Anda di halaman 1dari 1

Kesan positif

Lebih banyak kosa kata dapat digunakan.

Dapat memperkayakan kosa kata

Memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan

Kewujudan perubahan semantik dalam bahasa Melayu telah menyebabkan pengguna bahasa
Melayu berpeluang mencaru kata yang lebih sesuai. Oleh itu, kewujudan kata yang baharu telah
memberi kesan positif dalam perkembangan bahasa Melayu.

Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai
bahasa. Perubahan baharu yang ditetapkan membawa peluang kepada penggubal-penggubal
istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat
antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat melihat ke
dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran "gy" dalam bahasa Inggeris
maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata " kaji', sedangkan kata-kata dasarnya yang
lain dicari kata terjemahannnya dalam bahaa Melayu. Bentuk istilah kini sememangnya baik dan
sesuai kerana ianya seragam, serta boleh dijadikan sebagai panduan untuk membentuk pelbagai
istilah dalam bahasa Melayu. Merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-
bahasa dunia antarabangsa yang lain.

Penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis , terutaman sekali bidang-bidang ilmu yang
sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis dan yang
seumpamanya.

Peluang menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa
Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan ini akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa
Melayu dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Mealyu dalam dunia
ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai