Anda di halaman 1dari 54

FIQH MUNAKAHAT

HIS3033

KUMPULAN A

TAJUK TUGASAN:

IDDAH DAN IHDAD MENURUT PANDANGAN ISLAM ENAKMEN

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

NAMA NO MATRIK

MOHD IBRAHIM BIN MOHD SOLEH D20171078972

MUHAMMAD IZZUDIN BIN TOMPANG D20171078938

MOHD ASHRAF BIN IZAHAR D20161075080

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. MOHD NOOR BIN DAUD


2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-5

IDDAH

2.0 DEFINISI IDDAH 6-8

2.1 DALIL PENSYARIATAN IDDAH 8-11

2.2 HIKMAH IDDAH 11-15

2.3 JENIS DAN TEMPOH IDDAH 15-21

2.4 HAK KEWAJIPAN ISTERI 21-23

2.5 BATASAN HUKUM DALAM TEMPOH IDDAH 24-30

IHDAD

3.0 DEFINISI IHDAD 31-32

3.1 DALIL PENSYARIATAN IHDAD 33-38

3.2 HIKMAH PENSYARIATAN IHDAD 39-43

4.0 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 44-45

4.1 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 46-47

4.3 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 48-49

(WILAYAH PERSEKUTUAN)

5.0 PENUTUP 50-51

RUJUKAN 52-54
3

1.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang satu-satunya diredhai oleh Allah SWT. Ajaran Islam

sememangnya sentiasa selari dengan perkembangan zaman dan ilmu pengetahuan serta

sentiasa sesuai dengan keadaan sepanjang masa1. Ia juga sebagai satu cara hidup yang lengkap

dan tersusun secara terperinci berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan

manusia di dunia dan di akhirat kelak. Hal ini meliputi segala aspek sebagai contoh hal-hal

yang berkaitan dengan perkahwinan, cerai, iddah dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang

wajib dipatuhi oleh umat Islam khususnya sebagai tanda ketaatan kepada Allah Yang Maha

Esa.Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan

serta tumpuan yang lebih seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan pembahagian

harta sepencarian.

Oleh yang demikian, inisiatif diambil bagi mengumpul sebanyak data yang mungkin di

dalam tugasan ini bagi membincangkan dengan lebih terperinci mengenai iddah, ihdad dan

lain-lain yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh seorang isteri yang diceraikan ialah

tempoh `iddah yang wajib ditempuhi oleh mereka. Dalam perkara ini, `iddah turut tidak

terkecuali bagi wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib

menempuh tempoh `iddah tertentu dan berkabung atas kematian tersebut.

Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh

`iddah sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan yang

1
Muslim Djuned (2009),” Amar Ma’ruf Nahi Munkar Menurut Perpektif Al-Qur’an”, Jurnal Ilmiah Al-
Mua’shirah. Vol. 6, Nombor 1, Januari 2009, h. 49.
4

mendalam khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita

ber`iddah atau berkabung. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi

maklumat dan komunikasi hari ini, sangat memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya

hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing dan dipandu dengan sebaiknya,

masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan menghayati

konsep `iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam, bahkan

menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.

Terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam perbahasan ini, antaranya adalah

seperti yang berikut:

i. Ajnabi: Tidak mempunyai hubungan kerabat. Orang asing.

ii. Berkabung (Ihdad): Meninggalkan perhiasan dan seumpamanya bagi wanita

yang sedang ber`iddah kerana kematian suami.

iii. Fasakh: Pembubaran perkahwinandengan kuasa pihak pemerintah.

iv. `Iddah: Satu tempoh penantian yang mesti dilalui olehseorang isteri setelah

berakhirnya sebuah ikatan perkahwinan2.

v. Istihadhah: Darah yang mengalir daripada faraj wanita dan ia bukan darah haid

atau nifas.

vi. Mut`ah: Pemberian sagu hati oleh suami kepada isteri yang diceraikan.

2
‘Ali Ibn Muhammad Ibn ‘Ali al-Jirjani (1985), Kitab al-Ta’rifat. Beirut: Dar al- Kutub al- Arabiy, h. 192.
5

vi. Rujuk: Suami kembali semula kepada isteri yang diceraikan bukan secara talak

ba’in, tanpa memerlukan kepada akad baharu.

vii. Suami Hilang (Mafqud): Terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui

sama ada masih hidup atau mati.

ix. Talak Raj`ie: Talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk

kepada isterinya selagi dalam tempoh `iddah.

x. Talak Ba’in: Talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk

kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

Talak ba’in terbahagi kepada dua iaitu ba’in baynunah sughra dan ba’in

baynunah kubra. 1) Ba’in baynunah sughraiah perceraian yang berlaku

sebelum berlaku persetubuhan sama ada secara talak satu atau dua. 2) Ba’in

baynunah kubraiah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali

rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri tersebut berkahwin

dengan lelaki lain.


6

2.0 DEFINISI IDDAH

Dalam sistem kekeluargaan, Islam telah menggariskan satu panduan khusus kepada

wanita dalam menempuh kehidupan selepas kematian suami. Setelah suami pergi buat

selamanya, mereka perlu menjalani satu tempoh masa yang dikenali sebagai iddah bagi

mematuhi beberapa hukum tertentu. Ia adalah satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap

wanita demi memenuhi perintah Ilahi. Iddah dari segi bahasa ialah nama terbitan kepada ‫عد‬

‫ يعد‬yang diambil daripada kalimah ‫ العدد‬bermaksud bilangan kerana terkandung di dalamnya

bilangan bulan.3 Menurut istilah pula ia diertikan:

‫مدة تتربص فيها المرأة لتعرف براءة رحمها من الحمل‬

Maksudnya: masa yang mesti dilalui oleh seorang perempuan (yang bercerai dari

suaminya) untuk mengetahui bersihnya rahim dari kehamilan.4

Iddah itu adalah kata nama kepada tempoh masa tertentu seseorang wanita menanti dan

tidak berkahwin sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah, berkabung dan bersedih kerana

berpisah dengan suami atau untuk memastikan beliau tidak mengandung anak bekas

suaminya.5 Pensyariatannya bertujuan bagi melarang seseorang wanita yang telah ditalak atau

3
Hakim. A., Daud., S. and Abu., N. (2006). Pelajaran feqah Al-Mu'in al-Mubin. 1st ed. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah, p.797.
4
Syarifudin, A. (2010). Garis-garis besar fiqh. 1st ed. Jakarta: Kencana, p.141.
5
E-Syariah Brunei- E-syariah.gov.bn. (2019). [online] Available at: http://www.e-
syariah.gov.bn/portals/syariah/branches/media/attachments/ppproi/files_under_rencana/rcna_eddah
7

kematian suaminya daripada dinikahi oleh mana-mana lelaki.6 Kewajipannya telah dijelaskan

oleh Allah SWT di dalam ayat berikut:

“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka

meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah)

selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu,

maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada

dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syara’). Dan (ingatlah), Allah

sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”

(Surah al-Baqarah, 2: 234)

Ayat tersebut telah menjelaskan bahawa isteri yang telah kematian suami hendaklah

menahan diri selama empat bulan sepuluh hari. Dalam mentafsirkan ayat di atas, al-Qurtubi

telah menjelaskan bahawa lafaz [‫ ]يتربصن‬dalam ayat ini bermaksud bersabar daripada

perkahwinan baru serta tidak keluar dari rumah yang didiami semasa perkahwinannya. 7 Dua

perkara ini merupakan larangan utama kepada wanita yang sedang beriddah. Ayat ini sekaligus

menunjukkan amalan beriddah adalah satu suruhan wajib, kerana merujuk kepada metodologi

hukum, nas-nas yang menggunakan uslub perkhabaran yang difahami sebagai suruhan

6
Muhammad Jum‘ah ‘Abd al-Allah (1983), al-Kawakib al-Duriyyah, c. 5, j. 2. Kaherah: Maktabah al-Azhariyyah,
h. 270.
7
Abu ‘Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Qurtubi (2002), al-Jami‘li Ahkam al-Qur’an, j. 3. Kaherah: Dar al-
Hadith, h. 151.
8

menunjukkan satu perintah dari Allah SWT.8 Selain ayat di atas, kewajipan beriddah ini turut

disokong oleh ijma’ para ulama’.9

2.1 DALIL-DALIL PENSYARIATAN IDDAH

Terdapat banyak dalil daripada al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak yang mensyariatkan

kewajipan iddah. Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan

diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah

halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang

dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka

beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak

mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika

suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak

yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami)

dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami

mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha

Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

8
‘Abd al-Karim Zaydan (2009), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al- Risalah Nasyirun, h. 231.
9
Wahbah al-Zuhayli (1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, j. 9, c. 4. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 7167.
9

ii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-

isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan

`iddahnya, dan hitunglah masa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah

kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari

rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula

(dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan

perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka

janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan

hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya.

(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi

Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).”

ii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:

“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari

kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka)

maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-

perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung,

tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.

Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah

memudahkan baginya segala urusannya.”


10

iii. Riwayat Ahmad dan Daruqutni maksudnya: “Diriwayatkan daripada Ubai bin

Kaab beliau berkata, aku telah berkata, wahai Rasulullah, isteri-isteri yang

hamil ‘iddahnya sehingga melahirkan anak, adakah itu untuk seorang isteri

yang ditalak tiga ataupun isteri yang kematian suami? Jawab Rasulullah:

untuk isteri yang ditalak tiga dan juga isteri yang kematian suami”.

iv. ْ َ‫قَا َل ا ْم ُكثِي فِي بَ ْيتِ ِك َحتَّى يَ ْبلُ َغ ْال ِكتَابُ أ َ َجلَهُ قَال‬
‫ت فَا ْعتَدَدْتُ فِي ِه أ َ ْربَعَةَ أ َ ْش ُه ٍر َو َع ْش ًرا‬

Maksudnya: “…tinggallah engkau di rumahmu (yang engkau diami itu)

sehingga habis masa iddahmu, maka beriddahlah engkaudi sana selama empat

bulan sepuluh hari…10” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

v. Ijmak Para ulama’ mujtahidin bersepakat bahawa ‘iddah adalah suatu hukum

yang telah ditetapkan melalui al-Quran dan as-Sunnah11 . Setelah diteliti

daripada dalil-dalil yang disebutkan di atas ini bahawa iddah yang disyariatkan

mempunyai dua bahagian iaitu12:

a) Iddah kerana talak atau fasakh: Iddah kerana bercerai hidup daripada

suami setelah berlaku jimak (persetubuhan) di antara suami dan isteri, sama ada

disebabkan oleh talak atau fasakh. Jika talak atau fasakh terjadi sebelum

berlakunya jimak, maka tidak dikenakan 'iddah ke atas isteri.

10
Qaraḍāwī, Y. (1995). Fatwa fatwa kontemporer. 1st ed. Jakarta: Gema Insani Press, p.634.
11
E-Syariah Brunei- E-syariah.gov.bn. (2019). [online] Available at: http://www.e-
syariah.gov.bn/portals/syariah/branches/media/attachments/ppproi/files_under_rencana/rcna_eddah.pdf
12
Dataranilmiah.blogspot.com. (2019). LARANGAN DALAM 'IDDAH DAN IHDAD KEMATIAN SUAMI. [online]
Available at: http://dataranilmiah.blogspot.com/2016/05/larangan-dalam-iddah-dan-ihdad-kematian.html
11

ii. Iddah kerana kematian suami: Iddah disebabkan kematian suami, sama

ada sebelum atau selepas berlaku jimak di antara keduanya.

2.2 HIKMAH IDDAH

Terdapat beberapa hikmah pensyariatan `iddah kepada wanita Islam. Antara hikmah

tersebut ialah:

1. Sebagai Tanda Ketaatan kepada Allah dan Penghormatan Kepada Bekas Suami

Amalan beriddah bagi wanita yang kematian suami merupakan lambang

ketaatan seorang hamba terhadap Tuhannya.13 Walaupun dalam keadaan sedih dan hiba

atas kematian pasangan hidup, wanita sanggup menjauhi larangan- larangan yang telah

ditetapkan oleh syara’ sepanjang tempoh iddah. Dalam kehidupan berumahtangga pula,

Allah SWT telah mewajibkan seorang isteri supaya menghormati dan setia dalam

melayani suami. Layanan itu dikira sebagai satu amalan baik, bahkan juga sebagai

ibadah di sisi Allah SWT.14Setelah suami meninggal dunia, pensyariatan iddah telah

memberi ruang kepada wanita untuk melaksanakan hak suami agar tidak dilupai sebaik

sahaja beliau meninggal dunia.15

13
Muhammad ‘Ali al-Sabuni (1999), Rawa’i‘al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an, j. 1. Kaherah: Dar al-
Sabuni, h. 259.
14
Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim (2000), op.cit. h. 421.
15
Mustafa al-Bugha et.al (1998), al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Madhahib al-Imam al- Syafi‘i, j. 2, c. 2. Beirut: Dar al-
Syamiyyah, h. 151.
12

Selain menjaga hak Allah SWT dan suami, wanita juga perlu meraikan hak keluarga

suaminya. Keluarga suami sudah pasti merasakan kematian ahli keluarganya itu

sebagai satu musibah. Mereka juga tidak dapat mengelakkan diri dari diselubungi

perasaan sedih dan hiba. Sebagai seorang bekas isteri, amat wajar bagi wanita tersebut

menzahirkan perasaan sedih dan menjaga maruah dirinya dengan meninggalkan segala

larangan yang telah ditetapkan dalam tempoh iddah.16Larangan dipinang secara terang-

terangan dan berkahwin dengan suami baharu dapat menjaga perasaan keluarga pihak

suami. Sekiranya dibenarkan berbuat demikian dalam tempoh tersebut, sudah pasti mereka

merasakan si isteri tidak ikhlas dalam menjalani kehidupan berumahtangga dengan bekas

suaminya.

2. Menjamin Kesucian Nasab

Islam amat mementingkan penjagaan nasab atau keturunan. Ia termasuk dalam

al-daruriyyat al-khams17 yang perlu dipelihara demi kesejahteraan hidup manusia.

Amalan iddah sebenarnya bertujuan membersihkan rahim seorang isteri sebelum

berlakunya perkahwinan baharu. Dengan kata lain, iddah dapat menentukan nasab

janin sekiranya wanita tersebut disahkan mengandung18 selepas kematian suami. Ini

kerana sepanjang tempoh iddah, wanita tidak dibenarkan berkahwin dengan mana-

mana lelaki. Oleh itu, wanita itu boleh memastikan sama ada dia hamil atau sebaliknya

setelah berakhirnya tempoh iddah. Sekiranya dia hamil, kandungan itu sudah pasti

16
‘Abd al-Rahman al-Jaziri (1999), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah, j.
17
Abd al-Wahab Khalaf (1956), ‘Ilm Usul al-Fiqh, c. 8. Kaherah: Maktabah al- Da‘wah al-Islamiyyah, h. 199.
18
Sa‘ad Yusuf Mahmud Abu ‘Aziz (t.t), Adab al-Hayah al-Zawjiyyah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah al-
Tawfiqiyyah, h. 315
13

adalah hasil hubungannya dengan bekas suami yang telah meninggal dunia dan anak

yang bakal dilahirkan boleh dinasabkan kepada suami tersebut. Keadaan ini boleh

mengelakkan daripada berlakunya percampuran nasab.

Jika diperhatikan kepada tempoh yang telah ditetapkan dalam iddah, ia adalah

selari dengan fakta sains dalam membahaskan pembentukan janin. Janin dalam

kandungan boleh dipastikan kewujudannya apabila kandungan berusia empat bulan ke

atas. Setelah janin memasuki usia 16 hingga 20 minggu, janin akan mula bergerak

dalam kandungan ibu.19 Pembentukan janin ketika itu telah mencapai tahap

pembentukan anggota badan yang hampir sempurna. Anggota-anggota utama termasuk

kaki, tangan, jari, telinga dan alat jantina telah sempurna pembentukannya.20 Fakta ini

turut diakui oleh sebuah hadis sahih yang menerangkan bahawa janin terbentuk melalui

tiga peringkat. Ia bermula dari percantuman air mani yang memakan masa selama 40

hari, kemudian menjadi segumpal darah juga selama 40 hari, dan akhirnya akan

membentuk sebagai seketul daging dalam tempoh yang sama. Setelah melalui tiga fasa

pembentukan janin, para malaikat akan meniupkan ruh bagi janin tersebut.21 Jika

dihitung tiga peringkat ini, ia mengambil masa 120 hari yang menyamai tempoh 4

bulan. Jumlah hitungan ini adalah kurang 10 hari dari jumlah hari dalam tempoh iddah.

19
Glade B. Curtis (1994), Your Pregnancy Week by Week. Singapura: Fisher Books, h. 153.
20
Michele Isaacs Gliksman & Theresa Foy DiGeronimo (1999), The Complete Idiot’s Guide to Pregnancy and
Childbirth, New York: Alpha Books, hh. 67-109; Mohd. Hamim Rajikin (1998), Kehamilan Bermulanya Satu
Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hh. 30-35; Denise Boyd & Helen Bee (2009), Lifespan
Development. Amerika: Pearson International Edition, hh. 64-71.
21
Lihat Abu Zakariyya Yahya Syarf al-Nawawi (2001), Sahih Muslim bi Syarh al- Nawawi, Kitab al-Qadr, Bab
Kayfiyyah al-Khalq al-Adami fi batn Ummih wa Kitabah Rizqih wa Ajalih wa ‘Amalih wa Syaqawatih wa
Sa‘adatih, no. hadith 2643, j. 16. T.T.P: Dar al-Taqwa, h. 183.
14

Walaupun begitu, menurut Ibn Kathir, tambahan sepuluh hari tersebut adalah sebagai

satu langkah berhati-hati (al- ihtiyat)22, dibimbangi pembentukan janin masih belum

dapat dipastikan pada hari yang ke-120.

3. Menjaga Kehormatan Wanita

Wanita yang kematian suami sering dipandang sinis dengan pelbagai tanggapan

negatif masyarakat terhadap mereka.23 Pelaksanaan iddah sebenarnya merupakan salah

satu alternatif dalam menangani isu tersebut. Sepanjang tempoh iddah, mereka dilarang

keluar dari rumah tanpa sebarang hajat yang amat diperlukan. Larangan ini sebenarnya

dapat mengurangkan tanggapan masyarakat malah dapat memelihara keselamatan

mereka dari sebarang kekacauan.24

Selain itu, wanita yang beriddah turut dilarang dari dipinang oleh mana- mana

lelaki secara berterus terang. Larangan ini sebenarnya amat relevan dengan situasi dan

realiti yang berlaku pada hari ini. Masyarakat Melayu sering mengaitkan wanita janda

dengan isu-isu negatif seperti skandal dengan teruna dan suami orang, masalah sosial

dan sebagainya. Mereka tidak sunyi dengan pelbagai fitnah yang boleh mencemarkan

22
Abu al-Fida’ al-Hafiz Ibn Kathir (1998), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, j. 1, c. 2. Beirut: Dar al-Fikr, h. 326.
23
Kamarul Azmi Jasmi et al. (2004), “Permasalahan Ibu Tunggal Dalam Melaksanakan Tanggungjawab
Pendidikan Anak-anak: Satu Kajian Kawasan Sura, Dungun, Terengganu” (Kertas Kerja Seminar Pembangunan
Keluarga Kebangsaan 2004 di Universiti Malaya pada 23-30 Mei 2004), h. 2.
24
Syh Noorul Madihah Syed Husin et al. (2008), “Tuntutan al-Quran Terhadap Wanita Kematian Suami: Satu
Penelitian” (Kertas Kerja Seminar al-Quran dan Pembentukan Ummah Cemerlang di Universiti Darul Iman
Malaysia pada 19-20 Ogos 2008), h. 12.
15

maruah wanita. Situasi ini dapat diatasi dengan hukum larangan meminang wanita yang

kematian suami secara berterus terang.

2.3 JENIS DAN TEMPOH `IDDAH

Secara keseluruhannya, sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu

`iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami.

Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan

tempoh `iddah yang perlu ditempoh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah

terbahagi kepada tiga iaitu:

i. `Iddah dengan kiraan suci (quru’)

ii. `Iddah dengan kiraan bulan

iii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.


16

2.3.1 PERINCIAN JENIS DAN TEMPOH IDDAH:

Terdapat banyak jenis iddah iaitu iddah ketika masa haid, iddah dengan kiraan bulan

dan iddah bagi perempuan mengandung iaitu dengan melahirkan dan lain-lain. Akan tetapi,

perempuan yang sedang berada dalam keadaan iddah terbahagi kepada enam jenis iaitu

perempuan yang mengandung, perempuan yang kehilangan suaminya kerana meninggal,

perempuan yang memiliki masa haid yang berpisah dalam masa hidup, perempuan yang belum

baligh ataupun menopause, wanita yang terhenti tempoh haidnya tanpa diketahui punca

utamanya dan perempuan yang hilang.25 Oleh itu, penerangan berkenaan dengan jenis-jenis

iddah adalah seperti berikut:

i. Iddah ketika masa haid

Iddah bagi seorang wanita yang sedang mengalami haid adalah dengan tiga kali

quru’ (suci). Para fuqaha memiliki dua pendapat mengenai lafaz quru’. Menurut

mazhab hanafi dan hambali, quru’ adalah haid kerana haid dikenali sebagai

membersihkan Rahim dan yang inilah yang dimaksudkan denggan iddah yang mana ia

menunjukkan kebersihan Rahim adalah dengan haid bukannya suci. Manakala, imam

syafi’I dan maliki berpendapat bahawa quru’ adalah suci kerana Allah telah

menetapkan huruf ‘taa’ pada pada kiraan ‘tiga’, maka ini jelas menunjukkan bahawa

yang dikira adalah muzakkar, iaitu ath-thuhru(suci), bukannya haid.

25
Wahbah Az-Zuhaili. (2007). Fiqih Islam wa adillatuhu. Jakarta, Indonesia: Gema Insani.
17

Iddah tiga kali suci ini berlaku bukan atas faktor kematian suami sebaliknya

iddah ini berlaku disebabkan oleh perceraian antara suami dan isteri yang mana ketika

itu isterinya sedang mengalami haid serta telah mencapai usia sembilan tahun, tidak

hamil dan belum menopouse. Tambahan pula, telah wujudnya hubungan suami isteri

ketika itu sebaliknya, sekiranya wanita tersebut diceraikan sebelum berlakunya dukhul,

tidak wajib keatas wanita tersebut menjalani tempoh iddah. Iddah ini jelas terbukti

berdasarkan firman Allah dalam surah al-baqarah:

"‫ِهنَّ ثَالثَةَ قُ ُروء‬


ِ ‫صنَ ِبأَنفُس‬
ْ َّ‫"وا ْل ُم َطلَّقَاتُ يَت َ َرب‬
َ

Maksudnya: “Isteri-isteri yang tertalak hendaklah menunggu tiga kali suci”

Berdasarkan pada ayat ini, hukum bagi ber’iddah disini adalah umum iaitu

meliputi kepada isteri yang sudah disetubuhi atau belum. Maka hukum umum pada

ayat ini dikhaskan dalam ayat al-Quran juga sepertimana firman Nya dalam surah Al-

Ahzaab ayat 49:

ُّ ‫ت ث ُ َّم َط َّل ْقت ُ ُموهُنَّ ِم ْن قَ ْب ِل أ َ ْن ت َ َم‬


َ ‫سوهُنَّ فَ َما لَ ُك ْم‬
"‫علَي ِْهنَّ ِم ْن ِعدَّة تَ ْعتَدُّونَهَا‬ ِ ‫"يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا إِذَا نَ َكحْ ت ُ ْم ا ْل ُمؤْ ِمنَا‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengahwini perempuan

mu’minah kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyetubuhinya maka tiada

payah mereka ber’iddah”.


18

Maka jelaslah bahawa hukum ber’iddah disini hanya dikhususkan bagi isteri

yang telah disetubuhi sahaja dan bagi yang belum disetubuhi, tidak ada iddah bagi

wanita tersebut. Oleh itu, antara sebab utama berlakunya iddah ini adalah26:

• Perpisahan yang terjadi dalam perkahwinan yang sah sama ada dengan talak

ataupun tanpa talak. Iddah ini bertujuan untuk membersihkan rahim. Namun, syarat

wajibnya adalah dengan persetubuhan seperti yang telah dijelaskan dalam ayat al-quran

diatas.

• Perceraian dalam perkahwinan yang fasid dengan persetujuan hakim. Syaratnya

adalah mesti terjadinya persetubuhan berdasarkan pendapat jumhur ulama selain

mazhab maliki kerana menurut mazhab maliki juga diwajibkan iddah tiga kali quru’ ini

sekiranya berlaku khalwat selepas pernikahan fasid.

ii. Iddah dengan kiraan bulan

Iddah dengan kiraan bulan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu iddah yang

diwajibkan sebagai ganti dari haid dan diwajibkan secara asal.

Bagi iddah yang diwajibkan sebagai ganti haid dengan kiraan bulan adalah

iddah bagi isteri yang masih kecil, perempuan yang menopouse dan perempuan yang

belum haid setelah talak. Terdapat dua syarat diwajibkan iddah dengan kiraan bulan ini

26
Lihat Wahbah Az-Zuhaili. (2007), khusunya Bab 2(D), untuk keterangan lanjut.
19

iaitu kerana wanita tersebut masih kecil ataupun tua. Kedua adalah kerana terjadinya

persetubuhan ataupun khalwat dalam pernikahan yang sah.

Manakala, iddah dengan kiraan bulan secara asal adalah iddah yang disebabkan oleh

kematian. Hal ini demikian kerana bagi menunjukkan rasa takziah dengan hilangnya

nikmat perkahwinan. Syarat bagi iddah ini adalah hanya ditujukan kepada perkahwinan

yang sah sahaja kerana suaminya yang telah meninggal dunia sama ada dia telah

disetubuhi ataupun belum.

iii. Iddah wanita yang hamil

Wanita yang sedang mengandung diwajibkan baginya iddah iaitu sehingga dia

melahirkan. Syarat bagi wanita hamil yang iddah ini adalah, wanita tersebut hamil atas

faktor perkahwinan dan persetubuhan antara suami dan isteri. Akan tetapi, sekiranya

wanita tersebut mengandung atas faktor perbuatan zina, maka menurut pendapat

mazhab hanafi dan syafi’I, tidak diwajibkan baginya iddah kecuali jika terdapat

seorang lelaki yang berkahwin dengan perempuan tersebut yang mana wanita tersebut

sedang hamil, maka perkahwinan tersebut adalah sah akan tetapi lelaki tersebut tidak

boleh menyetubuhi isterinya selagi isteri tersebut belum melahirkan. Seterusnya, ayat

ini telah mengkhususkan dan menetapkan tempoh khusus bagi wanita yang sedang

hamil pada hari kematian suaminya tersebut. Tempoh iddah baginya akan berakhir

dengan kelahiran anak yang dikandung. Ini bermakna iddah bagi mereka bukan

berdasarkan bilangan hari, tetapi bergantung kepada usia kandungan dan waktu

kelahiran. Dalam surah at-thalaq, ayat keempat:


20

ْ ُ‫َّللاَ يَجْ عَ ْل لَهُ ِم ْن أَ ْم ِر ِه ي‬


"...﴾٤﴿ ‫س ًرا‬ َّ ‫ق‬ َ َ‫وَلتُ ْاْلَحْ َما ِل أ َ َجلُ ُهنَّ أ َ ْن ي‬
ِ َّ‫ض ْعنَ َح ْملَ ُهنَّ ۚ َو َم ْن يَت‬ َ ُ ‫" َوأ‬

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah

hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya...”

iv. Iddah wanita yang kematian suami

Wanita yang berada dalam keadaan iddah ini adalah wanita yang sedang haid

ataupun tidak. Oleh itu, iddah bagi wanita yang kematian suaminya ada empat bulan

sepuluh hari. Hal ini demikian kerana, wanita yang kematian suaminya bukan sahaja

wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung. Sebaliknya, sekiranya wanita yang

kematian suaminya sedangkan dia sedang mengandung, maka tempoh iddah baginya

adalah sehingga melahirkan ataupun kandungan gugur. Oleh yang demikian tempoh

iddah wanita tersebut berakhir apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati,

ataupun gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya

berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang

sebenar.

v. Iddah kehilangan suami

Wanita yang kehilangan suaminya turut wajib berIddah sama ada si isteri

berada dalam keadaan sedang haid, tiada haid atau sedang mengandung. Sebelum

dikenakan iddah, si isteri wajib menunggu suaminya selama empat tahun sehingga

ditemukan. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib ber`iddah dengan iddah kematian

suami selama empat bulan sepuluh hari. Oleh itu, bagi kes suami hilang, isteri boleh
21

mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan

pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.

2.4 HAK DAN KEWAJIPAN ISTERI KETIKA IDDAH

Menurut Sayyid Sabiq, isteri yang sedang menjalani tempoh iddah berkewajipan untuk

terus menetap di dalam rumah iaitu rumah yang pernah diduduki dahulu bersama bersama

suaminya sehingga tamat tempoh iddah serta tidak diperbolehkan bagi isteri tersebut untuk

keluar daripada rumah selama isteri masih berada dalam tempoh iddah. Sebaliknya, suami juga

dilarang untuk menghalau isterinya dari rumah tersebut. Hal ini jelas di dalam firman Allah di

dalam surah at-thalaq ayat pertama:

ُ ْ‫سا َء فَ َط ِلقُوهُنَّ ِل ِع َّدتِ ِهنَّ َوأَح‬


َّ ‫صوا ا ْل ِع َّدةَ ۖ َواتَّقُوا‬
‫َّللاَ َربَّ ُك ْم ۖ ََل ت ُْخ ِر ُجوهُنَّ ِمن بُيُوتِ ِهنَّ َو ََل يَ ْخ ُرجْ نَ إِ ََّل‬ َ ِ‫يَا أَيُّهَا النَّ ِب ُّي إِذَا َطلَّ ْقت ُ ُم الن‬

‫ِث بَ ْع َد َٰذَ ِلكَ أَ ْم ًرا‬ َ ‫َّللاِ فَقَ ْد َظلَ َم نَ ْف‬


َّ ‫سهُ ۚ ََل تَد ِْري لَعَ َّل‬
ُ ‫َّللاَ يُحْ د‬ ِ ‫أَن يَأ ْ ِتينَ ِب َف‬
َّ ‫احشَة ُّمبَ ِينَة ۚ َوتِ ْلكَ ُحدُو ُد‬
َّ ‫َّللاِ ۚ َو َمن يَتَعَ َّد ُحدُو َد‬

Maksudnya: Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-

isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan

hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.

Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai

idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka

melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah

kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka
22

sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana)

engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara

(yang lain).

Oleh itu, ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa isteri yang telah diceraikan oleh suaminya

hendaklah menghabiskan tempoh iddahnya di dalam rumah kediaman mereka bersama. Akan

tetapi, sekiranya berlaku perceraian antara keduanya ketika isteri sedang tidak berada dirumah,

wajiblah bagi si isteri kembali kepada suaminya hanya untuk memberitahu kepada suami akan

keberadaannya. Seterusnya, antara kewajipan-kewajipan seorang isteri yang sedang menjalani

tempoh iddah27 ialah:

• Bagi seorang isteri yang sedang menjalani tempoh iddah, dia tidak boleh

dipinang dan menerima sebarang pinangan daripada lelaki lain sama ada dalam bentuk

sindiran ataupun secara terang terangan.

• Dilarang keluar daripada rumah. Menurut mazhab syafi’I, seorang wanita yang

telah diceraikan oleh suaminya dilarang keluar daripada rumah. Manakala, jumhur

ulama’ fiqh berpendapat bahawa wanita yang sedang iddah tidak dibenarkan keluar

daripada rumah sekiranya tidak terdapat keperluan yang mendesak. (surah at-thalaq:1)

ِ ‫ََل ت ُْخ ِر ُجوهُنَّ ِمن بُيُوتِ ِهنَّ َو ََل َي ْخ ُرجْ نَ إِ ََّل أَن َيأ ْ ِتينَ بِ َف‬
‫احشَة ُّمبَيِنَة‬

27
Syh Noorul Madihah Syed Husin. (2009). Kefahaman Tentang Ihdad Di Kalangan Wanita Muslim Bandar
Dungun. Jurnal Islam & Masyarakat Kontemporari, 2, 103-126.
23

Maksudnya: “Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya

(sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ),

kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…”

• Wajib baginya nafkah. Jumhur ulama’ bersepakat mengatakan bahawa wanita

yang menjalani tempoh iddah kerana talak raj’I ataupun dalam keadaan mengandung,

suaminya wajib menyediakan nafkah berdasarkan keperluan isterinya itu. Akan tetapi,

sekiranya iddah yang dijalani oleh wanita tersebut adalah kerana kematian suaminya,

maka dia tidak akan mendapat apa pun kerana kematian tersebut telah menghapuskan

seluruh akibat.
24

2.5 BATASAN HUKUM SEMASA DALAM TEMPOH:

2.5.1 `IDDAH TALAK RAJ`IE

Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu

dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian

perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara

perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan

semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan

tersebut wajib dipisahkan.

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi

kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini,

suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib

menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini

berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Talak ayat 1 yang bermaksud:
25

“…Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya

(sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar

(dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…”

Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya

terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa

dan harta benda.

v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias

kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk

rujuk semula.
26

2.5.2 `IDDAH TALAK BA’IN

Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas

hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu

dipatuhi oleh mereka ialah:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan

semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan

tersebut wajib dipisahkan.

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan

sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk

bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang

penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan

adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar

rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat

fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting

dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi

kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana,

sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan

menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri


27

yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang

boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah

runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan

meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut

hilang atau dapat diatasi.

iv. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi

dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta

membawa kepada fitnah.


28

2.5.3 `Iddah Kematian Suami

Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara

tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti

dipatuhi oleh mereka ialah:

a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga

semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan

tersebut wajib dipisahkan.

c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had

dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang

membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan

perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli

keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-

keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat

menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan

untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada

waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak

mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor,
29

jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk

menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal

sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan

kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda

seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan

keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan

tersebut hilang atau dapat diatasi.

e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh

tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-

unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam

larangan berhias ini ialah:

* Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh

menarik perhatian orang yang memandang;

* Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang,

rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas,

perak dan permata.

* Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian.


30

* Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta

perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada

pandangan masyarakat setempat.

Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh

badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.

Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna

mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah,

mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang

tempoh `iddah dan berkabung itu.


31

3.0 DEFINISI IHDAD

Sebagai agama yang menjaga kemaslahatan hidup manusia28 termasuklah wanita yang

kematian suami, Islam telah menetapkan garis panduan khusus bagi mereka dalam

memulihkan keseimbangan emosi dan memberi ketenangan jiwa setelah berhadapan dengan

ujian kematian.29 Mereka dikenakan perintah berihdad sepanjang tempoh beriddah. Dalam

Islam, individu diharuskan berkabung atas kematian ahli keluarganya dalam tempoh tidak

melebihi tiga hari. Namun bagi golongan wanita yang kematian suami, mereka diwajibkan

berihdad dalam tempoh yang lebih panjang.30 Bagaimanapun kewajipan ini tidak ditetapkan

kepada komuniti lain.

Ihdad menurut syara’ ialah menahan diri dari memakai sebarang perhiasan (sama ada

berbentuk pakaian atau bukan pakaian) yang boleh menarik perhatian lelaki.31 Ulama’ telah

bersepakat mengatakan hukum ihdad adalah wajib bagi wanita yang kematian suami,32

melainkan pandangan al-Hasan al-Basri dan al-Sya‘bi. Namun pegangan mereka adalah

28
Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1990), I‘lam al-Muwaqqi‘in An Rabb al-‘Alamin, j. 3.
Kaherah: Dar al-Hadith, hh.1-2.
29
Abu al-Fadl Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajr al-‘Asqalani (2001), Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari, j. 9. Kaherah:
Maktabah Misr, h. 540.
30
Lihat hadis Abu Muhammad ‘Abd al-Allah Ibn Isma‘il al-Bukhari (1987), al- Jami al-Sahih al- Mukhtasar, Kitab
al-Talaq, Bab Tuhidd al-Mutawaffa ‘anha Zawjuha Arba‘ah Asyhur wa ‘Asyra, no. hadith 5024, j. 5, c. 3. Beirut:
Dar Ibn Kathir, h. 2042; Abu al-Husayn Muslim Ibn al-Hujjaj (t.t), Sahih Muslim. Kitab al-Talaq, Bab Wujub al-
Ihdad fi ‘Iddah al-Wafat, wa Tahrimuh fi Ghayr Dhalik illa Thalathata Ayyam, no. hadith 1487, j. 2. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath, h. 1124.
31
Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi (1999), al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madhhab al-Imam al-
Syafi‘i, j. 11. Beirut: Dar al-Kutub al- ‘Alamiyyah, h. 273.
32
Ibn Qudamah (1999), op.cit., j. 11, h. 284; ‘Abd al-Karim Zaydan (1993), al- Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa
al-Bayt al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah,
j. 9. Beirut: Mu’assasah al-Risalah, j. 9, h. 223; Abu Ishaq Ibrahim Ibn ‘Ali Ibn Yusuf al-Syirazi (1999), al-
Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i, j. 2. Beirut: Dar al-Fikr, j. 2, h. 210; al-Zuhayli (1997), op.cit. j. 9, h.
7205.
32

menyalahi pandangan semua ahli fiqh dan bertentangan dengan sunnah. 33 Antara dalil yang

menjadi asas utama kepada kewajipan berihdad adalah:

“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan

isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan

sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu, maka tidak ada salahnya bagi

kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang

diluluskan oleh syara’). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan

apa jua yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, 2: 234)

Walaupun pada zahirnya perkataan “menahan diri” dalam ayat di atas menunjukkan

kewajipan beriddah bagi seorang isteri yang kematian suami,34 namun lafaz tersebut juga

merangkumi kewajipan berihdad.35 Hukum wajib ini juga dapat difahami pada akhir ayat36

yang menjelaskan apabila tempoh iddah telah selesai, maka wali tidak akan dipersoal sekiranya

wanita tersebut melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihdad seperti berhias dan

mengenakan wangian. Dengan kata lain, sepanjang tempoh iddah, mereka diwajibkan berihdad

iaitu dengan meninggalkan sebarang bentuk perhiasan dan wangian.37

33
Al-Mawardi (1999), op.cit., j.11, h. 273.
34
Wahbah al-Zuhayli (1991), al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al- Manhaj, j. 1. Beirut: Dar al-
Fikr al-Mu‘asir, h. 368.
35
Muhammad ‘Ali al-Sabuni (t.t), Safwah al-Tafasir, j. 1, c. 9. Kaherah: Dar al-
Sabuni, h. 151
36
Ibn Kathir (1998), op.cit., j. 1, hh. 326-327.
37
Al-Sabuni (1999), op.cit. j. 1, h. 259.
33

3.1 DALIL PENSYARIATAN IHDAD

Selain ayat di atas, terdapat beberapa riwayat hadis yang menceritakan tentang

kewajipan berihdad terhadap wanita yang kematian suami. Antaranya hadis yang diriwayatkan

oleh Zainab binti Abi Salamah yang bermaksud:

“Berkata Zainab: Aku telah masuk ke (rumah) Zainab binti Jahsy ketika saudaranya

meninggal dunia, lalu dia meminta wangi- wangian, kemudian diusapkannya lalu bekata:

Demi Allah aku tidak memerlukan wangi-wangian ini melainkan kerana aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar: Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman

kepada Allah dan hari Qiamat, berkabung terhadap kematian seseorang lebih dari tiga hari,

kecuali terhadap suaminya, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 38

Imam Nawawi menyatakan, seorang wanita yang beriddah dengan sebab kematian

suami diwajibkan berihdad dan ia merupakan persepakatan ulama’. Walaupun zahir hadis

menunjukkan seorang wanita tidak dibenarkan berihdad melebihi tiga hari apabila berlaku

kematian kaum keluarganya, namun larangan tersebut dikecualikan bagi mereka yang

kematian suami. Bahkan mereka diwajibkan berihdad sepertimana yang terkandung di dalam

hadis- hadis Rasulullah SAW yang lain di mana baginda melarang keras perbuatan- perbuatan

38
Al-Bukhari (1987), op.cit. Kitab al-Talaq, Bab Tauhidd al-Mutawaffa ‘anha Zawjuha Arba‘ah Asyhur wa
‘Asyra, no. hadith 5024, j. 5, h. 2042; Muslim (t.t), op.cit., Kitab al-Talaq, Bab Wujub al-Ihdad fi ‘Iddah al-
Wafat, wa Tahrimuh fi Ghayr Dhalik illa Thalathata Ayyam, no. hadith 1487, j. 2, h. 1124.
34

wanita kematian suami yang melanggari amalan berihdad seperti berhias, berwangi-wangian,

memakai celak dan sebagainya.39 Hukum kewajipan berihdad ini juga telah disepakati oleh

segolongan sahabat Rasulullah SAW, yang terdiri daripada Abdullah Ibn Umar, Aisyah,

Ummu Salamah dan selainnya. Pandangan ini turut disokong oleh kaum salaf.40

Tempoh berihdad adalah sepanjang tempoh iddah iaitu selama empat bulan sepuluh

hari41 bermula setelah kematian suami bagi wanita yang tidak mengandung. 42 Bagi mereka

yang kematian suami dalam keadaan hamil, ia akan berakhir setelah kelahiran anak dalam

kandungan.43 Sepanjang tempoh ini, seorang wanita dilarang melakukan beberapa perkara

yang boleh membawa kepada keinginan seseorang lelaki ajnabi untuk melamarnya sebagai

isteri. Larangan-larangan tersebut merangkumi:

• Memakai Bau-bauan

Balu yang sedang berihdad diharamkan menggunakan sesuatu yang boleh

mendatangkan bau harum sama ada digunakan pada badan atau pada pakaian. 44 Ini

kerana ia boleh menaikkan nafsu syahwat yang akhirnya boleh membawa kepada

hubungan luar batas.45 Antara jenis wangi-wangian yang diharamkan adalah seperti

minyak wangi (al-adhan al-mutibah) termasuklah minyak wangi al-ward, al-banafsaj,

39
Lihat ibid.
40
Ala’ al-Din Abi Bakr Ibn Su‘ud al-Kasani (2000), Bada’i‘ al-Sana’i‘ fi Tartib al- Syara’i‘, j. 3, c. 3. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, h. 331.
41
Al-Sabuni (1999), op.cit. j. 1, h. 234.
42
Muhammad Ibn Ibrahim Ibn al-Mundhir (1402H), al-Ijma‘, c.3. Kaherah: Dar al-Da‘wah, h 86.
43
Khalid Ibn ‘Abd Allah al-Muslih (1995), Ahkam al-Ihdad, c. 1. Riyad: Dar al- Watan, h. 49.
44
Al-Husayni (t.t), op.cit. j. 2, h. 568.
45
Al-Syirazi (1999), op.cit. j. 2, h. 211.
35

al-yasamin dan al-ban46, minyak rambut yang berbau harum47 dan pakaian yang dicelup

dengan bahan pewangi seperti al-‘usfur dan al-za‘faran.48 Larangan berwangi- wangian

ini telah dijelaskan oleh beberapa hadis sahih, antaranya hadis yang bermaksud:

“Daripada Ummu Atiyyah, dia berkata: Nabi SAW pernah melarang (kepada wanita

yang sedang berihdad) daripada memakai wangi-wangian kecuali apabila hampir

bersuci (dengan menggunakan) sedikit qust dan azfar.” (Riwayat al-Bukhari)49

• Mengenakan Perhiasan (al-Zinah)

Terdapat tiga bentuk perhiasan yang dilarang dikenakan oleh wanita ketika

berihdad iaitu perhiasan diri, pakaian dan barangan kemas. Antara bentuk perhiasan

diri yang dilarang ialah larangan mewarnakan badan (al-khidab) yang biasa dikenakan

pada wajah seorang wanita sama ada dengan inai50 atau bahan pewarna lain yang boleh

mencantikkan wajah seperti memerahkannya dengan kalkalun, memutihkan dengan

asfidaj dan menguningkan dengan menggunakan sabir.51 Mereka turut dilarang

bercelak (al-kuhl) sama ada yang boleh mendatangkan bau wangi ataupun tidak. Ini

termasuklah celak yang berwarna hitam seperti celak batu (al-ithmid), yang berwarna

46
Antara nama jenis-jenis minyak wangi yang biasa dipakai untuk mewangikan badan. Ibn Qudamah (1999),
op.cit. j. 11, h. 286.
47
Al-Syirazi (1999), op.cit. j. 2, h. 211.
48
Al-Kasani (2000), op.cit. j. 3, h. 330.
49
Al-Bukhari (1987), op.cit. Kitab al-Talaq, Bab Talbas al-Haddah Thiyab al-‘Asb, no. hadith 5028, j. 5, h. 2043.
50
Al-Muslih (1995), op.cit. h. 70.
51
Kalkalun, asfidaj dan sabir ialah bahan-bahan pewarna. Ibn Qudamah (1999),
op.cit. h. 286.
36

putih52 seperti celak al-farisi dan yang berwarna kuning seperti celak al-sahr53.

Larangan ini bersandarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Daripada Ummu Salamah, Nabi SAW bersabda: Wanita yang kematian suaminya

tidak boleh memakai baju berwarna, baju yang dicelup warna merah, barang kemas,

mewarnakan badan dan memakai celak.” (Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i) 54

Sebarang pemakaian pakaian yang mempunyai daya penarik tersendiri juga

merupakan larangan ketika berihdad.55 Ini termasuk pakaian yang dicelup dengan

sebarang pewarna yang bertujuan untuk kelihatan menarik56 seperti al-mu‘asfar57 dan

al-muza‘far.58 Perkara ini bersandarkan kepada hadis sahih yang bermaksud:

“Daripada Ummu Atiyyah, dia berkata: Telah berkata kepadaku Nabi SAW: Tidak

halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat berkabung

terhadap kematian seseorang lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suaminya, maka

52
Al-Husayni (t.t), op.cit. j. 2, hh. 569-570.
53
Ithmid, farisi dan sahr merupakan jenis-jenis celak yang biasa dipakai oleh wanita Arab.
54
Abu Dawudٍ Sulayman Ibn al-Ash‘ath al-Sijistani (t.t), Sunan Abi Dawud, Kitab al-Talaq, Bab fi ma Tajtanibuh
al-Mu‘taddah, no. hadith 2304, j. 2. Beirut: Dar al-Fikr, h. 292; Ahmad Ibn Syu‘aib Ibn Dinar al-Nasa’i (1986), al-
Mujtaba min al-Sunan, Kitab al-Talaq, Bab al-Ihdad (Ma Tajtanib al-Haddah min al-Thiyab al-Musabbaghah) no.
hadith 3535, j. 6, c. 2. Beirut: Maktabah al-Matbu‘at al- Islamiyyah, h. 203.
55
Ibn al-Mundhir (1402H), op.cit. h. 98.
56
Syams al-Din Muhammad Ibn Muhammad al-Khatib al-Syirbini (1994), Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani
Alfaz al-Minhaj, j. 5. Beirut: Dar al-Kutub al- ‘Alamiyyah, hh. 100-101.
57
Mu‘asfar ialah pakaian yang dicelup daripada ‘usfur dan muza‘far pula yang dicelup daripada za‘faran.
58
Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (2001), Zad al-Ma‘ad fi Hady Khayr al-‘Ibad, j. 5, c. 3.
Beirut: Dar al-Fikr, h. 526.
37

dia tidak boleh bercelak dan memakai baju yang dicelup dengan bahan pewarna

melainkan kain ‘asb (kain genggang).” (Riwayat al-Bukhari) 59

Adapun pakaian yang dicelup dengan bahan pewarna yang bukan bertujuan

untuk menzahirkan kecantikan seperti warna celak, hijau keruh, hitam atau pakaian

yang dicelup dengan sesuatu bahan bagi menghilangkan kekotoran pada pakaian

tersebut atau bertujuan untuk menghodohkannya, maka ia diharuskan sepertimana yang

disepakati oleh empat mazhab utama.60 Begitulah juga hukumnya dengan pakaian yang

dipintal tanpa dicelup dengan bahan pewarna seperti yang dibuat daripada kapas, pokok

al- kattan61, sutera dan bulu haiwan. Ini kerana walaupun ia kelihatan cantik, tetapi

kecantikannya itu adalah asal kejadian jenis kain tersebut dan bukan ditambah pewarna

atau sesuatu yang lain bagi mencantikkannya.

Pemakaian barangan kemas di dalam tempoh ihdad adalah satu lagi bentuk

perhiasan wanita yang dilarang oleh majoriti ulama’ fiqh62 kerana ia akan

menambahkan lagi seri dan kecantikan seseorang wanita.63 Barangan kemas yang

dimaksudkan ialah yang diperbuat daripada emas dan perak, sama ada dipakai sebagai

59
Al-Bukhari (1987), op.cit. Kitab al-Talaq, Bab Talbas al-Haddah Thiyab al-‘Asb, no. hadith 5028, j. 5, h. 2043.
60
Ibn al-Hummam (t.t), op.cit. j. 4, h. 340. Salih ‘Abd al-Sami‘al-Abi al-Azhari (t.t), op.cit. j.1, h. 389; al-Khatib
al-Syirbini (1994), op.cit. j. 5, h. 101.
61
Sejenis tumbuhan yang mempunyai bunga berwarna biru. Kulit dan biji bunga tersebut digunakan untuk
dijadikan kain.
62
Ibn Qudamah (1999), op.cit. j. 11, h. 289.
63
Al-Syirazi (1999), op.cit. j. 2, h. 211.
38

gelang tangan, gelang kaki, cincin dan sebagainya.64 Perkara ini berhujahkan hadis

yang diriwayat oleh Abu Dawud yang bermaksud:

“Daripada Ummu Salamah, Nabi SAW bersabda: Wanita yang kematian suaminya

tidak boleh memakai baju berwarna, baju yang dicelup warna merah dan barang

kemas….” (Riwayat Abu Dawud) 65

Selain dari barangan kemas emas dan perak, barangan kemas yang diperbuat

daripada tembaga dan timah turut diharamkan dipakai sekiranya ia benar- benar

menyerupai barangan kemas emas dan perak, malah sukar dibezakan antara satu sama

lain.66

64
Abu Zakariyya Yahya Ibn Syarf al-Nawawi (1992), Rawdah al-Talibin, j. 6. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h.
383.
65
Abu Dawud (t.t), op.cit., Kitab al-Talaq, Bab fi ma Tajtanibuh al-Mu‘taddah, no. hadith 2304, j. 2, h. 292.
66
Al-Mawardi (1999), op.cit., j. 11, h. 282.
39

3.2 HIKMAH PENSYARIATAN IHDAD

Daripada pensyariatan ihdad yang telah dijelaskan ini, didapati penetapan larangan-

larangan sepanjang tempoh ihdad bukanlah semata-mata untuk mengongkong kehidupan

seorang wanita. Bahkan di sebalik pensyariatannya, terdapat beberapa kemaslahatan yang akan

merujuk kepada golongan tersebut. Antara aspek kemaslahatan dari pensyariatan ihdad adalah:

1. Penghapus Amalan Jahiliyah

Pada zaman jahiliyah, wanita yang kematian suami telah diwajibkan berihdad selama

setahun dengan cara yang agak keterlaluan.67 Perkara ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah

SAW menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Telah datang seorang perempuan kepada

Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, anak perempuanku telah kematian suaminya

dan mengadu tentang matanya, apakah boleh dia memakai celak? Kemudian Rasulullah SAW

bersabda: “Tidak diucapkan dua atau tiga kali secara berulang-ulang dengan ucapan tidak.

Kemudian baginda bersabda lagi, sesungguhnya masa berkabung adalah selama empat bulan

sepuluh hari, dan (adalah salah) di antara kalian pada masa jahiliyah dahulu sampai

dilempari najis haiwan setelah melewati setahun.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 68

67
Ahmad Mustafa al-Maraghi (t.t), Tafsir al-Maraghi. T.T.P: T.P, h. 192.
68
Al-Bukhari (1987), op.cit., Kitab al-Talaq, Bab Tuhidd al-Mutawaffa ‘ anha Zawjuha Arba‘ah Asyhur wa ‘Asyra,
no. hadith 5024, j. 5, h. 2042; Muslim (t.t), op.cit., Kitab al-Talaq, Bab Wujub al-Ihdad fi ‘Iddah al-Wafat, wa
Tahrimuh fi Ghayr Dhalik illa Thalathata Ayyam, no. hadith 1488, j. 2, h. 1124.
40

Di akhir hadis ini, baginda telah menjelaskan wanita di zaman jahiliyah telah dilempar

dengan najis haiwan selama mereka berihdad iaitu dalam tempoh setahun. Selain itu, mereka

mestilah mengenakan pakaian yang buruk dan hanya dibenarkan tinggal di dalam bilik tercorot

dalam rumahnya yang dikenali sebagai al-hifsy [‫]احلفش‬. Bukan itu sahaja, bahkan mereka tidak

dibenarkan menyentuh air untuk membersihkan badan, serta memotong kuku dan rambut. Dari

segi hubungan sosial pula, mereka tidak dibenarkan bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Mereka seolah-olah akan terputus hubungan dengan seluruh masyarakat sekitar termasuk ahli

keluarga sendiri.69

Kedatangan Islam telah menolak kongkongan yang menyelubungi wanita jahiliyah.

Tempoh ihdad yang terlalu panjang telah dipendekkan kepada satu pertiga daripada tempoh

tersebut iaitu hanya selama empat bulan sepuluh hari. Walaupun pada peringkat awal

pensyariatan ihdad, al-Quran telah menerangkan bahawa tempohnya adalah sama dengan

tempoh ihdad pada zaman jahiliyah,70 namun hukum tersebut telah dinasakhkan secara jelas

oleh ayat 234 surah al- Baqarah,71 bagi menjaga kemaslahatan kaum wanita. Dalam Islam,

mereka yang berihdad ini hanya diharamkan berhias dan berwangi-wangian sahaja serta

mempamerkan diri kepada kaum ajnabi yang berkeinginan untuk berkahwin.72 Mereka tidak

diharamkan lagi untuk membersih dan menyucikan diri kerana Islam sendiri amat

69
Al-Sabuni (1999), op.cit. j. 1, h. 260.
70
Lihat maksud ayat 240 Surah al-Baqarah: “ Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta
meninggal isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian
dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…” dalam
Abdullah Basmeih (1995), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an, c. 6. Kuala Lumpur:
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, h. 94.
71
Al-Zuhayli (1991) op.cit, hh. 369 -371.
72
Al-Maraghi (t.t), op.cit. h. 193.
41

mementingkan kebersihan. Islam juga tidak menghalang wanita-wanita ini untuk tinggal di

mana-mana ruang di rumahnya dan bergaul dengan ahli keluarga termasuklah lelaki mahram

dan semua golongan wanita. Kedatangan Islam ini telah merubah konsep ihdad yang

digambarkan sebagai satu perbuatan yang kotor pada zaman jahiliyah kepada satu perbuatan

yang bersih.73

2. Fasa Pemulihan Emosi

Dalam Islam, kewajipan berihdad kepada wanita kematian suami adalah bagi memberi

ruang waktu kepada mereka untuk memulihkan emosi setelah diselubungi perasaan sedih atas

kematian suami.74 Bagi wanita, ikatan perkahwinan merupakan satu nikmat yang besar kerana

dengan ikatan ini mereka telah digelar sebagai seorang isteri dan seterusnya seorang ibu. 75

Selain itu, mereka juga akan dilayani, dilindungi, dikasihi dan diberi nafkah oleh seorang lelaki

yang bernama suami.

Setelah kematian suami, walaupun sebahagian besar daripada nikmat tersebut akan

hilang,76 namun kesan-kesan perkahwinan masih lagi segar di ingatan mereka.77 Ini

menyebabkan emosinya terganggu dan sentiasa berada dalam keadaan sedih mengenangkan

keakraban hubungannya dengan bekas suami. Perasaan sedih yang menyelubungi diri seorang

73
Al-Sabuni (1999), op.cit. j. 1, h. 260.
74
Al-‘Asqalani (2001), op.cit. j. 9, hh. 537-540.
75
Zaydan (1993), op.cit. j. 9, h. 222.
76
‘Ali Ahmad al-Jurjawi (1992), Hikmah al-Tasyri‘ wa Falsafatuh. Hadi Mulyo (terj.), j. 1. Jakarta: Penerbit CV.
Asy-Syifa’ Semarang, h. 324.
77
Al-Zuhayli (1997), op.cit. j. 9, h. 7197.
42

wanita ini harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan dengan tidak berhias dan tidak

mengenakan wangi-wangian.78 Tempoh berihdad selama empat bulan sepuluh hari adalah

merupakan suatu jangka masa yang sesuai untuk dirinya memulihkan emosi, sebelum

memulakan hidup yang baharu. Dalam fasa ini, seorang wanita boleh menzahirkan rasa sedih

terhadap kehilangan suami tersayang dengan cara yang terbatas dan terkawal, tidak seperti

kelakuan orang-orang jahiliyah sebelum ini.

3. Membendung Perbuatan Haram

Islam telah menegaskan bahawa mana-mana lelaki Muslim tidak dibenarkan

berkahwin dengan wanita yang masih dalam tempoh iddah, sama ada iddah perceraian

mahupun iddah kematian suami.79 Seperti yang dibincangkan sebelum ini,

larangantersebutantaralainnya bagi memastikantiada percampuran nasab berlaku. Justeru itu,

seorang lelaki perlu menahan kehendak hatinya untuk mengahwini mana-mana wanita selagi

mana wanita tersebut masih lagi dalam tempoh iddah. Meskipun tempoh tersebut agak

panjang, namun sebagai seorang yang mentaati hukum Allah SWT, mereka mesti sabar dan

menahan diri dari mendekati perkara haram tersebut.

Dalam membendung keinginan lelaki untuk mengahwini wanita yang masih dalam

tempoh iddah, Islam turut melarang mereka dari mengenakan sebarang hiasan dan wangi-

78
Majd al-Sayyid Ibrahim (2001), 50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita. Hanifah Binti Uthman (terj.), c. 5.
Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, h. 253.
79
Abu Zahari Muhy al-Din Ibn Syarf al-Nawawi (2005), Kitab al-Majmu‘Syarh al-Muhadhdhab, j. 17. Jedah:
Maktabah al-Irsyad, hh. 347-348.
43

wangian ketika berihdad. Larangan berhias dan berwangi-wangian sepanjang tempoh ini

sebenarnya merupakan satu kaedah pencegahan (sadd al-dhara’i‘) bagi mengelakkan

timbulnya perasaan minat golongan lelaki terhadap wanita berkenaan dan kehendak wanita itu

sendiri untuk mencari pengganti dalam tempoh iddah yang akhirnya boleh membawa kepada

perasaan ingin berkahwin dengannya.80 Kaedah pencegahan ini amat relevan dengan keadaan

hari ini, kerana pada kebiasaan dan lumrahnya, lelaki akan terpikat dengan wanita kerana

kecantikan pada zahirnya. Perkara ini pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW, di mana

baginda menyatakan bahawa, kecantikan wanita merupakan salah satu kriteria pemilihan calon

isteri.81

Sekiranya wanita benar-benar mengamati dan mengaplikasi hukum larangan berhias

dan berwangian tersebut, ianya secara tidak langsung dapat membendung dari berlakunya

perkahwinan dalam tempoh iddah. Menurut mazhab Syafie, perkahwinan tersebut bukan

sahaja haram, malah ianya adalah terbatal sama sekali,82 bahkan pasangan yang

melangsungkan perkahwinan seperti itu layak dijatuhkan hukuman had zina sekiranya mereka

mengetahui pengharaman perkahwinan tersebut.83 Selain daripada mengelakkan berlakunya

akad perkahwinan, larangan berhias dan berwangi-wangian juga boleh mengelakkan daripada

berlakunya peminangan secara berterus terang dari mana-mana lelaki, kerana ia juga termasuk

dalam larangan wanita beriddah.84

80
Syh. Noorul Madihah Syed Husin (2007), op.cit. h. 27.
81
Lihat al-Nawawi (2001), op.cit. Kitab al-Rad‘, Bab Istihbab Nikah Dhat al-Din, no. hadith 1466, j. 10, T.T.P:
Dar al-Taqwa, h. 50.
82
Al-Zuhayli (1997), op.cit. j. 9, hh. 6612-6613.
83
Abu ‘Abd Allah Muhammad Ibn Idris al-Syafi‘iyy (1973), al-Umm, c. 2, j. 6. Beirut: Dar al-Ma‘rifah, h. 155.
84
Al-Bugha et.al (1998), op.cit. j. 2, h. 46.
44

4.0 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM.

Punca undang-undang Islam terdapat di dalam Al-Quran yang mengandungi ajaran-

ajaran yang diwahyukan oleh Allah bagi manusia dan ajaran-ajaran itu telah diterangkan dan

diberi contoh oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang mana beliau telah memberi teladan

bagaimana ajaran-ajaran Al-Quran itu boleh dilaksanakan di dalam pelaksanaannya oleh

Khulafa Rashidin dan dengan usaha ulama dan ahli hukum yang telah berusaha menggunakan

ijtihad mereka menerangkan dan menggunakan ajaran Al-Quran dan Sunnah untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam zaman moden kita undang-

undang itu boleh dikatakan telah dipengaruhi oleh perundangan dan keputusan-keputusan

mahkamah. Walaubagaimanapun kita perlu menyedari apa dia punca dan asas undang-undang

Islam. Seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran maksudnya:-

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada ulil amri (orang yang berkuasa) dari kala- ngan kamu. Kemudian jika

kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menge- mbalikan

kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih elok pada kesudahannya.”

(Surah An-Nisaa, 4: 59)


45

Di sini disebutkan peruntukan yang terdapat di dalam Akta Undang-Undang Keluarga

Islam, Wilayah Persekutuan 19

Perkahwinan:

Islam telah menekan kepentingan perkahwinan dan menguatkan perhubungan

keluarga. Islam juga menekankan bahawa perkahwinan adalah yang penting dan pertama

sekali perkara ibadat. Apabila kita merujuk kepada Al-Quran kita dapati ayat yang maksudnya:

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu

bermula dari diri yang satu dan yang menjadikan isterinya dan juga membiakkan dari

keduanya zuriat keturunan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada

Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan

araham; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kamu”. (Surah An-Nisaa, 4:1)

“Dialah (Allah) yang mencipta kamu semua dari diri yang satu dan ia mengadakan daripada

hakikat itu diri suami isteri pasangannya untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu

kepada lain.” (Surah Al-A’raaf, 7:21)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa

la menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati

dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu suami-isteri perasaan kasih

sayang dan belas kasihan.


46

4.1 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Apabila mendaftarkan sesuatu talak atau perintah perceraian atau pembatalan itu dan

apabila dibayar kepadanya bayaran yang ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan

surat perakuan cerai dan pembatalan dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak

itu. Kesan pembubaran perkahwinan Seorang perempuan yang dicerai berhak mendapat nafkah

dan tempat tinggal di dalam masa idahnya.

Di dalam Al-Quran disebutkan maksudnya:

“Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hen- dak menceraikan isteri-isteri kamu

maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya dan hitunglah masa

iddah itu dengan betul, serta ber- takwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu

mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya dan janganlah pula dibenarkan

mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata”.

(Surah At-Talaq, 65 - Sebahagian ayat 1)

“Tempatkanlah isteri-isteri kamu menjalankan idah itu di tempat kediaman kamu sesuai

dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka di

tempat tinggalnya itu dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka

keluar meninggalkan tempat itu. Dan jika mereka dalam keadaan sedang mengandung maka

berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak: kemudian jika

mereka menyusukan anak untuk kamu. maka berikan kepada mereka upahnya; dan
47

berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan sebaliknya jika kamu dari kedua

pihak mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”

(Surah At-Talaq, 65: 6)

Mengenai mutaah disebutkan di dalam Al-Quran maksudnya:

“Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri- isteri kamu sebelum kamu sentuh

mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian

hendaklah kamu memberi mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu.

iaitu suami yang senang hendaklah memberi saguhati itu menurut ukuran kamampuannya;

dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati

menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat

kebaikan”. (Surah Al-Baqarah, 2: 236)

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan

yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya maka tiadalah

kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya.

Oleh itu berilah mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka

dengan cara yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-Ahzab, 33 : 49)


48

4.2 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH

PERSEKUTUAN) 1984

Di dalam akta ini, ada disebutkan mengenai tuntutan mas kahwin, nafkah idah,

mutaah dan tempat tinggal.

C. Kuasa sampingan

Mahkamah mempunyai kuasa buat perintah mengenai

(a)Nafkah idah (b)Mas kahwin (c)Mutaah (d)Harta sepencarian

(a). Nafkah idah:

S. 59 memperuntukkan:

1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki

membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah

berhak mendapat nafkah apabila ia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut

kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain:

(a) apabila ia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila ia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;

(c) apabila ia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa

apa-apa sebab yang sah menurut Hukum Syarak.


49

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya,

maka isteri itu tidaklah lagi nusyuz.

S. 65(1) memperuntukkan

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya

yang dahulu di bawah sesuatu perintah mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat idah atau

apabila isteri itu hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain.

S. 71 memperuntukkan

(2) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa

tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal tain yang sesuai

untuk isteri

a) jika tempoh idah telah tamat atau

b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat atau

c) jika perempuan itu telah berkahwin semula.


50

5.0 PENUTUP

Islam adalah sebuah agama yang sangat menjaga kebajikan penganutnya tanpa mengira

rupa paras, warna kulit, bangsa mahupon negara. Sudah terang lagi bersuluh darjat wanita

diangkat sebaik kedatangan Islam yang pada zaman sebelumnya wanita hanyalah dipandang

hina oleh masyarakat. Namun sekarang berkat Islam agama Rahmatan Lil Alamin85, bukan

hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada

dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terputusnya ikatan perkahwinan

tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat

pengajaran yang besar disebalik setiap perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT di dalam

agama Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan

pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai

hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan

tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang

berkeluh-kesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda

pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.

Dalam era wanita Malaysia yang sibuk bekerjaya86, peranan ahli keluarga dan anggota

masyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka juga perlu sentiasa dididik dan diberi

kesedaran kerana agama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berpesan-pesan sesama

makhluk ke arah kebaikan demi mengelakkan kemudaratan berlaku kelak. Hal ini supaya

85
Abdullah Basmeih (1995), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an, c. 6. Kuala Lumpur:
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. h. 89
86
Lihat Jurnal al-Hikmah 4 (2012): 37-49
51

masyarakat dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan

berkabung. Bukan itu sahaja, mereka turut boleh terlibat sama dalam membantu wanita-wanita

yang ber’iddah ini agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ianya

penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang

dilarang dan ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya dapat mengelakkan berlakunya

fitnah yang mana dosanya dikira sebagai salah satu dosa besar di sisi Allah SWT, tohmahan

dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan

berkabung.

Perbahasan yang terdapat dalam kajian ini diharap dapat memberikan panduan kepada

masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh

`iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan

tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati

konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam yang sebenar.


52

RUJUKAN

Abdullah Basmeih (1995), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-


Qur’an, c. 6. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abu ‘Aziz, Saad Yusuf Mahmud (t.t), Adab al-Hayah al-Zawjiyyah fi al- Islam.
Kaherah: Maktabah al-Tawfiqiyyah.
Abu Dawud,ٍ Sulayman Ibn al-Ash‘ath al-Sijistani (t.t), Sunan Abi Dawud, j.2. Beirut:
Dar al-Fikr.
Abu Malik, Kamal Ibn al-Sayyid Salim (2000), Fiqh al-Sunnah li al-Nisa’ wa ma
Yajib an Ta‘rifah kull Muslimah min Ahkam. Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyqh.
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta
303). 2005. Petaling Jaya: International Book Services.
‘Ali ‘Abd al-Halim Mahmud (2003) al-Mar’ah al-Muslimah wa Fiqh al- Da‘wah ila
al-Allah, j. 4, c. 5. Beirut: Dar al-Fikr.
‘Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajr al- (2001), Fath al-Bari fi Syarh
Sahih al-Bukhari, j. 9. Kaherah: Maktabah Misr.
Azhari, Salih ‘Abd al-Sami‘al-Abi al- (t.t), Jawahir al-Iklil, j.1. Beirut: al- Maktabah
al-Thaqafiyyah.
Bugha, Mustafa al- et al. (1998), al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Madhahib al-Imam al-
Syafi‘i, j. 2, c. 2. Beirut: Dar al-Syamiyyah.
Bukhari, Abu Muhammad ‘Abd al-Allah Ibn Isma‘il al- (1987), al-Jami‘ al-Sahih al-
Mukhtasar, j. 5, c. 3. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Curtis, Glade B. (1994), Your Pregnancy Week by Week. Singapura: Fisher Books.
Gliksman, Michele Isaacs & DiGeronimo, Theresa Foy (1999), The Complete Idiot’s
Guide to Pregnancy and Childbirth. New York: Alpha Books.
Husayni, Taqy al-Din Abi Bakr Muhammad al- (t.t), Kifayah al-Akhyar fi Hill
Ghayah al-Ikhtisar, j. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibn al-Hummam, Kamal al-Din Muhammad (t.t), Syarh Fath al-Qadir ‘Ala al-
Hidayah, j. 4, c. 10. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn al-Mundhir, Muhammad Ibn Ibrahim (1402H), al-Ijma‘. Kaherah: Dar al-Da‘wah.
Ibn Kathir, Abu al-Fida’ al-Hafiz (1998), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, j. 1, c. 2. Beirut:
Dar al-Fikr.
53

Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah Ibn Ahmad Ibn Muhammad (1999), al-
Mughni li Ibn Qudamah, j. 11, c. 4. al-Mamlukah al-‘Arabiyyah al- Sa‘udiyyah: Dar ‘Alam
al-Kutub.
Jawziyyah, Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al- (2001), Zad al-Ma‘ad fi Hady
Khayr al-‘Ibad, j. 5, c. 3. Beirut: Dar al-Fikr.
Jawziyyah, Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al- (1990), I‘lam al- Muwaqqi‘in
‘an Rabb al-‘Alamin, j. 3. Kaherah: Dar al-Hadith.
Jaziri, ‘Abd al-Rahman Ibn ‘Aws al- (1999), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-
Arba‘ah, j. 4. Kaherah: Dar al-Manar.
Jirjani, Ali Ibn Muhammad Ibn ‘Ali al- (1985), Kitab al-Ta’rifat. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Arabiyy.
Jurjawi, ‘Ali Ahmad al- (1992), Hikmah al-Tasyri‘wa Falsafatuh. Hadi Mulyo (terj.),
j. 1. Jakarta: Penerbit CV. Asy-Syifa’ Semarang.
Kasani, ‘Ala’ al-Din Abi Bakr Ibn Su‘ud al- (2000), Bada’i‘ al-Sana’i‘ fi Tartib al-
Syara’i‘, j. 3, c. 3. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Khalaf, Abd al-Wahab (1956), ‘Ilm Usul al-Fiqh, c. 8. Kaherah: Maktabah al-
Da‘wah al-Islamiyyah.
Khatib, Muhammad al-Syirbini al- (t.t), al-Iqna‘fi Hill Alfaz Abi Syuja‘, j. 2.
Bangkok: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nuhda wa Awladah.
Majd al-Sayyid Ibrahim (2001), 50 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita.
Mat Saad Abd. Rahman (1993), Undang-undang Keluarga Islam Aturan
Perkahwinan, c. 2. Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication.
Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al- (1999), al-Hawi al-Kabir
fi Fiqh Madhhab al-Imam al-Syafi‘i, j. 11. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah.
Muhammad Jum‘ah ‘Abd al-Allah (1983), al-Kawakib al-Duriyyah, c. 5, j. 2.
Kaherah: Maktabah al-Azhariyyah.
Muslih, Khalid Ibn ‘Abd Allah al- (1995), Ahkam al-Ihdad, c. 1. Riyad: Dar al-
Watan.
Muslim, Abu al-Husain Muslim Ibn al-Hujjaj (t.t), Sahih Muslim, j. 2. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath.
Nawawi, Abu Zakariyya Yahya Ibn Syarf al- (1992), Rawdah al-Talibin, j. 6. Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
54

Nawawi, Abu Zakariyya Yahya Ibn Syarf al- (2001), Sahih Muslim bi Syarh al-
Nawawi, j. 16. T.T.P: Dar al-Taqwa.
Nawawi, Abu Zakariyya Yahya Ibn Syarf al- (2005), Kitab al-Majmu‘Syarh al-
Muhadhdhab, j. 17 Jedah: Maktabah al-Irsyad.
Qurtubi, Abu ‘Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al- (2002), al-Jami’ li Ahkam al-
Qur’an, j. 3. Kaherah: Dar al-Hadith.
Sabuni, Muhammad ‘Ali al- (1999), Rawa’i‘al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-
Qur’an, j. 1. Kaherah: Dar al-Sabuni.
Sabuni, Muhammad ‘Ali al- (t.t), Safwah al-Tafasir, j. 1, c. 9. Kaherah: Dar al-
Sabuni.
Syafi‘iyy, Abu ‘Abd Allah Muhammad Ibn Idris al- (1973), al-Umm, c. 2, j. 6. Beirut:
Dar al-Ma‘rifah.
Syalabi, Muhammad Mustafa (1978), Ahkam al-Mawarith bayna al-Fiqh Wa al-
Qanun. Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.
Syh Noorul Madihah Syed Husin (2007), “Kefahaman Masyarakat Islam Tentang
Ihdad: Kajian di Bandar Dungun, Terengganu”, (Disertasi Sarjana Syariah, Jabatan Fiqh
Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).
Syh Noorul Madihah Syed Husin et.al. (2008), “Tuntutan al-Quran Terhadap Wanita
Kematian Suami: Satu Penelitian” (Seminar al-Quran dan Pembentukan Ummah Cemerlang
di Universiti Darul Iman Malaysia pada 19-20 Ogos 2008).
Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim Ibn ‘Ali Ibn Yusuf al- (1999), al-Muhadhdhab fi Fiqh al-
Imam al-Syafi‘i, j. 2. Beirut: Dar al-Fikr.
Syirbini, Syams al-Din Muhammad Ibn Muhammad al-Khatib al- (1994), Mughni al-
Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, j. 5. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah.
Wazarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah (1983), al-Mawsu‘ah al- Fiqhiyyah, j.
2, c. 2. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu’un al- Islamiyyah.
Zaydan, ‘Abd al-Karim (1993), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-
Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah, j. 9. Beirut: Mu’assasah al- Risalah.
Zuhayli, Wahbah al- (1991), al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al-
Manhaj, j.1. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
Zuhayli, Wahbah al- (1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, j. 9 & 10, c. 4. Damsyiq:
Dar al-Fikr.

Anda mungkin juga menyukai