Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti Membuat ‘Aiskrim Goyang’

Arahan :

1. Baca nota di bawah dan fahamkan.


2. Jalankan eksperimen membuat ais krim goyang di rumah masing-masing.
3. Setelah siap sila ambil gambar dan attach gambar serta turn in dalam Google Classroom.

Aiskrim Goyang

Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Aktiviti kali ini menunjukkan aiskrim
boleh disediakan & dibekukan dalam masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk. Caranya
adalah dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat bekunya.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. 2 kotak susu segar (perisa terpulang pada individu)


2. ¼ tin susu pekat manis
3. Plastik aiskrim
4. Ais secukupnya  
5. Garam kasar

Cara-caranya:

1. Campurkan susu segar dan susu pekat.

2. Masukkan campuran aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan ketat
3. Letakkan ais dalam besen @ tong ais
4. Taburkan garam kasar ke dalam ais (untuk merendahkan takat beku)
5. Masukkan aiskrim ke dalam besen / tong ais, kemudian tutup

6. Goyangkan besen / tong ais sehingga aiskrim beku (antara 20-30 minit)

Tips:
 Saiz aiskrim yang lebih kecil menjadikannya lebih cepat membeku
 Tekstur aiskrim ini adalah lembut (kerana menggunakan susu). Jadi, ia tidak akan mengeras seperti ais batu.
Konsep:
Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, jirim terdiri daripada 3 keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
Air tulen akan membeku pada takat bekunya, iaitu 0oC.
Kehadiran bendasing (garam) akan merendahkan takat beku ais, iaitu antara -1  oC sehingga -6 oC
Jadi, pada suhu 0oC, ais akan mencair kerana ia belum mencapai takat bekunya
Semasa proses peleburan ini, ais / air menyerap haba daripada persekitaran (dalam kes ini, aiskrim kita).
Aiskrim yang kehilangan tenaga haba pula akan membeku.
Suhu ais yang mencair ini adalah lebih rendah daripada suhu ais biasa. 
Suhu ais yang lebih rendah akan dapat membekukan cecair lain (aiskrim) dengan lebih mudah

Anda mungkin juga menyukai