Anda di halaman 1dari 5

CARA MENULIS KARANGAN PENGAJIAN AM.

PENGENALAN.
- Karangan merupakan nadi dalam pemarkahan pengajian Am dari semester 1- 3.
- Penulisan karangan yang baik dan memperolehi markah yang baik akan memberi
impak yang besar dalam penentuan gred dalam subjek ini.
- Ada 3 sahaja cara penulisan esei dalam pengajian am iaitu 5 + 0 , 2+3 / 3+2 dan
1+ 4.

ANALISIS SOALAN.
- Anda boleh menggunakan kaedah WH Question.
- 3 soalan yang kerap kali digunakan ialah why , how dan what.

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara


ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

- Berdasarkan contoh diatas ada 2 perkara yang perlu diperhatikan dalam soalan
tersebut.
i) Kata Kunci Soalan.
ii) Isu yang diutarakan
iii) Kehendak soalan.
iv) penanda wacana ( bergantung situasi )
- Daripada 4 aspek ini, kita akan menilai dan menganalisis kehendak soalan ini
supaya dapat memenuhi kehendak yang sewajarnya.

i) KATA KUNCI SOALAN.


- Kata Kunci soalan merupakan langkah utama yang perlu diperhati oleh seseorang
pelajar.
- Kesilapan menganalisis kata kunci soalan secara tidak langsung akan menjadikan
markah anda tidak akan dapat markah yang memuaskan atau mungkin terpesong
daripada soalan sebenar ( 0 Markah ).

1
- Daripada contoh diatas didapati kata kunci soalan iaitu Huraikan berada di
belakang. Hal ini bermaksud soalan ini menghendaki pelajar menganalisis
keseluruhan penyataan tersebut. Namun, hal ini akan bertukar seandainya kata
kunci soalan itu berada di tengah atau di hadapan. Apabila berlaku demikian, pelajar
cuma perlu menganalisis penyataan selepas kata kunci. Misalnya,

“Banyak Faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara


ini. Huraikanlangkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala ini” .

ii) ISU YANG DIUTARAKAN.


- Para pelajar juga perlu mengetahui isu yang diutarakan.
- Isu ini biasanya diperolehi selepas kehendak soalan.
- Isu juga boleh dipastikan sekiranya perkataan atau penyataan itu diulang-ulang.
- Misalnya dalam contoh tadi,

“Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara


ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.”

iii) KEHENDAK SOALAN.


- Kehendak soalan merupakan jawapan yang diinginkan oleh pemeriksa daripada
pelajar.
- Kehendak soalan ini berfokus hanya pada 4 benda utama iaitu,
i) Kebaikan / Manfaat
ii) Keburukan / masalah
iii) Langkah / cara
iv) Faktor / sebab / punca
- Keempat-empat contoh di atas hanya memerlukan jawapan berbentuk umum tanpa
memerlukan fakta khusus.
- Umum – selagi jawapan itu relevan untuk dinilai masih boleh diguna pakai.
- Fakta Khusus- perlu sama seperti dalam buku ataupun ada penambahan beberapa
perkataan tertentu dalam penulisan isi.
- Ada juga beberapa jawapan yang memerlukan fakta atau ayat tertentu misalnya;

2
a) Perkataan risiko – dalam penulisan esei perlu menulis.
Contoh;
“Antara keburukan keldai dadah ialah mencemarkan imej negara sekiranya perkara
tersebut berlaku.”
b) Jawapan sememangnya berfakta,
misalnya;
“Antara cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan sebuah negara yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju.

iv) PENANDA WACANA.


- Kaedah keempat merupakan kaedah yang jarang diperhatikan oleh pelajar.
- Kaedah ini adalah dengan 2 cara iaitu ;
a) melihat penanda wacana pada ayat seterusnya
b) melihat kepanjangan sesuatu ayat.

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara


ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

Daripada 2 cara analisis ini, kamu akan lebih mengetahui sama ada karangan itu
menunjukkan 1+4 , 5+0 mahupun 2+3/3+2.

- Daripada contoh di atas, lihat perkataan yang “diHighlightkan”.


- Perkataan itu merupakan penanda wacana yang membawa
maksud BERTENTANGAN dengan ayat sebelumnya.
- Hal ini menunjukkan bahawa keseluruhan ayat tersebut telah menjelaskan bahawa
dalam penulisan isi mahupun esei adalah mustahil jawapan tersebut ialah 5+0 dan
1+4 ( melainkan sebab-sebab tertentu).
-

3
FAKTA-FAKTA GEMPAK / CLICHE
- Hadapi masalah mengetahui beberapa isi yang sesuai digunakan.
- Berikut merupakan senarai fakta umum yang boleh digunakan mengikut kehendak
soalannya. (selebihnya cuba lengkapkan…)

Bil Kebaikan / Manfaat Keburukan


1) Meningkatkan imej negara Penularan wabak penyakit
2) Menambah pendapatan negara Menjejaskan ekonomi negara
3)
4)
5)

Bil Usaha / Langkah / Cara Punca / Sebab


1 Memperkasa dan
menguatkuasakan undang-undang
2 Mewujudkan kesedaran dalam
masyarakat
3 Mengadakan kerjasama
antarabangsa.
4 Mengadakan rundingan di
peringkat (antarabangsa,
tempatan , serantau )
5 Membawa masuk ( teknologi
terkini /kepakaran asing )

CARA KEMBANGKAN ISI


- Pengembangan sesuatu ayat boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah WH
Question.
- WH Question yang selalu digunakan dalam pengembangan ayat dalam penulisan
esei ialah siapa (who) , apa (what) dan bagaimana (how).
- Hal ini tidak semestinya WH Question yang lain tidak diperlukan tetapi dalam
penulisan karangan Pengajian Am, WH Q yang lain jarang digunakan .
4
- Contohnya;
“Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala mencuri di negara ini
ialah menguatkuasakan dan memperkasakan undang-undang. (apa itu undang
2? ) Undang-undang merupakan satu bentuk peraturan yang mesti dipatuhi oleh
sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara misalnya. (Bagaimana undang-undang
mengatasi) Melalui undang-undang yang sedia ada, penjenayah boleh dikenakan
hukuman yang berat jika disabitkan kesalahan misalnya dihukum penjara. (siapa
yang akan melaksanakannya) Pihak yang diberi kuasa akan menghukum pesalah
tersebut. (apakah kesan ) Hal ini akan menberi pengajaran kepada pesalah dan
masyarakat setempat untuk tidak melakukan jenayah mencuri tersebut kerana
tindakan undang-undang yang tegas. (81 Patah Perkataan )

KESIMPULAN + PENDAHULUAN
- Pendahuluan Esei Pengajian am tidak perlu terlalu panjang.
- Jika tiada idea terus sahaja tulis balik penyata soalan tersebut sebagai pendahuluan.
- Begitu juga dengan kesimpulan, cukup satu atau dua baris sahaja sudah memadai
kerana yang paling utama ialah isi dan pendahuluan serta kesimpulan buat syarat
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai