Aix3004 Langkah Menangani Jenayah Kanak-Kanak
Aix3004 Langkah Menangani Jenayah Kanak-Kanak
Kanak-kanak sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan
masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupajan jenayah yang
seringkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupun melalui perbualan orang
ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dalam kalangan kanak-
kanak. Oleh itu, gejala ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa
seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan
seharian kanak-kanak. Masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan yang sangat penting
Setelah dbuat kajian dengan teliti, maka sedikit ulasan dapat limalpirkan sebagai
pendekatan untuk membanteras jenayah kanak-kanak ini dari terus berleluasa. Langkah dan usaha
yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik
dan juga rakan-rakan sekeliling. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidik anak-anak
agar tidak terjerumus dalam perkara sosial seperti gejala jenayah. Bak kata pepatah “melentur
buluh biar dari rebungnya” yang merupakan peribahasa yang sinonim dalam kehidupan
masyarakat kita. Namun, ungakapan dan peribahasa ini sering tidak diambil endah oleh
masyarakat kini. Peribahasa ini perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dan menjadi panduan
dalam mengajar dan mendidik kehidupan anak-anak. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya
bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak hanya disebabkan oleh kesibukan bekerja dan
melepaskan tanggungjawab penting ini kepada pembantu rumah atau orang luar. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada ibu bapa mereka
dan terjerumus dalam gejala jenayah. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberi perhatian yang
secukupnya kepada anak-anak supaya mereka merasakan ibu bapa sering menjadi tempat
berlindung dan juga tempat untuk mengadu masalah. Ibu bapa perlu mengambil tindakan ini dari
awal lagi, jangan sampai “nasi dah jadi bubur” baru ibu bapa sedar dan kelam kabut untuk
mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai
pendirian yang tersendiri. Bagi sesiapa yang bergelar ibu bapa kepada anak-anak mereka, mereka
sewajarnya bersikap tegas terhadap anak-anak supaya anak-anak mempunyai tahap disiplin yang
tinggi serta rasa jormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Di samping itu, ibu
bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Pendidikan agama
juga merupakan salah satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang
Di samping itu, penubuhan kelab bersifat anti-jenayah sosial di peringkat sekolah juga
merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan kanak-
kanak yang semakin berleluasa ini. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD) merupakan antara kelab bersifat anti jenayah yang ditubuhkan di sekolah-sekolah.
Kewujudan kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah
malahan menggalakkan kanak-kanak atau pelajar untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang
bersifat mahmudah seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan ikhlas dalam melakukan setiap
pekerjaan. Kelab bersifat anti-jenayah ini dapat didefiniskan sebagai pertubuhan mencegah
sebarang masalah jenayah daripada terus berlaku dan menjadi lebih parah. Keadaan ini bersesuaian
dengan pepatah “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial
yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja didapati semakin berkurangan sejurus
selepas penubuhan kelab-kelab bersifat anti-jenayah sosial ini di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab
yang bersifat anti-jenayah ini seharusnya lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah
di negara ini.
Selain itu, antara usaha yang dapat diambil sebagai langkah mencegah jenayah dalam
kalangan remaja yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah pihak berkuasa perlu
mewujudkan konsep Bandar dan pekan yang selamat. Konsep ini sangat merangkumi suatu skop
yang besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan
konsep Bandar dan pekan yang selamat. Antara langkah bagi mewujudkan konsep Bandar dan
pekan yang selamat adalah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun
Tetangga, polis dan sebagainya dalam usaha bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada
kes-kes yang tidak diingini. Kamera litar tertutup (CCTV) juga boleh dipasang sebagai langkah
berjaga-jaga. Medium ini boleh menjadi bukti sekiranya berlaku apa-apa kes jenayah yang berlaku
di kawasan tersebut. Sekiranya konsep Bandar dan pekan selamat diwujudkan maka aktiviti
jenayah dapat dikurangkan dan dibendung. Sekaligus usaha ini juga efektif bagi mencegah jenayah
secara efektif demi kepentingan ketenteraman awam dan kesejahteraan kanak-kanak yang terlibat
dengan gejala jenayah tersebut. Selain itu semua agensi atau badan organisasi yang berkaitan
dengan keselamatan kanak-kanak, sekolah, mahupun negara seharusnya bekerjasama dengan lebih
erat antara satu sama lain bagi mencegah jenayah kanak-kanak daripada terus berleluasa.
Sekiranya semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah kanak-kanak ini daripada
berleluasa, maka kadar kes penjenayahan kanak-kanak akan berkurangan dan jika usaha ini
Tidak dapat disangkal juga bahawa pendidikan merupakan wahana penting dalam usaha
mencegah masalah jenayah kanak-kanak yang berlaku di negara kita ini. Selain langkah yang
drastik, kerajaan turut menggunakan pendekatan psikologi sebagai alternatif dalam mengurangkan
masalah jenayah, khasnya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Walaupun pendorong kepada
peningkatan jenayah kebanyakannya adalah golongan dewasa namun golongan remaja dan kanak-
kanak juga perlu disuntik dan ditanam dengan ajaran moral dan pegangan agama yang utuh untuk
memastikan agar mereka tidak cenderung ke arah melakukan jenayah. Penerapan nilai-nilai murni
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah akan dapat
mendedahkan pelajar tentang norma hidup masyarakat yang berlandaskan kasih sayang dan
perpaduan. Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyemai nilai murni dan ajaran agama yang
kukuh dalam jiwa pelajar agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam masalah jenayah.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak tahun 2004 oleh pihak
kerajaan yang bertujuan melahirkan modal insan yang berintegriti juga merupakan salah satu
langkah yang efisien dalam memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan generasi
muda. Dengan adanya pendekatan psikologi ini, pelajar akan meletakkan perpaduan dan keamanan
negara sebagai keutamaan. Hal ini penting dalam mengurangkan masalah jenayah dalam kalangan
masyarakat kita pada hari ini dan pada masa akan datang.
RUJUKAN
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130627/re_02/Formula-menangani-jenayah-
dengan-lebih-berkesan
https://www.eseipa.com/2014/11/esei-pengajian-am-jenayah.html
https://www.academia.edu/8637569/Kegiatan_Jenayah_dalam_Kalangan_Remaja
https://www.scribd.com/doc/33656839/JENAYAH-KANAK-KANAK
http://www.jkm.gov.my/