Anda di halaman 1dari 7

Q & A Berkaitan Dengan Pelaksanaan KSSM

Pendidikan Moral

Q1 Apakah pembaharuan dalam KSSM Pendidikan Moral yang


dilaksanakan mulai tahun 2017?

A1 Pembaharuan dalam KSSM Pendidikan Moral yang dilaksanakan


mulai tahun 2017 adalah dari segi matlamat dan objektif, kandungan
kurikulum, standard pembelajaran, standard prestasi serta
peningkatan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Q2 Apakah matlamat KSSM Pendidikan Moral?

A2 KSSM Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak


mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal
berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan
kesejahteraan negara serta masyarakat global.

Q3 Apakah objektif KSSM Pendidikan Moral?

A3 KSSM Pendidikan Moral berobjektif untuk membolehkan murid


memahami, menghayati dan mengaplikasikan nilai-nilai universal
berdasarkan konsep moral serta isu-isu moral melalui domain
penaakulan, emosi dan perlakuan moral. Di samping itu,
mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab,
berintegriti, bertindak adil dan berempati dalam membuat keputusan
serta menyelesaikan masalah. Seterusnya dapat memperkukuhkan
elemen perpaduan dalam diri untuk mewujudkan masyarakat yang
harmoni.

Q4 Berapakah peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran


Pendidikan Moral KSSM Menengah Rendah setahun?

A4 Peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran Pendidikan Moral


KSSM Menengah Rendah adalah sebanyak 96 jam setahun. Agihan
masa minimum untuk PdP adalah sebanyak 64 jam dan aktiviti di luar
waktu PdP adalah sebanyak 32 jam setahun.

Q5 Bagaimanakah pelaksanaan aktiviti di luar waktu PdP Pendidikan


Moral (ALPdP) peringkat menengah rendah?

A5 Pelaksanaan ALPdP Pendidikan Moral peringkat menengah rendah


adalah mengikut DSKP setiap tingkatan.Maklumat berkaitan
perlaksanaan ALPdP terdapat dalam Surat Pekeliling ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016. Guru perlu
mematuhi surat pekeliling tersebut bagi menjalankan ALPdP ini.
Q6 Apakah yang dimaksudkan dengan domain penaakulan moral?

A6 Domain penaakulan moral merujuk kepada keupayaan mental untuk


menaakul dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai demi
mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau
salah. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan
masalah atau isu moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional
dan objektif berdasarkan prinsip moral.

Q7 Apakah yang dimaksudkan dengan domain emosi moral?

A7 Domain emosi moral merujuk kepada kesedaran emosi moral


melahirkan kepedulian dan hati nurani yang menyebabkan insan
berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa
bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Emosi moral
melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak berdasarkan
empati dan simpati terhadap diri dan orang lain. Emosi moral ini boleh
diekspresikan dalam bentuk luahan perasaan, fikiran, gerak geri dan
sebagainya.

Q8 Apakah yang dimaksudkan dengan domain perlakuan moral?

A8 Perlakuan moral adalah tindakan moral berkaitan antara penaakulan


moral dan emosi moral. Ia dilakukan secara rela hati dengan rasa
bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti moral.

Q9 Apakah yang membezakan Standard Kandungan dan Standard


Pembelajaran?

A9 Standard Kandungan merujuk kepada penyataan spesifik tentang


perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran pula merujuk kepada
suatu penetapan kriteria atau indicator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Q10 Apakah yang dimaksudkan dengan Standard Prestasi?

A10 Standard Prestasi merujuk kepada suatu set kriteria umum yang
menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan
sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

Q11 Apakah domain-domain yang terkandung dalam standard


pembelajaran?

A11 Domain penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral


merupakan tiga domain yang terkandung secara eksplisit dalam
standard pembelajaran.

2
Q12 Apakah bidang yang terkandung dalam KSSM Pendidikan Moral?

A12 Bidang-bidang yang terkandung dalam KSSM Pendidikan Moral


adalah seperti berikut:

Tingkatan Bidang

Pengenalan Moral
1 Diri, Keluarga dan Persahabatan
2 Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat
3
Moral, Peraturan dan Undang-Undang

Insan Bermoral
4
Jati Diri Moral
5
Moral dan Kenegaraan

Q13 Berapakah jumlah nilai universal yang terkandung dalam KSSM


Pendidikan Moral?

A13 Sejumlah 18 nilai universal terkandung dalam KSSM Pendidikan


Moral.

Q14 Apakah tujuan cadangan nilai yang dinyatakan di ruangan


catatan dalam DSKP KSSM Pendidikan Moral?

A14 Cadangan nilai yang dinyatakan di ruangan catatan bertujuan untuk


memberi panduan kepada guru untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran supaya nilai ini dapat diterapkan, diadun, dihayati dan
diamalkan oleh murid selari dengan kehendak standard kandungan
dan standard pembelajaran yang hendak dicapai.

Q15 Adakah kesemua cadangan nilai yang dinyatakan di ruangan


catatan dalam DSKP KSSM Pendidikan Moral perlu diterapkan?

A15 Cadangan nilai yang dinyatakan di ruangan catatan perlu diterap dan
diadun bersama mengikut kesesuaian standard kandungan dan
standard pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
juga boleh memilih nilai-nilai universal lain yang tidak terdapat dalam
cadangan nilai tersebut bagi PdP yang dirancang. Guru harus
memastikan bahawa semua nilai yang diterap dalam PdP guru adalah
dipilih daripada 18 nilai universal yang ditentukan dalam DSKP
Pendidikan Moral KSSM.

3
Q16 Adakah kesemua cadangan isu atau situasi yang dinyatakan di
ruangan catatan dalam DSKP KSSM Pendidikan Moral perlu
diterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran?

A16 Cadangan isu atau situasi yang dinyatakan di ruangan catatan perlu
diterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut
kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Q17 Apakah tujuan isu atau situasi yang dinyatakan di ruangan


catatan dalam DSKP KSSM Pendidikan Moral?

A17 Isu atau situasi yang dinyatakan di ruangan catatan adalah bertujuan
untuk membolehkan murid mengetahui dan memahami isu-isu moral
dalam kehidupan seharian dan boleh bertindak secara rasional
berdasarkan konsep atau prinsip moral dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Seterusnya menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dengan menggunakan pendekatan
kontekstual.

Q18 Adakah cadangan aktiviti yang dicadangkan dalam DSKP KSSM


Pendidikan Moral wajib dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran?

A18 Cadangan aktiviti yang dicadangkan dalam DSKP KSSM Pendidikan


Moral ini bukanlah wajib dijalankan tetapi ianya boleh dijadikan
sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
mengubahsuai cadangan aktiviti ini mengikut tahap kecerdasan,
kebolehan dan keadaan sekeliling murid. Guru digalakkan untuk
mereka bentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan kreatif untuk
mencapai standard pembelajaran serta boleh mencabar pemikiran
murid untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Q19 Bagaimanakah elemen perpaduan dapat diterapkan dalam KSSM


Pendidikan Moral?

A19 Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam KSSM Pendidikan Moral


melalui tiga konstruk yang dicadangkan iaitu menerima, menghormati
dan mengurus kepelbagaian melalui standard pembelajaran yang
berkaitan dengan perpaduan.

Q20 Bagaimanakah elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


diterjemahkan dalam Standard Pembelajaran?

A20 Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diterjemahkan dalam


Standard Pembelajaran secara eksplisit yang merangkumi tahap
pemikiran iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta bagi
meningkatkan keupayaan serta merangsang pemikiran murid untuk
memahami, menghayati dan mengaplikasikan domain-domain moral
dalam kehidupan seharian.

4
Q21 Apakah strategi yang disarankan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral supaya pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan?

A21 Strategi yang disarankan dalam pengajaran dan pembelajaran lebih


berkesan adalah seperti Pembelajaran Aktif, Pembelajaran
Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Khidmat Masyarakat dan
Pembelajaran Berasaskan Projek yang lebih berpusatkan murid.

Q22 Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah


(PBD)?

A22 PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran


pembelajaran semua mata pelajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid.

Q23 Apakah ciri-ciri perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?

A23 PBD dilaksanakan berasaskan kepada beberapa ciri utama iaitu:


 Dikendalikan oleh guru
 Berasaskan kriteria
 Formatif
 Pelbagai kaedah
 Mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh
 Bersistem
 Menekankan perkembangan individu
 Menggalakkan penilaian kendiri
 Membolehkan tindakan susulan

Q24 Bagaimanakah pentaksiran formatif dan sumatif dilaksanakan?

A24 Pentaksiran secara formatif dilaksanakan secara berterusan seiring


dengan proses pengajaran dan pembelajaran manakala pentaksiran
secara sumatif dilaksanakan pada akhir suatu unit pembelajaran,
penggal atau tahun.

Q25 Apakah kaedah atau instrumen pentaksiran yang disarankan


dalam KSSM Pendidikan Moral?

A25 Antara kaedah atau instrumen pentaksiran yang disarankan dalam


KSSM Pendidikan Moral adalah seperti membuat demonstrasi atau
simulasi, menghasilkan buku skrap dan folio, pemerhatian, maklum
balas lisan, rubrik atau senarai semak, kuiz dan ujian bertulis, kerja
berkumpulan, kerja sukarela, kerja kursus, projek dan sebagainya.

Q26 Apakah yang dimaksudkan dengan Tahap Penguasaan?

A26 Tahap Penguasaan merujuk kepada suatu set kriteria umum yang
menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan
sebagai tanda bahawa sesuatu standard pembelajaran itu telah

5
dikuasai murid.

Q28 Bagaimanakah untuk menentukan Tahap Penguasaan murid


dalam standard prestasi ?

A28 Penentuan Tahap Penguasaan murid dijalankan selepas suatu


kelompok pengajaran selesai diajar. Guru perlu mengenal pasti tahap
penguasaan murid berdasarkan tafsiran tahap penguasaan dalam
standard prestasi dengan menggunakan pelbagai kaedah atau
instrumen pentaksiran dan pertimbangan profesional. Tindakan
susulan perlu dilakukan sekiranya seseorang murid tidak menguasai
tahap penguasaan yang sepatutnya.

Q29 Bagaimanakah guru merekod tahap penguasaan bagi setiap


murid?

A29 Guru merekod tahap penguasaan bagi setiap murid dengan


menggunakan templat perekodan perisian Microsoft (MS) Excel yang
disediakan secara offline.

Q30 Bagaimanakah untuk mentadbir fail Microsoft Excel bagi setiap


murid?

A30 Fail Microsoft Excel ini hendaklah disimpan dengan baik dan selamat.
Salinan dalam bentuk digital dan bercetak hendaklah dilakukan
secara berkala, mengikut kesesuaian dan keperluan pihak sekolah.
Fail ini perlu diselaraskan oleh pihak sekolah melalui penyimpanan
berpusat untuk kegunaan pemantauan panitia dan pentadbir sekolah.

Q31 Apakah yang perlu dilakukan kepada data perekodan jika


seseorang murid berpindah ke sekolah baharu?

A31 Jika berlaku pertukaran murid, data ini perlu diserahkan kepada
pentadbir sekolah baharu.

Q32 Adakah laporan prestasi murid perlu disimpan? Mengapa?

A32 Laporan prestasi murid perlu disimpan secara teratur dan sistematik
mengikut kesesuaian dan keupayaan pihak sekolah. Ini bagi
membolehkan murid dapat mengenal pasti tahap penguasaan yang
telah dicapai dari semasa ke semasa serta mengenal pasti
kelemahan yang boleh diperbaiki. Pelaporan juga perlu dikemukakan
kepada pihak berkepentingan terutamanya ibu bapa agar dapat
memantau perkembangan pembelajaran dan prestasi Tahap
Penguasaan.

Q33 Apakah cara mudah untuk mengakses bahan-bahan terbitan


BPK, seperti DSKP dan Template Pelaporan ?

A34 Bahan-bahan terbitan BPK seperti DSKP danTemplate Pelaporan


boleh didapati dalam halaman sesawang BPK. Alamat sesawang
tersebut adalah bpk.moe.gov.my

6
7

Anda mungkin juga menyukai