Anda di halaman 1dari 133

KEPEMIMPINAN

(Edisi ke-3)

DCE 3403 (UNIT 1 –9)


Program B. S. (Pembangunan Sumber Manusia)

JAMILAH OTHMAN, Ph.D.


LAMBAK TOMPANG, Ms (Ext. Edu.)
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, salin foto, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL).

1
Kandungan Kursus

Unit 1: Pengenalan kepada kepemimpinan

1. Definisi kepemimpinan, pemimpin dan pengikut

2. Ciri-ciri pemimpin dan pengikut

3. Pemimpin formal dan tidak formal

Unit 2: Teori kepemimpinan

1. Teori personal dan situasi

2. Teori interaksi dan pembelajaran sosial

3. Teori proses interaksi

Unit 3: Corak kepemimpinan

1. Kepemimpinan autokratik

2. Kepemimpinan demokratik

3. Kepemimpinan laissez-faire

4. Kepemimpinan transformatif

5. Kepemimpinan transaktional

Unit 4: Kecekapan dan kemahiran pemimpin

1. Mengurus

2. Kuasa dan sumber kuasa

3. Berkomunikasi

2
Unit 5: Sistem pentadbiran, polisi dan misi organisasi

1. Organisasi formal

2. Organisasi tidak formal

3. Pemimpin dan pengikut organisasi formal

4. Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal

Unit 6: Peranan pemimpin dalam pembangunan sumber manusia

1. Konteks diri sendiri

2. Konteks keluarga

3. Konteks masyarakat

4. Konteks negara

Unit 7: Faktor-faktor yang mempengaruhi kepemimpinan dalam

organisasi

1. Faktor pemimpin

2. Faktor organisasi

3. Faktor persekitaran

3
Unit 8: Peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam organisasi

1. Kepada organisasi

2. Kepada pekerja

3. Kepada persekitaran

4. Kepada negara

Unit 9: Isu-isu kepemimpinan dalam organisasi

1. Wanita sebagai pemimpin

2. Information, communication & technology (ICT)

3. Ideologi

4. Diversiti

4
Pengenalan

Kursus ini ditawarkan khas untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep

kepemimpinan dan pemimpin. Di dalam kursus ini anda akan didedahkan

kepada sejarah dan pengertian kepemimpinan, teori-teori kepemimpinan,

peranan dan tanggungjawab pemimpin dan praktis kepemimpinan diri,

masyarakat dan organisasi. Kursus ini merupakan kursus asas kepada kursus

kepemimpinan lanjutan yang lain.

Objektif

Di akhir kursus ini diharapkan anda akan dapat:

1. Mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah asas iaitu

kepemimpinan, pemimpin dan kepemimpinan yang diaplikasikan.

2. Mengenal pasti corak dan cara kepemimpinan yang di amalkan dalam

organisasi dan masyarakat dengan dikaitkan kepada teori-teori

kepemimpinan.

3. Menjelaskan kepentingan bagaimana peranan dan tanggungjawab

kepemimpinan dan pemimpin penting dalam menjana pembangunan

keluarga, masyarakat, dan organisasi.

4. Mengaitkan teori-teori kepemimpinan dan praktis semasa dalam

pembangunan sumber manusia.

5
Prosedur penilaian

Pencapaian anda dalam kursus ini akan dinilai seperti berikut:

Ujian

Bilangan ujian : 1

Penilaian agihan markah : 30%

Skop ujian : unit 1 - 5

Tarikh ujian : akan ditentukan oleh IDEAL

Peperiksaan akhir

Peratus agihan markah : 40%

Skop ujian : unit 1 - 9

Tarikh peperiksaan : akan ditentukan oleh IDEAL

Tugasan

Peratus agihan markah : 30%

Membuat dan menghantar tugasan

Anda dikehendaki menyedia dan menyelesaikan tajuk yang diberikan. Anda

amat digalakkan membuat semua tajuk-tajuk dalam semua unit untuk

menyediakan anda menghadapi peperiksaan.

6
Tajuk tugasan

Disebabkan tajuk tugasan adalah berbeza untuk setiap semester, maka tajuk dan

skop tugasan akan disertakan dalam lampiran berlainan.

Panduan membuat tugasan

Untuk melaksanakan tugasan ini, anda perlu membuat rujukan bahan-bahan

yang berkaitan dengan tajuk di pusat pembelajaran anda atau di mana-mana

tempat yang difikirkan sesuai. Adalah lebih baik jika anda dapat berbincang

dahulu dengan pensyarah/tutor anda atau sesiapa yang berpengalaman atau

rakan sekursus sebelum membuat tugasan.

7
Penyerahan tugasan

Anda boleh menghantar pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun semua

tugasan mesti dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum peperiksaan akhir.

Sila hantar tugasan anda kepada IDEAL dan pastikan anda menyerahkan

tugasan anda melalui saluran yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Peringatan

Tugasan yang lambat tidak akan diambil kira dalam penggredan.

Bilangan halaman tugasan : 15 – 30 halaman A4 termasuk rujukan

Panduan bagi ujian objektif

Soalan bagi ujian objektif adalah didasarkan kepada unit-unit dan bacaan yang

ditetapkan bagi unit-unit. Soalan lazimnya berbentuk ‘multiple choice’.

Anda harus ingat bahawa menjawab soalan objektif tidak seperti menjawab ujian

subjektif. Dalam ujian objektif tidak wajar bagi anda menjawab mengikut

idea/pengalaman anda sendiri. Jawapan soalan objektif adalah khusus seperti

terdapat dalam teks dan bacaan rujukan. Anda perlu memahami teks modul

dengan baik kerana soalan-soalan akan menguji kefahaman anda, bukan

kemahiran anda menghafal fakta.

8
Rujukan

Aminuddin, M. Y. (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Aminuddin, M. Y. (1997). Kepimpinan : Model Guru dan Tentera. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of leadership :


Theory, Research, and Managerial Application. (3th ed.). New York : The
Free Press.

Covey, S. R. (1991). Principle – Centred Leadership. London : Simon &


Schuster.

Ismail, N. (1999). Prophet Muhammad’s Leadership : The paragon


of excellence Altruistic Management – a cross application to modern
management and leadership practice. Kuala Lumpur : Utusan Publications
& distributors Sdn. Bhd.

Maxwell, J. L. (1998). The 21 Irrefutable : Low of Leadership.


Nashville, Georgia : Thomas Nelson Publishers.

Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. USA :


Sage Publications.

O’toole, J. (1999). Leadership A to Z: A guide For The Appropriately


Ambitious. San Francisco : Jossey – Bass Publishers.

Shein, E. H. (1992). Organizational Culture and Leadership. San


Francisco : Jossey – Bass.

Wan Mohd. Mahyiddin (1996). Kepemimpinan : Sorotan Pelbagai


Aspek bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.

Wheatly, M. J. (1994). Leadership and The New Science. San


Francisco : Berrett- Koehler.

9
Panduan perancangan pembelajaran

Minggu Tajuk-tajuk Jam pembelajaran

1 Pengenalan kepada kepemimpinan 4

2 Teori kepemimpinan 12

3 Corak kepemimpinan 8

4 Kecekapan dan kemahiran pemimpin 4

5 Organisasi,sistem pentadbiran,

polisi dan misi agensi 8

6 Peranan pemimpin dalam

pembangunan sumber manusia 8

7 Faktor mempengaruhi kepemimpinan 4

8 Peranan dan tanggungjawab pemimpin 4

9 Isu-isu kepemimpinan 4

10
Maklumat penulis

Nama : Dr. Jamilah Bte Othman


Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor.
No. telefon : 03 – 89486101 - # 8233/ 8571/8576
Fax : 03 – 89450455 / 03 - 89412970
Alamat e-mail: jamilah@ace.upm.edu.my / jamilah@peka.upm.edu.my

Nama : En. Lambak Bin Tompang


Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor.
No. telefon : 03 – 89486101 - # 8241/7902
Alamat e-mail: lato_68@hotmail.com
lato@putra.upm.edu.my

11
UNIT 1

PENGENALAN KEPADA KEPEMIMPINAN

Pendahuluan

Kepemimpinan adalah satu subjek yang telah lama diperkatakan sejak zaman

Plato, Aristotle dan Leviathian. Kepemimpinan ialah tindakan atau perlakuan

untuk mengetahui sesuatu dan ia sesuatu yang boleh dipelajari dan diperbaiki.

Kepemimpinan diperlukan untuk membawa manusia mencapai matlamat

ataupun tujuan dan nilai-nilai yang mereka anggap berguna.

Dari perspektif Islam, setiap manusia mempunyai tugas kepemimpinan. Suami,

isteri, pegawai kerajaan, ketua parti politik, ketua kampung, pelajar dan individu

biasa mempunyai tugas kepimpinan terhadap kelompok atau terhadap individu

lain. Hakikat ini dapat dikiaskan daripada hadith berikut :

"Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah

bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinan kamu.

Ketua negara bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga adalah

pemimpin dalam keluarga. Khadam/orang gaji adalah pemimpin/pengawal,

justeru itu ia bertangungjawab menjaga harta tuannya dan ia akan di tanya

mengenai hal di bawah jagaannya?" (Abdullah Bin Umar, dalam Abdul

Aziz,1993)

12
Sementara itu dalam sebuah hadith lain, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:

"Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat

yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai hak rakyat yang

dipimpinnya. Suami akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri

menjaga hal rumahtangga dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan

menjaga hak majikannya akan ditanya hal yang dipimpinnya. Kamu sekelian

adalah pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) terhadap

kepimpinan kamu." (Bukhari dan Muslim, dalam Abdul Aziz, 1993)

Daripada hadith di atas, ternyata setiap individu itu diangkat sebagai khalifah

(ketua) di muka bumi ini. Ini bermakna individu itu mempunyai tugas tersendiri

dalam kepimpinan; besar atau kecilnya bergantung kepada pangkat dan

kedudukan serta jenis organisasi yang diketuainya.

Tajuk-tajuk dalam unit 1

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam unit ini ialah:

1. Definisi kepimpinan.

2. Definisi pemimpin.

3. Definisi pengikut.

4. Ciri-ciri pemimpin dan pengikut.

5. Pemimpin formal dan tidak formal.

13
Secara ringkasnya hubungan antara di atas dengan unit 1 adalah seperti peta

minda di bawah:

Definisi

Kepemimpinan

Pemimpin

Pengikut

Ciri

Kepemimpinan

Formal

Tidak formal

Pemimpin

Objektif pembelajaran unit 1

Setelah mempelajari unit ini, diharapkan anda dapat:

14
1. Menerang dan membincangkan definisi kepemimpinan, pemimpin dan

pengikut dari pelbagai dimensi akademia.

2. Menggalurkan dan membincangkan ciri-ciri kepemimpinan, pemimpin dan

pengikut.

3. Menjelas dan membincangkan perihal pemimpin formal dan pemimpin

tidak formal.

Definisi kepemimpinan

Kepemimpinan boleh membawa maksud yang berbeza kepada berlainan situasi

dan kelompok. Walaupun perkataan pemimpin muncul sejak tahun 1300, tetapi

perkataan kepemimpinan cuma muncul pada tahun 1800 (Amiruddin, 1990).

Oleh kerana perkataan kepemimpinan itu membawa satu konsep yang

sofistikated, maka banyaklah definisi yang dikemukakan, hampir sama banyak

dengan orang yang mengkaji mengenai bidang ini. Kepemimpinan dalam

bahasa Melayu adalah istilah yang baru dicipta pada tahun 1970 yang memberi

makna kepada perkataan 'leadership' (pimpinan).

Berikut diberikan beberapa definisi kepemimpinan

Satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang untuk pengikut

mengemukakan idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi dirumuskan; dan akan

memberkan kepuasan kepada pengikut (Razali, 1993).

15
Satu proses menyelesaikan sesuatu perkara melalui orang; apabila terdapat

objektif yang perlu dicapai atau tugas yang perlu dilakukan dan apabila lebih

daripada seorang individu diperlukan untuk melakukan sesuatu (Amstrong,

1990).

Kepemimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke

arah mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu (Maimunah, 1990)

Satu proses yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang

lain dan bergantung kepada pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur

kelompok (Jamilah & Lambak, 2001).

Kepemimpinan adalah sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang

lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah

pencapaian matlamat bersama (Bass, 1990).

Justeru, kepemimpinan adalah interaksi di antara dua atau lebih ahli dalam satu

kumpulan yang sering melibatkan penyusunan semula situasi, persepsi dan

harapan semua ahli.

Berdasarkan pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh ramai pengkaji,

dapatlah dirumuskan bahawa pengertian kepemimpinan dalam konsep yang

16
lebih mudah ialah sebagai segala aktiviti yang mempengaruhi individu dalam

kumpulan atau organisasi yang membawa ke arah mencapai matlamat.

Definisi personaliti kepemimpinan proses pembentukan


definisi kepemimpinan

Pemimpin pemimpin
Ketinggian
Kebijaksanaan
kepemimpinan = Keterbukaan kepemimpinan=
Pengaruh
Personaliti lain (interaksi)

pengikut pengikut

Perbezaan sudut pandangan perihal definisi kepemimpinan berasaskan

personaliti (trait) dan proses pembentukan definisi kepemimpinan.

Sumber : Northouse (1997). Leadership : Theory and Practice. M.s. 5.

Ciri-ciri kepemimpinan

Kepemimpinan adalah satu seni, sains dan kemampuan mencipta iklim yang

dapat memberikan gerak balas dan meransang motivasi . Oleh kerana

kepemimpinan digambarkan demikian, maka setiap individu yang dipilih, dilantik

atau diwakilkan sebagai pemimpin perlu memiliki ciri-ciri yang sesuai sebagai

pemimpin.

17
Seorang pemimpin dikatakan mempunyai ciri-ciri peribadi yang mengarah

kepada ciri-ciri kepemimpinannya. Pada mulanya andaian yang dibuat melalui

pendekatan ini ialah ciri-ciri kepemimpinan ini adalah semulajadi dan tidak

dibentuk. Atau dengan erti kata lain, seseorang pemimpin dilahirkan dengan ciri-

ciri kepepimpinan. Sungguhpun begitu semestinya seorang pemimpin yang

berjaya itu dilahirkan dengan ciri kepemimpinan semulajadi tetapi ciri tersebut

boleh dipelajari atau dibentuk daripada pengalaman.

Individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan ialah individu yang mempunyai

personaliti adil, tegas, sihat, jujur, rajin, berani, tekal, berpengetahuan tentang

kerja, taat setia, keghairahan, korban diri, disiplin diri dan yakin diri. Malahan

pemimpin seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti kebersihan jiwa dan rohani,

kesihatan dan kekuatan badan, keupayaan mental dan fikiran, memberi

perhatian kepada ahli yang dipimpinnya, tauladan yang baik, pandangan yang

tajam, kemahuan yang kuat, dan optimisme.

Terdapat 4 ciri penting pada seseorang pemimpin iaitu:

(1) Fizikal (ketinggian, berat badan, perawakan fizikal, kecergasan

dan mempunyai paras rupa),

(2) Sosial (sifat belas kasihan, sabar, orientasi pekerja dan

kematangan emosi),

(3) Perawakan (dominan diri, aggresif, ekstrovet (pentingkan hal

lahiriah), yakin dan penghormatan diri), dan

18
(4) Peribadi (kebolehan berkomunikasi, keupayaan intelek, orientasi

pencapaian, keupayaan bekerja kuat dan bertanggungjawab).

Pelbagai kajian tentang ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin telah

dilakukan. Beberapa pengkaji telah mengenalpasti lima sifat fizikal bersabit

kemampuan kepemimpinan iaitu:

(1) Tenaga, penampilan dan ketinggian,

(2) Ciri kecerdasan dan kemampuan,

(3) Sifat keperibadian iaitu kebolehsuaian, sifat aggresif, keghairahan

dan keyakinan diri,

(4) Ciri berhubung tugas iaitu daya pencapaian, kesungguhan dan

inisiatif, dan

(5) Ciri sosial iaitu daya kerjasama, kemahiran antara perseorangan

dan kemampuan pentadbiran.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan korelasi penting di antara keberkesanan

kepemimpinan dengan sifat kecerdasan, kemampuan menyelia, inisiatif,

keyakinan diri dan keindividuan dalam menjalankan tugas. Pada masa yang

sama kecerdasan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah mengurangkan

keberkesanan pemimpin. Ciri-ciri seperti berwawasan, kesanggupan menghadapi

cabaran peribadi, penggunaan strategi yang luar biasa, sensitif terhadap

persekitaran, berperanan sebagai agen pembaharuan, kebolehan berkomunikasi

19
dan penggunaan kuasa peribadi juga antara ciri yang perlu ada pada seseorang

pemimpin.

Konsep kendiri merupakan antara elemen penting ciri kepemimpinan. Konsep

kendiri yang positif membentuk pencapaian kendiri yang tinggi, di mana ia terdiri

daripada ciri-ciri diri yang positif yang juga menyumbang kepada pembentukan

ciri kepemimpinan dan konsep kendiri terdiri daripada aspek personal iaitu

emosi, imej diri, kawalan impuls, penguasaan dan daya tindak, perhubungan

dengan rakan sebaya , hubungan dengan keluarga, psikopatologi, penyesuaian

yang unggul dan matlamat pendidikan kerjaya.

Pemimpin formal dan tidak formal

Kepemimpinan berlangsung dalam setiap aspek kehidupan manusia. Setiap

orang memiliki kebolehan, kemampuan dan pengetahuan mengenai

kepemimpinan. Persoalannya berapa ramaikah yang sedar akan perkara ini.

Setiap orang adalah pemimpin dan mengamalkan stail kepemimpinan yang

tersendiri yang sejajar dengan kehendak organisasi, agensi dan diri sendiri.

Sama ada menjadi pemimpin dalam organisasi, masyarakat, keluarga hatta pada

diri sendiripun, individu cenderung mengamalkan kepemimpinan yang dirasakan

sesuai, menepati dan menganjurkan kemajuan sejajar dengan objektif yang

20
ditujui. Justeru setiap orang adalah pemimpin, namun tidak semua orang

berpeluang dilantik atau diberi autoriti sebagai pemimpin.

Walau bagaimanapun, kegagalan mendapatkan tempat sebagai pemimpin, tidak

bemakna individu tidak boleh memimpin. Paling tidakpun memimpin diri sendiri.

Oleh yang demikian, wujudlah dua konsep asas kepemimpinan iaitu

kepemimpinan formal dan kepemimpinan tidak formal.

Kepemimpinan formal

Kepemimpinan formal adalah pemimpin itu dilantik, dipilih dan diletakkan di

kedudukan sebagai pemimpin. Individu tersebut memiliki kuasa berupa kuasa

yang diberikan untuknya memutuskan sesuatu perkara, keputusannya diakui dan

diturut.

Lazimnya pemimpin sebegini menganjurkan stail kepemimpinan bersesuaian

dengan kehendak anggota yang melantik atau memilihnya. Kepemimpinan jenis

ini dibayar gaji sebagai pengiktirafan. Kepemimpinan formal ini juga biasanya

berada dalam organisasi yang berstruktur dan hirarki tugas dan jawatan.

Contoh: pemimpin politik, ketua eksekutif organisasi.

21
Kepemimpinan tidak formal

Sementara itu corak kepemimpinan tidak formal adalah berlawanan dengan

kepemimpinan formal. Pemimpin tidak memiliki kuasa mutlak dan biasanya

secara sukarela mengepalai atau mengetuai sesuatu kumpulan. Pemimpin tidak

di bayar gaji. Walaupun ada ganjaran, lazimnya berbentuk penghargaan dan

pengiktirafan.

Pemimpin mengetuai sesuatu atau kumpulan kerana kesedaran, kemahuan

sendiri dan kecenderungan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan

kemahiran. Kumpulan atau organisasi yang diketuai tidak memiliki struktur

organisasi yang ditetapkan. Contoh: ketua keluarga, ketua kumpulan rakan

sebaya, ketua aktiviti perkhemahan.

Perspektif Diri : Kepemimpinan

Bagaimana Saya Lihat Diri Saya


Fizikal

Bagaimana Saya Hendak Orang


Lain Lihat Diri Saya
Diri

Bagaimana Orang Lain Sebenarnya


Lihat Diri Saya
22
Bagaimana Tuhan Melihat Saya

Aktiviti

Berdasarkan maklumat asas yang menerangkan definisi kepemimpinan, ciri-ciri

kepemimpinan dan pemimpin, lukiskan satu gambarajah yang tersusun untuk

menunjukkan hubungan yang terbentuk antara :

1. Kepelbagaian definisi kepemimpinan dari perspektif akademia.

2. Ciri-ciri kepemimpinan dengan pemimpin, dan

3. Berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan penilaian anda:

A. Nyatakan konsep dan definisi kepemimpinan mengikut

kefahaman.

B. Senaraikan ciri-ciri kepemimpinan.

Pengikut

Pengikut didefinisikan sebagai mereka yang mengikut apa yang dikatakan,

menerima arahan, melaksanakan arahan mengikut kemampuan dan sentiasa

berusaha menjadikan matlamat organisasi sesuatu yang realistik.

Hollander (1964) menakrifkan pengikut sebagai individu yang menerima

pengaruh dan kuasa individu lain iaitu pemimpin terhadap mereka. Ini secara

23
langsung memberikan maksud pengiukut akan mematuhi perintah atau arahan

daripada pemimpin untuk melaksanakan tugas atau tanggungjawab.

Pengikut adalah subsistem penting dalam sesebuah organisasi. Peranan utama

pengikut adalah melaksanakan segala perancangan yang telah digalurkan secara

objektif oleh pemimpin dan pengikut memiliki peranan tertentu dalam

menjayakan sesuatu misi organisasi.

Pengikut mempunyai peranan dan fungsi yang sangat penting dalam

pembangunan sesebuah organisasi. Kurangnya penekanan terhadap fungsi dan

peranan pengikut menyebabkan kecemerlangan organisasi sering terganggu.

Kecemerlangan ini tidak dapat direalisasikan kerana tumpuan yang lebih

diberikan kepada aspek kepemimpinan berbanding kepengikutan.

Pengikut mampu memainkan peranan yang tersendiri dan penting untuk

menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi. Terdapat beberapa ciri

pengikut dalam organisasi iaitu:

1. Patuh kepada ketua dan kumpulan,

2. Menyokong ketua,

3. Mengiakan ketua,

4. Menegur dan memperbaiki kesilapan ketua,

5. Bekerja untuk ketua,

24
6. Mendapatkan penjelasan dari ketua,

7. Memberi maklum balas kepada ketua,

8. Menjaga nama baik organisasi,

9. Mengekalkan budaya dalam kumpulan,

10. Mengetahui peranan dan tugas sebagai pengikut,

11. Menyediakan diri untuk tampil ke depan menggantikan ketua,

12. Mengetahui kedudukan, keupayaan dan tangungjawab dalam

organisasi,

13. Turut serta dalam aktiviti organisasi,

14. Berkorban untuk ketua dan organisasi, dan

15. Kekal terhadap perjuangan organisasi.

Persoalannya ialah berapa ramaikah yang sedar dengan tugas, peranan dan ciri

yang perlu ada pada pengikut untuk melayakkan mereka menjadi pengikut yang

baik.

Aktiviti

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda:

1. Senaraikan ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab pengikut yang baik.

2. Dengan menggambarkannya dalam bentuk gambarajah, tunjukkan

perkaitan antara ciri, peranan dan tanggungjawab pengikut dengan

konsep pengikutan.

25
Penutup

Demikian serba ringkas mengenai konsep kepemimpinan dan kepengikutan.

Pemahaman dan pengetahuan asas mengenai konsep ini penting kerana dalam

menjalankan kehidupan seharian, individu tidak boleh lari dari mempunyai atau

merasai pengalaman ini.

Ringkasan unit

Ringkasan penting yang perlu difahamkan selepas mengikuti unit ini ialah:

1. Kepemimpinan adalah satu konsep yang luas.

2. Kepemimpinan penting dalam kehidupan manusia untuk membolehkan

manusia memenuhi keperluan hidup.

3. Pemimpin dan kepemimpinan adalah dua entiti yang berbeza dan perlu

difahami dengan jelas.

4. Kepemimpinan mempunyai pelbagai definisi sejajar dengan cara

bagaimana kepemimpinan itu difahami dan kehendak setempat.

26
5. Wujudnya pelbagai ciri, peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin

dan pengikut.

6. Tugas dan peranan pemimpin dan pengikut adalah tidak sama.

7. Setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau pengikut mempunyai

peranan dan tanggungjawab yang tersendiri.

8. Pemahaman terhadap konsep kepemimpinan dan pengikutan adalah

penting untuk membolehkan individu mengetahui kedudukan mereka.

9. Kepemimpinan dan kepengikutan saling perlu memerlukan untuk

menjayakan misi dan visi organisasi.

Rujukan

Aminuddin, M. Y. (1994). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Amstrong, M. (1990). A handbook of human resource management.


Great Britian: Billings & Sons Limited.

Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of leadership :


Theory, Research, and Managerial Application. (3th ed.). New York : The
Free Press.

27
Hollander, E. P. (1964). Emergent leadership and social influence:
leaders, groups and influence. New York : Oxford University Press.

Jamilah, O. & Lambak, T. (2001). Modul kepemimpinan (edisi 1).


IDEAL. UPM.

Maimunah, I. (1990). Pengembangan : Implikasi ke atas


pembangunan masyarakat (edisi kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. USA :


Sage Publications.

O’toole, J (1999). Leadership: A to Z. A Guide for the Appropriately


Ambitious. San Francisco : Jossey Bass Publisher.

Razali M. Z. (1993). Kepemimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur


: Utusan Publication.
UNIT 2

TEORI KEPEMIMPINAN

Pendahuluan

Kepemimpinan telah dibicarakan sejak awal era ketamadunan manusia. Pelbagai

teori telah dibangunkan selaras dengan perkembangan ilmu dan perkembangan

manusia. Setiap teori yang dibangun berlandaskan pemahaman, pengalaman

28
dan pengetahuan dan lazimnya ia berkait rapat dengan persekitaran setempat

dan keperluan manusia.

Dalam unit ini akan dibincangkan mengenai teori-teori yang selalu diimplikasikan

oleh para pemimpin dalam kepemimpinan mereka seharian. Adalah penting

untuk difahamkan setiap teori kepemimpinan untuk membolehkan dan

memudahkan proses mengenalpasti, menganalisis dan memahami mengapakah

seseorang pemimpin itu mengambil sesuatu tindakan dan melalui tindakan yang

diambil oleh pemimpin tersebut, dapat dijangkakan apakah implikasinya.

Tajuk-tajuk dalam unit ini

Teori yang dibincangkan dalam unit ini adalah dirujuk daripada buku Bass &

Stogdill’s Handbook of Leadership: Theory, Research and Managerial Application

(3rd.ed), oleh Bass. M. B. (1990).

Teori personal dan situasi (Personal and situational theory)

 Great-man theory

 Trait theory

 Situational theory

 Personal-situational theory

 Psychoanalytic theory

 Political theory

29
 Humanistic theory

Teori interaksi dan pembelajaran sosial (Interaction and social learning theory)

 Leader-role theory

 Attainment theory

 Contingency theory

 Reinforce-change theory

 Path-goal theory

Teori proses interaktif (Interactive processes theory)

 Behavioral theory

 Communication theory

Secara mudahkan ruang lingkup unit ini adalah seperti rajah di bawah

Great-man Traits Situational

Personal & situasi Personal-situational

Psychoanalytic Political

30
Humanistic

Leader-role

Attainment

Teori-teori Interaksi & Contigency


Kepemimpinan pembelajran

Reinforce-change

Path-goal

Proses interaksi Behavioral

Communication

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini diharapkan anda dapat:

1. Mengenalpasti jenis teori berdasarkan ciri-cirinya.

2. Menyenaraikan dan membincangkan teori-teori yang berkaitan.

3. Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri yang membezakan antara satu teori

dengan teori yang lain.

31
Teori kepemimpinan berasaskan kepada 2 konsep asas iaitu :

1. Kapitalisme

Teori kepemimpinan kapitalisme ini dipelopori oleh Henri Fayol. Andaian di dalam

teori ini adalah individu atau rakyat perlu berusaha sendiri untuk mencapai

matlamat yang dihajati (Konsep Persaingan).

2. Radikalisme

Teori kepemimpinan radikalisme ini di perkenalkan oleh Carl Marx dimana ianya

mengandaikan pemerintah atau kerajaan perlu menyediakan setiap kemudahan

yang diperlukan oleh rakyat (Konsep Kerjasama).

Teori personal dan situasi

Great-man theory

Teori ini adalah teori awal yang dibentuk dalam sejarah pengkajian

kepemimpinan. Teori ini diasaskan pemerhatian terhadap individu yang

berpengaruh yang mempertontonkan sifat – sifat istimewa seperti kecerdikan,

kuasa, kekuatan peribadi dan kemampuan menguasai pengikut. Contoh : Nabi

32
Muhammad S. A. W. , Nepolean, Ghandi. Teori ini berlandaskan konsep

kecerdikan, prestasi ekademik dan karisma tidak mempunyai korelasi dengan

keberkesanan seseorang pemimpin.

Traits theory

Teori trait melihat bagaimana terdapatnya sifat-sifat semulajadi yang

membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin. Sifat-sifat inilah yang

membezakan mereka dengan pengikut. Antara sifat-sifat pemimpin ialah faktor

fizikal, ciri-ciri personaliti, ciri-ciri kebolehan. Teori ini memandang

kepemimpinan adalah milik setiap individu.

Situational theory

Pemimpin lahir ekoran desakan atau permintaan apabila wujudnya sesuatu

situasi yang mendesak kepada peranan kepemimpinan. Teori ini melihat

bagaimana pemimpin lahir secara mendadak ekoran tuntutan situasi. Kelahiran

pemimpin banyak bergantung kepada tuntutan masa, tempat dan keperluan.

Prinsip utama teori ini ialah kepemimpinan mengikut situasi iaitu situasi yang

berlainan memerlukan fungsi kepemimpinan yang berbeza dan kepemimpinan

menitkberatkan ke arah pencapaian peranan kelompok serta kepemimpinan

mengutamakan kualiti pemimpin bersesuain untuk sesuatu situasi.

33
Personal-situational theory

Teori ini menggabungkan dua elemen utama iaitu personaliti individu dan situasi.

Pemimpin wujud apabila berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesuatu situasi,

maka individu yang memiliki personaliti tertentu akan dilantik sebagai pemimpin.

Pemimpin lahir apabila wujudnya ruang kosong yang mendesak untuk dilantik

seseorang sebagai pemimpin. Teori ini mempercayai bahawa faktor individu iaitu

kualiti kepemimpinan dalam diri sama pentingnya dengan faktor situasi yang

memerlukan kewujudan seorang pemimpin.

Psychoanalytic theory

Teori ini diasaskan melalui idea yang dibangunkan oleh Frued. Teori ini

membincangkan bagaimana tingkahlaku seseorang bermula dari zaman kanak-

kanak dan pembangunan keluarga mempengaruhinya secara psikologi menjadi

pemimpin. Teori ini melihat bagaimana personaliti pemimpin dan situasi

berinteraksi khususnya sewaktu krisis berlaku.

Political theory

Teori ini melihat kepemimpinan dari perspektif politik. Pemimpin lahir apabila

mereka dipilih oleh pengikut dalam sesuatu pemilihan. Dalam erti kata lain, teori

politik ini melihat bahawa pemimpin adalah dipilih dan bukannya lahir sebagai

pemimpin.

34
Humanistic theory

Teori ini berasaskan corak kepemimpinan demokratik dan kebebasan individu

yang begitu dititikberatkan di Amerika. Kepemimpinan berdasarkan teori ini

menerima pakai konsep pemimpin mengubahsuai fungsi organisasi untuk

membuka ruang dan kesempatan kepada kebebasan individu untuk

mengenalpasti potensi diri. Malahan teori humanistik juga menggalakkan

individu untuk memenuhi keperluan dan kehendak sendiri dan dalam masa yang

sama mampu menyumbang kepada matlamat organisasi.

Teori interaksi dan pembelajaran sosial (Interaction and social learning

theory)

Leader-role theory

Karakter individu dan permintaan daripada sesuatu situasi memungkinkan

seseorang dipilih atau dilantik sebagai pemimpin. Kepemimpinan terbentuk

apabila sekumpulan individu melantik salah seorang daripada mereka sebagai

pemimpin dan melaksanakan rol sebagai pemimpin untuk berhadapan dengan

sesuatu situasi. Pemimpin akan bertingkahlaku sejajar dengan kehendak dan

kemahuan pengikut yang melantiknya.

Attainment theory

Teori ini menerangkan bagaimana dan siapakah yang menjadi pemimpin dan

kenapa dia menjadi pemimpin. Pemimpin wujud dalam kumpulan yang tiada

35
struktur yang sempurna dan lazimnya pemimpin dilantik sekadar untuk

menyelaraskan sesuatu aktiviti kumpulan.

Reinforce-change theory

Kepemimpinan adalah kecenderungan salah seorang daripada ahli kumpulan

untuk menukarkan pemahaman, tingkahlaku dan motivasi rakan sekumpulan

dengan tujuan menjadikan setiap ahli kumpualn individu yang berjaya.

Path-goal theory

Teori ini berkaitan dengan kelakuan individu untuk mencapai matlamat dan

keinginan. Kepemimpinan adalah proses bagaimana pemimpin menjadi

pendorong serta penunjuk arah untuk pengikut mencapai dan menentukan

sesuatu matlamat mengikut arah yang tertentu.

Contigency theory

Secara asasnya teori ini mengatakan bahawa keberkesanan sesuatu kumpulan

atau organisasi bergantung kepada interaksi antara personaliti pemimpin dengan

situasi. Keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada sejauh mana

pemimpin dapat mengaplikasikan corak kepemimpinan dengan situasi yang

sedang dihadapi.

36
Teori proses interaktif (Interactive processes theory)

Behavioral theory

Tingkahlaku pemimpin menjadi penunjuk dan penyebab kepada tingkahlaku

pengikut. Di mana tingkahlaku pengikut adalah refleksi daripada tingkahlaku

pemimpin dan tingkahlaku pengikut diperkukuhkan melalui ganjaran,

pengukuhan atau hukuman.

Communication theory

Komunikasi dan hubungan menganjurkan pembentukan dan hubungan antara

pemimpin dengan pengikut. Pemimpin menggunakan kelebihannya

berkomunikasi untuk mendapatkan pengikut dan mengawal pengikut juga

melalui komunikasi

Aktiviti

1. Dengan memilih mana-mana 5 teori, senaraikan ciri-ciri teori tersebut, dan

2. Senaraikan kekuatan dan kelemahan teori yang anda pilih.

3. Bentukkan senarai ciri, kekuatan dan kelemahan teori – teori tersebut

dalam satu gambarajah yang sesuai.

37
4. Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan apakah teori yang paling efisyen

untuk dimplimentasikan dalam organisasi anda.

5. Berdasarkan contoh dan rujukan yang sesuai nyatakan mengapa anda

memilih teori tersebut.

6. Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah teori yang anda gunakan

dalam kepemimpinan. Mengapa?

Penutup

Dalam unit ini telah dibicarakan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan

kepemimpinan. Pemahaman kepada teori-teori ini akan memudahkan

seseoragng untuk menganalisis dan menilai bagaimana seseorang pemimpin

mengaplikasikan teori yang digunakan dalam kepemimpinannya.

Berkemungkinan pemimpin akan mencampurkan beberapa teori dalam

kepemimpinan mereka.

Ringkasan

1. Terdapat pelbagai teori dalam memahami kepemimpinan.

2. Pemahaman terhadap sesuatu teori akan memudahkan pemimpin

mengaplikasikan kepemimpinan yang sesuai dan menepati keperluan dan

kehendak organisasi, masyarakat dan kelompok.

38
3. Adalah penting untuk menganalisis teori yang diaplikasikan oleh

seseorang pemimpin dalam kepemimpinan untuk memastikan bahawa

pemimpin tersebut sedar apa yang dilakukan.

Perspektif Yang Membentuk Teori Kepimpinan

Kepimpinan
Tidak Boleh Boleh

Kenapa

39
Individu
Perspektif Andaian

Berbeza

Proses Sosialisasi

Keluarga Aspirasi Kemahiran Sikap Pengetahuan Nilai Kepercayaan

Rujukan

Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of leadership :


Theory, Research, and Managerial Application. (3th ed.). New York : The
Free Press.

UNIT 3

CORAK KEPEMIMPINAN

Pendahuluan

Dalam dua unit awal, telah dibincangkan dan mengetahui konsep asas

kepemimpinan. Malahan telah juga berbincang perihal teori-teori yang popular

40
dalam kepemimpinan. Dalam unit ini perbincangan akan ditumpukan mengenai

corak kepemimpinan yang selalu diimplimentasikan dalam persekitaran

kehidupan; organisasi dan masyarakat. Unit ini juga akan menganalisis

bagaimanakah corak kepemimpinan ini diamalkan dalam organisasi dan

masyarakat; keberkesanan dan kelemahan.

Apakah corak kepemimpinan

Corak kepemimpinan bermaksud cara seseorang pemimpin mempengaruhi

anggota-anggota kelompok dalam usaha mencapai matlamat kelompok. Corak

kepemimpinan juga bermakna pemimpin mempunyai kuasa penuh untuk

mengarah, mengawal dan memikul tanggungjawab dan mengharapkan tindakan

dilakukan tanpa perundingan dua hala.

Menurut Razali (1993), corak kepemimpinan ialah satu struktur kemahuan yang

terlindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam pelbagai

suasana kepimpin. Manakala Koontz & Weihrich, (1997) menakrifkan corak

kepemimpinan sebagai pemimpin mempunyai kuasa penuh untuk mengarah,

mengawal dan memikul tangungjawab dan mengharapkan tindakan dilakukan

yanpa perundingan dua hala.

Tajuk-tajuk dalam unit 3

Di unit ini perbincangan akan berkisar mengenai tajuk-tajuk di bawah :

41
1. Kepemimpinan autokratik.

2. Kepemimpinan demokratik.

3. Kepemimpinan laissez-faire.

4. Kepemimpinan transformational.

5. Kepemimpinan transaktional.

Ruang lingkup unit 3

Autokratik

Demokratik

42
Laissez-faire

Corak Kepemimpinan

Transformational

Traksaktional

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit diharapkan anda dapat:

1. Mengenalpasti ciri-ciri corak kepemimpinan berdasarkan tajuk.

2. Mengenalpasti corak kepemimpinan yang diimplimentasikan di organisasi

dan masyarakat.

3. Menganalisis apakah corak kepemimpinan yang diimplimentasikan dalam

organisasi dan masyarakat mengikut konsep asal ataupun telah dilakukan

pengubahsuaian.

43
4. Menjelaskan bagaimanakah corak kepemimpinan ini boleh dilaksanakan

dalam ruang lingkup nilai dan budaya setempat.

Kepemimpinan autokratik

Kepemimpinan autokratik menerangkan suasana perhubungan secara sehala

antara pemimpin dengan pengikut. Semua perancangan, keputusan, dasar

perancangan dan perlaksanaan ditentukan oleh pemimpin itu sahaja. Dalam

konteks organisasi, corak autokratik terserlah melalui pemimpin yang hanya

menitikberatkan kecekapan operasi tanpa mengambilkira hal ehwal pekerja.

Kecekapan dalam kendalian kerja diatur agar unsur – unsur manusia tidak

memberi banyak kesan.

Secara umumnya kepemimpinan autokratik mewujudkan perhubungan yang

sehala antara pengikut dengan pemimpin. Pemimpin akan menentukan segala

dasar, perancangan dan menetapkan pelan perlaksanaan. Tindakan dalam

kepemimpinan adalah tanpa penglibatan pengikut dan jika ada penglibatan

sekalipun, penglibatan pengikut adalah terlalu minimum. Pemimpin memiliki

kuasa penuh untuk menentukan segalanya.

Pemimpin

44
Pengikut pengikut pengikut

Ciri kepemimpinan autokratik

1. Setiap polisi diputuskan oleh pemimpin.

2. Pengikut tidak tahu apa hala tuju pemimpin kerana pemimpin hanya

mengambil satu langkah dalam satu masa.

3. Pengikut tidak tahu pelan tindakan pemimpin kerana tidak dikongsikan.

4. Pemimpin tentukan tugas dan tanggungjawab pengikut pada satu-satu

masa.

5. Pemimpin mengkritik atau memuji pengikut secara personal.

6. Perhubungan sehala antara pemimpin dengan pengkut.

7. Sering memberikan hukuman dan ganjaran untuk mencapai sesuatu

objektif.

8. Meragui kebolehan pengikut.

Kekuatan

1. Keputusan dapat dicapai dengan segera.

2. Pemimpin memiliki kuasa pemutus.

3. Operasi organisasi berjalan lancar tanpa banyak kerenah.

4. Pemimpin boleh memanipulasi kekuatan dan kelemahan pengikut.

45
Kelemahan

1. Mampu musnahkan moral dan semangat pengikut.

2. Pemimpin kurang mengambil peduli pendapat dan pandangan pengikut.

3. Hubungan antara pemimpin dengan pengikut kurang mesra.

4. Cenderung mewujudkan perasaan tidak puas hati dikalangan pengikut.

5. Pengikut terlalu bergantung kepada pemimpin.

6. Tidak berjaya membantu individu yang berpotensi.

Kepemimpinan demokratik

Corak kepemimpinan demokratik pula mempunyai ciri-ciri yang berlawanan

dengan corak autokratik. Pemimpin yang mengamalkan corak kepimpinan

demokratik sentiasa menggalakkan ahli-ahlinya mengambil bahagian bersama

dalam membuat sesuatu keputusan. Pemimpin berkeyakinan bahawa yang

dipimpin mampu membina keputusan sendiri dan melaksanakan keputusan yang

telah diputuskan dengan jayanya.

Dalam organisasi, pengimplimentasian corak ini dapat dilihat apabila pemimpin

memberikan penekanan yang maksimum kepada kedua-dua aspek iaitu tugas

dan manusia. Kerja berhasil dari komitmen pekerja, penyatuan tujuan, saling

hormat dan percaya mempercayai antara pekerja dengan pemimpin.

46
Kepemimpinan demokratik secara dasarnya banyak memberi galakan dan

sokongan kepada pengikut untuk mengabil bahagian dalam perancangan,

keputusan dan cara perlaksanaan.

Pemimpin

Pengikut pengikut pengikut

Ciri kepemimpinan demokratik

1. Pemimpin menggalakkan pengikut bersama berbincang untuk

pembentukan polisi dan keputusan.

2. Setiap aktiviti dilaksana setelah dibincangkan secara bersama.

47
3. Pengikut bebas bekerja dengan sesiapa yang dirasakan sesuai dan

pemimpin tidak menghalang; tetapi memberikan beberapa pandangan

peribadinya.

4. Idea-idea pemimpin boleh dibincang dan dikritik.

5. Pemimpin sedia menerima kritikan dan sedia mengakui kelemahan.

6. Pembahagian tanggungjawab.

Kekuatan

1. Menggalakkan penglibatan semua pihak dalam perancangan, membuat

keputusan dan perlaksanaan.

2. Membangkitkan moral dan semangat pengikut kerana pengikut merasa

dihargai.

3. Mampu menggunakan segenap kepakaran dan kemahiran untuk mencapai

objektif organisasi.

4. Menggalakkan percambahan idea.

5. Melahirkan semangat dan kerja berpasukan.

Kelemahan

1. Proses pembuatan keputusan memerlukan masa panjang.

2. Pemimpin tidak memiliki kuasa penuh.

48
3. Tindakan semerta sukar dilaksanakan.

4. Risiko semasa pembuatan keputusan kerana perlu berkompromi.

5. Sukar untuk pemimpin mengambil sesuatu tindakan terhadap pengikut

kerana perlu mengikut prosedur yangtelah ditetapkan.

Kepemimpinan laissez-faire

Laissez-faire ialah satu bentuk corak kepemimpinan yang menunjukkan satu

perhubungan yang paling sedikit antara pengikut dengan pemimpinnya.

Pemimpin hanya bertindak sebagai penyalur maklumat dan sumber fizikal sahaja

serta memiliki kuasa yang terlalu sedikit dalam membuat keputusan.

Pemimpin hanya akan membuat keputusan apabila diminta oleh pengikut.

Pemimpin yang mengamalkan corak ini dalam organisasi dikenalpasti apabila

beliau hanya memegang peranan minimum, iaitu sekadar cukup untuk menjaga

keahlian organisasi sahaja.

pemimpin

49
pengikut pengikut pengikut

Ciri kepemimpinan laissez-faire

1. Memberi sepenuh kebebasan kepada pengikut untuk membuat keputusan.

2. Pemimpin hanya membuat keputusan apabila diminta.

3. Pemimpin akan menyalurkan segala kemudahan yang diperlukan oleh

pengikut.

4. Pemimpin mengambil bahagian yang minimum dalam perbincangan.

5. Kurangnya penekanan terhadap peraturan.

Kekuatan

1. Peluang untuk setiap pengikut bangunkan potensi diri.

2. Sesuai untuk penyelarasan dengan jumlah pengikut yang minima.

3. Pengikut tidak bergantung atau dikawal oleh pemimpin.

4. Individu berpeluang belajar memimpin diri sendiri.

Kelemahan

50
1. Kurang bimbingan dan arahan menjadikan objektif organisasi sukar

dicapai.

2. Proses pembuatan keputusan rumit.

3. Sukar mewujudkan kemantapan organisasi dan pengikut.

4. Berpotensi mewujudkan kekecewaan dikalangan pekerja yang

memerlukan kepemimpinan.

Aktiviti

1. Berdasarkan pemahaman dan pengalaman anda,

A. Apakah elemen yang perlu ada pada diri seseorang individu yang

ingin menjadi pemimpin yang diterima dan mampu merealisasikan

matlamat organisasi? Senaraikan.

B. Nyatakan apakah corak kepemimpinan yang diamalkan dalam

organisasi anda. Mengapakah anda menyatakan demikian.

2. Apakah corak kepemimpinan yang diamalkan dalam organisasi anda

sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti. Jika ya, bagaimana. Jika

tidak, mengapa?

Kepemimpinan transformational

51
Corak kepemimpinan transformational ialah bagaimana pemimpin

menginspirasikan pengikut untuk mencapai sesuatu tahap yang membanggakan.

Corak ini menekankan bahawa pemimpin perlu memahami kehendak dan

menerima keperluan, dan motif pengikut serta berusaha membantu pengikut

mencapai ketepuan potensi.

Pemimpin menjadi agen perubah iaitu menjadi role model dan individu yang

mampu mencipta dan membangunkan matlamat organisasi secara jelas.

Pemimpin begini berupaya membangunkan rasa keyakinan pengikut dan individu

yang mampu memberikan makna kepada kehidupan dalam organisasi.

Ciri kepemimpinan transformational

1. Karismatik.

2. Penggerak intelek.

3. Perhatian kepada keperluan dan kehendak individu.

4. Pembangun potensi.

5. Agen perubahan.

Kelemahan

1. Keupayaan pemimpin memenuhi keperluan setiap pengikut.

2. Manipulasi oleh pengikut.

3. Bukan tugas mudah untuk mengajar pengikut merubah tingkahlaku.

52
4. Bersifat elit dan corak kepemimpinan berorientasikan pencapaian

matlamat jangka panjang.

Kekuatan

1. Pemimpin memahami kehendak dan keperluan pengikut.

2. Kehendak, nilai dan moral pengikut diiktiraf.

3. Pencorak dan penggalak kepada wawasan.

4. Membawa makna dan nilai positif kepada pemimpin dan pengikut.

TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP

Idealized individualized inspirational intelectual

Influence + consideration + motivation + stimulation

Kepemimpinan transaktional

Kepemimpinan jenis ini memfokuskan kepada penyelesaian tugas rutin dalam

mencapai matlamat organisasi. Pemimpin hanya mengambil tindakan

berdasarkan peristiwa semasa dan tidak sesekali merancang untuk masa depan

organisasi atau masyarakat. Pengikut hanya dijelaskan apakah peranan dan

tugas yang perlu dilaksanakan sejajar dengan matlamat organisasi.

53
Ciri kepemimpinan transaktional

1. Menggunakan ganjaran untuk meransang tugas pengikut.

2. Pemimpin menganggap jawatan sebagai batu loncatan.

3. Pengikut melaksanakan tugas seperti arahan pemimpin.

4. Kepemimpinan dilaksanakan secara pengurusan pengecualian.

Kelemahan

1. Tiada wawasan jelas.

2. Keputusan hanya untuk menyelesaikan masalah semasa.

3. Pemimpin berkemungkinan menggunakan kedudukan untuk kepentingan

peribadi.

Kekuatan

1. Pengikut jelas tentang peranan dan tugas.

2. Mampu memiliki hasil dengan semerta.

3. Pengawasan dan mencapaian matlamat mudah diselaraskan.

TRANSACTIONAL LEADERSHIP

Management –

54
By – exeption

Contingent
Reward

Perkaitan kepemimpinan transaktional dengan kepemimpinan

transformational

TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP

Idealized individualized inspirational intelectual


Influence + consideration + motivation + stimulation

TRANSACTIONAL LEADERSHIP

Management –
By – exception

+ Expected Performance
Beyond
Outcome expectations
Contingent
Reward

Pertambahan kesan kepada kepemimpinan transformational

55
Sumber : Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. M.s.

138

Aktiviti

1. Dengan mengambil satu corak kepemimpinan; melalui pemahaman,

penelitian, pemerhatian dan pengetahuan, bagaimanakah corak

kepemimpinan yang anda pilih dapat diimplimentasikan dalam konteks

nilai dan budaya masyarakat Malaysia.

2. Berdasarkan pemahaman anda terhadap corak kepemimpinan yang

dibincangkan, lukiskan satu peta minda yang menunjukkan perkaitan

setiap corak kepemimpinan tersebut.

Penutup

Telah dibincangkan mengenai corak kepemimpinan yang lazim diimplimentasikan

dalam kehidupan. Corak kepemimpinan yang diamalkan bukanlah semestinya

menjurus kepada satu-satu corak sahaja. Dalam banyak keadaan, corak

kepemimpinan yang diamalkan adalah rangkuman daripada beberapa corak.

56
Ringkasan

Ringkasan penting yang perlu fahami selepas mengikuti unit ini ialah:

1. Terdapat pelbagai corak kepemimpinan yang diamalkan.

2. Setiap corak kepemimpinan memiliki ciri, kekuatan dan kelemahan yang

tersendiri.

3. Penelitian, pemahaman dan analisis yang kukuh diperlukan untuk

mengenalpasti corak kepemimpinan yang diimplimentasikan dalam

organisasi.

4. Kesempurnaan corak kepemimpinan bergantung kepada adaptasi dan

cara bagaimana ianya diimplimentasikan.

5. Nilai dan budaya setempat perlu difahami untuk memilih corak

kepemimpinan yang paling sesuai untuk diimplimentasi.

6. Dalam banyak keadaan, budaya dan nilai setempat banyak mempengaruhi

corak kepemimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

Rujukan

Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. USA :


Sage Publications.

Razali M. Z. (1993). Kepemimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur


: Utusan Publication.

57
Koontz, H. & Wichrich, H. (1997). Pengurusan (terjemahan Mohd. Salmi
& Siti Nadzrah). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

UNIT 4

KECEKAPAN DAN KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN

Pendahuluan

Dalam unit lalu telah disentuh mengenai konsep-konsep asas kepemimpinan iaitu

definasi, ciri dan jenis, teori-teori dan corak kepemimpinan. Dalam unit ini

perbincangan akan berkisar kepada aspek kecekapan dan kemahiran pemimpin

melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam kepemimpinan.

Tajuk-tajuk dalam unit 4

Unit ini akan membicarakan mengenai tajuk-tajuk di bawah :

1. Mengurus.

2. Membuat keputusan.

3. Kuasa dan kepemimpinan.

4. Komunikasi.

58
Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini anda diharapkan dapat:

1. Mengenalpasti kemahiran dan peranan pengurus sebagai pemimpin.

2. Mengenalpasti jenis dan sumber kuasa yang dimiliki oleh pemimpin dalam

kepemimpinan.

3. Menganalisis bentuk dan jenis komunikasi yang sesuai dalam

kepemimpinan.

4. Menjelaskan bagaimana pentingnya kemahiran dalam kepemimpinan.

Mengurus

Pemimpin dan pengurus adalah dua tugas dan tanggungjawab yang berbeda.

Pengurus adalah seorang yang reaktif dan suka bekerja secara berkumpulan

dalam menyelesaikan permasalahan dan bertindak mengikut pilihan yang terhad.

Manakala pemimpin adalah individu yang emosional dan aktif. Mereka gemar

membentuk idea dan menggunakan setiap pilihan yang ada untuk menyelesaikan

masalah.

Walau bagaimanapun masih wujud persamaan sifat diantara pemimpin dan

pengurus iaitu kedua-dua tanggungjawab tersebut diwujudkan untuk mengawal

selia.

59
Dimensi pemimpin dan pengurus

Pemimpin Pengurus

Melakukan perkara yang betul Melakukan sesuatu yang betul

Agen perubah Status quo

Jangka panjang Jangka pendek

Hasil Cara

Pencetus/pereka Pembina/pembangun

Penginspirasi & motivasi Penyelesai masalah

Kuasa dan kepemimpinan

Menurut Yukl (1989), terdapat tiga sumber kuasa utama iaitu:

(1) Kuasa dari kedudukan,

(2) Kuasa dari peribadi, dan

(3) Kuasa dari politik

60
Sumber kuasa Kedudukan kuasa

Kuasa dari kedudukan Jawatan kerja


Kawalan ke atas sumber dan
ganjaran
Kawalan ke atas hukuman
Kawalan ke atas maklumat
Kawalan ekologi

Kuasa dari peribadi Kepakaran


Persahabatan/kesetiaan
Karisma

Kuasa dari politik Kawalan ke atas proses


keputusan

Sumber : Yukl, G. A. (1989). Leadership In Organization. Prentice Hall: New


Jersey. m.s. 14

61
Pemimpin yang mempunyai kuasa dari kedudukan terdapat di dalam organisasi

formal seperti jabatan kerajaan, angkatan tentera dan syarikat swasta.

Pemimpin dalam organisasi seperti ini memegang jawatan penting seperti

pengarah, pengurus dan kapten tentera. Mereka mempunyai orang bawahan

yang ditugaskan kepada mereka dan orang bawahan ini mesti memberikan

kerjasama kerana ianya adalah tugas.

Manakala untuk sumber kedua dan ketiga, pemimpin ini boleh didapati di

organisasi bukan formal selain organisasi formal. Pemimpin ini terdiri daripada

ketua keluarga, ketua rakan sebaya, ketua 'klik' atau kumpulan tertentu dan

ketua parti politik. Ketua keluarga memiliki kuasa 'hitam putih' iaitu kuasa

pemutus. Ketua parti politik, ketua rakan sebaya dan ketua 'klik' tidak memiliki

kuasa 'hitam putih' tetapi lebih kepada penerimaan dan persepsi ahli kumpulan.

Takrif kuasa

Kuasa adalah keupayaan atau kebolehan perseorangan atau kumpulan

mempengaruhi orang lain membuat sesuatu sebagaimana yang dihajatkan.

Menurut Maimunah (1990) kuasa merupakan hak yang dimandatkan kepada

seseorang berdasarkan kedudukan atau jawatan untuk mengawal orang lain.

Jenis kuasa

62
Kuasa ialah apa yang anda kawal yang membolehkan anda memanipulasi

kelakuan orang lain. Terdapat beberapa jenis kuasa iaitu:

Kuasa paksaan

Berasaskan kepada ugutan atau ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan di

hati pengikut. Ia juga merupakan paksaan terhadap keakuran pengikut dalam

menurut perintah.

Kuasa ganjaran

Pemimpin memberi ganjaran kepada sesiapa yang menurut perintah dengan

insentif yang positif.

Kuasa pakar

Pemimpin mengetahui secara mendalam tentang sesuatu perkara di mana

kebolehannya tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Berasaskan kepakaran,

pendapatnya didengar dan diikuti.

Kuasa sah

Kuasa rasmi yang diperolehi daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan

kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi.

63
Kuasa personal atau rujukan

Pemimpin memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan terhadap apa

yang hendak dicapai. Pemimpin mempunyai karisma, popular dan mendapat

sanjungan ramai.

Kuasa maklumat

Disebabkan sesuatu maklumat itu penting, pemilik maklumat biasanya berkuasa.

Pemimpin yang memiliki maklumat dapat mempengaruhi orang lain.

Kuasa perhubungan

Pemimpin yang memiliki kuasa ini biasanya terserlah bila organisasi mempunyai

masalah di mana masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa. Kuasa

perhubungan memungkinkan pemimpin tersebut menyelesaikan masalah

tersebut.

Penggunaan kuasa

Wujudnya beberapa cara bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dalam

kepemimpinan, iaitu:

Kuasa paksaan

Menerangkan kepada ahli peraturan organisasi, bentuk pelanggaran peraturan

dan hukuman ke atas sebarang perlanggaran peraturan. Disiplin dijalankan

64
secara adil, konsisten dan tidak bertangguh. Sebelum menghukum, disahkan

kesahihan maklumat. Amaran secukupnya diberi.

Kuasa ganjaran

Ganjaran yang diberikan adalah munasabah dan menarik. Pemimpin mesti

mengotakan janji untuk memberi ganjaran.

Kuasa sah

Kerap menggunakan autoriti dalam kepemimpinan. Memberi arahan dengan

tertib, jelas, tegas dan yakin. Memastikan arahan yang diberi adalah dalam

bidang kuasanya dan memastikan arahan dipatuhi.

Kuasa maklumat

Mengetahui organisasi yang dipimpinnya dengan mendalam. Mengetahui

maklumat diri setiap ahli secara mendalam. Mengetahui persekitaran di mana

organisasi beroperasi.

Kuasa perhubungan

Berimejkan mudah didekati. Bersifat mesra pengikut. Memiliki rangkaian

perhubungan dengan individu-individu penting di luar rangkaian organisasinya.

Sumber kuasa

65
Sumber kuasa merupakan anugerah pemberian tuhan kepada manusia. Terdapat

beberapa sumber kuasa dalam kepemimpinan iaitu:

1. Suara autoritatif:

Sumber kekuasaan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kebolehan berpidato di

khalayak ramai. Di samping itu, pemilihan kata adalah penting dan cara

menggunakan perkataan untuk menerangkan sesuatu juga penting apabila

menyampaikan mesej. Suara yang kuat, jelas dan tegas dapat membantu

meningkatkan kesan mesej dan dapat menonjolkan sifat kepemimpinan.

2. Sikap positif:

Sikap ialah ciri terpenting dan terkuat dalam senarai ciri keperibadian yang ada

pada seseorang pemimpin. Sikap positif merupakan teras utama yang

menonjolkan sikap lain. Sikap positif penting untuk menonjolkan imej

kepemimpinan yang menawan, iaitu sama ada berkarisma atau tidak. Ia

merupakan kuasa ghaib yang memancarkan keperibadian seseorang.

3. Karisma tersendiri:

Karisma merupakan sejenis tarikan yang didefinisikan sebagai tarikan psikologi.

Karisma menyebabkan orang lain bertindak balas terhadap seseorang individu

dengan cara yang lebih positif berbanding dengan keadaan yang biasa berlaku

dalam kehidupan harian. Kadang-kadang dengan menekankan sifat yang

66
berbeza, kita dapat mewujudkan karisma yang mungkin tidak jelas kelihatan

pada suatu ketika dahulu. Karisma sering wujud akibat pemilihan semulajadi,

iaitu gabungan beberapa sifat istimewa dalam dandanan keperibadian kita.

4. Sifat mental:

Adalah sukar untuk menentukan sifat mental yang kuat pada seseorang

berbanding dengan usaha untuk mengenal sifat fizikalnya. Namun demikian,

seseorang pemimpin perlu menyedari kepentingan memiliki sifat mental yang

luar biasa agar disanjung oleh pengikutnya.

5. Pengetahuan:

Pengetahuan merupakan cara terbaik dan paling selamat untuk menonjolkan

kepemimpinan. Pemimpin akan lebih sentiasa peka dan bermurah hati untuk

berkongsi pengetahuan dengan pengikutnya. Pengetahuan adalah cara terbaik

untuk mendapat penghormatan daripada pengikutnya. Apabila seseorang

pemimpin berpengetahuan ia tidak perlu menunjukkan kepekaan seperti dalam

peranan.

67
Kepentingan kuasa

Menurut Ab. Aziz (2000) terdapat tujuh sebab kenapa kuasa penting kepada

pemimpin iaitu:

1. Membolehkan pemimpin mengarahkanpengikut melakukan perubahan

sebagaimana yang dikehendaki.

2. Membolehkan pemimpin mendelegasikan tugas dengan berkesan.

3. membolehkan pemimpin membuat keputusan dengan jelas, cekap dan

pantas.

4. Kuasa merupakan status simbol dan penghormatan. Oleh itu cadangan

atau pandangan yang diberikan lebih mudah diterima, dihormati dan

disokong.

5. membolehkan pemimpin menjual idea mengenai perubahan dan

menyakinkan pihak lain menerima idea yang dikemukakan.

6. Membolehkan pemimpin membuat justifikasi ke atas setiap perunbahan

yang dicadangakan.

7. Membolehkanpemimpin menarik individu tertentu atau kumpulan untuk

memihak kepadanya apabila mengemukakan cadangan atau keinginan.

Komunikasi

Satu proses di mana seseorang berusaha untuk menyalurkan pendapat,

pemikiran, emosi dan pengharapan terhadap orang lain.

68
Proses komunikasi

PENGHANTAR MESEJ SALURAN PENERIMA

Kemahiran Olahan Sensori Motor Kemahiran


Komunikasi Kandungan Yang Digunakan Komunikasi
Sikap Dilihat Sikap

Pengetahuan Dengar Pengetahuan

Sistem sosial Bau Sistem sosial

Budaya Rasa Budaya

Sentuh

MAKLUMBALAS

Bentuk komunikasi

69
Komunikasi ke bawah

Komunikasi daripada pegawai atasan kepada orang bawahan. Komunikasi jenis

ini merupakan dimensi saluran formal. Wujud lima ciri komunikasi menegak iaitu:

(1) Arahan tugas.

(2) Rasional tugas.

(3) Prosedur dan amalan.

(4) Maklumbalas pencapaian.

(5) Penerapan nilai.

Komunikasi menegak

Mesej yang mengalir dari pegawai atau orang bawahan kepada orang atasan.

Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, mengemukakan soalan dan

membuat cadangan. Terdapat beberapa ciri komunikasi jenis ini iaitu:

(1) Maklumbalas mengenai misi, objektif dan pencapaian.

(2) Mengutarakan pandangan dan cadangan.

(3) Menyuarakan permintaan.

(4) Peningkatan penglibatan pengikut.

Komunikasi mendatar

Pertukaran mesej yang sama rata di kalangan orang yang sama peringkat

autoritinya. Antara ciri komunikasi mendatar ialah:

(1) Penyelarasan tugas.

70
(2) Penyelesaian masalah.

(3) Perkongsian maklumat.

(4) Penyelesaian konflik.

Komunikasi tidak formal

Berlaku di luar rangkaian komunikasi yang formal, tidak ditentukan secara

khusus, amat pantas, berkembang secara tidak sengaja melalui proses

pengaturan, juga melalui sifat peribadi dan kebolehan manusia.

Aktiviti

1. Setiap pemimpin adalah pengurus tetapi tidak semua pengurus menjadi

pemimpin. Bincangkan pernyataan ini berdasarkan pengalaman anda

berlandaskan rujukan dan contoh yang jelas.

2. Berdasarkan sumber dan penggunaan kuasa, bincangkan bagaimana

aspek ini penting dalam kepemimpinan.

3. Pemimpin dan pengurus adalah dua dimensi yang berbeza. Senaraikan

ciri-ciri seorang pemimpin–pengurus dan bagaimanakah untuk

mengenalpasti individu pemimpin–pengurus.

4. Bincangkan kepentingkan kemahiran dan kecekapan berkomunikasi dalam

kepemimpinan dan kesannya kepada pemimpin.

Penutup

71
Dalam unit ini telah dibincangkan perihal kecekapan dan kemahiran yang

diperlukan dalam kepemimpinan. Kepemimpinan memerlukan pelbagai

kemahiran dan kecekapan untuk membolehkan sesuatu idea dan inovasi dapat

dicernakan untuk mencapai matlamat bersama. Juga dibincangkan mengenai

peranan dan struktur kuasa yang ada dalam kepemimpinan serta bagaimana

kepemimpinan memerlukan pemimpin memiliki kebolehan berkomunikasi yang

berkesan.

Ringkasan.

1. Terdapat pelbagai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam

kepemimpinan.

2. Kepemimpinan dan kuasa adalah elemen yang berkaitan.

3. Bagaimana pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki menentukan

kedudukannya dalam kepemimpinan.

4. Komunikasi adalah penting untuk memastikan kepemimpinan boleh

berlangsung dengan lancar.

5. Pemimpin dan pengurus adalah berbeza dan setiap satunya memiliki ciri-

ciri yang tersendiri

Rujukan

Yukl, G. A. (1989). Leadership In Organization . Prentice Hall: New


Jersey.

72
Ab. Aziz, Y. (2000). Perubahan dan kepimpinan. Sintok : Penerbit
Universiti Utara Malaysia.

Maimunah, I. (1990). Pengembangan: Implikasi ke atas


pembangunan masyarakat (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

UNIT 5
SISTEM PENTADBIRAN, POLISI DAN MISI ORGANISASI

Pendahuluan

Kepemimpinan berkait rapat dengan kewujudan sesebuah organisasi. Pemimpin

bertanggungjawab merancang dan melaksanakan sistem pentadbiran, polisi dan

misi sesebuah organisasi itu.

Organisasi ialah dua atau lebih orang yang berada dalam satu kumpulan

berinteraksi semasa mereka untuk mencapai matlamat kumpulan. Menurut

Ahmad Atory (1991), organisasi adalah satu unit sosial yang sengaja di bentuk

untuk mencapai sesuatu matlamat dalam masyarakata dunia yang bertambah

kompleks yang menekankan kepada rasionalisti, keberkesanan dan kecekapan.

73
Tajuk-tajuk dalam unit 5

Unit ini akan membicarakan mengenai tajuk-tajuk di bawah :

1. Organisasi formal.

2. Organisasi tidak formal.

3. Pemimpin dan pengikut organisasi formal.

4. Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal.

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini anda diharapkan dapat :

1. Mengenalpasti organisasi formal dan organisasi tidak formal

2. Mengenalpasti bagaimana sistem pentadbiran, polisi dan misi organisasi

dilaksanakan oleh pemimpin dan pengikut agensi formal.

3. Menjelaskan bagaimana sistem pentadbiran, polisi dan misi organisasi

dilaksanakan oleh pemimpin dan pengikut agensi tidak formal.

Organisasi formal

Kepemimpinan mempunyai perkaitan yang rapat dengan struktur organisasi.

Koontz dan Weihrich (1997) menakrifkan organisasi formal sebagai organisasi

yang mempunyai suktrut peranan yang disengajakan dalam sesebuah persatuan

atau pertubuan yang teratur.

74
Kepemimpinan dalam organisasi formal mestilah berlandaskan struktur, polisi

dan misi yang bertulis. Arahan yang dikeluarkan adalah berbentuk formal dan

setiap tindakan perlu didokumenkan untuk rujukan dan tindakan di masa akan

datang.

Kepemimpinan memainkan peranan yang penting kerana barisan kepimpinan

inilah yang merancang dan membentuk halatuju sesuatu organisasi itu.

Organisasi formal mempunyai struktur yang jelas dari segi tuntutan

kepemimpinan, berdaftar dan terikat dengan perlembagaan dan peraturan

sesebuah negara.

Ciri – ciri organisasi formal

1. Pemimpin menjadi pemandu kepada pengikut untuk mencapai misi

organisasi.

2. Kepemimpinan berlandaskan sistem pentadbiran yang telah ditetapkan.

3. Polisi dibentuk dan dibangunkan oleh pemimpin dengan bantuan pengikut

yang dikenalpasti kebolehan dan keupayaannya.

4. Pemimpin menjadi pengatur, pembentuk dan perancang sesuatu aktiviti.

5. Pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya merubah sesuatu polisi atau

peraturan tanpa mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan

dalam organisasi tersebut.

75
Kelemahan

1. Pemimpin terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan.

2. Kepemimpinan hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah

ditetapkan oleh organisasi.

3. Pemilikan kuasa pembuatan keputusan pemimpin adalah terbatas.

4. Pemimpin tidak boleh mengambil sesuatu tindakan atau keputusan

penting tanpa pengetahuan dan kebenaran semua pihak yang

berkepentingan dalam organisasi.

Kekuatan

1. Pemimpin dapat mengawal tingkahlaku pengikut dengan cekap kerana

wujudnya peraturan yang perlu diikuti oleh semua.

2. Pemimpin dapat memandu pengikut mencapai misi dan visi organisasi

dengan lebih mudah kerana ianya telah sedia ada.

3. Pengikut dan pemimpin saling memahami dan tahu tanggungjawab

masing-masing.

4. Kegagalan pemimpin memimpin organisasi bukanlah kelemahan pemimpin

semata-mata, tetapi kegagalan semua pihak.

Jenis-jenis organisasi formal.

76
Organisasi formal yang dibentuk berdasarkan beberapa peraturan dan memiliki

matlamat dan visi yang jelas, mempunyai beberapa jenis berasaskan matlamat

penubuhan, siapa anggotanya, di mana diwujudkan dan apakah aktivitinya.

Pentadbiran tempatan

Organisasi ini bertanggungjawab menjalankan tugas pentadbiran dan

pembangunan tempatan. Ianya berfungsi menyampaikan maklumat dan dasar

kerajaan kepada rakyat dan dalam masa yang sama mendapatkan maklumat

daripada rakyat untuk dipertimbangkan oleh pihak atasan, di peringkat

kementerian dan sebagainya. Peranan kepemimpinan dalam organisasi seperti ini

ialah untuk memastikan tanggungjawab yang diamanahkan bagi membantu

rakyat terbanyak dilaksanakan selancar mungkin.

Badan-badan korporat

Organisasi ini selalunya bermatlamatkan keuntungan dan menjalankan

perniagaan pada skala yang meluas. Ianya membantu pentadbiran tempatan

dalam melicinkan lagi pelaksanaan projek-projek pembangunan rakyat dan

dalam masa yang sama mendapat keuntungan atas sumbangan mereka kepada

negara. Peranan kepemimpinan dalam agensi ini ialah merancang dan

memikirkan bagaimana menjalankan tanggungjawab organisasi melaksanakan

permintaan pelanggan dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan yang

berpatutan dengan usaha yang dilakukan.

77
Organisasi bukan kerajaan (NGO)

Organisasi ini merupakan antara organisasi yang dibentuk dengan meluas di

seluruh dunia. Ianya dibentuk bagi mencapai matlamat tertentu yang selalunya

berkait rapat dengan bidang kepakaran dan minat ahli-ahli organisasi berkenaan.

Ianya boleh berdasarkan komoditi seperti getah, kelapa, ikan (Pertubuhan

Peladang, Persatuan Nelayan), berdasarkan keuntungan (Dewan Perniagaan,

Persatuan Francais Malaysia), berdasarkan tuntutan semasa seperti Persatuan

Pengguna dan juga berdasarkan minat seperti Kelab Kembara, Kelab Joran dan

sebagainya. Peranan kepemimpinan dalam agensi-agensi ini ialah untuk

memastikan aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak dan matlamat hasil dari

perkongsian idea setiap ahli.

Institusi politik

Institusi politik diletakkan dalam organisasi formal kerana ianya mempunyai

struktur perlembagaan yang jelas dan bertujuan menghubungkan rakyat dengan

pihak pemerintah. Organisasi ini penting kerana ianya bertindak sebagai lidah

rakyat bagi menyuarakan isu-isu terutama yang melibatkan pembangunan fizikal

mahupun kerohanian. Peranan kepemimpinan ialah memperjuangkan kebajikan

dan hak rakyat. Pemimpin politik juga memainkan peranan yang penting dalam

memastikan keharmonian dan persefahaman antara semua pihak terjamin.

78
Organisasi tidak formal

Organisasi tidak formal selalunya merupakan organisasi yang ditubuh secara

sukarela yang mempunyai lebih autonomi untuk pemimpin melaksanakan polisi

dan misi organisasi dan tidak terlalu terikat dengan peraturan atau

perlembagaan. Organisasi ini mempunyai fungsi lebih kepada rekreasi dan

tempat berkumpulnya ahli dan tidak berdaftar.

Diklasifikasikan sebagai organisasi tidak formal kerana ianya mempunyai

peraturan tugas sendiri, tidak semestinya bertulis dan tidak terikat dengan

peraturan tetapi tidaklah sampai melanggar perlembagaan dan peraturan

negara. Antara contoh organisasi tidak formal ialah seperti badan khairat

kematian, pakatan kenduri, kumpulan kompang dan sebagainya.

Ciri-ciri organisasi tidak formal

1. Bermatlamatkan kumpulan.

2. Perlantikan pemimpin berdasarkan sikap sukarela.

3. Kepemimpinan cenderung kearah menjalankan aktiviti bersama pengikut

untuk keseronokan atau rekreasi.

4. Hubungan antara pemimpin dengan pengikut adalah erat.

Kelemahan

1. Matlamat organisasi tidak bertulis dan bukan untuk jangka panjang.

79
2. Pemimpin hanya berkhidmat selagi pengikut memerlukannya.

3. Perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin adalah satu kemungkinan.

4. Pengikut boleh menggantikan pemimpin bila-bila masa.

Kekuatan

1. Pemimpin adalah orang yang difikirkan paling layak dan berkarisma.

2. Pemimpin menjadi perancang, penggalakan dan pelaksana dalam

mencapai matlamat kumpulan.

3. Pengikut menggemari kepada pemimpin yang mereka suka dan mampu

memenuhi kehendak.

4. Matlamat kumpulan mudah dui capai kerana hubungan pemimpan dan

pengikut adalah erat.

Pemimpin dan pengikut organisasi formal

Dalam organisasi formal, pemimpin boleh jadi dilantik oleh pihak atasan ataupun

dilantik oleh pengikut. Situasi pertama merupakan pemimpin formal yang dilantik

secara rasmi oleh pihak pentadbiran organisasi bagi mewakili mereka mentadbir

sesuatu organisasi itu.

Dalam konteks ini hubungan antara pemimpin berkenaan bersama pengikutnya

adalah secara formal, profesional dan mematuhi peraturan, sistem pentadbiran

dan polisi organisasi. Pengikut mahu tidak mahu harus mematuhi dan menerima

80
arahan pemimpin dan menyuarakan pendapat mengikut prosedur yang

dibenarkan.

Situasi kedua pula ialah seperti dalam kesatuan. Organisasi formal juga

memberikan ruang untuk pemimpin dilantik oleh pengikut terutamanya yang

melibatkan wakil kesatuan. Dalam kesatuan, pengikut walau bagaimanapun

masih terikat dengan sistem dan polisi yang formal dan perlu mematuhi

peraturan yang bertulis apabila berhubung dengan pemimpin.

Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal

Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal lebih bebas dalam berhubung

kerana tidak ada satu sistem pentadbiran dan polisi yang bertulis yang

menerangkan prosedur perhubungan antara kedua-dua pihak. Apa yang

disuarakan oleh pemimpin diterima dan dilaksanakan atas kerelaan dan

pemimpin sendiri tidak mempunyai kuasa atau dokumen bertulis untuk memaksa

pengikut untuk mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan. Oleh itu, setiap

tindakan hasil daripada idea pemimpin dilaksanakan pengikut atas persetujuan,

timbang rasa dan kerelaan setiap individu.

Aktiviti

81
1. Kaitkan pengalaman anda berada dalam organisasi formal dengan senario

kepemimpinan dalam organisasi anda.

2. Bincangkan ciri-ciri kepemimpinan dalam organisasi formal berdasarkan

pengalaman anda sama ada sebagai pemimpin atau pengikut dan berikan

contoh yang jelas.

3. Kaitkan pengalaman anda berada dalam organisasi tidak formal dengan

senario kepemimpinan dalam organisasi berkenaan. Bincangkan ciri-ciri

kepemimpinan dalam organisasi tidak formal berdasarkan pengalaman

anda sama ada sebagai pemimpin atau pengikut dan berikan contoh yang

jelas.

Penutup

Dalam unit ini kita telah membincangkan tentang organisasi formal dan tidak

formal, dan proses perhubungan pemimpin dan pengikut dalam kedua-dua

organisasi berkenaan. Antara perbezaan ialah pemimpin dan pengikut dalam

organisasi formal terikat dengan struktur pentadbiran yang lebih ketat, bertulis

dan rasmi dalam berhubung antara satu sama lain. Manakala, situasi dalam

organisasi tidak formal tidak terlalu terikat dengan prosedur yang bertulis dan

perhubungan antara pemimpin dan pengikut lebih bergantung kepada kerelaan,

timbang rasa dan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Pembentukan Agenda Dalam Organisasi

82
Prosedur pemimpin membentuk agenda dalam organisasi bagi mempengaruhi

keberkesanan dan halatuju yang jelas

Objek Sebenar

Tanggapan

Kepercayaan

Tindakan

Integrasi

Karektor
Ringkasan.

1. Organisasi formal mempunyai struktur pentadbiran yang berbentuk rasmi

dan terikat dengan peraturan, polisi dan misi yang bertulis.

2. Organisasi formal terbahagi kepada agensi pentadbiran, badan-badan

korporat atau swasta, politik dan persatuan (NGO).

3. Organisasi tidak formal tidak mempunyai sistem pentadbiran yang terlalu

ketat kerana ianya tidak terikat dengan sistem pentadbiran yang rasmi

perhubungan antara pemimpin dan pengikut selalunya berdasarkan

kerelaan, kepercayaan dan toleransi.

4. Pemimpin dalam organisasi formal boleh terbahagi kepada dua iaitu

pemimpin formal dan pemimpin tidak formal.

5. Pemimpin organisasi formal dilantik oleh pihak atasan dan kadangkala

dilantik oleh pengikut terutama yang melibatkan kesatuan.

83
6. Pemimpin organisasi tidak formal selalunya dilantik oleh pengikut atas

persepakatan bersama dan selalunya dipilih daripada mereka yang

berpengaruh dan berkarisma.

Rujukan

Ahmad Atory, H. (1991). Pengurusan organisasi. Kuala Lumpur :


Utusan Publications & Distributors.

UNIT 6

PERANAN PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN SUMBER

MANUSIA

Pendahuluan

Kepemimpinan dan pembangunan sumber manusia mempunyai pertalian yang

erat. Ini kerana kepemimpinan, konsep asasnya ialah untuk membangun,

menyalur dan memperkembangkan sumber yang sedia ada dalam diri manusia

iaitu pengikut. Adalah satu kesilapan besar jika pemimpin dalam

kepemimpinannya tidak mampu dan berupaya membangkit, membentuk,

menyalur dan mengembangkan potensi dan sumber yang sedia ada pada diri

pengikutnya.

84
Tajuk-tajuk dalam unit 6

1. Konteks diri sendiri.

2. Konteks keluarga.

3. Konteks masyarakat.

4. Konteks organisasi.

Objektif pembelajaran unit

1. Menerang dan membincangkan peranan kepemimpinan dalam

pembangunan sumber manusia.

2. Mengenalpasti ciri kepemimpinan dalam konteks diri sendiri, keluarga,

masyarakat dan negara.

3. Menentukan ruang lingkup kepemimpinan dalam konteks diri sendiri,

keluarga, masyarakat dan negara.

Konteks diri sendiri

Setiap kepemimpinan bermula dalam diri individu itu sendiri kerana sebelum

seseorang boleh memimpin, perlulah dipimpin dirinya dahulu. Maksudnya,

seseorang itu perlulah mempersiapkan dirinya dahulu sebelum menjadi

pemimpin.

Kenapa harus pimpin diri sendiri

85
Sangat penting pimpin diri sendiri kerana dapat wujudkan sifat-sifat mulia dan

sekaligus menjadi model kepada orang lain.

Bagaimana memimpin diri

Bukanlah satu tugas mudah untuk memimpin diri sendiri jika individu tidak

bersedia melakukan anjakan paradikma. Terpulang kepada individu bagaimana

hendak memimpin dirinya. Satu yang penting, kepemimpinan dalam diri perlulah

selaras dengan norma, rol dan pengharapan sosial. Terdapat beberapa langkah

yang boleh diambil atau peranan yang boleh dimainkan untuk memimpin diri

sendiri iaitu:

(1) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan.

(2) Membina pengetahuan dan kemahiran.

(3) Meletakkan matlamat dalam diri.

(4) Disiplin

(5) Sentiasa bersedia belajar dan mengejar kecemerlangan.

Implikasi kepemimpinan diri

Adalah proses semulajadi individu akan dinilai berdasarkan apa yang dilakukan

serta pandangannya terhadap sesuatu. Kepemimpinan yang dipraktikkan dalam

diri mempunyai implikasi yang cukup besar kerana ianya secara tidak langsung

memaparkan perilaku individu.

86
Konteks keluarga

Keluarga merupakan unit asas kepada pembentukan komuniti, masyarakat dan

negara. Kepemimpinan keluarga penting untuk melahirkan insan yang dapat

bertingkahlaku selaras dengan norma, rol dan pengharapan sosial.

Kepemimpinan cemerlang yang diamalkan oleh keluarga akan melahirkan warga

berkualiti.

Kepemimpinan bermula dari dalam keluarga yang mengandungi ibu bapa dan

anak-anak dan berlanjutan sehingga ke sebuah masyarakat dan negara.

Kepemimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah keluarga. Pemimpin

keluarga yang berkualiti akan menjamin pencapaian dan kelangsungan keluarga.

Bentuk kepemimpinan keluarga

Kajian awal dalam mengenalpasti kepemimpinan keluarga, telah mengenal pasti

dua dimensi utama iaitu:

1. Kemesraan lawan permusuhan, dan

2. Membiarkan lawan autokratik.

Kemesraan mencerminkan kepemimpinan keluarga yang penyayang, memberi

ganjaran, memberi harapan, kesejahteraan dan menyayangi anak-anak.

Permusuhan pula merujuk kepada kepemimpinan keluarga yang suka mengkritik,

tidak menghargai usaha anak-anak, kurang sensitif dan suka memerintah.

87
Manakala membiarkan pula ialah keluarga tidak menjelaskan bagaimana anak-

anak harus bertingkahlaku dan anak-anak sentiasa dalam situasi kurang

tenteram. Kepemimpinan autokratik pula memperlihatkan stail kepemimpinan

keluarga yang melibatkan kawalan yang kuat dan selalu meminta anak-anak

mengikut kehendak keluarga.

Terdapat beberapa ciri kepemimpinan dalam keluarga iaitu:

(1) Kepimpinan suami terhadap isteri.

(2) Kepemimpinan isteri terhadap suami.

(3) Kepemimpinan ibu bapa terhadap anak.

(4) Kepemimpinan anak terhadap anak.

Implikasi kepemimpinan yang diamalkan

Jika setiap individu berjaya mencernakan kepemimpinan yang berkesan dan ahli

keluarga menyedari tanggungjawab dan peranan, maka sumber manusia yang

sedia ada, dapat digembelengkan dan melahirkan insan yang dinamik.

Konteks masyarakat

88
Sesebuah masyarakat menjadi cemerlang sekiranya memiliki pemimpin

cemerlang dengan mengimplikasikan kepemimpinan yang menepati kehendak

dan aspirasi masyarakatnya.

Peranan pemimpin

1. Berwawasan jelas dan menarik.

2. Boleh menjelaskan wawasannya kepada pengikut.

3. Menunjukkan konsistensi dan penumpuan.

4. Mengenali kekuatan diri dan pengikut.

5. Proses kepemimpinan membawa inovasi.

Gaya kepemimpinan dalam masyarakat

1. Meyakinkan masyarakat yang dipimpin melalui wawasan.

2. Membangunkan potensi pengikut.

3. Mengenalpasti kemampuan dan kebolehan pengikut.

4. Pengagihan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan kemampuan

pengikut.

Implikasi kepemimpinan yang diamalkan

Walaupun kepemimpinan sebenarnya bermula dalam diri individu dan seterusnya

berkembang kepada keluarga dan masyarakat; namun, kemampuan dan

kebolehan sebenar individu itu dinilai berlandaskan kebolehannya menjadi

pemimpin masyarakat yang cemerlang.

89
Konteks negara

Kepemimpinan dalam negara lebih kompleks berbanding dalam konteks yang lain

kerana pemimpin diberikan kuasa melalui pemilihan. Pemimpin dalam negara

perlu mengenalpasti, merangka, merancang, melaksana dan memastikan setiap

denyut nadi pentadbiran berjalan lancar.

Malahan pemimpin dalam konteks negara perlu mengambilkira kepentingan

negara dan rakyat dalam perancangan dan pembuatan keputusan. Ini kerana,

jika berlakunya sebarang bentuk kesilapan, semua pihak akan menanggung

risiko iaitu pemimpin dan rakyat.

Peranan

Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan olegh pemimpin dalam konteks

negara. Disebabkan para pemimpin merupakan individu yang akan menentu

kejayaan atau kegagalan sesebuah negara khususnya dalam aspek

pembangunan, ekonomi dan kemasyarakatan, maka peranan mereka amatlah

berat. Beberapa peranan utama pemimpin dalam konteks negara ialah:

1. Mengenalpasti, menganalisis, merangka dan merancang pembangunan

material dan spiritual rakyat.

2. Pembuatan keputusan dan pelaksana dasar.

3. Membentuk hala tuju dan penetap matlamat.

90
4. Membawa perubahan.

5. Penggerak.

6. Pakar rujuk.

7. Rol model dan simbol kelompok.

Implikasi

Berlandaskan peranan berat yang diamanahkan, kegagalan pemimpin

melaksanakan peranan amereka dengan perkesan dalam konteks negara akan

menimbulkan beberapa natijah seperti:

1. Kegagalan kepemimpinan akan menyebabkan negara dan rakyat tidak

berdaya maju.

2. Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin akan menyebabkan negara tidak

stabil.

3. Keutuhan negara bergantung kepada kepemimpinan yang dipraktiskan

oleh setiap pemimpin.

4. Kesilapan perancangan menyebabkan pemimpin akan kehilangan

kepercayaan dan kemungkinan tidak akan dipilih lagi.

5. Kegagalan pemimpin menunakan aspirasi rakyat menyebabkan

kemungkinan pemimpin akan dicemuh, diguling atau dibunuh.

Aktiviti

91
1. Bincangkan bagaimana kepemimpinan yang diamalkan dalam konteks

keluarga menjadi batu asas kepada pembangunan sember manusia dalam

sesebuah masyarakat dan negara.

2. Pembangunan sumber manusia berkait rapat dengan kepemimpinan

keluarga, masyarakat dan negara. Bincangkan pernyataan ini

berlandaskan pengalaman anda berserta rujukan yang sesuai.

3. Senaraikan ciri dan tanggungjawab kepemimpinan dalam konteks

masyarakat dan negara. Berdasarkan peranan dan tanggungjawab

tersebut, bincangkan bagaimana pemimpin membangun dan

mengembangkan potensi sumber manusia yang ada.

4. Bina sebuah rajah yang menunjukkan perkaitan peranan dan ciri-ciri

kepemimpinan antara setiap tajuk dalam unit ini.

5. Gunakan pengalaman anda sebagai seorang pemimpin untuk

menerangkan bagaimanakah proses yang berkesan untuk membangunkan

sumber manusia dalam kelompok pimpinan anda.

6. Bincangkan bagaimanakah kepemimpinan yang diamalkan dalam

organisasi berkait rapat dengan kepuasan kerja, keuntungan dan

pencapaian individu.

7. Anda adalah pemimpin dalam satu organisasi. Bagaimanakah anda

hendak memastikan sumber manusia yang ada dapat dibentuk dan

dibangunkan ke arah kecemerlangan.

92
Penutup

Kepemimpinan dalam konteks diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara akan

menentukan keberkesanan dan kejayaan kepada pembangunan negara.

Pengembelengan sumber manusia yang bijak oleh seseorang pemimpin akan

menghasilkan insan-insan yang memiliki daya tahan dan daya juang yang

mantap.

Kegagalan pemimpin mengaplikasikan kepemimpinan yang berkesan yang

mampu mengenalpasti kebolehan dan kemampuan pengikutnya, akan

menjejaskan pembangunan sumber manusia yang sedia ada dan seterusnya

memberi impak kepada pembangunan negara.

Ringkasan

1. Kepemimpinan bermula dalam diri individu seterusnya menular kepada

keluarga masyarakat dan negara.

2. Pemimpin perlulah mengenal pasti tahap dan taraf pengikutnya supaya

dapat memainkan peranan dan tanggungjawab sejajar dengan

pengharapan, kehendak dan kebolehan pengikut.

3. Kepemimpinan yang diamalkan oleh seseorang dalam diri sendiri akan

dicernakan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

4. Wujud pelbagai peranan pemimpin mengikut konteks.

5. Rol pemimpin adalah tidak sama dalam setiap konteks kepemimpinannya.

93
6. Pengetahuan, pendedahan, kemahiran, nilai dan tanggapan pemimpin

akan menentukan kepemimpinannya dalam setiap konteks.

7. Pembangunan sumber manusia yang cemerlang bergantung kepada

kepemimpinan yang bermula dalam diri, keluarga dan masyarakat.

8. Pemilikan dan pemberian kuasa yang dimiliki oleh seseorang pemimpin

akan menentukan keberkesanan kempemimpinannya.

9. Kegagalan pemimpin melaksanakan tanggungjawab akan memberikan

impak besar kepada pembangunan sumber manusia dan seterusnya akan

mengancam pembangunan negara.

Konsep Kepimpinan Dalam HRD

Membina Arah

Misi Pengurusan individu dan kumpulan


Visi Tugasan / tanggungjawab / amanah
Matlamat sebagai individu dan kumpulan
Pembangunan KASA individu dan
kumpulan
Penilaian individu dan kumpulan

Rujukan

Lambak, T. (1999). Stail kepimpinan bapa: faktor personal dan


konteks keluarga. Kertas Projek Bacelor Sains Pembangunan Manusia tidak
diterbitkan . Universiti Putra Malaysia

94
UNIT 7
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPEMIMPINAN

DALAM ORGANISASI

Pendahuluan

Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Tercapai atau tidaknya matlamat organisasi bergantung kepada keberkesanan

kepemimpinan yang diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.

Organisasi memerlukan kepemimpinan efektif yang akan membawa organisasi ke

arah kecemerlangan dan keberkesanan.

Tajuk-tajuk dalam unit 8

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam unit ini ialah:

1. Faktor pemimpin

95
2. Faktor organisasi

3. Faktor persekitaran

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini anda diharapkan dapat:

1. Mengenalpasti faktor pemimpin, organisasi dan persekitaran yang

mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi.

2. Mengenalpasti ciri-ciri pemimpin menurut pandangan Islam dan Barat

yang mempengaruhi kepemimpinan dalam sesebuah organisasi.

3. Membezakan antara faktor persekitaran dalaman dan faktor persekitaran

luaran yang mempengaruhi kepemimpinan sesebuah organisasi.

Faktor pemimpin

Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

kepemimpinan dalam sesuatu organisasi. Pemimpin yang bijak adalah mereka

yang mampu mengaplikasikan kepemimpinan yang mampu mencungkil,

membentuk dan menyalurkan setiap sumber yang ada pada pengikutnya kearah

kecemerlangan organisasi.

Ciri-ciri yang ada pada pemimpin

96
Kepemimpinan memerlukan pemimpin memiliki ciri-ciri yang sejajar dengan

kehendak, matlamat dan keperluan organisasi atau pengikut. Beberapa ciri

sebagai pemimpin ialah:

1. Berilmu pengetahuan.

Seorang pemimpin hanya akan dapat melaksanakan peraturan,hukum-

hakam sekiranya dia berilmu. Tanpa pengetahuan, seseorang pemimpin

akan membawa organisasinya kearah jalan yang kabur dan tiada petunjuk

yang jelas.

2. Adil.

Seseorang pemimpin mestilah bersifat adil untuk mempastikan

organisasinya berada dalam keadaan yang harmoni, toleransi dan bebas

daripada ketegangan, konflik yang boleh memecah-belahkan pengikut-

pengikutnya.

3. Kesanggupan.

Seseorang pemimpin itu mesti sanggup melaksanakan apa jua undang-

undang yang telah digariskan oleh organisasinya, sanggup menentang

musuh dan sanggup mentadbir bagi kepentingan umum mahupun

keseluruhan organisasi.

4. Kuat.

Yang dimaksudkan dengan kuat ialah berkemampuan dari segi fizikal,

mental dan spiritual untuk memimpin sesebuah organisasi itu.

5. Kecerdasan

97
Umumnya pemimpin perlulah lebih cerdas daripada pengikut. Sebagai

contohnya, pemimpin ang memiliki IQ yang tinggi mampu memotivasi

membawa pengikut untuk melakukan perubahan.

6. Keperibadian

Aspek ini merujuk kepada inisiatif dan kemampuan pemimpin untuk

melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan serta

menonjlkan sikap yang tidak mudah mengaku kalah.

7. Kemampuan menyelia

Pemimpin perlulah mempunyai kebolehan menyelia segala aktiviti yang

dilaksanakan oleh pengikut untuk memastikan matlamat organisasi

dicapai.

8. Kebijaksanaan

Adalah penting pemimpin mempunyai daya kebijaksanaan yang tinggi

kerana antara fungsi pemimpin ialah menyelesaikan masalah pengikut.

Kebijaksanaan yang dimiliki akan menyebabkan pengikut lebih

menghormati.

9. Kematangan sosial dan emosi

Pemimpin perlulah mempunyai kekuatan emosi khususnya apabila

berhadapan dengan situasi yang mengguris perasan. Malah pemimpin

perlu memiliki kematangan sosial di mana dengan nya akan memudahkan

98
proses pertukaran maklumat, pembentukkan idea dan membina

hubungan.

10.Bersikap positif terhadap orang lain

Pemimpin perlulah bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pengikut

serta tidak memperkecilkan kelemahan pengikut . pemimpin juga perlu

bersedia membantu pengikut membangunkan potensi diri mereka.

11.Optimisme

Pemimpin adalah simbol dan model yang berpengaruh di kalangan

pengikut. Sikap optimis pemimpin mampu menjadi pemangkin untuk

pengikut menigkatkan kemampuan dan sekaligus mendorong pengikut

bertindak lebih efektif.

Corak kepemimpinan

Lazimnya pemimpin mengamalkan beberapa corak kepemimpinan yang sesuai

dengan kehendak, keperluan dan kemampuan pengikut. Antara corak

kepemimpinan yang selalu dipraktikkan ialah:

1. Sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pengikut.

2. Berupaya memenuhi permintaan dan matlamat organisasi.

3. Pencetus inovasi dan pendorong untuk membawa organisasi lebih berdaya

saing dan berdaya maju.

4. Memenuhi kehendak stakeholder.

99
Fungsi kepemimpinan

Terdapat beberapa fungsi kepemimpinan yang perlu dimainkan oleh pemimpin.

Antaranya ialah:

Fungsi antara personal

Dalam fungsi antara personal, pemimpin bertindak sebagai seorang ketua dan

penghubung antara golongan atasan dan golongan bawahan.

Fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat

Bagi fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat, seseorang pemimpin itu

bertindak sebagai peneraju, penyebar dan jurucakap atau jurubicara bagi

pengikutnya.

Fungsi membuat keputusan.

Bagi fungsi membuat keputusan, seseorang pemimpin itu berperanan sebagai

pengusaha kearah pembuatan keputusan, penyelesai kepada kekecohan akibat

pembuatan keputusan, penyedia sumber dan perunding dalam menentukan

sesuatu keputusan organisasi.

Pengaruh pemimpin

Pengaruh sering ditafsirkan sama seperti kuasa. Sebenarnya kuasa dan

pengaruh adalah dua konotasi yang berbeza. Maimunah (1990) mendefinisikan

pengaruh sebagai kebolehan individu mengawasi tingkahlaku orang lain supaya

100
berfungsi dalam kelompok. Terdapat beberapa faktor yang menentukan

pengaruh pemimpin daln kelompok. Antaranya ialah:

1. Personaliti.

2. Jawatan dan tugas.

3. Kemahiran khusus yang dimiliki.

4. Latar belakang keluarga.

5. Pemilikan harta dan sumber-sumber.

Faktor organisasi

Faktor organisasi berkait rapat dengan struktur pentadbiran, polisi dan misi

sesebuah organisasi. Organisasi yang mempunyai struktur pentadbiran yang

jelas, kemas dan sistematik akan memudahkan koordinasi kerja dan pengawalan

tindakan ahli didalam organisasi tersebut. Ia juga memudahkan pemimpin untuk

bertindak dan membuat keputusan yang jelas dan tepat dalam setiap aktiviti dan

situasi. Di samping itu, ia menyediakan satu suasana yang kondusif untuk

proses penurunan kuasa (empowerment) berlaku dalam organisasi.

Ciri-ciri peranan pemimpin konteks organisasi

Terdapat beberapa ciri yang mempengaruhi peranan pemimpin dalam konteks

organisasi iaitu:

1. Budaya organisasi boleh mempengaruhi corak kepemimpinan seseorang

pemimpin.

101
2. Kemudahan yang dimiliki dalam organisasi mampu menentukan corak

kepemimpinan.

3. Pemilikan sumber organisasi iaitu sumber manusia dan bukan manusia

boleh mempengaruhi kepemimpinan.

Kriteria yang mempengaruhi peranan pemimpin

Secara asasnya terdapat enam kriteria utama yang mempengaruhi peranan

pemimpin dalam konteks organisasi iaitu:

1. Saiz dan struktur organisasi.

2. Polisi, norma dan budaya organisasi.

3. Kuasa dan kedudukan pemimpin.

4. Sistem ganjaran.

5. Struktur dan kesukaran tugas.

6. Prestasi pengikut.

Faktor persekitaran

Setiap organisasi memang dipengaruhi oleh persekitaran. Kesan persekitaran

kepada organisasi merupakan satu fungsi bersandar dan saling mempengaruhi

antara satu sama lain. Pemimpin yang berwibawa sepatutnya mengekalkan

hubungan baik di antara fungsi organisasi dengan persekitarannya.

102
Sebagai contoh, pemimpin di sesebuah organisasi mestilah mengekalkan

hubungan yang baik dan erat dengan kesatuan sekerja yang ada di dalam

organisasi tersebut. Jika ini dapat dicapai, matlamat organisasi untuk

meningkatkan produktiviti dan dalam masa yang sama mengekalkan

keharmonian antara pekerja akan dapat dicapai secara berkesan.

Selain daripada persekitaran dalam sesuatu organisasi, faktor persekitaran luaran

juga mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi. Sebagai contoh, faktor

persekitaran luaran seperti tuntutan melaksanakan tanggungjawab sosial

terhadap pembangunan negara, pemeliharaan alam sekitar, pembanterasan

jenayah, vandalisme dan kempen masyarakat penyayang mempengaruhi

kepemimpinan sesuatu organisai itu untuk lebih peka dan prihatin terhadap

masyarakat luas.

Secara tidak langsung pemimpin organisasi yang prihatin kepada faktor-faktor

luaran ini akan menyerlahkan nilai dan norma organisasi yang positif kepada

seluruh warga organisasi. Ini berupaya mewujudkan budaya kerja dan sikap

prihatin individu dan organisai terhadap masyarakat umum.

Faktor yang mempengaruhi kepemimpinan

Terdapat nenerapa faktor yang secara khususnya mempengarhi kepemimpinan

dalam konteks persekitaran. antara faktor tersebut adalah:

1. Sosial

103
a. Budaya

b. Penglibatan wanita

2. Teknologi

3. Ekonomi

4. Politik

5. Globalisasi

Ciri-ciri

Beberapa cirri yang dapat dikenalpasti dalam konteks persekitaran ialah:

1. Polisi pemerintah.

2. Perubahan teknologi.

3. Perubahan sosial dan ekonomi.

4. Permintaan stakeholder.

Aktiviti

1. Berdasarkan pengalaman dan situasi sebenar, nyatakan ciri-ciri yang

terdapat pada pemimpin organisasi anda yang mempengaruhi kejayaan

organisasi anda.

2. Berikan contoh atau situasi di mana faktor organisasi mempengaruhi

kepemimpinan dalam organisasi anda.

3. Berikan contoh atau situasi di mana faktor persekitaran mempengaruhi

kepemimpinan dalam organisasi anda.

104
Penutup

Dalam unit ini telah dibincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

kepemimpinan di dalam sesebuah organisasi. Juga telah membincangkan

tentang ciri-ciri yang berkaitan dengan faktor pemimpin berdasarkan pandangan

Islam dan Barat. Dibincangkan juga faktor-faktor yang ada pada organisasi dan

persekitaran yang mempengaruhi kepemimpinan sesebuah organisasi.

Ringkasan

1. Terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin yang

boleh mempengaruhi kepemimpinan di dalam organisasi.

2. Ciri-ciri pemimpin yang mempengaruhi kepemimpinannya di dalam

organisasi boleh dilihat dari pelbagai perspektif.

3. Organisasi yang lebih tersusun, jelas dan sistematik mempunyai kesan

terhadap kepemimpinan pemimpin yang mengemudi organisasi tersebut

terutamanya dalam hal membuat keputusan dan penurunan kuasa.

4. Sesebuah organisasi yang menunjukkan kepekaan dan keprihatinan

terhadap persekitaran dalaman dan luaran organisasinya akan mempunyai

kesan yang positif terhadap kepemimpinan organisasi dan semangat

bekerja individunya.

105
Rujukan

Hofstede, G. (1991). Cultures and organizations: Software of the


mind. London: Mc Graw Hill.

UNIT 8
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Pendahuluan

Pemimpin dalam sesebuah organisasi mempunyai peranan dan tanggungjawab

kepada berbagai pihak. Beliau berperanan memastikan bahawa organisasi yang

dipimpinnya menyumbang dan memenuhi keperluan kesemua pihak ini. Pihak-

pihak tersebut ialah organisasi itu sendiri, pekerja, persekitaran dan negara.

106
Tajuk-tajuk dalam unit 9

Dalam unit ini, kita akan membincangkan tajuk-tajuk berikut:

1. Kepada Organisasi

2. Kepada pekerja

3. Kepada persekitaran

4. Kepada negara

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini, para pelajar akan dapat:

1. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada organisasi

2. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada pekerja

3. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada

persekitaran

4. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada negara

Kepada Organisasi

Beberapa peranan pemimpin kepada organisasi iaitu:

Membentuk visi dan objektif organisasi

Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan objektif bagi

mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti serta keuntungan organisasi

yang dipimpinnya.

107
Menyampai dan menerangkan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga

organisasi

Visi dan objektif ini perlu difahami oleh semua individu dalam sesebuah

organisasi supaya mereka sama-sama berkongsi visi dan objektif organisasi dan

seterusnya melaksanakan apa yang telah digariskan. Pemimpin memainkan

peranan penting dalam meyakinkan pengikutnya untuk bergerak dan

merealisasikan visi dan objektif ini.

Menggembleng kepakaran kesemua warga organisasi

Dalam membina satu pasukan yang teguh, pemimpin perlu menggembleng

semua tenaga dalam organisasi berdasarkan kepakaran masing-masing untuk

bersama-sama berganding bahu merealisasikan visi dan objektif organisasi.

Pemimpin seperti nakhoda, mengemudikan seluruh anak kapal bagi mengharungi

cabaran organisasi dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi,

Kepada pekerja

Mengikut pengertian yang mudah, kepemimpinan ialah aktiviti mempengaruhi

individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan

atau organisasi. Beberapa peranan pemimpin kepada pekerja ialah:

Peranan Personal

1. Ketua – bertanggungjawab mentadbir para pekerja.

108
2. Pemimpin- mendorong pekerja kearah mencapai matlamat organisasi.

3. Penghubung- menghubungkan antara individu dan kumpulan sesama

pekerja.

Peranan Penerimaan dan Penyampaian Maklumat

1. Peneraju- mendapatkan maklumat semasa daripada pekerja dan

menyelaraskan urusan organisasi.

2. Penyebar- memaklumkan kepada pekerja dari masa ke semasa tentang

organisasi.

3. Jurucakap- menjadi jurucakap mewakili pekerja dan organisasi apabila

berhubung dengan pihak luar sama ada menerangkan tentang dasar,

perancangan atau apa sahaja maklumat berhubung pekerjanya.

Peranan membuat Keputusan

1. Pengusaha- Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab mencetus idea

bagi mempertingkatkan produktiviti pekerja.

2. Penyelamat kekecohan- bertindak sebagai penyelamat kekecohan yang

berlaku antara pekerja.

3. Penyedia sumber- Menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh

pekerja seperti perkakasan, bantuan kewangan dan sebagainya.

109
4. Perunding – Pemimpin bertanggungjawab sebagai wakil pekerja dan

organisasi menjalankan rundingan samada di luar atau di dalam bagi

menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Peranan pembangun sumber manusia

1. Perancang strategik – merancang strategi untk membangunkan dan

mengptimumkan sumber manusia untuk jangkamasa pendek, sederhana

dan panjang.

2. Perekabentuk dan pembangun sistem – merekabentuk program,

intervensi strategi dan perlaksaan program pembangunan sumber

manusia.

3. Pakar – menjadi pakar rujuk dalam segala aspek yang bersangkutan

dengan pembangunan sumber manusia.

Kepada persekitaran

Pemimpin bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial dan

membantu agensi-agensi luar yang memerlukan sumbangan organisasi yang

dipimpinnya. Apabila terdapat satu sinergi antara organisasi yang dipimpinnya

dengan persekitaran, kerjasama ini akan membuahkan berbagai kejayaan dan

dalam masa yang sama membantu pihak-pihak lain mencapai kejayaan mereka

pula. Ini juga akan mengelakkan organisasi yang dipimpinnya daripada

110
mementingkan keuntungan organisasi semata-mata dan lebih relevan terhadap

tuntutan dan keperluan persekitaran.

Beberapa peranan pemimpin kepada persekitaran ialah:

Persekitaran dalam pemahaman yang mudah ialah segala elemen yang berada

disekeling sistem kehidupan mahkluk bernyawa yang sama ada

secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan.

Oleh yang demikian, sebagai pemimpin, mereka mempunyai

beberapa peranan terhadap persekitran. Antaranya ialah:

Penghasilan produk yang berkualiti

Memastikan produk yang dihasil dan berikan kepada pengguna adalah berkualiti.

Produk yang dihasilkan perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Di mana

produk tersebut tidak menjejaskan atau membahayakan pengguna.

Penawaran perkhidmatan yang berkualiti

Pemimpin perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengikut atau

pengguna adalah berkualiti dan menepati standard. Kegagalan menawarkan

perkhidmatan yang berkualitui akan menjejaskan nama baik organisasi dan

mungkin imej nya sendiri. Malahan memungkinkan wujudnya tanggapan kurang

sihat daripada pengikut dan pengguna yang akhirnya akan membawa

orgganisasi ke kancah masalah.

111
Memastikan keharmonian

Pemimpin juga berperanan memastikan ketenteraman, keharmonian dan

kesejahteraan kepada kelompok pimpinannya. Kepemimpinan yang gagal

mendorong kepada kesejahteraan, keharmonian dan ketenteraman akan

menyebabkan pengikut sukar menerima pemimpin yang akhirnya akan

merugikan semua pihak.

Pengawal alam sekitar

Kepemimpinan juga menuntut pemimpin memastikan sebarang keputusan,

tindakan dan cara perlaksanaan sama sekali tidak menjejskan alam sekitar, sama

ada berbentuk pencemaran atau pelanggaran akta alam sekitar.

Kepada negara

Peranan dan tanggungjawab pemimpin ialah memastikan organisasinya itu

membantu ke arah pembangunan negara. Ini dapat dilakukan dengan memimpin

para pekerja dan organisasinya dalam membantu menyediakan sumber-sumber

yang diperlukan dalam hal pembangunan negara.

112
Contoh terbaik ialah konsep Persyarikatan Malaysia di mana pihak swasta dan

pihak kerajaan bergabung tenaga membangunkan negara bagi mencapai taraf

negara maju menjelang 2020. Pemimpin bagi kedua-dua organisasi iaitu swasta

dan kerajaan bersama-sama berperanan menggembleng segala kepakaran dan

gunatenaga organisasi masing-masing mencurahkan sumbangan mereka

terhadap pembangunan negara. Beberapa peranan pemimpin kepada negara

ialah:

Mengekalkan keharmonian

Pemimpin perlu memastikan keharmonian terutamanya jika organisasi yang

dipimpinnya mengandungi pelbagai kaum.

Mengharumkan nama negara

Pemimpin menjadi cermin kepada negara. Mereka bukan sahaja memimpin

sekelompok pengikut setempat, kemungkinan menjadi pemimpin di peringkat

antarabangsa adalah besar. Pemimpin perlu membawa imej yang baik kerana

kegagalan memberikan imej yang baik akan menyebabkan pihak luar membina

tanggapan kepada negara yang diwakili oleh pemimpin tersebut.

Menambah hasil negara

Pemimpin menjadi agen yang merangka, merancang, membina dan membentuk

dana untuk menghasilkan pendapatan kepada negara. Pemimpin yang bijak,

113
adalah pemimpin yang dapat meningkatkan dana negara dan seterusnya

meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menjana pembangunan

Setiap pengikut inginkan kehidupan yang selesa. Oleh itu pemimpin perlulah

mengusahakan pembangunan sama ada dari perspektif material dan spiritual

agar kehidupan rakyat sejahtera.

Aktiviti

1. Bincangkan bagaimana pemimpin dalam organisasi anda berperanan dan

bertanggungjawab terhadap:

a. Organisasi

b. Pekerja

c. Persekitaran

d. Negara

2. Kaitkan jawapan anda berdasarkan pengalaman dan sila berikan contoh

dan rujukan yang berkaitan.

3. Apa yang anda faham tentang `tanggungjawab sosial’. Huraikan dengan

mengaitkannya kepada peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam

organisasi.

4. Kepemimpinan anda dalam organisasi mula dipertikaikan. Para pekerja

mendakwa anda gagal memandu organisasi mencapai objektif dan anda

114
juga dituduh mengamalkan sikap memilih dalam pengiktirafan dan

penghargaan kepada pekerja. Bincangkan bagaimana anda mengatasi

perkara ini dan meyakinkan pekerja bahawa anda seorang pemimpin yang

baik.

Penutup

Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam

organisasi kerana setiap unit dalam organisasi yang diketuainya memerlukan

kepekaan, sikap, sentuhan, wawasan dan kepakarannya. Pemimpin yang

memiliki ciri-ciri pemimpin yang baik, akan memandu organisasinya kearah

kecemerlangan dan tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap pekerja,

persekitaran dan negara.

Ringkasan

1. Pemimpin dalam organisasi berperanan dan bertanggungjawab terhadap

organisasi, pekerja, persekitaran dan negara.

2. Sesebuah organisasi memerlukan kepemimpinan yang berkesan bagi

mencapai matlamat dan mencipta kejayaan dan peningkatan produktiviti

115
3. Pemimpin mempunyai peranan antara personal, peranan penerimaan dan

penyebaran maklumat dan peranan membuat keputusan terhadap

pekerjanya.

4. Pemimpin bertanggungjawab memastikan organisasinya menjalankan

tanggungjawab sosial dan memenuhi tuntutan persekitaran dan negara.

UNIT 9

ISU-ISU KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

116
Pendahuluan

Kepemimpinan adalah satu topik yang hangat diperbahaskan kerana secara

dasarnya setiap individu adalah pemimpin; setidak-tidaknya dalam diri sendiri.

Semakin kompeksnya sistem sosial, semakin banyak diperkatakan mengenai

kepemimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

Tajuk-tajuk dalam unit ini

1. Wanita dan kepemimpinan.

2. Maklumat, teknologi dan komunikasi (ICT)

3. Ideologi

4. Diversiti

Objektif pembelajaran

Diakhir unit ini diharapkan anda akan dapat:

1. Mengenalpasti peranan, ciri dan tanggungjawab wanita sebagai

pemimpin.

2. Mengenalpasti kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam

kepemimpinan untuk seseorang wanita.

3. Menentukan peranan dan tanggungjawab pemimpin di era ICT.

4. Menggalurkan kekangan dan kelebihan menjadi pemimpin di era ICT.

5. Mengenalpasti ideologi-ideologi pemimpin dalam kepemimpinannya.

117
6. Menganalisis senario diversiti yang berlaku dalam kepemimpinan.

Wanita dan kepemimpinan

Secara umumnya wanita mempunyai hak dalam kepemimpinan. Setiap individu

sama ada lelaki atau wanita yang dipertanggungjawabkan mengurus atau

memimpin orang lain dalam kelompok yang kecil atau besar, atau

dipertanggungjawabkan mengurus sesuatu kerja dinamakan pemimpin dan

bertanggungjawab ke atas pimpinannya.

Northouse (1997) menyatakan bahwa kaum wanita semakin memainkan peranan

yang penting dalam kepemimpinan dan mereka cenderung untuk menggerakkan

jentera kepemimpinan seiring dengan kaum lelaki.

Bentuk kepimpinan wanita

Wujud empat bentuk utama kepemimpinan wanita iaitu:

1. Kepemimpinan wanita pada diri sendiri.

2. Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga.

3. Kepemimpinan wanita di dalam masyarakat.

4. Kepemimpinan wanita dalam organisasi.

Kepemimpinan wanita pada diri sendiri

118
Kepemimpinan wanita kepada diri sendiri adalah dengan mempertingkatkan

kualiti diri ke arah yang lebih mantap, matang, dan cemerlang iaitu dengan

berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia dan beramal soleh.

Wanita yang memiliki sifat-sifat positif ini akan dapat melahirkan kepemimpinan

melalui teladan kepada anggota keluarganya sendiri dan masyarakat awam,

sama ada secara formal atau tidak formal. Selain daripada itu, sifat positif ini

juga dapat menjadikan seseorang wanita itu pemimpin sejati, tokoh yang

dihormati dan disanjung tinggi.

Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga

Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga adalah sebagai pengurus kepada

rumahtangga suaminya. Pendidik dan pembimbing kepada orang-orang yang

menetap bersama-samanya seperti keluarga dan anak-anaknya.

Umumnya ditanggapi kepemimpinan wanita adalah terbatas dan hanya

mencakupi aspek-aspek tertentu sahaja. Namun begitu, wanita masih memiliki

hak dalam bidang kepemimpinan rumahtangga sebagai pembantu kepada suami,

pengurus rumahtangga dan pemimpin kepada orang yang berada di rumah

suaminya.

119
Bagi menjamin kejayaan kepemimpinan wanita di dalam rumahtangga, wanita

perlu memerlengkapkan diri dengan memiliki ciri-ciri asas suri rumahtangga

mengikut kehendak setempat serta keadaan semasa.

Kepimpinan wanita dalam masyarakat

Wanita sebagai manusia dinamik turut berperanan dan memberi sumbangan

pada pembangunan insan, agama dan Negara. Kepemimpinan wanita bersifat

sepadu iaitu kepemimpinan yang menitikberatkan di antara pembangunan

material dan rohani.

Matlamat kepemimpinan wanita di dalam pembangunan insan adalah bagi

membina masyarakat yang maju, berilmu, berkemahiran, berkualiti, di samping

masyarakat yang mempunyai akhlak yang baik, bermoral, berhemah tinggi, dan

hubungan sesama manusia. Maka dengan itu, kepemimpinan wanita di dalam

masyarakat bersifat bersepadu, terikat dan seimbang.

Kepemimpinan wanita dalam organisasi

Kepemimpinan wanita dalam organisasi semakin diterima dan diiktiraf sejajar

dengan perkembangan semasa. Wanita yang menduduki sesuatu jawatan

penting dalam organisasi mempunyai kuasa, tanggungjawab dan peranan yang

tersendiri yang secara langsung mempengaruhi perjalanan dan perkembangan

organisasi tersebut.

120
Penerimaan pengikut

Pengikut biasanya mempunyai tanggapan yang tersendiri apabila wanita menjadi

pemimpin. Wujud pelbagai tanggapan yang menjadi cabaran dan halangan

kepada pemimpin wanita. Halangan dan cabaran tersebut adalah:

1. Kepelbagaian rol

2. Stereotaip

3. Penerimaan keluarga, masyarakat dan organisasi

4. Biologikal

5. Pengharapan kendiri

Kepemimpinan wanita dan era globalisasi

Wanita semakin diterima sebagai pemimpin dan kepemimpinan mereka diakui

dan diikhtiraf. Di Malaysia sebagai contoh, semakin ramai wanita dilantik, dipilih

atau diwakilkan sebagai pemimpin. Globalisasi menjadi pembuka ruang dan

peluang kepada kaum wanita untuk terus melibatkan diri dalam kepemimpinan di

masyarakat, organisasi dan negara.

Bentuk kepemimpinan wanita di era globalisasi

Terdapat beberapa bentuk kepemimpinan yang dipraktiskan dalam era

globalisasi, iaitu:

1. Kepemimpinan secara terpilih

2. Kepemimpinan secara penyerahan

121
3. Kepemimpinan secara perkongsian

4. Kepemimpinan jarak jauh

Aktiviti

1. Bincangkan bagaimanakah kepelbagaian rol yang dimainkan oleh seorang

pemimpin wanita mempengaruhi kemampuannya untuk cemerlang dalam

memimpin organisasi.

2. Senaraikan dan bincangkan jenis dan bentuk stereotaip terhadap wanita

sebagai pemimpin.

3. Bagaimanakah keluarga, masyarakat dan organisasi memainkan peranan

untuk membimbing atau menghalang wanita dalam kepemimpinan.

4. Bincangkan ciri-ciri yang diperlukan oleh wanita dalam kepemimpinan.

5. Bina sebuah rajah menunjukkan kepelbagaian rol yang dimiliki oleh wanita

yang berkait rapat dengan kepemimpinan.

6. Bincangkan ciri-ciri, kelemahan dan kekuatan bentuk kepemimpinan di era

globalisasi.

7. Bagaimanakah bentuk kepemimpinan ini, globalisasi boleh

diimplimentasikan dalam organisasi anda.

Maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT)

Globalisasi telah mengecilkan sempadan dunia sehingga interaksi antarabangsa

tidak lagi terhad kepada aktiviti-aktiviti ekonomi semata-mata tetapi juga

122
mencakupi isu-isu sosial seperti hak asasi manusia dan alam sekitar. Dalam

masa yang sama, pembangunan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT)

telah menyemarakkan lagi perkembangan dan melengkapkan proses globalisasi.

Fungsi kepemimpinan dalam era ICT juga menjadi semakin kompleks dan

mencabar.

Cabaran kepemimpinan dalam era ICT

Cabaran di era globalisasi adalah cukup hebat. Sebagai pemimpin, seseorang itu

perlulah mengenalpasti dan tahu bagaimana untuk menyahut cabaran di era ini.

Antara cabarannya ialah:

1. Menguasai perubahan teknologi maklumat dan komunikasi.

2. Keupayaan berinteraksi dengan baik.

3. Pembangunan dan pembentukkan pengikut.

4. Pekerja berilmu.

5. Penyelidikan dan pembangunan.

6. Rantaian dan jaringan hubungan.

7. Mewujudkan persekitaran pencapaian tinggi.

Trend mempengaruhi kepemimpinan dalam era ICT

Terdapat beberapa trend yang secara langsung mempengaruhi kepemimpinan di

era ICT, antaranya ialah:

1. Globalisasi dan liberalisasi

123
2. Teknologi maklumat dan komunikasi

3. Pegangan terhadap nilai-nilai kerohanian dan agama

4. Peralihan kepada Knowledge Economy (K. economy)

5. Perubahan sosial

6. Taraf pendidikan

7. Perubahan perundangan dan peraturan

8. Peningkatan peranan dan kepemimpinan wanita

Ideologi

Setiap pemimpin memiliki ideologi yang tersendiri dalam mengimplimentasikan

kepemimpinan. Ideologi pemimpin lebih mudah dianalisis jika pemimpin itu

menjadi ketua negara. Kepemimpinannya akan menyerlahkan apakah ideologi

disebalik perancangan, keputusan dan tindakan. Memahami ideologi pemimpin

menjadi satu kelebihan kepada pengikut kerana mereka boleh memahami dan

menjangkakan bagaimana pemimpin akan bertingkahlaku. Kamus Dewan (1996)

ideologi dimengertikan sebagai fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan

untuk dasar pemerintahan dan lain-lain.

Setiap pemimpin mempunyai ideologinya yang tersendiri. Ideologi seseorang

pemimpin lazimnya berkait rapat dengan agama, budaya dan nilai yang sedia

ada dalam dirinya.

124
Keistimewaan ideologi pada pemimpin

Terdapat beberapa keistimewaan ideologi pada pemimpin iaitu:

1. Batu asas untuk pembentukan corak kepemimpinan.

2. Pemimpin tahu hala tuju dalam kepemimpinan.

3. Pengikut faham dan sedar bagaimana pemimpin ingin memandu mereka.

Kelemahan

Juga, terdapat beberapa kelemahan ideologi pada seseorang pemimpin iaitu:

1. Kemungkinan pemimpin terlalu taksub mengimplikasikan ideologi

sehingga lupa kepada tuntutan dan perkembangan semasa.

2. Pengikut mungkin tidak boleh menerima ideologi pemimpin.

3. Kegagalan melaksanakan ideologi menyebabkan pemimpin kehilangan

pengaruh.

4. Pertentangan ideologi pemimpin dengan pengikut boleh menyebabkan

keadaan tidak stabil.

Diversiti

Peranan pemimpin dalam era ICT tidak lagi hanya sebagai pencetus, membentuk

dan perancang kepada pembangunan dan perkembangan masyarakat, organisasi

dan negara sahaja. Peranan mereka semakin meluas iaitu pemimpin turut

berperanan sebagai pencetus perubahan, membina idea, pentadbir yang mahir,

ahli teknologi dan pelbagai peranan lain.

125
Corak kepemimpinan telah berubah iaitu kepemimpinan telah merentasi batu

sempadan, garisan kehidupan dan budaya setempat. Kepemimpinan meletakkan

pemimpin dalam situasi konflik iaitu konflik peranan, konflik nilai, konflik

perlakuan, konflik tugas dan konflik budaya.

Ciri-ciri kepemimpinan dalam diversiti

Wujudnya beberapa cirri kepemimpinan dalam konteks ini iaitu:

1. Peranan dan tanggungjawab pemimpin semakin kompleks.

2. Kepemimpinan menuntut kepada pengorbanan, kewangan, masa dan

semangat yang padu.

3. Pemimpin dan pengikut saling peka dan mengambil tahu aktiviti dan

tindakan satu sama lain.

4. Kepemimpinan menjadi satu kerjaya dan memberikan pendapatan.

5. Fenomena konflik menjadi sebahagian daripada rutin pemimpin dan

pengurusan konflik menjadi keperluan.

Kekuatan

Antara beberapa kekuatan diversiti dalam kekepimpinan ialah:

1. Pemimpin sentiasa bersedia melengkapkan pengetahuan dan kemahiran

dalam pelbagai bidang.

2. Pemimpin mampu menjadi rol model.

126
3. Kepemimpinan menyebabkan seseorang pemimpin merentasi sempadan

dan landasan setempat.

4. Kepemimpinan menuntut pemimpin untuk memiliki kepelbagaian

pengetahuand an kemahiran.

Kelemahan

Antara beberapa kelemahan kepemimpinan dalam diversiti ialah:

1. Tidak semua pemimpin dapat menyesuaikan diri dalam era yang semakin

kompleks dan menuntut kepada pemilikan pelbagai pengetahuan dan

kemahiran.

2. Kepemimpinan seseorang pemimpin mudah terdedah kepada kecaman

kerana pengikut menjadi penilai yang kritis.

3. Pengikut mungkin menuntut pemimpin melaksanakan tanggungjawab

yang bukan dalam bidang kepakarannya.

4. Diversiti untuk mencapai matlamat kumpulan menjadi lebih rumit,

mencabar dan sukar sekiranya konflik yang wujud tidak dapat diurus

dengan sempurna.

Aktiviti

1. Konsep diversiti telah membawa perubahan kepada tugas, peranan dan

tanggungjawab pemimpin. Bincangkan perkara tersebut berlandaskan

pengalaman anda berserta contoh dan rujukan yang sesuai.

127
2. Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila pemimpin perlu

menyesuaikan diri dengan era ICT dan konsep diversiti. Bincangkan

pernyataan tersebut dengan mengambil satu contoh organisasi yang

anda sertai.

Penutup

Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila dunia memasuki era ICT.

Keadaan menjadi bertambah kompleks apabila konsep diversiti menuntut

pemimpin tidak lagi hanya berlandaskan sumber dan kemampuan yang sedia

dimiliki untuk kekal menjadi pemimpin.

Diversiti menuntut pemimpin memperkaya dan memperkasakan diri agar segala

kemahuan, kehendak, tuntutan dan matlamat masyarakat, organisasi dan negara

dapat direalisasikan. Malahan wanita mula diterima dan diiktiraf sebagai

pemimpin. Kepemimpinan wanita yang dulunya menjadi isu besar, telah tidak

lagi menjadi isu ekoran ICT dan konsep diversiti memberikan wanita peluang,

ruang dan kesempatan yang luas.

128
Ringkasan

1. Kepemimpinan wanita semakin diterima dan bukan lagi satu isu besar.

2. Semakin ramai wanita diberi peluang, ruang dan kesempatan sebagai

pemimpin sama ada dalam konteks masyarakat, organisasi dan negara.

3. Kepelbagaian rol dan stereotaip seringkali menjadi penghalang kepada

wanita untuk cemerlang sebagai pemimpin.

4. Era ICT menjadikan tugas dan peranan pemimpin dalam kepemimpinan

semakin kompleks.

5. Kepemimpinan melangkaui sempadan daerah, landasan setempat dan

budaya sekelompok ekoran era ICT.

6. Konsep diversiti menuntut pemimpin mempelbagaikan kemahiran dan

pengetahuan.

7. Setiap pemimpin mempunyai ideologi dan mereka berusaha mencernakan

ideologi mereka dalam kepemimpinan yang dipraktiskan.

Rujukan

Robbins, S. P. (2001). Organizational behavior. New Jersey : Prentice-

Hall.

129
MODEL JAMILATO 5
KEPIMPINAN : SATU EPISTIMOLOGI

FAKTOR MEMPENGARUHI

SOSIAL EKONOMI POLITIK TEKNOLOGI

KELUARGA
CORAK
KEPIMPINAN
K O N T E K S

YANG DIPILIH
ORGANISASI

KOMUNITI
DIRI SAYA
SIAPA ? IMPLIKASI
NEGARA

ANTARABANGSA PERTANGGUNGJAWABAN

TEORI TUGAS PERANAN TANGGUNGJAWAB

FAKTOR MEMPENGARUHI

JAMILATO/LEADERSHIP/24/07/02/PEKKA/JPPPL/UPM

130
BACAAN TAMBAHAN

Abdul Shukor, A. (1992). Pengurusan organisasi : perspektif


pemikiran dan teori. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz, I.(1993). Kepimpinan rumah tangga menuju


kebahagiaan. Kuala Lumpur : ISBA Publication.

Abunoor, A. B & Ahmad, A. L. (penterjemah) (1993). Kepimpinan


wanita dalam keluarga dan masyarakat : menurut kaca mata Islam .
Kuala lumpur :
Affluent Master Sdn. Bhd.

Bass, B. M. (1981a). Stodgill's handbook of leadership. New York :


The Free Press.

Bass, B. M. (1981b). People, work and organizations : an


introduction of industrial and organizational psychology (2nd ed.).
Boston : Allyn and Bacon.

Bateman, T. S., & Snell, S. C. (1996). Management : Building


competitive advantage. Chicago : Irwin.

Berns, R. M. (1993). Child, family, community : Socialization and


support. Fort Worth : Harcourt Bace Jovanovich Colleage publishers.

Cascio, W. F. (1995). Managing Human Resources : Productivity,


quality of work life and profits (2nd ed.). New York : Mc Graw-Hill
Publishing Co.

Calvert, B. & Stauton, W. R. (1992). Percertion of parenthood :


similarities and differences between 15 years old girl and boys. Journal of
adolescence, 27(106), 37 - 52.

Cassel, R. N. & Stancik, E. J. (1981). The leadership ability


evaluation : revised. California : Western Psychological Services.

Dania, A. R. (1998). Kefahaman konsep pengikutan dalam


organisasi. Tesis Master Sains (HRD). Tidak diterbitkan. Serdang : UPM.

Easterbrooks, R. M. & Goldberg, W. A. (1984). Toddler development in


the Gromly, A. V. & Brodzinsky, D. M. (1993). Lifespan human development
(5th ed.). New York ; Harcourt Braco Jaovanorich colleage publisher.

131
George, J. M. & Jones, G. R. (1996). Understanding and managing
organizational behaviour. Massachussetts : Addison-Wesley Publishing.

Hesselbein, F., Goldsmith, M. & Bechard, R. (1997). The community of


the future. The Drucker Foundation. San Francisco : Jossey-Bass Publisher.

Hesselbein, F., Goldsmith, M. & Bechard, R. (1998). The leader of the


future : thevisions, strategies and practices for the next era. San
Francisco : Jossey-BassPublisher.

Jamilah, O. (1992). Kepimpinan dan pengurusan. Majalah


Pengembangan, 15, 33 - 44.

Jaafar, M. (1999). Kelakuan organisasi. Leeds Publications : Kuala


Lumpur.

Kamaruddin, K. (1989). Leadership in the management of student


affair di dalam some aspects of educational administration in Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kirkpatrick, S. A. & Locke, E. A. (1991). Leadership : Do traits matter?.


Academic ofManagement, Mei, 33 - 57.

Koontz, H. & Weihrich, H. (1997). Management (9th ed). New York :


McGraw-Hill Book Co.

Lambak, T. (1999). Stail kepemimpinan bapa: faktor personal dan


konteks keluarga. Kertas projek Bacelor Sains Pembangunan Manusia tidak
diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.

Maimunah, I. (1990). Pengembangan : Implikasi ke atas


pembangunan masyarakat (edisi kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nik Abdul Rashid, I. (1993). Kepemimpinan : ulusan teori dan kajiannya


di Malaysia. Dalam Abdul Halim Othman (ed). Psikologi Melayu. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruslan, K. (1996). Kepimpinan yang cemerlang mengikut Islam.


Kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen kepimpinan generasi muda se
Malaysia, Kuala Lumpur.

132
Robbins, S. P. (1996). Organizational behaviour concept,
controversies, applications. New Jersey : Prentice Hall International.

Saifuddin, A. (1996). Cabaran-cabaran strategik kepimpinan abad


ke - 21. Kertas kerja dibentangkan dalam konvensyan kepimpinan generasi
muda se Malaysia, Kuala Lumpur.

Shaeter, A. B. & Bayley, D. (1963). Leadership. Dalam Dudley E. Flood


(ed). If they are not following; you are not leading. US State Department
of Public Instruction, May 1977.

Yukl, G. A. (1989). Leadership in organizations. New Jersey ;


Prentice Hall.

Zinn, B. M. (1992). Social problems (5th ed). Boston : Allyn and


Bacon.

133

Anda mungkin juga menyukai