Anda di halaman 1dari 3

Penebang Kayu dengan Anaknya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang
kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu
hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.

“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang ayah?” tanya isteri
penebang kayu.

“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa
hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang
besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam
bakul tersebut.

“Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.

“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu
berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya
berjalan ke arah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu
itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”

“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.

“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua kelak, saya
akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil
berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang
ke rumah.”

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Harimau yang Tamak

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba
bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-
binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa
permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di
hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku
tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau
aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak engkau?”
Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap.

“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.

“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.

“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan
engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan
tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”

“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan


satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut
Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Anak Ikan yang Suka Berbohong

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Anak Ikan yang Suka
Berbohong.
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. la bernama Tony. Tony
tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, "Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat!" Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di
celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan- ikan kecil amat
takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, "Jerung!
Jerung!" Namun Tony sungguh nakal. la berasa seronok dapat mempermain-
mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka
selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-
rakannya itu. la ingin mempermainkan mereka seperti biasa.
Tiba-tiba, muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun, Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. "Jerung! Jerung!" Bersembunyi cepat!" Jerit
ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. la menyangka mereka cuba mepermain-
mainkanya. "Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!" jerit Tony. Jerung itu berenang
menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. la dimakan oleh jerung itu.
Ingat kawan-kawan! Janganlah kita menjadi seorang yang suka berbohong
seperti Tony.

Anda mungkin juga menyukai