Penerokaan dan penjelajahan.

HURAIAN Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan untuk memperoleh idea dan maklumat
tentang bangsa dan budaya lain.
/CONTOH
Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran baharu yang berasaskan empiris
dan sebab musabab.

PENEGASAN ISI Oleh itu, kegiatan penerokaan dan penjelahan juga menjadi asas kepada Zaman
Pencerahan di Eropah.

FAKTA Peranan kelas pertengahan

HURAIAN Golongan terpelajar daripada kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama
yang tidak sesuai dengan zaman baharu.Mereka terdedah dengan perkembangan
/CONTOH semasa melalui surat khabar dan majalah yang diterbitkan.

Perkembangan ini menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi untuk kamus,


ensiklopedia dan karya-karya disiplin ilmu pengetahuan.

PENEGASAN ISI Tegasnya, peranan kelas pertengahan juga menyebabkan berlaku penyebaran ilmu
pengetahuan yang menjadi intipati kepada perkembangan Zaman Pencerahan di
Eropah.

KESIMPULAN Perkembangan ini menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat yang kaya dengan
idea baharu sekali gus menjadi asas bagi kelahiran Zaman Pencerahan di Eropah
pada abad ke-18.

SOALAN 15 :

47
TAJUK CHARLES LOUIS MONTESQUIEU TELAH MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG
BANYAK MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA LANDSKAP POLITIK DI EROPAH
PADA ABAD KE-19. BINCANGKAN

PENDAHULUAN Zaman Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan


intelektual yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan
pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan
keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka,
mengarah untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang
tidak dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang.
Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu
(1689-1755)

ATAU

Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya


Perancis pada 18 Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti
Bordeaux dan berjaya jadi peguam pada 1708.
Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi
sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan.Pada tahun 1716,
Montesquieu dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa
saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang
diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada
lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and
Decadence of the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)
FAKTA Teori pengasingan kuasa

HURAIAN/ Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa


CONTOH Teori ini dibincangkan melalui karyanya Spirit of The Laws (L`Esprit des Lois) .
Melalui karya ini telah memberi kesan yang mendalam terutamanya dalam
bidang politik dan pemerintahan terhadap negara-negara di dunia dan juga
dalam bidang intelektual
Menurut beliau kuasa pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara
raja, golongan bangsawan, majlis perbandara, estet-estet provinsi dan pihak
gereja.
Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan
terbahagi kepad tiga buah badan bebas iaitu Badan Peundangan, Badan
Esekutif dan Badan Kehakiman
Ketiga-tiga badan tersebut mempunyai bidang kuasa tersendiri dan setiap
cabang pemerintahan tidak mencampuri urusan badan lain. Doktrin ini
dikemukan kerana beliau menentang pemerintahan berkuasa mutlak.
Beliau berpendapat jika konsep menggubal undang-undang (legistatif) dan
kuasa memerintah (eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan

48
tidak akan wujud kerana pihak pemerintah akan menggubal undang-undang
yang zalim supaya mereka terus berkuasa. Kebebasan juga tidak akan berlaku
jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya.
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat
akan memiliki kebebasan.
PENEGASAN ISI Tegasnya bahawa pengasingan kuasa ini perlu supaya penyalahgunaan kuasa
dapat dielakkan demi kesejahteraan bersama.

FAKTA Pembentukan kerajaan

HURAIAN/ Beliau mengetengahkan idea dengan menyatakan bahawa sesebuah kerajaan


CONTOH dibentuk berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar
yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam
negara kota kecil.
PENEGASAN ISI Tegasnya beliau telah meberikan suatu idea yang telah diterima pakai dalam
membentuk sesebuah kerajaan.

FAKTA Mengkritik amalan masyarakat Perancis yang menyebabkan kejatuhan kerajaan


Rom

HURAIAN/ Karya The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of
CONTOH the Romans pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan
kejatuhan kerajaan Rom di akhir abad ke-4 Masihi..
Sebagai contoh, beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan
kejatuhan sesebuah empayar, sesorang perlu memahami masyarakatnya
terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara.
Antara iktibar yang boleh diperoleh dan dapat dijadikan panduan dalam
bidang politik ialah ialah kejayaan Rom mengandungi beberapa sebab
diantaranya: kebajikan masyarakatnya, sistem konsul, kebijakan senat,
kekuasaan rakyat yang terbatas, konsentrasi perang, kemenangan-
kemenangan, pembagian harta rampasan, pembagian tanah yang merata,
censorship (pemeriksaan), pembagian kekuasaan politik, dan dukungan senat
terhadap militer dan terhadap politik luar negeri.
Sedangkan kemunduran Rom antara lain disebabkan oleh merosotnya
kerjasama antara rakyat dan militer, kesenjangan ekonomi dan kekuasaan,
hilangnya identit kewarganegaraan rakyat Rom, yang kesemuanya membuat
Republik tidak mungkin dapat dipertahankan.
Montesquieu juga mencurahkan perhatiannya pada perkembangan fahaman
atheisme, materialisme, dan hedonisme yang menyebabkan hancurnya
moral, agama, patriotisme dan kebajikan masyarakat Rom.

PENEGASAN ISI Beliau telah membuat kajian tentang kesan dan akibat sosial dan fenomena
persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

FAKTA Kemerosotan moral dan kaitannya dengan kejatuhan kerajaan

HURAIAN/ Melalui karyanya Letters Persanes yang diterbitkan pada tahun 1721, beliau
CONTOH telah mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral
pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV, dimana
rakyat telah memberikan ketaat setiaan yang keterlaluan kepada Raja.
49
Buku ini berisi surat-surat dan secara tepatnya berjumlah 161 surat dan tidak
terdapat uraian atau kaitan cerita di antara surat yang satu dan yang lain.
Masing-masing surat lebih mirip dengan sebuah karangan singkat yang
menggambarkan beberapa subjek seperti dasar pemerintahan, tradisi
kepercayaan, gaya hidup dari suatu masyarakat; bahkan ada beberapa surat
yang datang dari sanak saudara, isteri-isteri, dan para pembantu tentang
berbagai peristiwa yang terjadi di Persia dan melalui karya ini boleh dijadikan
landasan yang betul dalam mempertahankan keutuhan sesebuah kerajaan.
Selain itu, beliau mendapati juga bahawa masyarakat Perancis juga masih
mengamalkan cara lama yang boleh menyekat kemajuan. Contohnya,
kongkongan lelaki terhadap kaum wanita.

PENEGASAN ISI Sehubungan itu idea yang diketengahkan oleh beliau telah menimbulkan
kesedaran dalam kalangan masyarakat Perancis

FAKTA Pembinaan jentera pentadbiran sebuah negara moden yang berfungsi tanpa
campur tangan raja

HURAIAN/ Muncul pemerintah Enlightened Despot iaitu raja-raja memerintah dengan


CONTOH penuh kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.
Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu
keistimewaan yang dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina
jentera pentadbiran sebuah negara moden yang berfungsi tanpa campur
tangan raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan pegawai-pegawai
kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan.
Misalnya, perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan
intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati
oleh golongan bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut
kemampuan pembayar.

PENEGASAN ISI Jelaslah melalui doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat
berpengaruh terhadap landskap politik di Eropah seperti bangsa Amerika dan
beberapa negara lain sehinggakan didapati bahawa penggubalan
Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.

KESIMPULAN Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada


Perancis khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi
di Perancis dan mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial
di Eropah apabila idea beliau tersebar ke negara-negara lain di benua Eropah.
Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan
perlembagaan di dunia hari ini.

50
SOALAN 16 :

TAJUK HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE-19

PENDAHULUAN Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19
adalah selaras dengan perkembangan politik semasa ketika itu.
Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan pemerintah Jerman cuba
membangunkan negaranya melalui pendidikan.
Perkembangan sistem pendidikan di Jerman melibatkan pelbagai aspek bagi
mengutamakan kepentingan negara.

FAKTA Perkembangan dari aspek Dasar Pendidikan

HURAIAN/ Menjelang abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.


CONTOH Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran
sekolah. 1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua
kanak2 antara usia 5 hingga 14 tahun.
Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan
kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah tinggi di Prusia.
Abad ke-19, sistem pendidikan berada di bawah kawalan dan penguasaan
kerajaan sepenuhnya. Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal
pendidikan dan dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan
daerah.

PENEGASAN ISI Perkembangan dasar pendidikan kerajaan Jerman ini telah membentuk sistem
pendidikan kebangsaan menjelang abad ke 18

FAKTA Perkembangan dari aspek Instituisi Pendidikan

HURAIAN/ Sekolah Rendah


CONTOH Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua
lapisan penduduk Jerman. Kanak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar
dan mengikuti pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun.
Sekolah Menengah

51
Dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium
keutamaan kepada bahasa Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan pelajar-
pelajar utk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, Matematik, Sains Tabii dan
Bahasa-bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat
menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran sebanyak
lima hingga 27 dollar.
Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor perindustrian
dan perdagangan. Penekanan kpd mata pelajaran teknikal menyebabkan lebih
banyak politeknik dan sekolah-kanak perdagangan ditubuhkan.

Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kpd 4 fakulti – Teologi, Undang-undang,
Perubatan, Falsafah.
Pentadbiran universiti dikendalikan rector.
Universiti Berlin merupakan yang tersohor dan terbesar di Jerman dengan 200
Professor dan 5000 pelajar.

PENEGASAN ISI Perkembangan institusi pendidikan ini dapat memenuhi aspirasi negara Jerman
dalam memantapkan sistem pendidikan.

FAKTA Perkembangan dari aspek Latihan Perguruan

HURAIAN/ Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi
membekalkan tenaga pengajar pelatih. Raja Frederick turut merekrut guru-guru
CONTOH yang berwibawa untuk berkhidmat di sekolah.
Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin. Pusat latihan guru juga
ditubuhkan di wilayah2 Jerman seperti Austria, Saxe-Weimar, dan Saxony.

PENEGASAN ISI Latihan perguruan yang disediakan ini dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat melahirkan tenaga pengajar yang mahir

FAKTA Bantuan Kewangan

HURAIAN Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan


dan prasarana di sekolah. Frederick Willian I telah memberikan sumbangan
/CONTOH kewangan untuk prasaran dan peralatan di sekolah.
50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta
membaiki bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah yang luas untuk
pembinaan sekolah.

PENEGASAN ISI Bantuan yang disalurkan dapat memajukan sistem pendidikan di Jerman

52
FAKTA Perkembangan dari aspek Kurikulum.

HURAIAN/ Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan


Bahasa Jerman.
CONTOH Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek,
Jerman,Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.

Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang seperti Psikologi,


Sejarah, Falsafah, Undang-undang, Anatomi, Kimia dan Fizik.

PENEGASAN ISI Perkembangan bidang kurikulum dalam sistem pendidikan di Jerman dapat
memenuhi keperluan negara serta peningkatan ilmu pengetahuan .

Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu


mendapatkan pendidikan. Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja
peranan kerajaan secara langsung bahkan mendapat kerjasama pihak swasta di
samping penetapan standard kualiti yang tinggi. Sistem pendidikan di Jerman
KESIMPULAN
juga menjadi wadah penting pembinaan negara bangsa serta penyatuan Jerman.

53
SOALAN 17 :

TAJUK CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT RESAM MASYARAKAT TEMPATAN


MERUPAKAN FAKTOR UTAMA TERCETUS PERISTIWA DAHAGI PADA TAHUN
1857.
NILAIKAN PERNYATAAN INI (mesti buat penilaian…ada wacana penilaian
untuk soalan ini.)

PENDAHULUAN Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap pemerintahan British yang
dikenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang
dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang pemerintahan British di india. Orang
India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan Negara dari
penjajahan British. Selain sepoi, golongan putera,nawad, dan pembesar yang kehilangan
gelaran, tanah dan kuasa ,turut menyertai pemberontakan tersebut. Dahagi berlaku secara
setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja. Sebahagian besar
penduduk tidak terlibat dalam pemberontakan tersebut. Dalam pada itu ,bukan semua
askar bangkit menentang British. Askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain
bertindak menyebelahi British. Campur tangan british dalam adat resam
masyarakat telah menimbulkan kemarahan sehingga mencetuskan peristiwa
dahagi 1857.
FAKTA Campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan
HURAIAN/ Penghapusan amalan Suttee
Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk beragama Hindu
CONTOH sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan
dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.
Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British di
India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini.
Penghapusan amalan Thuggee

54
Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang
dilakukan oleh kumpulan –kumpulan agama yang bersenjata terhadap
saudagar dan pengembara. Kumpulan ini menjalankan kegiatan mereka,iaitu
menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini
menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk ,tetapi
amalan ini mendapat sokongan dari pada golongan agama. Lord William
Bentick bertindak mengharamkan amalan ini .
Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan
Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka menganggap
bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini
disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin)
yang tinggi kepada bakal suami mereka.
Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana dianggap tidak
berperikemanusiaan.
Pengenalan Akta Kahwin semula
Lord Dalhousie telah meluluskan akta kawin semula bagi balu-balu Hindu. Akta
ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat Hindu.
Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan
mengaggap British menghina amalan trdisi mereka.
Contoh adat resam di India ialah adat suttee, amalan thuggee dan membunuh
bayi perempuan.
PENEGASAN ISI Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama hindu
terhadap pemerintahan British. Kemarahan memuncak dengan tercetusnya
Dahagi pada 1857.
FAKTA Pengenalan Sistem Pendidikan Barat
HURAIAN/ British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi sekolah dan
kolej. Bahasa Inggeris juga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran
CONTOH dan kehakiman. Jawatan-jawatan penting di berikan kepada yang penduduk
yang berpendidikan Inggeris. Perubahan ini tidak di senangi oleh penduduk
tempatan kerana jawatan tinggi tidak diberikan kepada penduduk tempatan
yang tidak berpendidikan Inggeris. Pendidikan yang disebarkan oleh orang
Inggeris dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama kristian.
Contoh pendidikan barat di India ialah sekolah Inggeris dan Kolej yang
berdasarkan sukatan daripada England.
PENEGASAN ISI Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terhadap
penjajah yang akhirnya mencetuskan Dahagi.
FAKTA Pengenalan Teknologi Barat
HURAIAN/ Pemerintahan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan
moden yang telah mengancam amalan tradisi masyarakat India. Pengenalan
CONTOH sistem pengangkutan Barat turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak
turun-temurun oleh masyarakat India.
Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ketiga manakala kelas
pertama dan kedua pula untuk pegawai- pegawai Inggeris. Perkembangan ini
menjejaskan imej masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga
terpaksa menaiki gerabak kelas ke-3 bersama dengan penduduk kasta rendah.
Contoh teknologi barat ialah landasan keretapi dan sistem telegraf.

55
PENEGASAN ISI Pengenalan teknolog Barat di anggap sebagai satu langkah British untuk
mencemarkan adat resam dan agama Hindu. Keadaan ini menimbulkan rasa
tidak puas hati dikalangan masyarakat India dan akhirnya tercetuslah Dahagi
India.
FAKTA Dasar Pengilhakan
HURAIAN/ Menurut dasar ini, lord Dalhausie telah merampas hak dan kedaulatan
pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh
CONTOH mereka. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu
undang-undang lesap waris, hak menakluk kuasa agung dan salah tadbir
tempatan. Menerusi dasar ini , Lord Dalhausie mengilhakan beberapa buah
wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan
Sambalpur.
Seperti Nana Sahed, Nawab dari Karnatik dan raja Tanjor menyertai
penentangan terhadap penjajah British.
Nana Sahed merupakan anak angkat Baji rao (pemerintah wilayah Peshawar)
tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang
patut diberikan kepadanya serta merampas tanah milik ayahnya.
Nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah Oudh dibawah
pentadbiran mereka atas alasan keadaan huru hara di oudh dan amalan rasuah.

PENEGASAN ISI Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan
putra-putra raja tempatan menyertai penentangan terhadap British. Dasar
pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhausie merancakkan
penentangan penduduk India terhadap penjajahan British.

FAKTA Perasaan dendam terhadap Sepoi India.


HURAIAN British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan rajput
yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di Wilayah Oudh. Tindakan British
/CONTOH menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana
tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
Malah terdapat kepercayaan dalam penganut agama hindu bahawa kesucian kasta
mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan.
Sepoi-sepoi India daripada rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di
Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut
terpaksa dibubarkan
PENEGASAN ISI Faktor serta merta yang menyebabkan Dahagi India tercetus ialah perasaan
tidak puas hati dalam kalangan sepoi-sepoi India.
FAKTA Pengenalan Peraturan Baharu
HURAIAN / Akta penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak
CONTOH meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa
menaggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak
pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan
dari negara luar.
Contoh peraturan baru ialah Akta Penjajahan Punjab 1907.
PENEGASAN ISI Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati dalam kalangan masyarakat
56
India terhadap pentadbiran British sehingga mencetuskan Dahagi india 1857.
FAKTA Akta pengambilan khidmat awam
HURAIAN / Semasa pentadbiran Lord Canning akta pengambilan khidmat awam
CONTOH memberikan kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat
dalam dan luar negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana
mereka tidak mendapat elaun tambahan.
Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh
pentadbiran Britsh.
Contohnya dalam soal kenaikkan pangkat dan jawatan.Tentera India diberi gaji
yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.
PENEGASAN ISI Akta ini menimbulkan kemarahan di kalangan tentera India dan akhirnya
mencetuskan Dahagi India 1857.
FAKTA Kes senapang Riffle Royal Enfield
HUTRAIAN / Sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk
CONTOH membersihkan senapang riffle royal enfield mengandungi lemak babi dan
lemak lembu.
Contohnya sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu
mengigit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
PENEGASAN ISI Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama hindu dan Islam
merasakan bahawa pentadbiran British segaja melakukan hal-hal yang
demikian untuk menghina kedua-dua agama.
KESIMPULAN Selepas berjaya menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalam
sistem pentadbiran di India. British membubarkan SHTI dan meletakkan
pentadbiran India dibawah mahkota British.
Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila
Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.

SOALAN 18 :

TAJUK BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA KEDUA KE ATAS NEGARA JEPUN ANTARA
TAHUN 1945 HINGGA TAHUN 1952

PENDAHULUAN Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun bermula pada 2 hb. September 1945
apabila tentera Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua. Jeneral Douglas Mac
Arthur mentadbir negara Jepun sebagai Pemerintah Agung Kuasa-Kuasa Berikat
atau Suprem Council Abselute Power (SCAP).

FAKTA Aspek Politik

57
Ketenteraan

Angkatan tentera Jepun dibubarkan bagi memastikan Jepun tidak mengancam


keamanan dan keselamatan dunia.

Pemerintahan demokrasi

SCAP memperkenalkan unsur demokrasi kepada Jepun. Pada tahun 1947. Jepun
memperkenalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan
DIET(Dewan Rakyat dan House of Councillors) iaitu kuasa negara tertinggi yang
berkuasa penuh kepada hal berkaitan kewangan.

Ketenteraan

HURAIAN/ Jentera perang Jepun dimusnahkan. Angkatan tentera dan 1300 persatuan
nasionalis dibubarkan. Kilang-kilang membuat senjata ditutup. Tentera Jepun dan
CONTOH
orang awam di seberang laut di bawa balik ke Jepun. Tentera dibicarakan dan tujuh
orang kanan negara Jepun termasuk Jeneral Tojo dijatuhi hukuman gantung pada
Disember 1948. Sejumlah 200 000 orang pegawai tentera yang memimpin kerajaan
dan pemimpin perniagaan yang terlibat dengan dasar perluasan kuasa Jepun
disingkirkan.

Pemerintahan demokrasi

Pemerintahan negara di ubah dengan pengagihan kuasa kerajaan pusat dan pilihan
raya tempatan digalakkan. Perlembagaan ini mengubah kedudukan Maharaja
Jepun yang di anggap suci.Maharaja Jepun dijadikan lambang negara dan
perpaduan rakyat Jepun.Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan
pentadbiran negara. Kerajaan Jepun bertukar kepada pemerintahan sekular.

PENEGASAN ISI Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua pada tahun 1945 memusnahkan
impiannya menjadi kuasa ketenteraan yang unggul di Asia. Walau bagaimana pun,
Jepun bangkit menjadi negara yang hebat di peringkat dunia sekarang.Hal ini
menunjukkan kebijaksanaan kepimpinan dan rakyat Jepun berusaha menyesuaikan
kehidupan dengan suasana yang wujud ketika itu. Mereka tekun berusaha
meningkatkan maruah bangsa agar tidak di label sebagai bangsa yang gagal dan
negatif. Sebaliknya perubahan dilakukan untuk menjayakan hasrat mewujudkan
negara yang berjaya dalam semua aspek kehidupan.

FAKTA Aspek Ekonomi

SCAP memperkenalkan program pembaharuan tanah yang bertujuan


menambahkan pemilikan tanah kepada para petani.Di samping itu, monopoli
ekonomi golongan Zaibatsu dihapuskan. Galakan penubuhan kesatuan sekerja
dalam perindustrian berlaku pada masa ini. Perdagangan di peringkat
antarabangsa ditingkatkan untuk pemulihan ekonomi Jepun.

HURAIAN/ Akta Pembaharuan Tanah 1946 memberikan kuasa kepada SCAP membeli tanah-

58
CONTOH tanah kepunyaan tuan tanah tidur (Absentee landlords). Tanah-tanah ini dijual
dengan harga rendah kepada para petani yang menambahkan jumlah tanah
pertanian yang dipunyai oleh petani.

Sejumlah 83 buah syarikat induk kepunyaan Zaibatsu telah dibubarkan. Begitu juga
harta-harta kepunyaan Zaibatsu yang dibekukan.Tindakan menyingkirkan ahli-ahli
keluarga dan eksekutif Zaibatsu juga dilakukan dalam usaha pembaharuan
ekonomi ini,

Akta Kesatuan Sekerja 1945 memberi hak kepada pekerja untuk mengadakan
pemogokan dan perundingan secara kolektif. Impak yang berlaku ialah
meningkatkan jumlah ahli kesatuan sekerja yang membantu memajukan
perindustrian di Jepun.

Perang Dingin menyebabkan Amerika menghapuskan pembayaran ganti rugi


perang oleh kerajaan Jepun. Sebaliknya Amerika Syarikat bersetuju memberikan
bantuan ekonomi kepada Jepun. Langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi
Jepun dijalankan, ini termasuklah meningkatkan perdangangan antarabangsa yang
disertai oleh negara Jepun.

PENEGASAN ISI Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua pada tahun 1945 memusnahkan
impiannya menjadi kuasa ketenteraan yang unggul di Asia. Walau bagaimana pun,
Jepun bangkit menjadi kuasa ekonomi yang hebat apabila diiktiraf sebagai negara
Asia yang termaju di dunia. Hal ini merupakan kebijaksanaan kepimpinan dan
rakyat Jepun memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam menguruskkan
pentadbiran negara.

FAKTA Aspek sosial

Sistem pendidikan Jepun disusun semula mengikut model Amerika Syarikat.

HURAIAN/ Pelaksanaan sistem pendidikan baru di Jepun yang mencontohi Amerika bertujuan
memperluaskan pendidikan dalam kalangan masyarakat Jepun. Pendidikan wajib
CONTOH dilanjutkan daripada enam tahun kepada sembilan tahun. Kurikulum yang
berasaskan sains sosial mengambil alih kurikulum yang berfahaman ketenteraan.
Usaha-usaha menulis semula buku teks dilakukan. Kaedah pengajaran baru
diperkenalkan di sekolah bagi memajukan pendidikan. Pengajian tinggi dimajukan
dengan menubuhkan universiti-universiti yang menawarkan pengajian peringkat
tinggi kepada pelajar di Jepun.

PENEGASAN ISI Aspek pendidikan yang merupakan cabang utama menyumbang kemajuan negara
dimajukan bagi memulih dan meningkatkan pencapaian Jepun setanding negara
luar yang berjaya dalam dunia. Peranan Amerika di Jepun ini seolah-olah mendidik,
melatih dan membimbing Jepun untuk maju bersama dalam pelbagai bidang. Hal
ini terbukti apabila Jepun berjaya maju setanding pencapaian negara Amerika
sekarang ini.

59
KESIMPULAN Penglibatan Amerika Syarikat dalam pentadbiran negara Jepun selepas Perang
Dunia Kedua membawa pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Pada 8hb. September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara lain
menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negara Jepun di San
Francisco. Perjanjian ini menjadikan Jepun mencapai semula kemerdekaannya
pada 28 hb. April 1952. Walau bagaimana pun Jepun terpaksa menggugurkan
segala tuntutan ke atas bekas tanah jajahannya.

SOALAN 19 :

60
TAJUK PERANG DUNIA KEDUA MENINGGALKAN KESAN YANG AMAT MENDALAM DALAM
BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL . BINCANGKAN.

PENDAHULUAN Perang Dunia Kedua ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama
enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan
orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding
negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China
dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan
paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua
membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan
utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.
Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan
negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China)
serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan
pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di
sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia
Timur.

Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial.

FAKTA Politik:

a. Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

HURAIAN Selepas Perang Dunia Kedua, badan dunia yang dikenali sebagai Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan.. Perang dunia kedua menunjukkan
bahawa liga bangsa yang ditubuhkan selepas perang dunia kedua pertama gagal
memainkan peranan dengan berkesan bagi menghalang peperangan.

CONTOH PBB memainkan peranan memelihara keamanan dunia dan menghalang


peperangan. PBB juga memainkan peranan yang lebih aktif dengan memberikan
bantuan kemanusian serta mencegah wabak penyakit berjangkit dalam kalangan
negara-negara anggota

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa perang dunia kedua telah membawa kesan dalam bidang politik
dunia.

FAKTA b. Dekolonisasi

HURAIAN Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan


penduduk di Asia dan Afrika. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul
gerakan nasionalisme bagi membebaskan tanah air daripada penjajah. Lebih-lebih
lagi kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan negara-negara Eropah
menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan

61
CONTOH Selepas tamat perang, negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi
dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanh jajahan mereka.
Perkembangan ini telah menyebabkan India dan Pakistan mencapai kemerdekaan
daripada Britain pada bulan Ogos 1947. Seterusnya, Malaysia dan negara-negara di
Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa dekolonisasi merupakan kesan ekoran daripada perang dunia
kedua yang meletus pada 1939-1945.

FAKTA Ekonomi:

a. Kemusnahan ekonomi

HURAIAN Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi negara-negara Eropah musnah.


Peperangan ini menyebabkan kawasan tanah perindustrian yang luas rosak dan
pengeluaran hasil pertanian merosot.

CONTOH Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah pada tahun
1946, hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan pada tahun
1938.

Selain itu peperangan turut menjejeskan pengeluaran dalam sektor perindustrian


dan hanya pulih pada tahun 1938 dan tahun 1948.

Turut mengalami deficit dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat sebanyak


empat billion dolar Amarika.

PENEGASAN ISI Kos perang dunia kedua dianggarkan mencecah hampir US 500 billion ekoran kesan
dunia kedua yang memberi kesan kemusnahan ekonomi yang teruk.

FAKTA b. Ganti Rugi Perang

HURAIAN Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada
negara-negara yang kalah dalam peperangan.

CONTOH Menurut Perjanjian Damai Paris, Hungary, Findlad, dan Romania dikehendaki
membayar ganti rugi sebanyak $360 000 000 kepada Soviet Union.Amerika Syarikat
turut mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua jentera dan mesin-mesin yang
dihasilkan oleh saitis Jerman.

PENEGASAN ISI Sememangnya kesan ekonomi yang dapat dilihat daripada perang dunia kedua
ialah ganti rugi yang terpaksa ditanggung oleh Negara-negara yang mengalami
kekalahan.

FAKTA Sosial:

a. Perubahan Peranan Wanita.

HURAIAN Perang Dunia Kedua telah menyebabkan peranan wanita turut mengalami
perubahan. Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan
62
berlaku masalah kekurangan pekerja di sektor perindustrian dan perkilangan.

CONTOH Kaum wanita mula mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh
kaum lelaki di sektor perindustrian. Ramai kaun wanita kini menjadi pekerja dan
buruh di kilang-kilang.

PENEGASAN ISI Tegasnya kesan sosial yang dapat dilihat adalah perubahan peranan wanita yang
berlaku di seluruh negara yang terlibat dengan perang dunia kedua.

FAKTA b. Masalah Pelarian

HURAIAN Perang dunia kedua mengakibatkan timbul masalah pelarian.

CONTOH Lebih kurang enam juta kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechlovakia dan
Hungrary menjadi pelarian.
Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara
asal mereka telah menjadi orang pelarian.

PENEGASAN Tegaslah bahawa perang dunia kedua menimbulkan masalah sosial yang serius.

KESIMPULAN Peristiwa Perang Dunia Kedua ini menimbulkan banyak kesan kepada Negara
Jerman, Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat . Dari sudut politik,
penubuhan badan dunia yang dikenali sebagai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
(PBB) dab berlaku perpecahan negara Jeman dan perubahan sempadan negara-
negara Eropah. Dari sudut ekonomi pula, kemusnahan ekonomi negara-negara
Eropah, banyak nyawa yang terkorban dalam sejarah manusia dan Negara yang
menang menuntut ganti rugi daripada Negara yang kalah dalam perang. Manakala
dari sudut sosial pula, perubahan peranan kepada golongan wanita, timbul
masalah pelarian dan perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah perang.

63
SOALAN 20 :

TAJUK BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERCETUS PERANG DINGIN


SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA BERAKHIR DARI TAHUN 1945 – 1955

PENDAHULUAN Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika
Syarikat dengan Soviet Union. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar
ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata secara langsung.
Perang ini turut merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang
diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh
Amerika Syarikat.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin selepas
Perang Dunia Kedua berakhir dari tahun 1945 sehingga 1955.
FAKTA Dasar perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah
HURAIAN/ Perang Dingin tercetus akibat tindakan Soviet Union yang telah meluaskan
CONTOH pengaruhnya di Eropah sebelum Perang Dunia Kedua tamat.

Menjelang akhir tahun 1944, tentera komunis Soviet Union telah bertindak
membebaskan dan mengawal sebahagian besar negara-negara di Eropah
Timur. Pada masa yang sama, Soviet Union juga telah berjaya meluaskan
pengaruhnya dan menguasai Jerman Timur.

Semasa Persidangan Yalta pada tahun 1945, Soviet Union turut menguasai
kawasan yang menganjur hingga ke garisan Curzon yang menjadi sempadan
antara Soviet Union dengan Poland.

Stalin mengandaikan pihak Barat bersedia menerima pengaruh Soviet Union


di Poland tetapi dalam Persidangan Potsdam wujud ketidaksefahaman yang
menyebabkan keretakan hubungan antara mereka.
Keadaan ini menyebabkan Soviet Union bertindak mengukuhkan
cengkamannya terhadap negara-negara di Eropah. Tambahan pula,
kerajaan-kerajaan yang baru dibentukdi Eropah Timur juga kebanyakannya
didominasi oleh pihak Komunis.

Selain itu, kerajaan Soviet Union juga berusaha meluaskan pengaruh


komunis di Eropah Barat. Hal ini terbukti melalui tindakan Stalin yang
menggalakkan pihak komunis di Eropah Barat memainkan peranan aktif
dalam pilihan raya umum di negara-negara tersebut. Sebagai contoh parti-
parti komunis menjadi amat berpengaruh di Itali dan Perancis.

PENEGASAN ISI Tindakan Soviet Union yang cuba menyebarkan pengaruh Komunis di Eropah
Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah bagi
menyekat penyebaran ideologi komunisme supaya tidak terus merebak.
Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara Soviet Union dengan Amerika
64
Syarikat menjadi renggang sehingga mencetuskan Perang Dingin.

FAKTA Perbezaan ideologi politik


HURAIAN/ Perbezaan ideologi politik yang ketara antara Amerika Syarikat dan Soviet
CONTOH Union turut menjadi faktor tercetusnya Perang Dingin.
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem pemerintahan demokrasi yang
mengutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul,
menyuarakan pendapat dan kebebasan media. Berpandukan ideologi ini,
maka Amerika Syarikat mahu pilihan raya diadakan di negara-negara yang
dibebaskan selepas Perang Dunia Kedua tamat.
Soviet Union pula mengamalkan sistem pemerintahan sosialis yang
berteraskan ideologi komunis dan diterajui oleh Parti Komunis. Berdasarkan
sistem pemerintahan ini, rakyat tidak diberi kebebasan berhimpun dan
menyuarakan pendapat mereka.

PENEGASAN ISI Perbezaan dalam ideologi politik antara sistem pemerintahan demokrasi dan
sistem pemerintahan komunis menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar
ini menjadi renggang. Tambahan pula, tindakan Soviet Union meluaskan pengaruh
komunis di Eropah telah mencabar pengaruh dan kekuasaan Amerika Syarikat
sebagai salah sebuah kuasa besar.

FAKTA Perbezaan sistem ekonomi


HURAIAN/ Perbezaan sistem ekonomi Amerika Syarikat dan Soviet Union turut
CONTOH mencetuskan Perang Dingin antara kedua-dua kuasa.
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis yang
menggalakkan perdagangan bebas tanpa campur tangan kerajaan. Selaras
dengan sistem kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat, maka Negara
tersebut menggalakkan ekonomi perdagangan bebas di seluruh dunia.
Hal ini adalah jelas bertentangan dengan Soviet Union yang tidak
menggalakkan sistem ekonomi bebas. Di bawah sistem ekonomi sosialis,
kegiatan perdagangan dan perniagaan akan dimiliki dan diuruskan oleh
kerajaan sahaja. Hal ini bermakna kerajaan akan campur tangan
sepenuhnya dalam ekonomi negara.
Soviet Union turut bertindak menyekat negara-negara sosialis melibatkan
diri dalam perdagangan antarabangsa kerana bimbang ia akan mengancam
rejim totalitarian Soviet Union.

PENEGASAN ISI Perbezaan dalam sistem ekonomi yang dipelopori oleh kedua-dua kuasa besar
tersebut menyebabkan hubungan semakin renggang. Keadaan ini diburukkan
lagi dengan tindakan Soviet Union menyekat penglibatan negara-negara sosialis
dalam perdagangan bebas. Secara tidak langsung, hal ini mengancam dan
menggugat perkembangan aktiviti ekonomi kapitalisme di Eropah.

FAKTA Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union


HURAIAN/ Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi
CONTOH semakin buruk selepas Mei 1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh
Soviet Union untuk membangunkan semula negara selepas perang telah
mengeruhkan hubungan antara kedua-dua kuasa besar.
Keadaan ini menjadi semakin ketara apabila Perdana Menteri Britain,
Winston Churchill dalam ucapannya di Missouri pada Mac 1946
menyatakan bahawa terdapat satu tirai besi yang memisahkan Eropah Timur
65
dengan Eropah Barat.
Kewujudan tirai besi juga menyebabkan hubungan perdagangan antara
blok-blok ini amat terhad manakala hubungan biasa secara perseorangan
hampir tidak wujud.

PENEGASAN ISI Jelaslah, ucapan Winston Churchill ini membuktikan kebimbangan Amerika
Syarikat dan Britain terhadap perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah
Timur dan Eropah Tengah.

FAKTA Doktrin Truman


HURAIAN Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan
/CONTOH bahawa segala bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan.
Pada Oktober 1945,Truman menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak
mengiktiraf mana-mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan
penduduknya.
Pada 1946, Presiden Harry Truman menekankan dasar Amerika Syarikat
yang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh
komunisme. Kenyataan Truman ini menjadi asas kepada pembentukan
‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat
menentang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi komunis di seluruh
dunia.
Berdasarkan doktrin ini juga, Amerika Syarikat telah memberikan bantuan
kewangan dan ketenteraan kepada Turki dan Greece bagi membendung
ancaman komunis.

PENEGASAN ISI Hal ini menunjukkan bahawa pengisytiharan ‘Doktrin Truman’ oleh Presiden Harry
Truman adalah titik permulaan berlakunya Perang Dingin antara Amerika Syarikat
dan Soviet Union. Bahkan doktrin ini telah menjadi dasar Amerika Syarikat bagi
tempoh 30 tahun berikutnya.

KESIMPULAN Perang Dingin menyebabkan kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk


menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Di samping itu, perang ini
menyebabkan persaingan antara kedua-dua kuasa besar untuk menyebarkan
ideologi dan pengaruh masing-masing. Ekoran persaingan ini, muncul dua blok
utama di dunia iaitu blok komunis dan blok kapitalis. Perang ini berlanjutan
sehingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan negara-negara Komunis
di Eropah Timur.

66
SOALAN 21 :

TAJUK BINCANGKAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH DR SUN YAT SEN DALAM
REVOLUSI CHINA 1911

PENDAHULUAN Dr. Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan dalam gerakan
menentang kerajaan Manchu.Gerakan revolusi yang dipimpin oleh beliau ini
mendapat sokongan daripada rakyat China yang bosan dan kecewa dengan
pemerintahan kerajaan Ching.
Beliau memainkan peranan utama dalam mengasaskan dan menggerakkan
pergerakan revolusiner di China.

FAKTA Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner

HURAIAN/ Beliau menubuhkan pertubuhan yang diberi nama Hsing Chung-hui di Honululu,
Hawaii pada tahun 1894.
CONTOH matlamat utama adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu dan mendapat
sokongan daripada orang Cina di seberang laut.Perkembangan ini mendorong
beliau menubuhkan cawangan Hsing Chung -Hui di Yokohama Jepun

PENEGASAN ISI Tindakan beliau ini memantapkan usaha menentang Manchu dalam Revolusi 1911

FAKTA Menubuhkan Parti Revolusi

HURAIAN/CONTOH Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng-Hui telah ditubuhkan oleh Dr. Sun
Yat Sen pada tahun 1905 di Jepun.
Tung Meng-Hui merupakan gabungan Hsing Chung Hui dengan dua buah persatuan
Revolusioner, iaitu Hua Hsing-hu dan Kung Fu-hui.
Matlamat utama penubuhan Tung Mei-hui adalah untuk menjatuhkan kerajaan
67
Manchu dan menubuhkan kerajaan republik serta ingin menghapuskan kuasa-
kuasa asing di China. Menerusi cawangan diseberang laut, beliau memungut wang
serta merekrut sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.

PENEGASAN ISI Penubuhan parti revolusi ini telah menanam benih revolusi dalam kalangan rakyat
China

FAKTA Beliau berperanan menyebarkan fahaman anti- Manchu

HURAIAN/ Dr Sun Yat sen menyampaikan ceramah bagi menanam fahaman anti- Manchu
CONTOH dalam kalangan rakyat China.
Beliau turut menulis rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo.Beliau telah
mendapat sokongan daripada pelajar dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan
kezaliman Manchu
Selain itu gerakan beliau turut mendapat sokongan daripada tentera yang
mendapat latihan di Barat serta kongsi kongsi gelap.
PENEGASAN ISI Peranan Dr Sun Yat Sen ini jelas memacu mempercepatkan Revolusi 1911 di China.

FAKTA Melancarkan Pemberontakan

HURAIAN/ Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang dan melancarkan 10
pemberontakan antara tahun 1895-1911.
CONTOH kesan daripada pemberontakan tersebut telah menyebabkan martabat dan
maruah kerajaan Manchu terjejas.

PENEGASAN ISI Pemberontakan ini meletakkan asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu pada
tahun 1911.

FAKTA Dr Sun Yat Sen berperanan dalam mengemukakan ideologi revolusi

HURAIAN/ Beliau berperanan mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang terdiri
daripada Tiga Prinsip rakyat iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial.
CONTOH
Menerusi prinsip tersebut beliau dapat mempengaruhi rakyat serta telah diterima
sebagai ideologi utama revolusi Tung Meng Hui.

PENEGASAN ISI Ideologi ini telah meletakkan asas kepada perkembangan gerakan revolusi 1911 di
China.

KESIMPULAN Dr Sun Yat sen merupakan tokoh yang memainkan peranan paling penting dalam
revolusi 1911. Kemuncak kejayaan beliau apabila berjaya menumbangkan dinasti
Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik di China.

68
SOALAN 22 :

TAJUK BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI

PENDAHULUAN Rangkai kata ‘4 Mei’yang berasal dari demonstrasi pelajar pada tarikh tersebut di
Peking pada tahun 1919 digunakan untuk menandakan gerakan intelektual di
antara 1917 –1923. Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat China
terhadap kegiatan imperialisme yang berlaku di China.

FAKTA A. FAKTOR-FAKTOR GERAKAN 4 MEI

Ketidakstabilan politik

HURAIAN/ Pemimpin China gagal membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dengan program-
program pembangunan yang membangunkan negara akibat tiada persefahaman.
CONTOH
Perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih-kai dengan Dr. Sun Yat-sen
memburukkan politik China.

69
Keadaan semakin runcing dengan munculnya zaman hulubalang selepas kematian
Yuan Shih-kai.

FAKTA Golongan saudagar dan pekerja

HURAIAN/ Golongan saudagar yang mengusahakan perindustrian besi dan keluli telah tidak
berpuas hati dengan pergolakan politik yang berlaku di China dan juga amalan
CONTOH rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Situasi yang wujud ini menyebabkan permintaan bekalan besi dan keluli terjejas.

FAKTA Perkembangan intelektualisme

HURAIAN/ Antara tahun 1903 hingga 1919, semakin ramai pelajar China dari luar negara
pulang ke tanah air. Mereka mula menyedari pelbagai kepincangan yang berlaku di
CONTOH dalam negara mereka dan telah mengatur langkah untuk melaksanakan
pembaharuan bagi pembangunan negara.

Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Mojo daan Lu
Shun dari Jepun dan Hu Shih serta Mon Lin dari Amerika.

FAKTA Faktor luar negeri

HURAIAN/ Situasi luar negara juga menjadi penyumbang kepada gerakan ini.

CONTOH Peristiwa penting yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang
berlaku di Rusia pada tahun 1917. Kejayaan Revolusi Bolshevik menggulingkan
kerajaan Tzar dan membentuk sebuah kerajaan yang moden telah menjadi
inspirasi.Selain itu, revolusi sosial yang tercetus di Finland, Jerman, Austria, dan
Hungary turut mempengaruhi pencetusan Gerakan 4 Mei.

FAKTA Wilayah Shantung

HURAIAN Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung dari Jerman pada Perang Dunia
Pertama dan menempatkan pasukan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di
/CONTOH wilayah tersebut. Jepun telah mengalahkan Jerman di Shantung daan merampas
konsesi Jerman di Shantung.

Pada 18 Januari 1915, negara Jepun telah membuat dua puluh satu tuntutan ke
atas negara China. Penerimaan tuntutan-tuntutan tersebut akan menjadikan
negara China sebuah protektorat Jepun.

Antara lain, tuntutan-tuntutan tersebut mensyaratkan negara China berjanji tidak


akan menyerahkan atau memajakkan kepada kuasa ketiga mana-mana pelabuhan
atau teluk atau pulau di sepanjang pantainya. Negara China juga dikehendaki
mengambil penasihat-penasihat Jepun dan menyetujui apa-apa keputusan yang
akan dicapai oleh Jepun dengan Jerman berkenaan dengan hak-hak Jerman di
Shantung.

70
Selepas beberapa rundingan, negara China menerima tuntutan-tuntutan tersebut
dengan beberapa pindaan yang menguntungkannya. Namun demikian, golongan
pelajar menganggap tuntutan-tuntutan berkenaan sebagai satu penghinaan
terhadap negara China.

Justeru itu, golongan pelajar telah menuntut supaya Kerajaan China menolak sama
sekali dua puluh satu tuntutan berkenaan. Mereka juga mendesak Kerajaan China
supaya menghukum tiga orang ahli politik pro-Jepun yang dipercayai
bertanggungjawab atas penerimaan tuntutan-tuntutan berkenaan oleh negara
China.

FAKTA B. KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI

Pencapaian matlamat-matlamatnya

HURAIAN / Pada keseluruhannya Gerakan 4 Mei telah mencapai matlamat-matlamatnya.


CONTOH Negara China enggan menandatangani Perjanjian Versailles akibat desakan
golongan pelajar yang mendapat sokongan massa.
Ketiga-tiga orang ahli politik yang dianggap bertanggungjawab atas penerimaan
dua puluh satu tuntutan Jepun oleh negara China telah dipaksa meletakkan
jawatan.
Dalam Persidangan Washington 1921-22, negara Jepun bersetuju untuk menarik
diri dari Shantung.

Membangkitkan Semangat Kebangsaan


Satu kesan penting Gerakan 4 Mei ialah ia telah membangkitkan semangat
kebangsaan di kalangan orang China. Golongan pelajar muncul sebagai pembela
kepentingan nasional negara China.
Demonstrasi oleh golongan pelajar mengakibatkan demonstrasi-demonstrasi dan
pemogokan-pemogokan di seluruh negara China. Golongan pelajar juga
memulakan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan tersebut
mendapat sokongan orang ramai dan ini telah menjejaskan perdagangan negara
Jepun dengan negara China. Perasaan anti-Jepun telah bertambah di kalangan
orang China.
Buat kali pertama pekerja-pekerja China telah mengadakan demonstrasi-
demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan
bandar-bandar lain.

FAKTA Perkembangan Faham Komunis

HURAIAN / Gerakan 4 Mei telah merintis jalan bagi perkembangan faham komunis di negara
CONTOH China. Ideologi Barat telah menarik minat para intelektual China yang merupakan
pengasas Gerakan 4 Mei.
Pada tahun 1918, Li Ta-chao telah menubuhkan Soceity for the Study of Marxism di

71
Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakan ahlinya
terdiri daripada pelajar universiti termasuk Chang Kuo-tau dan Mao Tse-tung yang
kemudiannya telah memainkan peranan penting dalam gerakan komunis di negara
China.
Chen Tu-hsiu, seorang pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei menjadi penganut
faham Marx-Lenin pada tahun 1920. Beliau telah menubuhkan Socialist Youth
Corps di Shanghai pada tahun 1920. Li Ta-chao pula menubuhkan satu kumpulan
yang sama di Peking.

KESIMPULAN Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi
perkembangan politik dan sosial negara China.
Gerakan 4 Mei telah merintis jalan bagi perkembangan gerakan komunis di negara
China yang akhirnya telah berjaya menubuhkan sebuah republik komunis pada
tahun 1949.

SOALAN 23 :

TAJUK TERANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM DALAM


NATO

PENDAHULUAN NATO (North Altantic Treaty Organization) merujuk kepada Pertubuhan Perjanjian

72
Atlantik Utara. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 4 April 1949 dan beribu pejabat di
Paris. Pada peringkat awal, pertubuhan ini hanya dianggotai 12 buah negara
sahaja. NATO merupakan sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan
sistem pertahanan bersama antara negara anggota. Penglibatan United Kingdom
dan Amerika Syarikat jelas amat penting dalam usaha mempertahankan
keselamatan di Eropah Barat dan membendung pengaruh komunis yang diterajui
oleh Soviet Union.

FAKTA Peranan United Kingdom dalam proses pembentukan NATO

HURAIAN/ United Kingdom merupakan negara yang menyusun strategi dengan melibatkan
Amerika Syarikat dalam proses pembentukan NATO.
CONTOH United Kingdom yang diterajui oleh Parti Buruh menyusun strategi memastikan
pertubuhan antarabangsa akan disertai oleh Amerika Syarikat.
Pengalaman United Kingdom pertubuhan tanpa Amerika Syarikat tidak berkesan
seperti Liga Bangsa.

PENEGASAN ISI Rancangan United Kingdom ini berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka
walaupun sebenarnya United Kingdom merupakan ‘pemain utama’ dalam proses
pembentukan NATO.

FAKTA United Kingdom tidak bersedia menghadapi ancaman kuasa komunis


Soviet Union.
HURAIAN/ Presiden Hurry S. Truman ( Britain) belum bersedia menghadapi ancaman Soviet
Union. Beliau mengharapkan bantuan Amerika Syarikat untuk lebih bersedia
CONTOH menghadapi ancaman Soviet Union.

United Kingdom menggunakan krisis antarabangsa antara Soviet Union dengan


Amerika Syarikat sebagai sandaran penglibatan Amerika Syarikat dalam penubuhan
NATO. Rancangan Rusia untuk mengukuhkan kekuatan tentera di negara-negara
Eropah Timur yang pro komunis telah menimbulkan kebimbangan Amerika
Syarikat.

PENEGASAN ISI United Kingdom berjaya melibatkan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di
Eropah dan bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.

FAKTA Penglibatan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam soal pertahanan dan keselamatan di Eropah
Barat.

HURAIAN/ Tujuan penubuhan NATO adalah untuk menghalang kebangkitan semula


ketenteraan Jerman di Eropah dan untuk mengekang perluasan ideologi komunis
CONTOH dan ketenteraan Rusia di Eropah.

NATO juga bertujuan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di benua Eropah dan seterusnya untuk mengatasi
ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia
kerana badan dunia tersebut tidak memiliki pasukan tentera sendiri.

PENEGASAN ISI Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO jelas bertujuan untuk memastikan

73
pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan berkesan.

FAKTA Penglibatan Amerika Syarikat adalah sinonim kepada NATO adalah Amerika
Syarikat dan Amerika Syarikat adalah NATO

HURAIAN/ NATO sebuah pertubuhan yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Soviet Union
memandang pertubuhan NATO sebagai Amerika Syarikat bukan sebagai kesatuan
CONTOH negara-negara Eropah Barat.
Amerika Syarikat menunjukkan kekuasaannya dalam NATO sewaktu terlibat dalam
Perang Dingin dengan Soviet Union. Amerika menggunakan negara-negara
kesatuan NATO sebagai negara penampan kepada penularan kuasa Soviet Union di
Eropah Barat.

PENEGASAN ISI Kekuasaan Amerika Syarikat di Eropah Barat melalui pertubuhan NATO sangat
dominan terutama dalam setiap operasi ketenteraan yang mereka jalankan.

KESIMPULAN NATO dan Amerika Syarikat mempunyai komitmen yang sangat kuat untuk
memastikan kesinambungan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai sebuah
institusi. Peranan kedua-duanya adalah memastikan keamanan dan keselamatan
Eropah malah dunia secara keseluruhannya.

74

Anda mungkin juga menyukai