Anda di halaman 1dari 7

INVENTORI

PERSONALITI EYSENCK
JUNIOR
Junior Eysenck Personality
Inventory JEPI

JEPI

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR


Junior Eysenck Personality Inventory – JEPI

Ubahsuai Oleh:
SIDEK MOHD NOAH, Ph. D
Arahan:

Baca setiap kenyataan dan tanda (/) di ruangan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam
borang jawapan yang disediakan. Tidak ada jawapan yang BETUL atau
SALAH, dan tidak ada soalan yang bertujuan untuk mengelirukan
anda. Jawab soalan-soalan yang disediakan dengan cepat tanpa perlu
berfikir panjang untuk menentukan maksud sebenar setiap soalan.
Jawab dengan IKHLAS dan JUJUR.

SILA JAWAB SEMUA SOALAN ATAU PERNYATAAN


Bil. Item YA TIDA
K
1. Sukakah anda kepada perkara-perkara yang
memerlukan anda bertindak dengan segera
dan cepat?
2. Pernahkah anda merasa tersangat berdukacita
tanpa sesuatu sebab yang munasabah?
3. Adakah anda seorang yang sangat aktif dan
periang?
4. Adakah anda seorang yang tidak pernah
meradang?
5. Banyakkah perkara yang mengganggu dan
menyakiti hati anda?
6. Adakah anda lebih suka menyendiri daripada
bersama dengan rakan-rakan anda?
7. Adakah anda sering merasa gemuruh?
8. Adakah anda seorang yang segera melakukan
sesuatu apabila disuruh?
9. Adakah anda selalu memberi gerak balas yang
cepat dan spontan dalam setiap tindakan
yang dilakukan?
10. Adakah anda mudah tersinggung apabila
orang lain menegur kesilapan anda?
11. Adakah anda selalu merasa riang atau
gembira?
12. Pernahkah anda tidak setuju dengan pendapat
ibu bapa anda?
13. Adakah fikiran anda pernah terganggu?
14. Selalukah anda membuat cerita-cerita lucu
kepada rakan-rakan anda?
15. Mudahkah anda menangis apabila diganggu
oleh rakan-rakan anda?
16. Bolehkah anda menyimpan setiap rahsia yang
disampaikan kepada anda?
17. Adakah anda selesa apabila berada di
khalayak ramai?
18. Adakah anda merasakan yang anda tiada
kawan?
19. Adakah anda selesa menerima dan melayan
tetamu-tetamu yang berkunjung ke rumah
anda?
20. Pernahkah anda berbohong?
21. Adakah anda seorang yang cepat merasa
bosan?
22. Selalukah anda mengelakkan diri daripada
bercakap dengan seseorang melainkan jika
ditegur terlebih dahulu?
23. Adakah anda selalu merasa gelisah sehingga
anda tidak selesa duduk?
24. Adakah anda mendiamkan diri anda apabila
guru tiada di dalam kelas?
25. Bolehkah anda menyesuaikan diri dan merasa
selesa di dalam suatu majlis yang diadakan
secara tiba-tiba?
26. Pernah anda merasakan bahawa hidup anda
tiada berguna lagi?
27. Adakah anda gelisah apabila dikerumuni oleh
orang ramai?
28. Pernahkah anda mengumpat tentang diri
seseorang?
29. Adakah fikiran anda sering melayang ketika
anda melakukan sesuatu kerja?
30. Adakah anda lebih suka duduk diam daripada
berseronok di dalam sesuatu majlis?
31. Adakah anda merasa tidak pasti melakukan
sesuatu perkara yang mesti anda lakukan?
32. Adakah anda selalu mengharapkan kejayaan
dalam segala bentuk pekerjaan yang anda
lakukan?
33. Adakah anda lebih suka mendengar daripada
bercakap?
34. Adakah anda selalu bergantung kepada orang
lain yang dianggap penting dalam hidup anda?
35. Adakah anda lebih meminati cerita-cerita
komedi dan hiburan berbanding cerita-cerita
sedih?
36. Adakah anda tidak pernah berselisih faham
dengan adik-beradik anda?
37. Adakah anda selalu dihantui oleh perasaan
bersalah?
38. Adakah anda suka sesuatu yang baru
walaupun ianya ganjil dan mencabar?
39. Adakah anda seorang yang mudah risau?
40. Adakah anda marah pada rakan-rakan yang
sering membuat anda menunggu?
41. Adakah anda suka mencuba sesuatu kerja
yang baru?
42. Apabila anda melakukan sesuatu kesilapan,
adakah anda merasa tidak berguna dan
menganggapnya sebagai suatu kelemahan?
43. Adakah anda suka menggunakan peluang yang
ada untuk melakukan sesuatu kerja?
44. Pernahkah anda merasa bosan melakukan
kerja yang rutin atau berulang-ulang?
45. Adakah anda sangat risau tentang kecantikan
atau ketanpanan diri anda?
46. Adakah anda lebih cenderung melakukan
aktiviti-aktiviti di luar rumah?
47. Adakah anda menghadapi masalah untuk
berinteraksi dengan orang yang lebih tua
daripada anda?
48. Adakah anda tidak merasa cemburu apabila
tunangan anda diganggu oleh orang lain?
49. Adakah anda lebih berminat menyaksikan
rancangan gusti dan lawak jenaka berbanding
rancangan yang mengandungi adegan sedih
dan sentimental?
50. Adakah anda sering berubah-ubah fikiran?
51. Adakah anda merasa selesa apabila bercakap
di hadapan orang ramai?
52. Adakah anda mudah merasa cemas apabila
berhadapan dengan suatu situasi yang baru?
53. Bolehkah anda dianggap sebagai seorang yang
periang serta mudah didampingi?
54. Adakah anda mudah terganggu oleh situasi
serta orang yang berada di sekeliling anda?
55. Adakah anda lebih gemar bercampur dengan
rakan-rakan yang aktif serta dinamik?
56. Adakah anda mudah panik apabila melakukan
sesuatu kesilapan?
57. Adakah sukar bagi anda berkomunikasi dengan
orang yang tidak pernah anda temui?
58. Adakah anda merasakan yang anda mesti
berjaya dalam segala bidang yang anda
ceburi?
59. Pernahkah rakan-rakan anda merasa
kesunyian tanpa kehadiran anda bersama-
sama mereka?
60 Pernahkah anda ‘perasan’ bahawa orang lain
sedang memperkatakan sesuatu yang buruk
mengenai diri anda?

Mengira Skor JEPI

Bil. Introvert / Neurotisma Skala Tipu


Ekstrovert
Item Skor Item Skor Item Skor

1. 1 2 (4)
2. 3 5 8
3. (6) 7 ( 12 )
4. 9 10 16
5. 11 13 ( 20 )
6. 14 15 24
7. 17 18 ( 28 )
8. 19 21 32
9. 22 23 36
10. 25 26 ( 40 )
11. 27 29 ( 44 )
12. 30 31 48
13. ( 33 ) 34
14. 35 37
15. 38 39
16. 41 42
17. 43 45
18. 46 47
19. 49 50
20. 51 52
21. 53 54
22. ( 55 ) 56
23. ( 57 ) 58
24. ( 59 ) 60
/ /24 /
24 12

Nota: Bagi item positif, jawapan YA (Y) = 1 dan TIDAK (T) = 0


Bagi item negatif, jawapan YA (Y) = 0 dan TIDAK (T) = 1
Item ( ) ialah item negatif.

Anda mungkin juga menyukai