Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Unit Beruniform : Persatuan Bulan Sabit Merah

Topik : Daya Tahan Kardiovaskular

Sub Topik : Jantung Sihat

Tahun : 4 dan 5 (TAHAP 2)

Tarikh : 17 Julai 2019

Masa : 3.00pm – 4.00pm (1 jam)

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

(a) Psikomotor: melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan kardiovaskular


secara kumpulan.
(b) Kognitif: menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 otot yang terdiri
semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular dengan betul dan
tepat
(c) Afektif: mempamerkan perasaan seronok semasa melakukan aktiviti
senamrobik.

Pengalaman sedia ada:

1. Murid-murid pernah mempelajari aktiviti yang melibatkan daya tahan


kardiovaskular semasa Tahap 1.

Penerapan Nilai : keyakinan diri, displin dan semangat berpasukan.

Alat Bantu Mengajar : LCD, komputer riba, video, kain anduh, buku PBSM
LANGKAH BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI CATATAN CATATAN/
AKTIVITI BBM/ NILAI

SET Video: 1. Guru menyiarkan BBM: LCD,


INDUKSI video berkaitan computer riba,
dengan daya video
(±5 minit)
tahan
kardiovaskular
KB:
2. Guru bertanya Menganalisis
soalan kepada
murid berkaitan
dengan video
tersebut.

3. Guru mengaitkan
jawapan murid
dengan tajuk
pelajaran

LANGKAH 2 Video Senamrobik 1. Guru telah


menayangkan
video senamrobik.
2. Murid – murid dan
guru telah
mengikut langkah
senamrobik dalam
videonya.
3. Murid – murid
diberi peluang
untuk mengetuai
senamrobik pada
pusingan kedua.
4. Murid – murid
telah mengikut
wakilnya yang
membuat
senamrobik.

PENUTUP Rumusan Pengajaran: 1. Guru bertanyakan KB:


kepada murid Menganalisis
(±5 minit)
mengenai
kebaikan
senamrobik dan
daya tahan
kardiovaskular

2. Murid menjawab
jawapan yang
sesuai
3. Guru
merumuskan
pengajaran.
Refleksi

Berdasarkan rancangan PdP kokurikulum hari ini, saya dan rakan saya, Ng Zhe Na telah
merancang untuk mengajar murid kita balutan kain anduh bagi luka tangan dan bahu. Sebagai
set induksi, kami telah menyiarkan sebuah video berkaitan dengan kain anduh dan balutan. Hal
ini kerana hari ini merupakan kali pertama kami mengajar murid tentang balutan kain anduh.
Melalui video ini, murid akan sedar tentang kepentingan kain anduh dan menarik minat mereka
dalam PdP. Maka, set induksi yang dirancang ini telah berjaya menarik minat murid kami. Mereka
telah menunjukkan minat dan kegigihan semasa PdP dilancarkan.

Seterusnya, kami telah mengajar murid tentang cara-cara balutan kain anduh bagi luka
tangan dan bahu. Kami telah mendemonstrasikan cara membalut luka-luka. Namun, saya
mendapati bahawa semasa PdP dijalankan, terdapat beberapa murid yang bercakap di belakang
dan tidak menumpukan perhatian. Hal ini kemungkinan kerana murid yang banyak dan suara
saya tidak cukap kuat. Hal ini mengakibatkan murid di belakang tidak dapat mendengar suara
saya dan mula bercakap dengan murid. Bagi mengatasi masalah ini, saya haruslah
menggunakan mic jika terdapat murid yang terlalu banyak semasa PdP. Hal ini dapat memastikan
semua murid dapat mendengar dan menumpukan perhatian.

Semasa aktiviti kumpulan, kami telah meminta para murid untuk memain peranan untuk
melatih membalut luka dengan kain anduh. Namun, semasa aktiviti ini dijalankan, situasi agak
kurang dikawal. Terdapat murid yang berlari ke kumpulan lain dan tidak melaksanakan tugasan
yang sepatutnya. Hal ini amat mengecewakan saya kerana tindakan murid tersebut mungkin
akan menjejaskan murid yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, saya haruslah menjelaskan
peraturan aktiviti kumpulan dengan tegas dahulu sebelum menjalankan aktiviti tersebut. Hal ini
dapat menjamin para murid jelas dengan peraturan aktiviti dan disiplin murid lebih mudah dikawal.

Anda mungkin juga menyukai