Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN PENTAKSIRAN DALAM KAUNSELING


1. Definisi Pentaksiran
- Merupakan satu proses mengumpul dan menterjemah maklumat berkaitan
personaliti manusia, minat dan penempatan kerjaya.
- Proses mengumpul maklumat dan memberikan nilai untuk membuat
keputusan.

PENTAKSIRAN DALAM KAUNSELING (RUMUSAN)


- Proses yang berterusan
- Mendapat dan mengumpul maklumat
- Aktiviti menghurai, mengumpul, merekod dan menginterpretasi maklumat
tentang masalah sebenar klien.
- Dua jenis pentaksiran iaitu Teknik Ujian dan Bukan Ujian.
- Pentaksiran ujian untuk mengukur tret seseorang individu seperti Ujian
personaliti, Ujian minat, Ujian kecerdasan, Ujian bakat, dan ujian pencapaian.
- Pentaksiaran bukan ujian seperti pemerhataian, temu bual, soal selidik, dan
senarai semak.
- Menghasilkan sumber yang relevan, tepat dan maklumat yang boleh
dipercayai tentang seseorang.

Keperluan atau fungsi pentaksiran dalam proses kaunseling


- Memperoleh dan mengumpul maklumat klien dengan lebih terperinci.
- Memberikan gambaran yang lebih nyata tentang kebolehan klien.
- Mengenal pasti atau mendiagnos masalah.
- Menganalisis kekuatan dan kelemahan klien
- Membuat keputusan mengenai satu tindakan
- Membantu meningkatkan keberkesanan kepada klien
- Mengawasi perkembangan klien dan membuat penilaian hasilnya
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa sesi kaunseling berlaku
- Ujian personaliti untuk memperolehi gambaran yang lebih jelas tentang
seseorang klien.

Anda mungkin juga menyukai