Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 DEFINISI DAN KONSEP NEGARA MAJU
Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), negara
maju boleh dilihat melalui pengukuran tahap kemajuan sesebuah negara yang
merangkumi aspek ekonomi, infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar. Negara
maju juga mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik dan mampu mengeluarkan
pelbagai jenis produk di dalam bidang industri sama ada industri pembuatan atau
pengeluaran. Antara petunjuk sebuah negara maju ialah menggunakan sumber alam
sepenuhnya. Negara-negara maju mempunyai kemajuan teknologi yang mampu
mencipta satu teknologi baru untuk kegunaan manusia dan keupayaan modal yang
tinggi akan membolehkan masyarakat di negara itu memanfaatkan sumber alam
secara optimum tanpa ada pembaziran dan digunakan sebaiknya serta
memanfaatkan sumber daya alam yang telah ada sebagai tenaga alternatif untuk
mengurangkan kebergantungan terhadap sumber sedia, misalnya pemanfaatan
tenaga air atau matahari untuk menggantikan tenaga fosil.

1.2 DEFINISI DAN KONSEP NEGARA MEMBANGUN


Negara membangun juga mempunyai beberapa ciri-ciri tersendiri antaranya
mempunyai pendapatan per kapita yang rendah di kalangan penduduknya,
bergantung pada sumber pertanian sahaja sebagai salah satu sumber ekonomi
negara, mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi, mempunyai penduduk yang pesat
dan sebagainya. Seterusnya, negara membangun juga dikatakan sebuah negara
dunia ketiga atau negara yang baru sahaja merdeka dan berusaha untuk
meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara tersebut. Oleh itu,
semua negara mempunyai usaha untuk mencapai ke arah negara maju dan
perlunya pertumbuhan ekonomi yang baik untuk meningkatkan pendapatan negara
bagi menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana, kesihatan dan pendidikan
yang baik untuk warganegara tersebut.

1.3 DEFINISI DAN KONSEP NEGARA MUNDUR


Sebuah negara mundur ialah badan politik yang telah rapuh ke tahap di mana
keadaan dan tanggungjawab asas pemerintahan yang berdaulat tidak lagi berfungsi
dengan baik. Negara-negara yang dikategorikan paling mundur ini dikelaskan
berdasarkan kepada indeks yang dibangunkan yang mengkaji dan memantau
pembangunan sosioekonomi sesebuah tertentu dengan mengambil kira 3 kriteria
utama iaitu kemiskinan, faktor kemanusiaan dan juga faktor ekonomi. Sebuah
negara juga boleh gagal jika kerajaan kehilangan keabsahannya, walaupun dapat
menjalankan fungsinya dengan baik. Untuk menjamin negara yang stabil,
pemerintahan perlu menikmati kedua-dua keberkesanan dan keabsahan. Begitu
juga, apabila sesebuah negara menjadi lemah dan taraf hidupnya merosot, ia
memperkenalkan kemungkinan keruntuhan kerajaan menyeluruh. Walaupun
kemajuan teknologi mampu membawa tamadun manusia ke satu tahap yang lebih
tinggi, tidak dapat kita nafikan ada kumpulan-kumpulan yang akan tercicir daripada
perkembangan tersebut.
2.0 PENGENALAN
2.1 NEGARA KOREA
Korea adalah satu negara yang terletak di kawasan Asia Timur. Terletak di kawasan Asia
Timur yang strategis tidak berarti Korea memiliki tingkat perekonomian yang maju
seperti saat ini. Pada saat sebelum Merdeka, Korea belum memiliki struktur ekonomi
sendiri, pada saat itu sistem ekonomi Korea masih menjadi bahagian dari struktur
Jepang. Pada masa awal kemerdekaannya Korea Selatan memiliki struktur industri yang
sangat terpuruk. Walaupun Korea Selatan sudah Merdeka dari Jepang tidak membuat
ekonomi Korea Selatan semakin membaik, justeru membuat perekonomian Korea Utara
semakin memburuk.

2.2 NEGARA BANGLADESH


Negara Bangladesh terletak di Selatan Asia yang sempadan dengan negara India di
sebelah barat, utara dan timur dan negara Myanmar di bahagian tenggaranya.
Bangladesh berleluasan 143,998 kilometer persegi yang hanya merangkumi 0.028%
daripada keluasan bumi. Dhaka merupakan ibu negara Bangladesh dan merupakan
bandar terbesar di Bangladesh. Negara yang beriklim monsoon tropika berhaba ini
mengalami cuaca panas dan kering. Pada bulan Oktober hingga Jun, Bangladesh akan
mengalami hujan lebat dan lembab yang melampau pada musim tengkujuh serta sejuk
yang dingin mengikut bulan-bulan tertentu sepanjang tahun. Bencana alam seperti
banjir, siklon dan ribut juga sering terjadi di negara ini. Siklon lazimnya terjadi secara
berkala pada bulan April dan Mei. Jumlah penduduk negara Bangladesh dikatakan yang
ketujuh terbesar di dunia dan merupakan salah satu negara yang padat dengan
penduduk. Penduduk Bangladesh pada tahun 2013 menurut laman web The World
Bank ialah sebanyak 156.6 juta (The World Bank, 2014). Sebahagian besar daripada
penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. Agama rasmi bagi negara Bangladesh
ialah Islam Dimana lebih daripada separuh penduduknya beragama Islam dan
selebihnya beragama Hindu. Bahasa yang lazimnya digunakan oleh penduduk negara
Bangladesh ialah Bengali, manakala bahasa lain yang turut dituturkan ialah bahasa
Inggeris. Mata wang Bangladesh ialah Taka.
3.0 ISU DAN CABARAN NEGARA KOREA DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA
3.1 KOREA SELATAN SUKAR TAMBAH POPULASI
Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk sesebuah
negara memastikan populasi yang stabil, kesuburan optimum setiap wanita perlu berada
pada kadar 2.1 kanak-kanak. Bagaimanapun, jumlah kelahiran di Korea Selatan tidak
sampai separuh daripada kadar yag disyorkan. Keadaan ini memberi cabaran kepada
Korea Selatan, Negara ini turut berdepan kekurangan tenaga kerja yang semakin serius
untuk menyokong sistem pencen dan populasi yang semakin tua.

Menurut stesen penyiaran CNN, Presiden Yoon Suk-Yeol memberitahu pada September
2022 bahawa sepanjang 16 tahun lalu, Korea Selatan membelanjakan sebanyak lebih
AS$200 bilion (RM873.5 bilion) dalam usaha untuk meningkatkan populasinya.

3.2 PERUBAHAN HARGA DI NEGARA JIRAN


Negara Korea, sebagai sebuah negara yang bergantung tinggi pada perdagangan
antarabangsa, menghadapi cabaran yang besar terutamanya berkaitan dengan
perubahan harga di negara jiran, seperti Cina dan Jepun. Eksport yang menyumbang
sebanyak 50% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Korea membuat kadar
pertukaran mata wang menjadi elemen kritikal dalam perspektif ekonomi negara
tersebut.
Korea sangat bergantung pada perdagangan dengan Cina dan Jepun, yang merupakan
dua rakan perniagaan utama. Sebarang penurunan dalam nilai mata wang Yuan atau
Yen dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap Korea. Keadaan ini
mempengaruhi harga barang dan perkhidmatan yang diimport, yang akan menurunkan
harga di pasaran domestik. Di sisi lain, eksport Korea akan menghadapi kenaikan harga,
membuka peluang kepada pesaing di negara jiran untuk mendapatkan kelebihan
sebagai pengeluar serantau.
Cina dan Jepun, selain menjadi rakan perniagaan, juga merupakan pesaing utama
dalam pasaran global. Sebarang kenaikan dalam nilai mata wang Cina dan Jepun dapat
menghasilkan persaingan harga yang ketara bagi Korea. Produk yang lebih murah dari
Cina dan Jepun mungkin menarik lebih banyak pembeli di pasaran antarabangsa,
memberikan cabaran tambahan kepada industri Korea.
Kesannya, Korea perlu cermat dalam merangka strategi ekonomi yang dapat mengatasi
ketidakstabilan dalam kadar pertukaran mata wang. Upaya untuk meningkatkan daya
saing dalam pasaran global, sekaligus menjaga stabilitas harga dalam negeri, menjadi
aspek penting dalam menghadapi dinamika kompleks perdagangan antarabangsa.
Selain itu, kerjasama dengan negara jiran dan pembangunan hubungan yang kukuh
menjadi faktor kunci dalam menjaga keseimbangan ekonomi di rantau ini.
Dalam situasi yang berubah dengan cepat, kemampuan Korea untuk beradaptasi
dengan perubahan dalam perdagangan antarabangsa dan nilai mata wang akan
menjadi penentu utama kejayaan ekonominya dalam jangka panjang.

3.3 KADAR PENGANGGURAN SEMAKIN MENINGKAT


Kadar pengangguran di negara Korea telah mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu
sebanyak 57.9 ribu orang daripada 2015 kepada 508.2 ribu orang pada tahun 2019.
Kadar pengangguran di Korea Selatan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih
dua dekad, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi yang
dipacu eksport adalah sukar. Kadar pengangguran meningkat kepada 5.4 peratus pada
Januari berbanding 4.5 peratus pada bulan sebelumnya untuk mencapai paras tertinggi
sejak krisis kewangan Asia. Perangkaan itu melebihi semua unjuran kaji selidik apabila
ekonominya menyaksikan kehilangan sejuta pekerjaan berbanding setahun lalu,
menjadikannya situasi terburuk sejak 1998. Kemerosotan mendadak dalam pasaran
tenaga kerja itu berbeza dengan pandangan bahawa prestasi ekonomi Korea Selatan
adalah antara yang terbaik dalam kalangan negara maju tahun lalu. Ia memberi
bayangan bahawa kerajaan perlu melakukan lebih banyak tindakan bagi menyokong
pasaran pekerjaan.
4.0 ISU DAN CABARAN NEGARA BANGLADESH DALAM PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

4.1 MASALAH GELANDANGAN SEMAKIN BERTAMBAH


Gelandangan dianggap sebagai ‘bukan warganegara’ atau tidak diundang dan tidak
berpeluang untuk merasai sebarang hak rakyat di negara tersebut. Mereka tidak
berpeluang untuk menikmati kemudahan sedia ada untuk menjamin kehidupan yang
kebih baik dan sempurna. Antara faktor berlakunya gelandangan adalah bagi mencari
peluang pekerjaan di bandar-bandar dan turut didorong oleh pelbagai faktor lain seperti
penderaan, penceraian, muflis dan penyalahgunaan barang.

4.2 ASAS EKSPORT YANG TERHAD


Negara Bangladesh menghadapi cabaran besar dalam sektor eksportnya disebabkan
oleh kekurangan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk proses pengeluaran.
Tanah air ini bergantung kepada import bahan mentah dari luar negara untuk memenuhi
keperluan industri pengeluaran. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan kos
pengeluaran, tetapi juga menyebabkan produk tempatan menjadi lebih mahal bagi
pengguna.
Ketidakstabilan bekalan bahan mentah tempatan menyebabkan ketidakstabilan dalam
industri pengeluaran Bangladesh. Sektor ini menjadi tidak kompetitif kerana terpaksa
bergantung kepada import dari luar negara. Malah, kebergantungan ini turut
menyebabkan ketidakpastian dalam proses pengeluaran, memperparahkan lagi
keadaan ekonomi negara.
Dalam jangka panjang, pihak berkuasa di Bangladesh perlu memikirkan strategi untuk
meningkatkan bekalan bahan mentah tempatan bagi mengurangkan kebergantungan
terhadap import. Langkah-langkah seperti pembangunan industri pertanian untuk
pengeluaran tanaman industri atau penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan
alternatif tempatan perlu diberi penekanan.
Selain itu, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan
kecekapan proses pengeluaran juga penting bagi mengurangkan kos pengeluaran.
Dengan meningkatkan produktiviti dan kecekapan, industri pengeluaran di Bangladesh
dapat menjadi lebih kompetitif di pasaran antarabangsa, menjadikan produk mereka
lebih berdaya saing dan terjangkau bagi pengguna tempatan.
Dalam kesimpulannya, kebergantungan Bangladesh terhadap import bahan mentah
menyebabkan masalah ekonomi yang serius. Langkah-langkah strategik perlu diambil
untuk meningkatkan bekalan bahan mentah tempatan dan meningkatkan kecekapan
proses pengeluaran bagi memastikan kesinambungan dan pertumbuhan industri
pengeluaran negara ini.

4.3 RASUAH DAN KORUPSI


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rasuah atau dalam bahasa Inggerisnya bribery
bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), memberi rasuah
(Dewan Bahasa dan Pusaka, 2014). Korupsi pula bermaksud amalan atau perbuatan
yang salah atau tidak amanah seperti pecah amanah, menerima rasuah. Bangladesh
berada ditangga yang ke-136 daripada sejumlah 174 buah negara yang telah diindeks
untuk persepsi korupsi bagi tahun 2013. Ini menunjukkan bahawa negara Bangladesh
merupakan negara yang mempunyai kadar rasuah yang agak tinggi. Penduduk
Bangladesh tanpa mengira kedudukan dan harta terlibat dengan rasuah dalam
kehidupan seharian mereka. Mereka merasuah polis, pegawai pendaftaran tanah untuk
memastikan urusan mereka dapat diambil tindakan dan selesai dengan cepat. Lebih
banyak rasuah yang diberi, lebih cepat urusan tersebut selesai.
5.0 CADANGAN MENGHADAPI ISU DAN CABARAN NEGARA KOREA DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
5.1 MENANGANI MASALAH POPULASI DI KOREA SELATAN
Untuk menangani masyarakat menua, melancarkan pasukan perancang dengan
matlamat untuk mengukuhkan hubungan antara Kementerian mengenai dasar
penduduk berikutan kadar kelahiran yang sangat rendah. Langkah itu di ambil Ketika
kadar kesuburan di Korea Selatan, dengan purata bilangan anak yang dilahirkan
sepanjang hayat seorang Wanita mencecah rekod terendah sebanyak 0.78 pada 2022,
jauh lebih rendah berbanding tahap penggantian 2.1 yang akan mengekalkan populasi
korea Selatan stabil pada 5.1 juta.

Bagi mengatasi kadar kelahiran rendah, penting untuk memahami persaingan hebat
yang dihadapai oleh generasi muda. Pemerintah perlulah mengurangkan motivasi untuk
mereka berhijrah ke seoul. Kita tidak seharusnya focus kepada institusi, namun ia perlu
merangkumi tahap kerajaan.

5.2 DIVERSIFIKASIKAN PASARAN EKSPORT


Untuk mengatasi cabaran ketidakstabilan ekonomi yang mungkin timbul akibat fluktuasi
nilai mata wang, Korea perlu mengambil tindakan yang lebih aktif dalam melaksanakan
strategi diversifikasi pasaran eksport. Ketergantungan yang tinggi kepada Cina dan
Jepun sebagai pasaran utama meningkatkan risiko Korea terhadap perubahan
mendadak dalam nilai mata wang Yuan atau Yen. Oleh itu, dengan mengembangkan
kepelbagaian pasaran ke pelbagai kawasan di seluruh dunia, Korea dapat
mengurangkan risiko ketidakstabilan ekonomi dan meningkatkan daya tahan terhadap
perubahan dalam mata wang yang mungkin terjadi.
Langkah ini tidak hanya membantu Korea untuk mencari pasaran baru dan memperluas
pangsa eksport, tetapi juga mengurangkan ketergantungan terhadap pasaran tertentu
yang mungkin terdedah kepada risiko mata wang yang tinggi. Dengan memperluas
kehadiran pasaran eksport ke kawasan-kawasan lain, Korea dapat menyeimbangkan
eksportnya dan meningkatkan fleksibilitas dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi
global. Selain itu, diversifikasi pasaran juga membolehkan Korea untuk memanfaatkan
peluang pertumbuhan di kawasan-kawasan baru, memperluas jaringan perdagangan,
dan meningkatkan daya saingnya di pasaran antarabangsa.
Oleh itu, langkah diversifikasi pasaran eksport adalah penting bagi Korea untuk
mengurangkan risiko ekonomi dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan
dalam jangka panjang. Melalui usaha berterusan dalam mengembangkan dan
memperluas pasaran eksportnya, Korea dapat meningkatkan ketahanan ekonomi dan
mengurangkan ketergantungan terhadap pasaran tertentu, menjadikan negara ini lebih
kukuh dalam menghadapi dinamika ekonomi global yang berubah-ubah.

5.3 BANTUAN KEWANGAN DALAM PROJEK PEMBANGUNAN NEGARA


Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu
memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan
kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek
pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan
dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang
berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan
dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh menambahkan lebih banyak
aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan
tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan
pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
6.0 CADANGAN MENGHADAPI ISU DAN CABARAN NEGARA BANGLADESH DALAM
PERNIAGAN ANTARABANGSA
6.1 TAWARAN PELUANG PEKERJAAN YANG SESUAI
Pihak yang bertanggungjawab perlulah menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai
kepada golongan ini. Sebahagian besar golongan ini tidak memiliki kelulusan,
kemahiran yang tinggi. Kerajaan juga boleh menghadkan pengambilan pekerja asing
untuk mengisi kekosongan dalam sektor buruh kasar. Sesuai dengan kelulusan
golongan yang ada, golongan ini berupaya untuk mengisi kekosongan yang ada yang
seterusnya membaiki taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Tindakan yang
berterusan ini berupaya menyelesaikan masalah kewujudan golongan yang tidak
berumah di negara ini.

6.2 PEMBANGUNAN INDUSTRI DOMESTIK


Mendorong pembangunan industri dalam negara merupakan langkah penting bagi
Bangladesh untuk meningkatkan pengeluaran bahan mentah secara domestik. Ini
melibatkan beberapa langkah strategik termasuk mengenal pasti jenis bahan mentah
yang boleh dihasilkan secara tempatan dan meningkatkan pelaburan dalam
pembangunan sumber daya alam seperti tanah dan mineral.
Selain itu, inisiatif ini juga termasuk pembangunan kilang dan infrastruktur produksi yang
diperlukan, serta pelaksanaan polisi yang memberikan sokongan kepada pertumbuhan
sektor industri. Pentingnya pendidikan dan latihan tenaga kerja tidak boleh diabaikan,
kerana ini akan memastikan ketersediaan keahlian yang sesuai dengan keperluan
industri.
Melalui langkah-langkah ini, Bangladesh berharap untuk mengurangkan ketergantungan
pada import bahan mentah, meningkatkan produksi dalam negara, dan memperkuat
pangkalan industri tempatan untuk mencapai kelestarian ekonomi yang lebih baik pada
masa akan datang. Dengan demikian, pembangunan industri dalam negara akan
memberikan dorongan positif kepada pertumbuhan ekonomi Bangladesh secara
keseluruhan.

6.3 KAWALAN UNDANG-UNDANG


Amalan rasuah dapat dibanteras dengan pelaksanaan undang-undang dan hukuman
yang tegas. Umum mengetahui kita mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan
Hak Asasi Manusia (ACRC). Tanggungjawab utama ACRC adalah merangka polisi
berkaitan pencegahan rasuah, melaksanakan inisiatif pencegahan dan aktiviti
kesedaran awam. Ia juga sebagai penguatkuasa yang memantau dan bertindak ke atas
salah laku yang melibatkan rasuah. Namun, keterbatasan jumlah pegawai dan sumber
untuk mereka menguatkuasakan undang-undang adalah terhad maka kita sebagai
orang awam juga bertanggungjawab menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa. Selain
itu, Badan Kehakiman Negara juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan
rasuah dilaksanakan dengan pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk
memutar-belitkan kenyataan dan mengubah salah laku mereka. Jika pelaku rasuah
dibicarakan dengan pantas dan dihukum untuk menjalani hukuman penjara tanpa
sebarang prejudis, nescaya ramai yang akan menjauhi amalan buruk ini. Persis kata
peribahasa, menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jelas bahawa dengan
melaksanakan undang-undang dan hukuman yang tegas, amalan rasuah dapat
dibanteras secara menyeluruh.
7.0 PENUTUP
Dalam menghadapi isu dan cabaran dalam perniagaan antarabangsa, kedua-dua
negara Korea dan Bangladesh perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan
kestabilan ekonomi dan mengatasi masalah yang dihadapi. Dalam Korea, cadangan
diversifikasi pasaran eksport dapat membantu mengurangkan risiko ketidakstabilan ekonomi
akibat perubahan nilai mata wang. Sementara itu, Bangladesh dapat mempertimbangkan
langkah-langkah seperti menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai untuk mengatasi
masalah gelandangan, dan membangunkan industri domestik untuk mengurangkan
ketergantungan pada import bahan mentah. Dengan pelaksanaan cadangan ini, kedua-dua
negara berpotensi mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan meningkatkan daya
tahan terhadap cabaran global.
Korea telah lama menjadi model kejayaan dalam pembangunan ekonomi, dengan
transformasinya dari sebuah negara yang bergantung pada pertanian menjadi kuasa ekonomi
yang maju secara teknologi. Bagaimanapun, Korea juga menghadapi cabaran yang serius,
terutamanya dalam konteks pasaran eksportnya yang sensitif terhadap perubahan nilai mata
wang. Untuk mengurangkan risiko ini, Korea perlu mengambil pendekatan yang lebih
bersepadu dan berfokus pada diversifikasi pasaran eksport. Ini termasuk memperluas
pangkalan industri, mencari peluang baru dalam sektor yang berkembang pesat seperti
teknologi maklumat dan komunikasi, serta memperkuat hubungan perdagangan dengan
pasaran yang stabil dari segi nilai mata wang. Dengan cara ini, Korea dapat meningkatkan
kestabilan ekonomi dalam jangka panjang dan mengurangkan kesan ketidakstabilan ekonomi
global terhadap pertumbuhan negaranya.
Di sisi lain, Bangladesh menghadapi cabaran yang unik dalam usahanya untuk mencapai
pertumbuhan ekonomi yang mapan. Satu cabaran utama adalah masalah gelandangan yang
melanda negara ini, terutamanya dalam bandar-bandar besar seperti Dhaka. Untuk mengatasi
masalah ini, Bangladesh perlu memperluas peluang pekerjaan dalam sektor-sektor yang
berkembang seperti perkhidmatan, teknologi, dan pembuatan, serta menyediakan latihan
vokasional yang sesuai bagi golongan muda agar mereka dapat menyertai tenaga kerja dengan
kemahiran yang diperlukan. Selain itu, membangunkan industri domestik adalah penting untuk
mengurangkan ketergantungan negara ini pada import bahan mentah. Dengan memperkuat
sektor industri domestik, Bangladesh dapat mencipta lapangan pekerjaan tempatan,
meningkatkan pengeluaran dalam negeri, dan memperbaiki aliran tunai dalam ekonomi.

Dalam konteks cabaran global seperti perubahan iklim, ketidakstabilan politik, dan kejatuhan
pasaran kewangan global, kedua-dua Korea dan Bangladesh perlu bersedia dan proaktif dalam
menghadapi risiko-risiko ini. Ini bermakna mengembangkan strategi ketahanan ekonomi yang
lebih holistik, yang melibatkan pelbagai sektor dan pemangku kepentingan. Ini termasuk
menguatkan sistem kewangan negara, meningkatkan kepakaran dalam teknologi hijau, dan
memperkuat institusi-institusi untuk mengurus krisis ekonomi. Selain itu, kerjasama
antarabangsa juga penting, baik melalui pertukaran pengetahuan dan kepakaran, atau melalui
pembentukan aliansi untuk memperjuangkan kepentingan bersama dalam perundingan
perdagangan dan perubahan iklim.
Secara keseluruhan, langkah-langkah proaktif seperti diversifikasi pasaran eksport,
pembangunan industri domestik, dan pembangunan keupayaan ketahanan ekonomi adalah
penting bagi kedua-dua Korea dan Bangladesh untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang
mapan dan meningkatkan daya tahan terhadap cabaran global. Dengan pelaksanaan langkah-
langkah ini, kedua-dua negara berpotensi membentuk landskap ekonomi yang lebih stabil dan
memberi peluang kepada rakyat mereka untuk mencapai kemakmuran yang berkekalan.
8.0 RUJUKAN

Apis, Konsep Negara Maju & Negara Membangun, 11 September 2018, Kamar Ilmu
http://kerismas007.blogspot.com/2018/09/konsep-negara-maju-negara-membangun.html

Nnhnorhayati, Bangladesh Dan Isu-isu, 17 Januari 2022, SCRIBD


https://www.scribd.com/doc/258986113/Bangladesh-Dan-Isu-Isu

Bloomberg, Sejuta Orang Hilang Kerja Di Korea Selatan, 10 Februari 2021, BH Online
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/02/784842/sejuta-orang-hilang-kerja-di-
korea-selatan

Anda mungkin juga menyukai