Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN

HARGA BARANG
Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang
hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang
berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata
pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat
Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan
dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu
ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah
dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan.
Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan
kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga
dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang
sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan.
Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang
berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan
pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran


yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati
seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh.
Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami
kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap
ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan
tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab
hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan
penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah
darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara
sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di
mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil
kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua
pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini.
Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah
bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama
dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna
pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil
kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

Anda mungkin juga menyukai