Anda di halaman 1dari 5

Kajian Tindakan

SISTEM PEMBELAJARAN MELENGKAPKAN NOTA SEJARAH


BERPANDUKAN BUKU TEKS dan MENGGUNAKAN KONSEP 5W /1H

MENINGKATKAN PERATUS LULUS MATA PELAJARAN SEJARAH


BAGI PELAJAR TINGKATAN 2K

OLEH
PN KHADIJAH BT ABD RAHMAN
(GC Sejarah SMK Bandar Sungai Petani)

ABSTRAK

Kajian tindakan yang saya lakukan adalah bertujuan memudahkan pelajar 2K


menguasai fakta sejarah berpandukan buku teks. Kebanyakan pelajar 2K terutama pelajar-
pelajar Cina masih tidak dapat menguasai fakta ,malahan ada antaranya tidak memahami apa
yang dibaca.
Memandangkan mata pelajaran sejarah adalah pelajaran teras yang mesti diambil, saya
bertekad untuk meningkatkan peratus lulus sejarah dalam peperiksaan akhir tahun 2009.

Sistem pembelajaran ini saya jalankan untuk semua pelajar 2K kerana pada tahun 2010
mereka akan menghadapi peperiksaan PMR. Kaedah pembelajaran begini telah saya
jalankan untuk pelajar-pelajar sebelum ini. Memandangkan keberkesanannya , saya ingin
mencuba kepada pelajar-pelajar 2K

Hasil daripada pelaksanaan kajian ini di samping kaedah latih tubi soalan-soalan PMR
yang lepas saya dapati peratus lulus mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan 2K telah
meningkat dua kali ganda.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati pelajar-pelajar 2K


tidak memahami apa yang dibaca walaupun nota diberi dan merujuk buku teks, hanya
segelintir sahaja yang memahami. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana mereka
akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar. Tambahan pula amatlah malang kalau
generasi hari ini tidak mengetahui dan mendalami sejarah negaranya sendiri

Setelah memahami permasalahan pelajar-pelajar 2K, saya mencuba kaedah ini untuk
meningkatkan peratus lulus mata pelajaran sejarah pada peperiksaan akhir tahun 2009.

2.0 Isu-isu Keperihatinan


Pelajar-pelajar 2K tidak dapat mengingati sepenuhnya fakta-fakta yang dipelajari disebabkan
oleh beberapa faktor. Antaranya :
1. Pelajar mudah lupa fakta yang dikemukakan.
2. Pelajar tidak memahami apa yang dibaca
3. Pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran sejarah
4. Pelajar tidak mahu merujuk buku teks.

3.0 Objektif Kajian


Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif di bawah

Objektif Am
Dapat meningkatkan Gred Purata sekolah dengan peningkatan peratus lulus sejarah dalam
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

Objektif Khusus
a) Meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengingati fakta
b) Membantu pelajar mencari fakta sejarah
c) Melatih pelajar mendapatkan maklumat sejarah menggunakan buku teks
d) Melatih pelajar untuk berdikari tanpa mengharapkan guru semata-mata

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar 2K, terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15
orang pelajar perempuan.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah

Setelah mengkaji ujian peperiksaan topik 2 dan Peperiksaan Penggal 1 menunjukkan


peratus lulus sejarah hanyalah 21.6% dan 40.5%, saya telah menggunakan kaedah
menggunakan buku teks sepenuhnya untuk melengkapkan nota. Dengan cara ini pelajar
mudah mendapatkan jawapan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Saya dapati pelajar lebih berminat melengkapkan nota yang diberi oleh guru ketika proses
P&P, saya juga mendapati mereka begitu truja apabila mendapati jawapan yang ditanya boleh
diperoleh dengan mudah dengan berpandukan buku teks.
Saya juga menggunakan konsep 5W dan 1H untuk memudahkan pelajar memahami isi-
isi penting . Konsep 5W merangkumi “ What ,Who, When, When, Why,” H pula untuk How.
Pelajar didedahkan bentuk soalan yang ditanya menggunakan konsep tersebut. Didapati
pelajar mudah memahaminya.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil dapatan dalam Peperiksaan Penggal Akhir 2009 amat memberangsangkan.
Perbezaan peratus lulus sejarah tingkatan 2K dalam peperiksaan Penggal 1 dan Penggal
Akhir dipaparkan di bawah.

Bil Nama Penggal 1 Penggal


Akhir
1 Al-Imran bin Mahadzir 30% 43%
2 Hor Yong 23% 40%
3 Kelvin Seow Soon Liang 18% 40%
4 Khairul Anwar b.Khalid 26% 40%
5 Khairul Anwar bin Nor Hashim 40% 44%
6 Mior Danial b. Mior Amir 40% 52%
7 Mohamad Nazirul Amzar b.Isaham 40% 37%
8 Mohammad Zulfadhli b.Ghazali 33% 48%
9 Mohd Ismarul Faiz b. Ishak 40% 40%
10 Mohd Nur Ridzuan b.Muktar 32% 41%
11 Muhamad Firdaus b.Aris 40% 46%
12 Muhamad Nabil b.Mohamed Othman 42% 34%
13 Muhammad Akhmal Hakim b.Abdullah Sani 32% 40%
14 Muhammad Akhmal b.Zowfiean 30% 46%
15 Muhammad Fadzilahtul Hanif b.Ahmad 63% 46%
Razaai
16 Bee soo Han 35% 50%
17 Law Ay Jing 38% 40%
18 Lim Wei Ying 32% 43%
19 Nadhira bt Pisual 45% 42%
20 Nor Suhaila bt Mazuki 32% 51%
21 Norhaida bt Ishak 33% 47%
22 Nur Aisyah bt Shahrin 35% 42%
23 Nur Alina bt Md Hanfiah 37% 50%
24 Nur Fatika bt Jamaludin 45% 45%
25 Nur Fatin Mudzalifah bt Mohtar 43% 53%
26 Nur Hasanah bt Abdullah 37% 35%
27 Nur Syamila bt Ramli 50% 54%
28 Nurul Anis bt Mohd Shamshir 28% 55%
29 Tan Bee Tian 25% 40%
30 Ummi Ezzatul bt Adnan 38% 40%
JUMLAH LULUS 11 orang 27 orang

Berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 didapati peratus lulus sejarah
tingkatan 2K telah meningkat, daripada 30 orang pelajar yang diuji 27 orang telah lulus,
pencapaian 90%. Keputusan ini menunjukkan peratus lulus meningkat dari 36.6% menjadi
90%.
Terdapat dua orang pelajar yang menurun peratus lulusnya iaitu Muhammad Fadzlahtul
Hanif ( 63% turun ke 46%) dan Nadhira Pisual ( 45% turun ke 42%). Hasil kaji selidik kedua-
dua pelajar ini mengaku kesilapan mereka memfokus tajuk menyebabkan peratus menurun .
Keseluruhan keputusan sejarah tingkatan 2K amat membanggakan kerana kajian
tindakan yang dihasil mencapai sasarannya. Harapan saya semoga pelajar 2K dapat memberi
sumbangan dalam peningkatan keputusan mata pelajaran sejarah PMR 2010.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Antara aktiviti yang saya laksanakan dalam menjalankan hasil kajian ini ialah:
1. Melengkapkan nota berlatihan dengan jawapan yang betul berpandukan buku teks
semasa proses P&P berjalan.

2. Membincangkan jawapan di dalam kelas supaya pelajar dapat mengenalpasti


kesalahan dan terus membuat pembetulan.

3. Menggunakan konsep 5W+1H sewaktu mencari fakta sejarah dan sewaktu


mengemukakan soalan latih tubi secara lisan.

4 Menilai keberkesanan system pembelajaran ini melalui pemantauan latihan dan juga
soal selidik secara lisan.

5. Membuat perbandingan keputusan peperiksaan Penggal 1 dengan Penggal Akhir.

Instrumen yang saya gunakan dalam penghasilan kajian ini ialah kertas A4, “Pen Drive” .

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian


5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti

Pemerhatian

Sepanjang aktiviti di dalam kelas saya sentiasa bergerak dari meja ke meja melihat cara
pelajar mencari maklumat berdasarkan soalan yang dikemukakan. Pelajar mencari jawapan
dalam tempoh satu masa kerana masa ke-2 digunakan untuk membincangkan jawapan.
Sekiranya tidak sempat atas beberapa halangan pelajar dibenarkan menyiapkan di rumah.

Saya memastikan setiap kesalahan jawapan mesti dibuat pembetulan dengan tujuan
mengukuhkan ingatan.
ii Refleksi Kajian

Keberkesanan system pelajar ini sangat sesuai untuk kelas yang agak lemah dan
sederhana. Ini terbukti daripada keputusan mata pelajaran sejarah tingkatan 2K yang
meningkat dari 36.6% meningkat 90.%.

6. Cadangan dan kajian seterusnya

Melihatkan peningkatan peratus mata pelajaran sejarah 2K dan keberkesanan


sistem pembelajaran ini saya akan cuba laksanakan dalam kelas pada tahun 2010.

Anda mungkin juga menyukai