Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Membuat ‘Aiskrim Goyang’

Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Aktiviti kali ini menunjukkan
aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam
peti sejuk. Caranya adalah dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat
bekunya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 2 kotak susu segar (perisa terpulang pada individu)


2. ¼ tin susu pekat manis (nak guna gula pun boleh)
3. Plastik aiskrim
4. Ais secukupnya
5. Garam kasar

Cara-caranya:

1. Campurkan susu segar dan susu pekat.


2. Masukkan campuran aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan ketat
3. Letakkan ais dalam besen @ tong ais
4. Taburkan garam kasar ke dalam ais (untuk merendahkan takat beku)
5. Masukkan aiskrim ke dalam besen / tong ais, kemudian tutup
6. Goyangkan besen / tong ais sehingga aiskrim beku (antara 20-30 minit)

Tips:
*Pastikan ais tidak mencair. Jika ais mencair, ini bermakna suhunya telah meningkat daripada takat beku
& melambatkan masa pembekuan aiskrim.
*Jika ais mula mencair, keluarkan air tersebut.
*Saiz aiskrim yang lebih kecil menjadikannya lebih cepat membeku
*Tekstur aiskrim ini adalah lembut. Jadi, ia tidak akan mengeras seperti ais batu.

www.ceritacikgunurul.blogspot.my
Konsep:
> Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, jirim terdiri daripada 3 keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
> Air akan mula membeku pada takat bekunya, iaitu 0oC.
> Kehadiran bendasing (garam) akan merendahkan takat beku ais, iaitu antara -1 oC sehingga -5 oC
> Suhu ais yang lebih rendah akan dapat membekukan cecair lain (aiskrim) dengan lebih mudah, iaitu
dengan cara merendahkan suhu cecair tersebut sehingga ia mencapai takat bekunya.

Aktiviti ini sesuai digunakan untuk topik-topik berikut:


i) Kimia ting. 4, Bab 2 (Jirim di Sekeliling Kita), Subtopik 2.1: Menganalisis Jirim
ii) Sains ting. 1, Bab 7 (Haba), Subtopik 7.3: Menganalisis kesan haba ke atas jirim.
iii) Sains ting. 2, Bab 5 (Air dan Larutan), Subtopik 5.1: Menganalisa ciri fizikal air

www.ceritacikgunurul.blogspot.my

Anda mungkin juga menyukai