Anda di halaman 1dari 13

Bahan Bantu Mengajar??

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan
hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus
Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan
sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya,
perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat,
maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi
pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan
bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat


murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-
bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang
dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong
penyampaian pembelajaran.

Fungsi Bahan Bantu Mengajar


Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih
berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan
kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan
kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa
Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama
di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don,
2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid
akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus
menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa
Melayu adalah membosankan.
Definisi Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar

Definisi Bahan Bantu Mengajar

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya.

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik

 BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer

 BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar,
carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip,
fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka,
diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik

Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita
rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio,
komputer, internet dan disket komputer

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar

Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran


atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan
pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang
mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan
objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan
pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya
digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan
ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses
penyedian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti gambarajah
berikut:

Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran

Pemilihan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada bahan-bahan itu
bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain, yang dilihat daripada tiga perspektif:

a) perspektif komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media


komunikasi antara manusia. Perspektif ini menekankan kepentingan pembelajaran melalui
penggunaan bahasa yang membolehkan pelajar-pelajar mendapat peluang secara kerap untuk
berinteraksi sesama sendiri dan guru dalam situasi yang semula jadi.

b) Perspektif struktural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa dan
perbendaharaan kata. Perspektif ini menekankan persembahan dan latihan asas struktur
bahasa. Pelajar-pelajar akan diajarkan sistem tatabahasa bahasa tersebut.

c) Perspektif kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar,


kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran-kemahiran itu
digambarkan Seperti berikut:

Prinsip-Prinsip Pemilihan Bahan

a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan


pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif
pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan
keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya
sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah
menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

b) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah


Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu
pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah
mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat
mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan
haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh
dan bersepadu.
c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang
boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran
guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa
yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-
pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah
adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau
pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada
pertaliannya dengan kehidupan seharian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di
antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan
satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan
melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang
apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan
boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh
yang sebenar aktiviti komunikasi.

Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh
berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu,
pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk
membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran
dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat
latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar.
Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

d) Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan


belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia
dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk
supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk
mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan
dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus
mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah
berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka
dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang
diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.

Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap


bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi.
Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan
pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-
bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang
secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan
mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini
adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan
bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan,
kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses


pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran
tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi
harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui,
tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi
pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.

Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan
individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan
perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses
pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan
dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah
hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya
sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan
oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi
mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.

f) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan


pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan
dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu
yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang
ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan
hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan
dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu,
guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh
para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang
menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Pengajaran Bahan-Bahan Pembelajaran

Pengolahan bahan-bahan pengajaran bermaksud membuat adaptasi atau menyesuaikan


semula bahan-bahan pengajaran itu dengan membetulkan segala kesilapan yang terdapat di
dalamnya, memperjelaskan aspek-aspek yang kurang dapat difahami, menambah aspek-aspek
yang kurang ditekankan dan membuang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak
berkaitan. Semua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya dan
sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang direncanakan.

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir


dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang
selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa
yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk
kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

a) Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan
menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu,
mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi
mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat eluang berinteraksi sesame sendiri dan
menguasai kecekaan berbahasa.

c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif


pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.

d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan


pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula
bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.

e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar
pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam
kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi
psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama
dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

f) Menggunakan bahasa autentik

Penggunaan bahasa autentik membolehkan para pelajar memahami penggunaan bahasa


berdasarkan situasi sebenar. Ini membolehkan mereka berinteraksi dalam bentuk yang lebih
sempurna di samping berupaya memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan


mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid
mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan.
Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan
bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru.

a) Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok
pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka
masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

b) Kos

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau
bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada
mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika
bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta
pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c) Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung
atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau
sebagainya.

d) Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat
kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya.
Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya
warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak,
ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan
pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f) Saiz/Pengelolaan Kelas
Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan
semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh
sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana
bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau
pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran
individu.

g) Jangka Masa

Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan
supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran
yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku
pembaziran masa.

h) Strategi Pengajaran Pembelajaran

Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan
yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan
pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.

i) Bentuk dan Fungsi

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan
melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan
bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui ‘non-
verbal means’ tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam
hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat
menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi
adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku.

Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi (penglahiran bunyi-bunyi individu,


tekanan, irama, intonasi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis), perbendaharaan kata (leksis)
dan wacana (sekuen ayat-ayat). Aspek-aspek bahasa seperti ini perlu diberi perhatian untuk
membolehkan murid-murid mengenal dan menggunakan bahasa itu dengan betul.

j) Ketepatan

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang
berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai
ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada ‘communicative competence’
yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-
peraturan tatabahasa adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus
dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan
situasi ketika itu.

k) Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada


para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat.
Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih
variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu.

Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi),


style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan
tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah
penting untuk ketepatan stilistik.

l) Kemahiran Bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan
mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur.
Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan
terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus
digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

m) Standardisasi dan Simplikasi

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang
dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting,
diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi,
bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan,
perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.

n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai
(moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja
sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan
memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri,
masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong
semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan
cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.
Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran

Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah cara bahan itu disampaikan kepada para pelajar.
Adakah bahan-bahan itu guru sahaja yang menggunakannya? Bagaimanakah tindak balas
pelajar terhadap bahan tersebut? Adakah bahan itu bermanfaat kepada semua pelajar? Dan
adakah amanat atau pengetahuan yang hendak disampaikan melalui bahan itu jelas, dan
secara keseluruhannya dapat memenuhi objektif pengajaran? Untuk mencapai satu tahap
penggunaan bahan yang berkesan, beberapa soalan harus dapat dijawab oleh para guru.

a) Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat memenuhi keperluan


pancaindera para pelajar?

Semua bahan pengajaran sama ada yang digunakan oleh guru atau yang digunakan oleh
pelajar mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat memenuhi keperluan pancaindera para
pelajar. Dari segi visual umpamanya, bahan-bahan itu harus mempunyai format dan susunan
yang sesuai, jelas dan kemas. Begitu juga dengan bentuk huruf, ilustrasi dan
penjilidannya.bagi bahan-bahan yang dirakamkan, ianya perlulah dapat didengar dengan
jelas, mudah difahami, ringkas dan padat. Biasanya, bahan-bahan yang dirancang mengikut
keperluan pencaindera para pelajar akan lebih berkesan dan berfaedah.

b) Banyak manakah bahan-bahan itu dimuatkan dalam sesuatu situasi pengajaran dan
pembelajaran.

Semua jenis bahan pengajaran bahasa dalam pelbagai bidang ilmu tidak boleh diajar secara
sekaligus. Oleh sebab sistem pendidikan kita berdasarkan peringkat-peringkat
perkembangannya, maka bahan-bahan yang digunakan itu hendaklah dipilih, disesuaikan dan
digunakan mengikut masa yang telah ditentukan pada setiap peringkat. Dalam kontek ini,
bahan itu tentulah dipengaruhi oleh sukatan pelajaran bahasa pada peringkat yang telah
diterapkan itu.

Dalam hal mengajarkan sesuatu bahan itu dalam sesuatu waktu tertentu, bahan-bahan
yang disediakan hendaklah mencukupi, tidak kurang dan tidak pula melebihi daripada masa
yang telah ditetapkan. Guru harus memastikan bahawa dalam masa yang sesingkat itu, bahan-
bahan yang disediakan harus memiliki sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan
kemahiran serta harus dapat disampaikan dalam masa tersebut.

c) Apakah bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajar?

Hal ini juga ditentukan oleh objektif pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam
sukatan pelajaran. Dalam pengajaran bahasa Malaysia sekolah menengah, perkara penting
yang perlu diajar ialah mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa (morfologi,
sintaksis), peribahasa, perbendaharaan kata, unsur-unsur sastera, tulisan jawi, bahan sumber
dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan mestilah disusun dengan
mengambil kira perkara-perkara tadi. Penggunaan bahan harus dapat menekankan aspek-asek
ini dalam bentuk yang teratur dan sistematik.
d) Adakah bahan-bahan itu dapat disampaikan dengan cara yang terbaik?

Keupayaan pelajar-pelajar menyerap pengetahuan yang disampaikan biasanya bergantung


kepada sejauh mana guru mereka dapat menyampaikan pengajaran itu kepada mereka. Dalam
hal ini, guru-guru harus sentiasa memikirkan cara-cara yang terbaik yang dapat digunakan
untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru harus memastikan pendekatan, kaedah dan
teknik, aktiviti-aktiviti serta alat-alat bantu mengajar yang digunakan sesuai untuk
menyalurkan ilmu pengetahuan daripada bahan-bahan tersebut.

e) Adakah terdapat perbezaan dariada segi jumlah dan kualiti dalam teks.

Jika seseorang guru itu menggunakan teks sebagai bahan-bahan pengajaran, guru itu harus
sedar bahawa sesebuah teks itu selalunya dibina daripada pelbagai bahan yang berkaitan
dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak gabungan disiplin ilmu, maka makin luas isi,
pengetahuan dan aktiviti engajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan-bahan yang
termuat dalam sesebuah teks jamin kesinambungan isi dan pengungkapan idea yang
berterusan. Perhatian harus diberikan kepada kandungan persembahan, bahasa, ilustrasi,
penerapan nilai dan sensitiviti, latihan dan aktiviti dan sebagainya supaya tidak menjejaskan
pengajaran guru.

Penilaian Secara Keseluruhan

Pertimbangan guru terhadap kriteria memilih bahan-bahan pengajaran telah menyebabkan


guru memandang bahan-bahan tersebut daripada pelbagai segi dengan beberapa disiplin.
Walau bagaimanapun, proses menilai seharusnya tidak terlalu mekanikal sehingga
melibatkan penilaian secara profesional pada setiap peringkat. Dengan melihat bahan-bahan
pengajaran daripada pelbagai perspektif yang berlainan, dan menentukan kriteria menilai
secara eksplisit, kita berharap dapat memberikan maklumat-maklumat asas, (profesional
judgement) dan membuat keputusan dalam bidang yang penting ini.

Penilaian boleh dipraktikkan secara berkesan, terutamanya melalui senarai semak, dan
guru-guru boleh membuat penilaian berdasarkan senarai semak tersebut. Perkara-perkara
yang disenaraikan di bawah ini adalah cadangan yang mungkin dapat membantu guru-guru
mendapat gambaran secara keseluruhan terhadap sesuatu bahan pengajaran, jika guru-guru
itu menilai secara umum tanpa merujuk kelas-kelas tertentu atau kumpulan-kumpulan
tertentu pelajar.

a) Secara ringkas nyatakan objektif bahan-bahan pengajaran.

b) Sejauh manakah bahan-bahan itu berjaya mencapai objektif-objektif yang telah


dinyatakan?

c) Beri perhatian kepada kekuatan-kekuatan tertentu.


d) Beri perhatian kepada kelemahan-kelemahan tertentu.

e) Adakah perkara-perkara yang tertinggal?

f) Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak digunakan?

g) Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak sesuai digunakan?

h) Bandingkan bahan-bahan itu dengan bahan-bahan lain yang telai dinilai.

i) Buat satu kesimpulan umum.

Jika guru-guru ingin menilai bahan-bahan pengajaran untuk sesebuah kelas dalam satu-satu
situasi tertentu, guru-guru itu seharusnya mempunyai satu senarai objektif yang ingin dicapai.
Ini akan membolehkan guru-guru itu menyesuaikan dan memadankan objektif-objektif
pengajaran dengan potensi bahan-bahan tersebut. Ketidaksesuaian yang terlalu ketara akan
membuatkan guru-guru mencari bahan-bahn lain. Namun demikian jangan mengharap
kesesuaian yang begitu tepat. Bahan-bahan daripada buku-buku teks, diwujudkan untuk
pasaran umum dan secara meluas. Tiada satu pun teks yang betul-betul sesuai untuk satu-satu
kelas tertentu, terutama pada tahap perkembangan tertentu. Jadi, tugas guru selanjutnya ialah
mencari bahan-bahan yang hampir-hampir dapat memenuhi dan menepati keperluan mereka
dan kemudian bersedia mengolah dan menyesuaikan bahan-bahan itu untuk memenuhi
keperluan sendiri.

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa aspek pemilihan, penyesuaian dan


penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia memberi kesan
kepada prestasi para pelajar. Ini terbukti dengan fenomena yang wujud di sekolah-sekolah
akhir-akhir ini. Daripada pemerhatian biasa, proses pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan tidak mengikut prinsip yang sepatutnya. Bahan-bahan itu juga tidak pernah dicuba dan
tidak pernah dinilai.

Sebagai penutup, disarankan beberapa cadangan iaitu bahan-bahan teks Bahasa


Melayu yang digunakan perlu dipelbagaikan, iaitu tidak bergantung seenuhnya keada satu-
satu atau dua teks sahaja. Selain itu, semua bahan dalam sesebuah teks tidak seharusnya
digunakan semuanya tanpa pilihan dan penyesuaian. Guru perlu memilih bahan-bahan yang
releven dengan pelajar pada waktu itu. Bahan-bahan yang terdapat dalam teks juga perlu
diubahsuai mengikut keperluan pelajar dan pengalaman guru. Bahan-bahan teks yang berupa
ulasan, ringkasan dan panduan lulus peperiksaan tidak wajar dibiarkan mempengaruhi guru-
guru. Bahan-bahan tersebut tidak wajar digunakan tanpa pemilihan, penyesuaian, sekatan dan
panduan guru. Bahan-bahan teks yang dipilih juga perlu disertai dengan alat bantu mengajar
yang lain supaya engajaran menjadi lebih menarik dan pelajar cepat mengingat dan
memahaminya. Bahan-bahan yang akan digunakan perlulah dicuba terlebih dahulu dan
dinilai dari semasa ke semasa. Akhir sekali, bahan-bahan teks yang digunakan perlu disertai
dengan penggunaan kamus bagi mewujudkan satu dimensi baru dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Anda mungkin juga menyukai