Anda di halaman 1dari 7

SULIT 1103/-

Bahagian A
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada faedah inovasi dalam kehidupan.


Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah inovasi dalam kehidupan. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH-FAEDAH
INOVASI DALAM
KEHIDUPAN

Meningkatkan hasil pengeluaran

Menjimatkan masa

Memudahkan urusan

1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT
SULIT 1103/-

Soalan 2: Pemahaman
[ 26 markah ]
Soalan 2(a) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Biasanya orang perempuanlah yang sibuk benar menyiasat dan merisik-risik perkara
itu. Cuma yang agak menghairankan ketika Ahmad Mutawakkil berada di kampung, tiada
seorang pun yang berani bertanyakan perihal itu.
Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu apatah lagi setelah menyedari kehadiran
anak gadis tuan booth di surau, setiap kali ahmad mutawakkil balik ke kampung untuk
berceramah.
Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk
menjaga tepi kain orang – di mata kami, misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak.
Ahmad Mutawakkil! Sudah jarang-jarang benar balik kampung. Perjuangan parti
meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952. Dalam usia 24 tahun, dia dipilih
menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungawab ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut
menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang
orang melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka,
katanya perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’


Oleh Zainal Rashid Ahmad
Dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah sumbangan yang dilakukan Ahmad Mutawakkil dalam usaha memerdekakan
negara? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan
negara kita. [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapat
dalam cerpen ini. [4 markah]
1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT
SULIT 1103/-

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah
rumah yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya.
Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah,
“Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana ku utuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.
Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak
dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari
orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.
Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya
itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

(i) Berikan maksud datanglah pula bala atas negeriku.


[2 markah]

(ii) Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?
[3 markah]

1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT
SULIT 1103/-

Soalan 2(c) – Petikan Puisi Tradisional

Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. “Gempar ini apakah kurang.”

(i) Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]

(ii) Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa yang
ditimpa bencana. [3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT
SULIT 1103/-

Skema Jawapan

Soalan 2(a) - Petikan Prosa Moden

i. Apakah sumbangan yang dilakukan Ahmad Mutawakkil dalam usaha memerdekakan


negara? [2 markah]

- Perjuangan parti. 1m
- Menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah. 1m
- Menulis dalam surat khabar
- Merangsang orang Melayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan. 1m
[Maksimum : 2 markah]

ii. Pada pendapat anda bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan
negara kita.
[3 markah]
-Wujudnya perpaduan antara kaum.
Cth: Sekira tidak wujudnya perpaduan antara kaum, rakyat akan pecah-belah dan ini akan
memberi kesempatan kepada penjajah untuk menjajah negara kita.
-Rakyat malysia juga perlu didedahkan mata pelajaran sejarah sejak kecil lagi.
Cth: Dengan ini, kita akan belajar daripada kesilapan nenek moyang kita dan tidak akan
mengulangi kesilapan mereka.
-Menghayati kedaulatan negara kita
Cth: rakyat perlu didedahkan dengan usah-usaha yang dilakukan untuk memerdekakan Negara.
[Maksimum : 3 markah]
(Isi cukup 2 isi)

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapat
dalam cerpen ini. [4 markah]

Nilai lain yang terdapat dalam petikan ini ialah


-Nilai patriotisme.
Cth:Aahmad Mutawakkil berjuang meniupkan api semangta patriotik melalui penulisannya di
surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung.

Nilai lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah


-Nilai kerjasama.
Cth:, tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang.

[Maksimum : 4 markah]
(Terima mana-mana isi yang sesuai)

1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT
SULIT 1103/-

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud datanglah pula bala ialah:

- turut / dapat/menyebabkan musibah/bencana/mala petaka lagi 2m


- turut/dapat/menyebabkan pula 1m
- datanglah musibah/bencana/mala petaka lagi 1m
[Maksimum : 2 markah]

(iii) Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas mendapat titah


daripada baginda ialah:

-Temenggung menyuruh memberitahu hal ini kepada orang kaya-kaya/saudagar supaya berkawal
di kampung masing-masing
-Temenggung menyuruh orang-orangnya berkawal terlalu ramai
-Temenggung mengarahkan supaya senjata seperti lembing dan perisai yang banyak digunakan
semasa berkawal

[Maksimum : 3 markah]
Isi cukup 2 isi

iii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang
lain? [3markah]

- kurang didikan agama 1m


- pengaruh rakan 1m
- kemiskinan/kesempitan hidup 1m

[Maksimum : 3 markah]
Isi cukup 2 isi
(Terima mana-mana isi yang sesuai)

1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT
SULIT 1103/-

Soalan 2(c) – Petikan Puisi Tradisional

i) Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]
– Burung raksasa terlalu berkuasa/kuat/gagah 2m
[Maksimum : 2 markah]

ii) Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa
yang ditimpa bencana. [3 markah]

Sumbangan kewangan 1m
Khidmat kaunseling 1m
Bantuan tempat perlindungan sementara 1m
Sumbangan pakaian 1m
Sumbangan ubat-ubatan 1m
[Maksimum : 3 markah]
Isi cukup 2 isi

ii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

-Nilai ketaatan – rakyat Negeri Kembayat taat kepada rajanya 2m


-Nilai keadilan – raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil 2m
-Nilai tanggungjawab – raja Negeri Kembayat memerintah negerinya dengan penuh rasa
tanggungjawab 2m
[Maksimum : 4 markah]
(Terima mana-mana isi yang sesuai)

1103/- © 2019 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu, MRSM Muar, Johor SULIT

Anda mungkin juga menyukai