Anda di halaman 1dari 50

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

KEMAHIRAN TARANNUM BIL-QURAN

PENGERTIAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kalamullah berupa mukjizat yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa
Mushaf yang dipindahkan secara tawatir yang dimulai dengan Surah al-Fatihah dan disudahi
dengan Surah an-Nas serta membacanya merupakan suatu ibadah.

PENGERTIAN TARANNUM BIL-QURAN

Tarannum merupakan suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,
rentak dan irama tertentu untuk menambahkan keunikan seni tilawah al-Quran

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Bertilawah al-Quran secara berlagu adalah suatu inisiatif ke arah pencapaian amalan
membaca al-Quran di tahap tertinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar
al-Quran kepada Keagungan Allah Ta‟ala. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya bukan
sahaja suatu penyelewengan, malah merupakan suatu pengkhianatan. Justru, setiap individu
muslim mesti mempelajari dan menguasai kaedah-kaedah bertarannum dengan baik demi
memelihara kemuliaan Kitab Suci al-Quran

m.s 1
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

DALIL-DALIL DISYARI’ATKAN TILAWAH AL-QURAN SECARA BERTAJWID,


BERTARTIL DAN BERTARANNUM

 Firman Allah Ta‟ala,

 
  
 
    
  
 

Maksudya: “Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya
dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang
ingkar kepadanya, maka mereka Itulah orang-orang yang rugi”. (Surah al-Baqarah : 121)

 Firman Allah Ta‟ala,

 
 
Maksudnya: “Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil”. (Surah al-Muzzammil:4)

 Sabda Rasulullah s.a.w.

ِّ ‫سنِّا‬
َِّ ‫سنِِِّّّيَِّزيدِِّّال َِّق ِّرءَا َِّنِّ َِّح‬
َِّ َ‫ال‬ َِّ ‫َحسِّنِّواِّالقِِّّرِّءَا َِّنِّبِِّّأَصَِِّّواتِّكِّمِِّّفَإِّنِِّّالصِّ ِّو‬
ِّ ِّ‫ت‬
Maksudnya: “Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara kamu (yang baik).
Sesungguhnya suara yang elok itu akan menambahkan lagi keelokan al-Quran (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, ad-Darimi, an-Nasa-ie dan al-Hakim)

m.s 2
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

 Sabda Rasulullah s.a.w.

ِِّّ‫كِّعِّنِّ َِّدِّآخِّرِِّّ ِّآيَة‬


َِّ َ‫تِّتََِِّّرتِّلِّيفِّالدِّنِّياِِّّفَإِّنِِّّ َِّمنِِّّزِّل‬
َِّ ِّ‫ِّإِّقَِِّّرأَِِِّّّوِّارقَِِِّّّوَِّرتِّلِِِّّّ َِّك َِّماِّكِّن‬،ِّ‫صاحِّبِِّّالقِِّّرِّءَان‬
َِّ ِّ‫يِّ َِّقالِِّّل‬

ِّ ‫تَِّقَِِّّرِّؤَِّها‬

Maksudnya: “Dipersilakan ahli al-Quran ke syurga seraya berkata: “Bacalah, naiklah ke


tingkat atas dan perelokanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya
ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di syurga ini adalah
berdasarkan akhir ayat yang kamu bacakan” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

 Sabda Rasulullah s.a.w.

َِّ ‫شيِّءِِّّ َِّماِِّّأَذِّ َِّنِّلِِّّنَبِِّّ َِّح‬


ِّ ِّ‫سنِِّّالصِّ ِّوتِِّّيَِّتَِّ ِّغَنِِّّبِّالقِِّّرِّءَانِِّّ َِّي َِّهرِِّّبِّه‬ َِّ ِّ‫َِّماِِّّأَذِّ َِّنِّاهللِّل‬

Maksudnya: “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu ialah apa yang diizinkan kepada Nabi
(Muhammad s.a.w) yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran
dalam bentuk nyaring”. (Riwayat al-Bukhari)

 Sabda Rasulullah s.a.w.

ِّ ِّ‫َِّزيِّنِِّّواِّالقِِّّرِّءَا َِّنِّبِِّّأَصَِِّّواتِّكِّم‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu menghiasi bacaan al-Quran itu (dengan mempelbagaikan


bunyi) suara kamu”. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa-ie)

 Sabda Rasulullah s.a.w.

ِّ‫اِّمنِِّّ َِّلِّيَِّتَِّ ِّغَنِِّّبِّالقِِّّرِّءَان‬


َِّ ِّ‫سِّمِّن‬
َِّ ِّ‫ِّلَي‬

m.s 3
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Maksudnya: “Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan
bacaan al-Quran”. (Riwayat al-Bukhari)

 Sabda Rasululah s.a.w.

ِّ ‫اِّمنِِّّ َِّلِّيَِّتَِّ ِّغَنِِّّبِّالقِِّّرِّءَانَِِِّّّوابِّكِِّّواِِّّفَإِّنِِّّ َِّلِّتَِّبِّكِِّّواِّفَِِّّتَِّبَا َِّكِّوا‬


َِّ ِّ‫سِّمِّن‬
َِّ ِّ‫ِِّّلَي‬،ِّ‫غِّنِِّّواِّبِّالقِِّّرِّءَان‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran kerana bukan dari
kalangan kami mereka yang enggan melagukan dengan bacaan al-Quran dan
menangislah. Jika engkau tidak mampu menangis maka usahakanlah menangis”. (Riwayat
an-Nasa-ie)

 Sabda Rasulullah s.a.w.

ِِّّ‫ ِِّّفَإِّنِّه‬،ِّ‫ِّوإِّيِِّّاكِّمِّ ِّ َِّولِّ ِّونِّ ِِّّأَهِّلِّ ِّالِّكِِّّتَابَِّيِّ َِِّّوِّأَهِّلِّ ِّالِّفِّسِّق‬،‫ا‬


َِّ ِّ‫العَِّربِّ َِِّّوِّأَصَِِّّوات‬
َِّ ِّ ِّ‫إِّقَِِّّرِّؤواِّالِّقِِّّرِّءَا َِّن ِّبِّلِّحِّ ِّون‬

.ِّ‫َِّسِّيَجِّئِِّّبَِّعِّدِّىِّقَِّ ِّومِِّّيَِّرجِّعِّ ِّو َِّنِّبِّالِّقِِّّرِّءَانِِّّتَِِّّرجِّيِّ َِّعِّالِّغِِّّنَاءَِِِّّّو ِّالرهِِّّبَانِّيِّةَِِِّّّوالنِِّّوح‬

Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan irama (tarannum) „Arab dan dengan suara yang
berlahjah Arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran dengan gaya ahli fasiq.
Demikianlah juga dengan irama ahli gereja (kristian dan yahudi)” (Riwayat al-Tabrabi dan al-
Baihaqi).

 Sabda Rasulullah s.a.w.

ِّ ِّ‫اِّوتَِّ ِّغَنِّواِّبِّه‬
َِّ ‫اهدِّو‬
َِّ ‫اهللِّوتَِّ َِّع‬
َِّ ِّ‫اب‬َِّ َ‫تَِّ َِّعلِّمِّواِّكِِّّت‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu mempelajari Kitab Allah (al-Quran) dan ceriakanlah serta
perelokkanlah irama bacaannya”. (Riwayat Muslim)

m.s 4
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SIFAT-SIFAT TILAWAH AL-QURAN RASULULLAH S.A.W.

 „Abdullah ibnu Maghfal telah berkata:

ِِّّ‫ىِّاهللِّعِّلَي هِِّّ َِّو َس لِّ َِّمِّيَِّق َِّرأِِّّ(الق رءان َِِّّوه َِّوِّ َِّعلَ ىِِّّنَاِّقَت هَِِِّّّوه َِّيِِّّتَس يِّرِِّّب ه‬
َِّ َ ِِّّ‫َِّرِّأَي تِِّّالن ب‬
ِّ‫ص ل‬

ِّ . ِّ‫َِّوهِّ َِّوِّيَِّقَِِّّرأِِّّسِِّّوَِّرَِّةِّالِّ َِّفتِّحِِّّقَِِّّر ِّاءَةِِِّّّلَيِِّّنَةِِّّيَِّقَِِّّرأَِِِّّّوهِّ َِّوِّيَِِّّرجِّع‬

Maksudnya: “Aku menyaksikan Nabi s.a.w. membaca al-Quran sedangkan baginda


berada di atas untanya yang sedang maju berjalan. Baginda membaca ayat-ayat dari
Surah al-Fathu dengan bacaan yang amat lembut dalam bentuk bacaan Tarji‟
(melagukan)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Al-Barra‟ ibnu „Aazib berkata:

ِّ‫اِّسعِّتِِِّّّأَ َِّحدِّا‬
َِّ ‫ِِّّفَ َِّم‬،‫الزيِّتِّ ِّو َِّن‬
ِّ ‫شاءَِِِّّّوالتِّيَِِِّّّو‬
َِّ ِّ‫صلِّىِّاهللِِّّ َِّعِّلَيِّهِِّّ َِّو َِّسلِّ َِّمِّيَِّقَِِّّرأِِّّفِِّّالِّع‬
َِّ ِِّّ‫سعِّتَِِِّّّرسِّ ِّوَِّلِّاهلل‬
َِّ

ِّ .ِّ‫ص ِّوتِّاِّمِّنِّه‬ َِّ ِّ‫ِّأَح‬


َِّ ِِّّ‫سن‬

Maksudnya: “Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. membaca Surah al-Thin ketika solat
„Isyak. Ya, sungguh indah sekali bacaannya. Tiada pernah aku mendengar seorang pun
yang lebih lunak suara bacaan daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

m.s 5
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

 Jabir ibnu Muth‟im telah berkata:

َِّ ِّ‫اِّسعِّتِّ ِِّّأَ َِّحدِّاِِّّأَح‬


ِِّّ‫سن‬ َِّ ‫ِِّّفَ َِّم‬،ِّ‫ِّامغِِّّربِّ ِّبِّالطِِّّور‬
ِّ ِّ‫صلِّىِّاهللِّ ِّ َِّعِّلَيِّهِّ ِّ َِّو َِّسلِّ َِّم ِّيَِّقَِِّّرأِّ ِّف‬
َِّ ِّ ِّ‫سعِّتِّ َِِّّرسِّ ِّولِّ ِّاهلل‬ َِّ
َ
ََِّ‫ص ِّوتِّاِِّّأَوِِّّقَِِّّرِّا‬
ِّ .ِّ‫ءةِِّّمِّنِّه‬ َِّ

Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Thur ketika
solat maghrib. Tidak pernah aku mendengar seorang pun sebegitu lunak suara bacaan
daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERANAN TARANNUM BIL-QURAN

 Untuk mencapai tahap ketartilan yang tinggi ketika membaca al-Quran sesuai dengan
maksud Firman Allah Ta‟ala : “Dan hendaklah kamu membaca al-Quran dengan setartil
yang mungkin”. (Surah al-Muzzammil : 4)

 Suatu penghormatan kepada status al-Quran sebagai wahyu Allah Ta‟ala yang teragung.
Sabda Rasululah s.a.w. bermaksud: “Diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran
dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

 Menambahkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap


ayat-ayat al-Quran sebagaimana Firman Allah Ta‟ala bermaksud: “Mereka (orang-orang
beriman) segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukan dan keinnsafan”. (Surah al-Isra‟:109)

 Untuk memperoleh rahmat dan hidayah daripada Allah Ta‟ala sebagaimana Firman Allah
Ta‟ala yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran dibaca maka hendaklah kamu
mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu
beroleh rahmat Allah Ta‟ala”. (Surah al-A‟raf: 204)

 Dapat menambahkan lagi keunikan al-Quran dari aspek seni bacaan selaras dengan
sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : “Perelokkanlah bacaan al-Quran dengan kelunakan

m.s 6
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang lunak sahaja mampu menambahkan lagi
keindahan seni bacaan al-Quran itu”. (Riwayat al-Nasa-ie dan Abu Daud)

SUMBER ILHAM UMUM IRAMA TARANNUM BIL-QURAN

Pakar-pakar sejarah Ilmu Tarannum berpendapat bahawa sumber ilham irama-irama


Tarannum bil-Quran adalah bersumberkan alam fenomena alam seperti:

 Dari bunyi geseran kayu


 Dari bunyi tiupan angin
 Dari suara kicauan burung
 Dari bunyi deruan air sungai dan ombak laut

PENGGUBAH /PEMODENAN TARANNUM BIL-QURAN

Menurut Syeikh Muhammad Sholeh al-Fathaniy dalam Kitab Sirajul Qari‟ bahawa
pemodenan Tarannum adalah diilhamkan oleh Professor Batlimus al-Hakim al-Falsufi
yang kemudiannya diperkembangkan lagi oleh Ishaq bin Ibrahim al-Musiliy al-Nadimi
(keturunan Greek).

m.s 7
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SEJARAH TARANNUM BIL-QURAN

Tarannum Bil-Quran bermula sejak peristiwa Nuzulul Quran pada tahun 610 masihi ketika
Rasulullah s.a.w. sedang „bertahannuth‟ di Gua Hira‟dengan turunnya wahyu pertama ayat
1 hingga 5 Surah al-„Alaq. Baginda menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya
dengan elok dan lunak sepertimana disampaikan oleh malaikat Jibril a.s. serta
memerintahkan supaya para sahabatnya membacanya dengan „bertazyin‟ dan „bertahsin‟.
Seterusnya para sahabat seperti „Abdullah ibnu Mas‟ud, Ubai ibn Ka‟ab, Salim Maula Abi
Huzaifah dan Abu Musa al-Asy‟ari telah menyebar luaskan pengajaran al-Quran secara
demikian kepada para sahabat lain.

Aktiviti ini diteruskan pula oleh para ulama al-Quran dari kalangan tabi‟in seperti „Al-qamah
bin Qais di Kufah, „Abdullah ibnu al-Sa-ib di Makkah, Abu Abdur Rahman al-Sulami di
Kufah, „Abdullah ibn „Iyasy dan lain-lain lagi. Di kalangan tabi‟ tabi‟in pula lahir tokoh-tokoh
ulung seperti „Umar ibn „Abdul „Aziz, Imam Muhammad ibn Idris as-Syafi‟ie, para imam
qiraat, guru-guru al-Quran, para qari dan qariah yang muktabar hingga kini

Pengajaran Tarannum Bil-Quran terus berkembang pesat di seluruh dunia Islam. Kini
terdapat pelbagai institusi pengajian al-Quran di berbagai peringkat pengajian seperti
universiti-universiti di negara-negara Timur Tengah, Nusantara dan tempatan. Di
Malaysia, kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran al-Quran telah menjadi suatu
daripada bidang pengajian bermula di peringkat TADIKA, sekolah-sekolah rendah,
sekolah-sekolah menengah, kolej-kolej universiti, universiti-universiti, maahad-mahad
Tahfiz dan di dalam bidang latihan keguruan. Malah Malaysia dan Indonesia telah
mewujudkan Akademi Al-Quran bagi memantapkan lagi penguasaan kemahiran al-Quran
di kalangan umat Islam khususnya remaja.

m.s 8
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SEJARAH PENGAJIAN AL-QURAN DAN TARANNUM DI NUSANTARA

Almarhum Profesor Dr. HAMKA di dalam „Sejarah Umat Islam‟ menjelaskan bahawa Islam
telah berkembang di Nusantara mulai kurun pertama hijrah bersamaan kurun ke tujuh
masihi iaitu di zaman pemerintahan Khulafa‟ Bani Umaiyah. Perkembangan ini sekali gus
membawa kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran melalui inisiatif
pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam yang datang dari Tanah Arab dan
India pada kurun ke sepuluh hingga kurun ke lima belas masihi (sebelum era penjajahan
barat dan Jepun di Nusantara). Mulai kurun ke dua puluh masihi, perkembangan Islam
dan al-Quran tidak lagi dimonopoli oleh golongan berketurunan Arab, malah telah diambil
alih dengan giatnya oleh umat Islam tempatan hingga kini.

JENIS-JENIS TARANNUM BIL-QURAN DAN HURAIANNYA

 Tarannum Hijazi : iaitu Tarannum Arab berlahjah Hijaz. Iramanya panas dipengaruhi
suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu tinggi kepanasan. Alunan
iramanya agak nyaring, lincah di samping suara yang tinggi kehangatan.

 Tarannum Masri : iaitu Tarannum Arab berlahjah Mesir. Iramanya lembut dipengaruhi
persekitaran Lembah Nil yang subur menghijau serta airnya yang beralun tenang dan
nyaman. Alunan iramanya sederhana, lembut, bersopan di samping nada suaranya
sederhana kemanisan.

m.s 9
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

ASAS-ASAS UMUM TARANNUM HIJAZI

Tarannum Hijazi diasaskan daripada beberapa jenis tarannum seperti berikut:

 Banjakah  Unsad
 Husaini  Shun-„ani
 Mayyah  Yaman
 Rukbi  Hijazi
 Dukah  Jiharkah
 Sikah  Hirab
 „Usya‟  Dan lain-lain lagi

ASAS-ASAS UMUM TARANNUM MASRI

Tarannum Masriy pula diasaskan daripada beberapa jenis tarannum iaitu

 Bayyati  Shoba
 Hijazi  „Ajam
 Iraqi  Nahawand
 Rast  Nawa Athar
 Husaini  Sikah dan
 Kurdi  Jiharkah

Sehingga kini beberapa jenis tarannum yang masih popular di kalangan qari dan qari-ah
adalah seperti Bayyati, Shoba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah, Jiharkah dan Kurdiy.

m.s 10
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SUSUNAN / KOMBINASI TARANNUM YANG POPULAR DI NUSANTARA

 Bayyati ÷ Shoba ÷ Hijaz ÷ Nahawand ÷ Bayyati penutup.


 Bayyati ÷ Hijaz ÷ Nahawand ÷ Rast÷Sikah ÷ Bayyati penutup
 Bayyati ÷ Nahawand ÷ Rast ÷ Jiharkah ÷ Bayyati penutup
 Bayyati ÷ Rast ÷ Jiharkah ÷ Sikah ÷ Bayyati penutup
 Bayyati ÷ Shoba ÷ Sikah ÷ Jiharkah ÷ Bayyati penutup
 Bayyati ÷ Nahawand ÷ Sikah ÷ Jiharkah ÷ Bayyati penutup
 Bayyati ÷ Nahawand ÷ Jiharkah ÷ Sikah ÷ Bayyati penutup

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN DI MALAYSIA

Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi melahirkan sebuah persembahan Tarannum Bil-
Quran yang berkualiti. Ia perlu memenuhi sistem dan teknik seperti berikut:

 Satu Harakat: iaitu suatu alunan irama tarannum yang mengandungi beberapa
qit‟ah dengan satu mahattah.

 Satu Qit’ah: iaitu suatu potongan daripada alunan irama yang paling pendek tanpa
mahattah.

 Satu Mahattah: iaitu suatu bentuk atau gaya penghujung yang lengkap bagi sesuatu
harakat tarannum.

 Satu Tarannum: iaitu suatu jenis irama yang mengandungi beberapa harakat, qit‟ah
dan mahattah yang lengkap

 Satu Persembahan : iaitu suatu persembahan tilawah dengan kombinasi beberapa


jenis tarannum yang disusun dengan lengkap.

m.s 11
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, setiap persembahan tarannum perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

 Menggabungkan beberapa jenis tarannum yang berlainan tanpa takrir


 Mengandungi beberapa tabaqat suara yang disusun mengikut teknik yang menarik
 Tarannum pembukaan mestilah sama seperti tarannum penutup

PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN YANG MUKTABAR

Sesuatu persembahan tarannum bil-Quran yang baik perlu memenuhi beberapa ciri
seperti berikut:

 Susunan harakatnya rapi dan sistematik


 Susunan tarannumnya rapi dan selesa
 Bersesuaian tarannum dengan maksud ayat yang dibaca
 Tarannum menepati hukum-hukum tajwid
 Bersesuai tarannum dengan suara
 Pengendalian suara berlahjah Arab
 Mempunyai „Salalim‟ yang menarik
 Mempunyai „Ikhtilal Lahn‟ yang baik
 Mutu suara yang lunak lagi menarik
 Mempunyai „Wushlah Mumasalah‟ yang menarik dan sesuai
 Disertai dengan „Qit‟ah‟ dan „Mahatthah‟ yang menarik.
 Disertai dengan „Burdah‟ yang menarik

m.s 12
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

PERANAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Harakat ialah tingkatan-tingkatan atau pergerakan suara semasa mengalunkan sesuatu


tarannum. Lazimnya setiap jenis tarannum mempunyai beberapa harakat yang sesuai
dengan nada suara yang dialunkan. Antara lain peranan harakat ialah:

 Untuk mempelbagaikan seni bunyi suara bacaan


 Untuk menghidupkan bacaan
 Untuk meningkatkan persembahan bacaan
 Menjadi pengukur kepada tarannum berikutnya

PERANAN KHUSUS SETIAP HARAKAT DI DALAM TARANNUM BIL-QURAN

 Harakat 1 : sebagai penyesuaian kepada persembahan


 Harakat 2 : menjadi rangsangan kepada persembahan
 Harakat 3 : sebagai „Jawab‟
 Harakat 4 : sebagai „Jawabul Jawab‟
 Harakat 5 : sebagai persediaan penutup persembahan
 Harakat 6 : sebagai penutup persembahan.

CIRI-CIRI HARAKAT TARANNUM YANG ISTIMEWA

Beberapa ciri penting perlu dipenuhi dalam menilai keistimewaan harakat-harakat dalam
tarannum iaitu seperti berikut:

 Mempunyai „Salalim Nuzul‟ atau nada suara menurun


 Mempunyai „Salalim Su‟ud‟ atau nada suara menaik
 Mempunyai „Wuslah Mumathalah‟ iaitu kombinasi dua angin/air lagu atau lebih
 Mempunyai „Ikhtilal Lahn‟ iaitu kesumbangan suara yang tidak mencacatkan
 Dihiasi dengan „Burdah‟ yang menarik.

m.s 13
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

HURAIAN JENIS-JENIS TARANNUM BIL-QURAN YANG POPULAR

Terdapat beberapa jenis irama Tarannum Bil-Quran yang sangat popular di seluruh dunia
Islam yang hingga kini masih dipertahan dan diperkembangkan dengan begitu pesat.
Berikut diperincikan setiap jenis tarannum dari aspek-aspek pengertian, latarbelakang,
sifat, peranan dan tarannum yang sesuai digandingkan dengannya.

1. TARANNUM BAYYATI

Latar Belakang Tarannum Bayyati

Bayyati menurut bahasa ialah rumah atau tempat kediaman. Pada istilah bermaksud
suatu jenis alunan tarannum yang diasaskan di Tanah Hijaz dan dipopularkan oleh para
qari dari pada Mesir. Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Nusantara sekitar tahun
1940an. Sesuatu persembahan tarannum yang tidak dimulai dan tidak disudahi dengan
Bayyatiy dianggap tidak sempurna

Sifat-Sifat Tarannum Bayyati

1. Gaya kelembutan di samping ketegasan


2. Sesuai dengan tabaqat suara sederhana
3. Mempunyai unsur-unsur keharmonian dan ketenangan
4. Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup persembahan

Peranan Tarannum Bayyati

 Untuk memantapkan persembahan tarannum


 Menjadi tarannum pembukaan dan penutup persembahan
 Menjadi pengukur kepada irama tarannum seterusnya
 Membawa kefasihan dalam melafazkan huruf-huruf dan kalimah al-Quran
 Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

m.s 14
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

 Sekiranya berlaku ketegangan semasa persembahan ia sesuai diwasalkan dengan


Tarannum Nahawand, Kurdi dan „Iraqi
 Sekiranya berlaku kelemahan pada persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Husaini.

2. TARANNUM HUSAINI

Latar Belakang Tarannum Husaini

Dari sudut bahasa Husaini bermaksud kecantikan. Menurut Istilah pula ia adalah nama
suatu jenis tarannum yang dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Hijaz. Ia
kemudiannya mengalami pengubahsuaian oleh qari-qari Mesir. Menurut al-Syeikh Dr
Ahmad Naina‟, Tarannum Husaini adalah cabang dari Bayyati yang sama tarafnya dengan
Suri dan Khiyar.

Sifat-sifat Tarannum Husaini

 Mempunyai pergerakan yang aktif, hangat dan bersemangat


 Sesuai dengan tabaqat suara tinggi
 Mempunyai unsur-unsur tenang tetapi tegas
 Mempunyai unsur-unsur rangsangan dan galakan

Peranan Tarannum Husaini

 Untuk memantapkan persembahan tarannum


 Dapat merangsang tarannum berikutnya
 Menghangatkan persembahan
 Memantapkan lafaz huruf-huruf, kalimah dan ayat-ayat al-Quran
 Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan

m.s 15
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Tarannum-Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

 Jika berlaku ketegangan pada persembahan ia sesuai digandingkan dengan


Tarannum Kurdi dan Nahawand.
 Jika berlaku kelemahan pada persembahan ia sesuai digandingkan dengan
Tarannum Shoba, Hijaz atau „Ajam

3. TARANNUM KURDI

Latar Belakang Tarannum Kurdi

Kurdi adalah nama bagi satu rumpun Arab yang menetap di Asia Tengah antara Turki
dengan „Iraq. Menurut istilah, Tarannum Kurdi adalah sejenis alunan tarannum yang
dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum berketurunan Kurdisy mengikut budaya mereka
sendiri. Tarannum ini telah mengalami proses ubahsuai oleh pakar-pakar tarannum Mesir
dan diterima pakai oleh para qari dari seluruh pelusuk dunia Islam. Namun kini ia agak
kurang dihayati.

Sifat-sifat Tarannum Kurdi

 Mempunyai pergerakan yang tegas dan berkesan


 Bergaya lincah ketika menaik dan menurun
 Sesuai dengan tabaqat suara sederhana
 Sesuai dijadikan sebagai tarannum penutup

Peranan-peranan Tarannum Kurdi

 Untuk meyakinkan persembahan


 Untuk meredakan ketegangan persembahan
 Untuk memberi laluan kepada harakat sederhana
 Untuk membawa kefasihan dalam melafazkan al-Quran
 Untuk melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan

m.s 16
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Tarannum yang sesuai digandingkan selepasnya

 Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka ia sesuai diwasalkan dengan


Tarannum Nahawand dan Bayyati
 Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Shoba, „Ajam atau Husaini

4. TARANNUM SHOBA

Latar Belakang Tarannum Shoba

Shoba bermaksud rindu dan menurut istilah ialah nama sejenis tarannum yang
dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Sesuatu persembahan tarannum tidak
sempurna sekiranya tidak dimasukkan Tarannum Shoba. Alunannya sayu mendayu dan
sangat sinonim bagi menyampaikan maksud kesedihan dan sayu.

Sifat-sifat Tarannum Shoba

 Memiliki gerak lembut yang menyentuh jiwa pembaca dan pendengar


 Alunannya lembut merdu mempesonakan
 Sesuai digandingkan dengan tabaqat suara sederhana
 Sesuai dialunkan pada ayat-ayat berbentuk permohonan doa, rayuan dan rintihan

Peranan Tarannum Shoba

 Memberi ketenangan pada persembahan


 Kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
 Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran
 Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

m.s 17
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Tarannum yang Sesuai Selepasnya

 Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan


tarannum „Iraqi atau Nahawand
 Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan
tarannum „Ajam dan Hijaz.

5. TARANNUM HIJAZ

Latar Belakang Tarannum Hijaz

Tarannum Hijaz lahir dari budaya hidup bumi Hijaz yang kering dan tandus serta dikelilingi
bukit bukau berbatu pejal dan padang pasir. Alunan iramanya panas kehangatan sesuai
dengan tabaqat suara sederhana. Kini tarannum Hijaz telah mengalami proses
pengubahsuaian oleh para qari Mesir yang disesuaikan dengan suasana persekitaran
Lembah Nil yang subur menghijau dan nyaman. Tarannum Hijaz bergaya lembut dan
menarik, sesuai dengan kelembutan dan keunikan bahasa al-Quran.

Sifat-Sifat Tarannum Hijaz

 Memiliki gerak lembut menyentuh perasaan


 Alunan iramanya lembut mempesona
 Sesuai digandingkan dengan tabaqat sederhana
 Sesuai dialunkan pada ayat-ayat doa, rayuan, peringatan azab dan rintihan.

Peranan Tarannum HIjaz

 Memberi ketenangan pada sesuatu pesembahan


 Mendatangkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
 Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran
 Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalami aspek bacaan

m.s 18
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Tarannum yang sesuai selepasnya

 Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan


Tarannum Nahawand, Rast, Kurdiy dan „Ajam
 Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Sikah, „Ajam dan Husaini

6. TARANNUM ‘IRAQI

Latar Belakang Tarannum ‘Iraqi

Tarannum „Iraqi merupakan sejenis alunan yang popular di kalangan umat Islam
berkuturunan Iraq mengikut „zauq‟ budaya dan cita rasa qari-qarinya yang hampir
menyamai qari-qari Hijaz. Tarannum „Iraqi telah mengalami pengubahsuaian oleh para
qari Mesir dengan mengekalkan identiti asalnya dan telah diterima pakai oleh seluruh
dunia Islam

Sifat-sifat Tarannum ‘Iraqi

 Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan


 Alunan iramanya lembut menusuk jiwa
 Bergaya sederhana dan tenang
 Sesuai dengan tabaqat sederhana
 Sesuai dengan ayat-ayat memohon, bercerita, dialog-dialog dan sebagainya

m.s 19
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum ‘Iraqi

 Dapat meredakan ketegangan persembahan


 Melahirkan ketenangan jiwa
 Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran
 Menonjolkan kemukjizatan al-Quran dari aspek pembacaan
 Menyampaikan mesej-mesej al-Quran dengan berkesan

Tarannum yang sesuai selepasnya

 Jika berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum


Nahawand dan Kurdi
 Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Shoba dan Hijaz

7. TARANNUM NAHAWAND

Latar Belakang Tarannum Nahawand

Nahawand adalah nama suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan, Farsi. Tarannum
Nahawand sangat popular di kalangan para qurra‟ di Nahawand mengikut zauq budaya
tempatan. Kini Tarannum Nahawand telah mengalami proses ubahsuai oleh pakar-pakar
al-Quran Mesir dengan mengekalkan identiti asalnya. Tarannum ini diterima pakai secara
meluas di seluruh dunia Islam

Sifat-sifat Tarannum Nahawand

 Mempunyai gerak ringan, tenang dan berkesan


 Memilki gaya lembut bersopan
 Alunannya sederhana memikat hari
 Sesuai bagi tabaqat suara sederhana
 Sesuai diperagakan pada ayat-ayat memohon, bercerita dan sebagainya

m.s 20
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum Nahawand

 Meredakan ketegangan pada persembahan


 Melahirkan ketenangan jiwa pembaca dan pendengar al-Quran
 Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran
 Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum yang sesuai selepasnya

 Jika berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum


Kurdi dan „Iraqi
 Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum „Ajam
dan Rast

8. TARANNUM RAST

Latar Belakang Tarannum Rast

Tarannum Rast berasal daripada Iran yang telah diubahsuai mengikut „zauq‟ budaya dan
lahjah Hijaz. Kini ia telah diubahsuai pula oleh pakar-pakar tarannum Mesir dengan
mengekalkan identiti asalnya dan diterima pakai di seluruh dunia Islam.

Sifat-Sifat Tarannum Rast

 Memiliki gaya lembut tetapi tegas


 Mempesonakan
 Mempunyai ciri-ciri lincah yang menyemarakkan
 Sesuai dengan mana-mana tabaqat
 Sesuai dengan semua bentuk ayat al-Quran

m.s 21
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum Rast

 Merangsang persembahan
 Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya
 Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar
 Membantu menyampaikan mesej-mesej al-Quran
 Melahirkan kefasihan sebutan kalimah-kalimah al-Quran
 Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

 Sekiranya ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan tarannum


Jaharkah atau Sikah
 Sekiranya kelemahan persembahan ia seauai diwasalkan dengan tarannum
Husainiy.

9. TARANNUM SIKAH

Latar Belakang Tarannum Sikah

Tarannum Sikah berasal daripada Iran yang telah diubahsuai dan diterima pakai oleh qari-
qari daripada Hijaz. Tarannum ini telah dipopularkan oleh para qari di seluruh dunia Islam
mengikut lahjah Arab Hijazi. Kini ia dipopularkan lagi oleh qari-qari Mesir yang dikenali
sebagai Sikah Misri di mana bentuk alunannya lebih lembut dan bersopan.

Sifat-Sifat Tarannum Sikah

 Memiliki gerak lembut meyakinkan


 Gayanya lembut menusuk hati
 Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk sedih, rintihan dan rayuan
 Sesuai dengan mana-mana tabaqat

m.s 22
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum Sikah

 Untuk melembutkan persembahan


 Untuk memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar
 Membawa kepada kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
 Dapat menambah kesenian dan ketartilan
 Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

 Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan


Tarannum Rast atau Jiharkah
 Sekiranya berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Hijaz dan Husainiy

10. TARANNUM JIHARKAH

Latar Belakang Tarannum Jiharkah

Berasal dari Iran dan diterima pakai oleh para qari Hijaz dengan pengubahsuaian
mengikut „zauq‟ budaya mereka. Kini tarannum ini semakin popular di kalangan para qari
Mesir mengikut „zauq‟ budaya mereka yang agak lembut sesuai dengan kelembutan dan
keunikan al-Quran.

Sifat-Sifat Tarannum JIharkah

 Mempunyai gerak ringan yang berkesan


 Iramanya lembut menusuk jiwa
 Alunannya tenang dan harmoni
 Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk sedih, rintihan, rayuan dan doa

m.s 23
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

 Sesuai dengan tabaqat suara sederhana

Peranan Tarannum Jiharkah

 Untuk mengurangkan ketegangan persembahan


 Melembutkan persembahan bacaan
 Melahirkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
 Sesuai digandingkan dengan ayat-ayat benbentuk memohon doa, rintihan, rayuan
dan kesedihan
 Melahirkan kemukjizatan dan keunikan ayat-ayat al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

 Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan


Tarannum Shoba atau Sikah
 Sekiranya berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Rast atau Husainiy

11. TARANNUM ‘AJAM

Latar Belakang Tarannum ‘Ajam

Tarannum „Ajam berasal dari Iran yang diterima pakai oleh qari-qari Hijaz dengan sedikit
ubaisuai mengikut „zauq‟ budaya mereka. Kini Tarannum „Ajam‟ terus dipopularkan lagi
oleh para qari Mesir mengikut budaya mereka tanpa menghakis identiti asalnya.

Sifat-Sifat Tarannum ‘Ajam

 Mempunyai gerak lembut berkesan


 Berunsur ketegasan yang meyakinkan
 Memiliki kehangatan yang menyemarakkan jiwa
 Sesuai dengan tabaqat suara tinggi
 Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk menyoal, perintah, tegahan, amaran dan herdik

m.s 24
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum ‘Ajam

 Untuk menghangatkan persembahan


 Untuk menyemarakkan jiwa pembaca dan pendengar
 Membawa mesej-mesej al-Quran dengan jelas, berkesan dan tepat
 Membawa kefasihan pada ayat-ayat al-Quran
 Dapat melahirkan kemukjizatan al-Qran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

 Tarannum „Ajam sesuai digandingkan dengan mana-mana tarannum seair lagu


dengannya seperti Tarannum Hijaz dan Rukbiy
 Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Hijaz
 Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Rukbiy

KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL-QURAN

Di antara keunikan Tarannum Bil-Quran ialah kepelbagaian kategorinya iaitu:

Kategori Lembut :Jiharkah, „Iraqi, Nahawand dan Shoba

Kategori Sederhana Lembut :Bayyatiy, Husainiy, Sikah, „Usyak dan Syuri

Kategori Keras dan Tegas :‟Ajam, Hijaz dan Kurdiy

PERANAN HARAKAT-HARAKAT DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Satu pertiga harakatnya untuk melendikkan persembahan

Satu pertiga harakatnya untuk menghangatkan persembahan

m.s 25
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Satu pertiga harakatnya untuk menghangatkan lagi persembahan

(semua harakat tersebut mesti dijaga agar tidak berlaku takrir dan tidak bercampur aduk
antara satu tarannum dengan tarannum lain)

TEKNIK PENYUSUNAN TARANNUM BIL QURAN YANG BERKESAN

Tentukan jenis tarannum yang akan dipersembahkan

Sesuaikan tarannum yang dipilih dengan ayat-ayat yang dibaca

Cermat ketika menukar tarannum yang dipilih

Susunan tarannum hendaklah dilakukan dengan cermat, bertambah hangat


dan memiliki ciri-ciri istimewa

TEKNIK-TEKNIK BAGI MEMANTAP DAN MENGHANGATKAN PERSEMBAHAN


TARANNUM BIL-QURAN

Bagi memantapkan dan menghangatkan persembahan tarannum beberapa teknik yang


sesuai diaplikasikan adalah seperti berikut:

Menggunakan suara tinggi, lantang dan tajam

Menggunakan rentak atau jalan tarannum yang menarik dan canggih

Penggunaan Burdah yang menarik.

m.s 26
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Penggunaan Ikhtilal Lahn yang baik

Gabungan Salalim Nuzul dan Salalim Su‟ud yang sesuai.

CIRI-CIRI ISTIMEWA PERSEMBAHAN TARANNUM BIL QURAN

Setiap tarannum yang melebihi empat harakat yang menarik

Setiap persembahan yang melebihi tiga jenis tarannum yang sesuai lagi menarik

Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah Arab

Setiap harakat tarannum diberi penyesuaian dengan maksud ayat yang dibaca

Setiap tarannum yang menggunakan empat tabaqat suara yang sempurna dan
selesa

Setiap harakat mempunyai Burdah yang menarik

Setiap harakat mempunyai Washlah al-Mumasalah

Setiap harakat mempunyai Ikhtilal Lahn

Setiap harakat mempunyai Salalim Nuzul dan Salalim Su‟ud

m.s 27
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

BEBERAPA ISTILAH PENTING DALAM TARANNUM BIL-QURAN

1. Qit’ah

Pengertiannya: Qit‟ah ialah suatu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa
mahattah tertentu

Bentuknya:

 Qit‟ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat


 Qit‟ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat sehingga kepada
mahattahnya yang sempurna

Peranannya:

 Sebagai daya penggerak bagi bacaan


 Menjadi penghidup bacaan
 Membawa kepada penekanan jiwa yang meyakinkan
 Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat yang dibaca
 Memberi keselesaan kepada pembaca al-Quran

2. Mahattah

Pengertiannya: Mahattah ialah suatu bentuk gaya penghujung kepada suatu alunan
tarannum.

Peranannya: Mahattah berperanan untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum.

3. Burdah

Pengertiannya: Burdah ialah bunga-bunga lagu atau renik-renik suara semasa


bertarannum.

Peranannya: Burdah akan melahirkan keindahan dan keunikan seni suara tarannum.

Burdah terbahagi kepada dua jenis iaitu:

 Burdah Asli: getaran/bunga/renik suara semula jadi

m.s 28
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

 Burdah Shuna-„iy: getaran/bunga/renik suara yang digubah dan disusun mengikut


kesesuaian dan keselesaan irama tarannum.

Peranan Burdah ialah:

 Menjadi daya penarik kepada persembahan tarannum


 Sebagai daya penggerak bacaan
 Menjadi penghias bacaan yang berseni
 Menjadi perangsang dan semangat kepada pembaca dan pendengar

4. Wushlah Mumasalah

Pengertiannya: kombinasi atau gandingan dua atau lebih irama tarannum yang berlainan
atau suatu teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam
satu persembahan.

Peranan Wushlah Mumasalah ialah:

 Menambahkan lagi keunikan dan keindahan sesuatu harakat tarannum


 Untuk menghidupkan semula mana-mana harakat yang lemah atau kaku

5. Salalim

Pengertiannya: suatu gaya kawalan suara untuk mengindahkan suatu persembahan


bacaan al-Quran

Salalim terbahagi kepada dua iaitu:

 Salalim Nuzul: iaitu gaya menurunkan tabaqat suara bacaan sedikit demi sedikit
 Salalim Shu‟ud iaitu: gaya menaikkan tabaqat suara bacaan sedikit demi sedikit.

Peranan Salalim ialah:

 Untuk melahirkan keindahan seni tarannum al-Quran

m.s 29
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

 Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan


 Supaya mesej-mesej sesuatu ayat al-Quran dapat disampaikan kepada pendengar
dengan tepat dan berkesan.

6. Ikhtilal Lahn

Pengertiannya: suatu gaya sengaja menyumbangkan suara tanpa mencacatkan bacaan


mengikut irama dan tabaqat tertentu

Peranannya ialah:

 Menjadi daya tarikan pendengar bagi sesuatu persembahan tarannum


 Bagi melahirkan variasi persembahan tarannum
 Untuk melahirkan kesyahduan bacaan al-Quran

7. Tabaqat Suara

Pengertiannya: pemeringkatan suara bacaan yang digubah dan dibawa oleh kehendak
sesuatu persembahan tarannum

Tingkatan Tabaqat:Suara

 Tabaqat rendah : suara dada


 Tabaqat sederhana : suara rongga mulut/tekak
 Tabaqat tinggi : suara rongga hidung (khaisyum)
 Tabaqat tertinggi : suara rongga otak

Peranan Tabaqat Suara:

 Memberi tenaga peningkatan suara kepada sesuatu persembahan bacaan


 Dapat menentukan harakat yang tepat sesuai dengan sesuatu tarannum
 Melahrkan penekanan bacaan yang sesuai dengan sesuatu ayat yang dibaca.

8. Harakat

m.s 30
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Pengertiannya: peningkatan tabaqat suara bacaan badi sesuatu persembahan bacaan al-
Quran

Harakat-harakat suara:

 Qarar : suara dada bagi permulaan persembahan


 Jawab : suara tekak bagi merangsang kehangatan persembahan
 Jawabul Jawab : suara tekak yang paling tinggi dalam sesuatu persembahan

9. Tawasyih

Pengertiannya: alunan irama sesuatu tarannum berbentuk bait-bait sya‟ir Arab dan nasyid-
nasyid.

Peranan Tawasyih:

 Sebagai pembayang sesuatu irama tarannum


 Memudahkan qari dan qari-ah mengingati alunan irama sesuatu tarannum

CIRI-CIRI SUATU PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN YANG SEMPURNA

Sesuatu persembahan tarannum yang sempurna perlu memenuhi kriteria berikut:

 Bacaan yang teliti dan tertib


 Memelihara semua hukum tajwid
 Fasih dalam melafazkan setiap kalimah al-Quran
 Sebutan setiap kalimah berlahjah Arab
 Susunan dan kombinasi tarannum yang sesuai dengan maksud ayat
 Suara lunak, lembut dan lunak
 Suara licin, tidak tersekat-sekat dan serak berpanjangan
 Mengaplikasi teknik-teknik tarannum yang unik dan istimewa

m.s 31
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

TEKNIK MEMELIHARA SUARA SUPAYA SENTIASA BERKUALITI TINGGI

 Elakkan minuman sejuk (ais krim, ABC dll)


 Elakkan makanan berlemak dan berminyak
 Kurangkan pedas
 Elakkan berada di tempat yang panas terik
 Untuk mendapatkan suara yang lantang dan tajam sentiasalah mengeluarkan suara
yang nyaring di dalam air atau semasa hujan lebat, menyelam di dalam air sambil
menjerit sekuat hati
 Banyak minum air masak atau air suam.
 Hindarkan merokok
 Amalkan banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 Elakkan minum air sambil makan kerana akan menjejaskan kestabilan pernafasan
semasa membaca al-Quran

TEKNIK MENJADIKAN NAFAS PANJANG

 Baca ayat-ayat yang panjang secara satu nafas berulang kali


 Amalkan menyelam di dalam air
 Membaca ayat-ayat yang panjang sambil berlari atau berjoging
 Amalkan bersenam
 Elakkan makan sambil minum
 Elakkan makan dan minum terlalu kenyang
 Elakkan tidur selepas makan

m.s 32
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

 Amalkan bersenam dan riadhah

m.s 33
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

CONTOH
MODUL-MODUL TARANNUM
BIL-QURAN

m.s 34
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

MODUL 1

‫بياتي‬

   


     
   
 
  
  
  
   

  
  
 
 

‫نهواند‬

  


  

m.s 35
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

  


 
   
  
   
 
   


‫رست‬

  


   
   
  
  
m.s 36
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

   


  

  
  
    
  


‫بياتي فنوتوف‬

  


  

  
   
   
  
 

m.s 37
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

MODUL2

‫بياتي‬

    


   
     

   
  
   
  
  
  
  
  

‫صبا‬

m.s 38
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

   


  
 
  
   
 
  

   

   
 
   
   

‫سكة‬

  


  
  
   
 

m.s 39
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

   


  

  
  
   
   
   
   


‫بياتي فنوتوف‬

   


 
    
  
  
  
   

m.s 40
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫بياتي‬

  


    
   
 
    

   
 
   
 
   
 
  
   
   

‫حجاز‬

m.s 41
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

   


   

   
     
   
  
    
   
   
  
   
    
     
    
      
   
 
  
   
     
    
    
      
    
    
   

m.s 42
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

   


     
   
  
   
    
     
    
   
    
   
   
    
   
   
  
   


‫بياتي‬

m.s 43
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫رست‬
‫جهركة‬

    


   
 
 
  

   
  
  
  
  
 
  

‫بياتي فنوتوف‬
‫بياتي فنوتوف‬

m.s 44
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫بياتي‬

‫صبا‬

‫رست‬

‫بياتي فنوتوف‬

MODUL 3

‫بياتي‬

‫نهواند‬

‫سكة‬

m.s 45
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫بياتي فنوتوف‬

MODUL 4

‫بياتي‬

‫حجاز‬

‫جهركة‬

‫بياتي فنوتوف‬

MODUL5

m.s 46
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫بياتي‬

‫صبا‬

‫سكة‬

‫بياتي فنوتوف‬

MODUL6

‫بياتي‬

‫نهواند‬

‫حهركة‬

‫بياتي فنوتوف‬

MODUL 7
m.s 47
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫بياتي‬

‫حجاز‬

‫سكة‬

‫حهركة‬

‫بياتي فنوتوف‬

MODUL 8

‫بياتي‬

‫نهواند‬

m.s 48
‫‪Kemahiran Tarannum Bil-Quran‬‬ ‫‪USMAD IPGM PERLIS‬‬

‫رست‬

‫جهركة‬

‫بياتي فنوتوف‬
‫‪MODUL 9‬‬

‫بياتي‬

‫حجاز‬

‫نهواند‬

‫بياتي فنوتوف‬
‫‪MODUL 10‬‬

‫بياتي‬

‫حجاز‬
‫‪m.s 49‬‬
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

‫نهواند‬

‫بياتي فنوتوف‬
MODUL 1

‫بياتي‬

‫حجاز‬

‫نهواند‬

‫بياتي فنوتوف‬

m.s 50

Anda mungkin juga menyukai