Anda di halaman 1dari 3

Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran

kerja di bawah:

Analisis

Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara
menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik
dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari
punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran
pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan
perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:

 Analisa(Analysis)

 Reka Bentuk(Design)

 Pembangunan(Development

 Perlaksanaan(Implementation)

 Penilaian(Evaluation)

1. Matlamat perisian

2. Objektif perisian

3. Kumpulan sasaran

4. Kandungan perisian

5. Pendekatan pedagogi

6. Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan
menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal
yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka
bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian:

i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.

ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.

iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran
yang telah dirancang.

DesignTahap ini dikenal juga dengan istilah membuat rancangan (blueprint). Ibarat bangunan,
maka sebelum dibangun gambar rancang bangun (blue-print) diatas kertas harus ada terlebih dahulu.
Apa yang kita lakukan dalam tahap desain ini?Pertama merumuskan tujuan pembelajaran yang SMAR
(spesifik,measurable,applicable, dan realistic). Seterusnya menyusun teks, dimana teks tersebutharus di
dasarkan pada tujuan pembelajaran yag telah dirumuskan tadi.Kemudian tentukanlah strategi
pembelajaran yang tepat harusnya seperti apauntuk mencapai tujuan tersebut. Dalam hal ini ada
banyak pilihan kombinasimetode dan media yang dapat kita pilih dan tentukan yang
paling relevan.Disamping itu, pertimbangkan pula sumber-sumber lain, contohnya sumber belajar yang
relevan, lingkungan belajar yang seperti apa seharusnya, dan lainlain. Semua itu tertuang dalam sautu
dokumen bernama blue-print yang jelasdan rinci.

Model AddieModel ini lebih bersifat generik iaitu model ADDIE (Analysis-Design-Develop-Implement-
Evaluate). ADDIE muncul pada tahun 1990-an yang dikembangkanoleh Reiser dan Mollenda.Salah satu
fungsinya ADIDE ialah menjadi pedomandalam membangun perangkat dan infrastruktur program
pelatihan yang efektif,dinamis.Model ini menggunakan 5 tahap pengembangan:1.

Analysis

(analisa)2.

Design

(perancangan)3.

Development

(pengembangan)4.

Implementation

(implementasi/eksekusi)5.

Evaluation

(evaluasi/ umpan balik)Langkah 1: AnalisisTahap analisis merupakan suatu proses mendefinisikan apa
yang akan dipelajarioleh peserta belajar, iaitu melakukan needs assessment (analisis
keperluan),mengidentifikasi masalah (keperluan), dan melakukan analisis tugas (taskanalysis). Oleh itu,
output yang akan kita hasilkan adalah berupa karakteristikatau profile calon peserta belajar, identifikasi
kesenjangan, identifikasi keperluandan analisis tugas.Langkah 2:

Pembangunan Perisian

Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan


mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan
berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini
melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian
multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah
digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah


i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi
kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah
objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam
menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

Anda mungkin juga menyukai