Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA

Jinak sungguh burung merpati,

Terbang rendah hala ke desa;

Molek pekerti cerminan hati,

Indah bahasa budaya bangsa.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


berkata :

“Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya
intelek tetapi kaya Dengan sikap berbudi bahasa”

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif
lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga
masa yang sentiasa peka dengan detIk jamnya, para peserta yang
saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Tajuk pidato saya pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah
berkaitan KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA. Ya, tajuk
yang tidak asing bagi kita semua bukan. Sebelum saya mulakan,molek
kalau kita mengenal takrif budi bahasa itu sendiri.

Kulawarga dewan yang saya muliakan,

Budi bahasa didefinisikan kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun


dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan
tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku,
tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum
dalam konsep budi bahasa.
Berbicara mengenai Budi Bahasa, kita sedia maklum bahawa sebagai
masyarakat timur, amalan budi bahasa merupakan satu amalan yang
menjadi budaya masyarakat kita sejak dahulu lagi. Malah kita telah
diasuh sejak dari kecil lagi supaya sentiasa bersopan santun dan
berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian. Hormat orang
tua, memberi salam sebagai pembuka kata, membantu orang yang
memerlukan pertolongan, ucapan terima kasih atau maaf di mana
perlu, merendah diri dan berbagai-bagai lagi, merupakan nasihat yang
tidak asing bagi kita. Tidak dapat dinafikan bahawa budi bahasa
mempunyai banyak kepentingan kepada Negara mahupun individu.

Kulawangsa dewan penggerak wawasan,

Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan


untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat majmuk yang
berbilang kaum dan agama di negara kita. Masyarakat yang berbudi
bahasa akan saling menghormati dan menyayangi antara satu sama
lain tanpa mengira perbezaan adat, budaya, dan umur individu.
Misalnya, mereka akan mengamalkan amalan yang berbudi bahasa
antara anggota masyarakat seperti memberi senyuman dan ziarah
menziarahi antara satu sama lain. Malahan penggunaan kata panggilan
seperti pak cik, mak cik, encik, cik, puan dan tuan menunjukkan tanda
hormat kita dalam menyapa orang.

Lontaran idea kedua saya pada ialah budi bahasa membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Meninjau
dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang
tinggi. Bagi merealisasikannya, subjek pendidikan moral memainkan
peranan penting dalam menerapkan amalan berbudi bahasa kepada
murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan. Bak kata
pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.

Lontaran idea ketiga saya ialah budi bahasa dapat menjadikan


industri pelancongan turut berkembang dengan positif. Masyarakat
yang bertatasusila dan berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai
murni seperti memberi layanan yang sopan dan bersopan santun
terhadap pelancong asing.Hal ini penting supaya dapat memberi imej
yang positif terhadap negara kita kepada pelancong. Bukan itu
sahaja, pelancong juga akan mempunyai percutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka
dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Misalnya, kita
lihat bagaimana akhlak penyokong Jepun mengutip sampah sejurus
selepas tamatnya perlawanan pasukan kebangsaannya dengan pasukan
negara lain semasa Piala Dunia 2018.

Bagaimana begitu cantiknya akhlak mereka ini sehingga membentuk


satu identiti yang menjadi bualan orang. Pastinya, mereka ini
mengutip sampah bukan tujuan untuk dipuji. Begitu juga, pastinya
mereka tidak mengharapkan kisah mengutip sampah ini menjadi
bualan umum atau menjadi berita utama media massa di seluruh
dunia.

Sememangnya, rakyat Jepun dikenali begitu berdisiplin dengan


menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Mereka telah
berjaya mengamalkan nilai-nilai tersebut yang diterapkan sejak kecil
lagi termasuklah dalam konteks mengutip sampah di mana pun mereka
berada. Buktinya, di negara mereka sendiri pun begitu bersih dan
cantik tanpa adanya sampah merata-rata tempat.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka membawa identiti


pembersih di mana pun mereka berada. Maknanya di sini, nilai-nilai
murni yang diterapkan dalam kehidupan mereka menjadi identiti
mereka di serata dunia. Meskipun begitu jauh jarak antara Jepun dan
Rusia, namun, identiti mereka ini tetap jelas kelihatan di seluruh
dunia melambangkan betapa bertamadunnya mereka ini dalam konteks
dunia moden pada masa kini.
pabila kita dikejutkan supaya menjadi bangsa yang maju; dari bertani
kita mahu menjadi masyarakat industri, maka, sedikit sebanyak nilai-
nilai asal usul ketimuran telah terhakis dalam diri kita.

Apabila kampung menjadi kota atau orang kampung yang mencari


hidup di kota, hambatan untuk hidup seolah-olah memaksa kita
melupakan nilai-nilai kampung.

Kadangkala, kita sengaja mencari alasan kerana pada sangkaan kita,


orang kota mesti ada lagaknya sendiri.

Barangkali juga, kita terlupa bahawa negara Jepun misalnya yang jauh
lebih maju daripada kita. Tetapi, tidak ada istilah Jepun kampung
atau Jepun kota. Jepunnya mereka kerana akrab dengan tatasusila
dan budi bahasa mereka.

Sidang warga dewan yang budiman.

Jadi, tidaklah rugi kalau kita berbudi bahasa seperti orang kampung.
Tidak ada siapa yang menganggap kita kolot. Malah, orang yang
beranggapan begitulah yang kolot, sebab mereka melihat pada
lingkungan yang sempit.

warga dewan yang bervisi,

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar


Wawasan 2020. Cuba kita lihat kembali antara cabaran Wawasan
2020 ialah menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Tetapi, untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat


saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua dalam
masyarakat kita hari ini. Contohnya, menunduk lalu apabila berjalan di
hadapan ibu bapa kita.

Sidang penonton penuh santun,

Akhirnya, budi akan kita terima dalam pelbagai bentuk dan cara.
Misalnya, apabila ada yang hadir hidup kita, dan mengusir duka dan
lara juga adalah budi dan tentunya dengan bahasa yang menyenangkan
kita.

Ingat, budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas.
Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan
selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai