Anda di halaman 1dari 15

1

PENGENALAN PERSAMPELAN
1. Pensampelan adalah proses untuk mendapatkan maklumat yang benar bagi mewakili sesuatu
kumpulan dengan hanya mengkaji sebahagian sahaja daripada kumpulan tersebut. Penggunaan
teknik pensampelan mengurangkan kegunaan sumber yang ada dan masa bagi pengauditan.
2. Kajian telah menunjukkan bahawa pensampelan berupaya menghasilkan keputusan hampir sama
dengan keputusan bancian walaupun jumlah yang digunakan untuk kajian adalah kecil.
3. Peranan dan fungsi pemeriksa adalah untuk mengambil perhatian tentang keadaan dan pengurusan
koperasi yang diperiksa. Oleh itu, penekanan harus diberikan kepada kecukupan sistem koperasi
seperti kewujudan polisi, amalan dan prosedur yang piawai. Di peringkat operasi adalah mencukupi
bagi pemeriksa, mengkaji dan menilai berbagai-bagai porftolio dan operasi koperasi berdasarkan
kepada sampel.
4. Pensampelan boleh digunakan dalam pengauditan bagi menganggarkan nilai dan bagi menyiasat
keujudan kawalan. Pensampelan amat berguna di dalam aspek mengesahkan secara terperinci kerja-
kerja yang berikut:
i. Bagi menilai kewujudan kawalan dan kebolehpercayaan sistem koperasi (ujian kepatuhan);
ii. Bagi menentukan kepatuhan kepada akta dan peraturan (ujian kepatuhan); dan
iii. Bagi menentukan jumlah aset yang diklasifikasikan dan peruntukan spesifik yang diperlukan
(ujian substantif).
5. Ada dua pendekatan bagi pensampelan, iaitu:
i. Pendekatan pertimbangan atau subjektif; dan
ii. Pendekatan statistik, probabiliti atau saintifik.
Perbezaan antara dua pendekatan ini adalah bergantung pada cara sampel dipilih yang akan
mengesahkan secara am kesimpulan yang dibuat.
6. Dalam pendekatan pertimbangan atau subjektif, pemeriksa memilih sampel yang difikirkan
sesuai. Pemilihan adalah secara subjektif. Pendekatan ini dipengaruhi oleh gerak hati. Oleh itu,
terdapat risiko bawaan yang boleh menyebabkan pemilihan sampel itu serong (atau mempunyai
kecenderungan untuk memberi gambaran yang tidak tepat daripada keadaan yang sebenarnya). Bagi
mengelakkan gangguan ini, pemeriksa akan memilih sampel yang besar (liputan 50% hingga 80%
populasi yang akan dikaji). Tetapi, sampel yang besar mungkin tidak akan memberi ketepatan yang
dikehendaki disebabkan data tidak dikaji sepenuhnya. Ini meningkatkan beban kerja dan juga tidak
mengurangkan kemungkinan serong.
7. Di bawah pendekatan statistik, pemeriksa menggunakan teknik kuantitatif bagi memilih sampel.
Dengan teknik ini setiap perkara ada peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel untuk dikaji.
Oleh itu, probabiliti untuk berlakunya serong dikurangkan. Keputusan yang didapati boleh dikatakan
sebagai mewakili populasi dan baik untuk membuat keputusan secara am.
2

8. Selalunya amalan pemeriksa adalah menggunakan pendekatan pertimbangan dan memilih sampel
berdasarkan perkara berikut:
i. Objektif pengauditan;
ii. Skop pengauditan;
iii. Kewujudan sumber;
iv. Kebolehpercayaan sistem; dan
v. Kepentingan transaksi dan portfolio.
9. Kebiasaannya, nilai titik had akan ditentukan supaya butiran yang nilainya melebihi titik had akan
dikaji sepenuhnya dan nilai di bawah akan dipilih secara rambang (Rujuk kepada Lampiran II). Cara
yang lain ialah dengan memilih teknik pensampelan statistik.
10. Teknik pensampelan statistik adalah penting bagi membantu pemeriksa untuk membuat keputusan
yang objektif. Pensampelan statistik bukanlah gantian sepenuhnya bagi pertimbangan pemeriksa.
Inferens itu sendiri adalah secara asasnya adalah proses membuat keputusan. Pendekatan statistik
hanya akan mengurangkan elemen subjektif supaya generalisasi yang dibuat adalah betul walaupun
tidak menjalankan pengauditan 100 peratus.
11. Di dalam menjalankan kaji semula menggunakan pensampelan statistik, pemeriksa masih
memerlukan teknik pensampelan untuk digunakan bersama pertimbangan dan gerak hatinya. Di
samping menggunakan pensampelan statistik, pemeriksa perlu juga memilih secara subjektif dan
mengkaji butiran yang difikir perlu (jika setengah butiran itu tidak dipilih secara statistik atau aspek
yang hendak dikaji tidak merangkumi butiran yang diambil tersebut). Contohnya, jika penghutang
koperasi yang disaman di mahkamah telah menentang tindakan ini, yang mana pemeriksa mungkin
hendak mengkaji akaun ini walaupun akaun ini tidak dipilih mengikut cara statistik.
12. Walaupun begitu, butiran yang dipilih cara subjektif tidak boleh dimasukkan sebagai salah satu
daripada proses inferens. Berlainan dengan pensampelan statistik yang boleh dikaji untuk perkara
subjektif.
13. Konsep dan asas penting terminologi pensampelan statistik akan diterangkan di dalam Lampiran I
modul ini. Berbagai-bagai kaedah pensampelan dan reka bentuk sampel akan dibincangkan di dalam
Lampiran II. Panduan bagi aplikasi pensampelan statistik bagi bidang pengauditan diberikan di dalam
Lampiran III.
14. Ciri yang penting bagi pensampelan statistik adalah di mana hasilnya boleh diukur terhadap sesuatu
piawai yang telah ditetapkan lebih awal oleh pemeriksa. Secara praktiknya, pemeriksa tidak dapat
menggunakan sepenuhnya pengukuran statistik ini kerana kaedahnya yang amat teknikal. Oleh itu,
pemeriksa boleh terus menggunakan pertimbangan sendiri bila menilai hasil pensampelan.
15. Tambahan lagi, rekod koperasi yang tidak baik atau tidak lengkap akan menghalang pemeriksa untuk
menggunakan teknik statistik bagi mendapatkan sampel. Di bawah keadaan ini, ketua pemeriksa perlu
3

berbincang dengan penyelia bagi mendapat persetujuan untuk menggunakan kaedah lain yang
sesuai.
16. Disebabkan butiran mungkin akan dipilih untuk kajian yang berbagai-bagai, pemeriksa perlu
menyediakan senarai kawalan bagi unit sampel dan objektif sampel sebelum menjalankan
pengesahan terperinci. Ini adalah bagi menentukan kecekapan dan mengelakkan dokumen yang
sama diminta berkali-kali bagi kajian yang berlainan. Senarai kawalan penting bagi mencatat kerja
yang telah selesai. Ia mencatat apa yang telah dilakukan dan butiran mana yang telah dipilih untuk
dikaji serta aspek yang dikaji.
17. Dalam perancangan pensampelan, pemeriksa perlu jelas tentang aspek yang hendak disiasat. Bagi
menganggarkan nilai pinjaman yang masih belum dibayar maka hanya butiran sahaja yang perlu
diambil kira. Tetapi, jika konsistensi proses kredit yang hendak dikaji, pemeriksa perlu juga mengkaji
butiran pinjaman yang telah selesai dibayar. Tambahan lagi, jangka masa perlu juga difikirkan. Jika
prestasi pengurusan yang hendak dinilai maka butiran yang hendak dikaji perlulah diambil dalam
tempoh tanggungjawab pengurusan tersebut.

PEMERHATIAN UTAMA PENGAUDITAN


18. Pemerhatian utama pemeriksa tentang aplikasi pensampelan adalah sama ada hasil yang diperoleh
akan dapat menyokong ulasan yang dibuat. Kesilapan inferens akan menyebabkan keadaan yang
berikut:
i. Bila sampel tidak diambil daripada populasi yang lengkap (seperti memeriksa kepatuhan kepada
kawalan dalaman dengan hanya mengambil kira akaun yang tidak berbayar sahaja);
ii. Bila kaedah pensampelan yang digunakan tidak sesuai (seperti menentukan titik had yang tinggi
nilainya yang menyebabkan hanya nilai tinggi sahaja yang dikaji); dan
iii. Bila keputusan pensampelan salah diinterpretasikan (seperti membuat kesimpulan tentang tidak
berkesannya sesuatu sistem itu dengan hanya berdasarkan kepada contoh kesilapan yang
sedikit).
19. Sebelum memilih sampel, pemeriksa perlu mengambil kira objektif spesifik pengauditan dan tentukan
jenis bukti yang hendak diperoleh. Dan selepas itu barulah pemeriksa mempertimbangkan bentuk
pensampelan dan kaedah yang sesuai untuk digunakan.
20. Ulasan yang dibuat berdasarkan sampel akan mungkin menjadi subjek yang dipertikaikan.
Kesesuaian kaedah atau bentuk sampel yang digunakan mungkin akan dipersoalkan. Oleh itu,
pemeriksa perlu berbincang tentang pendekatan pensampelan yang hendak digunakan dengan ketua
pemeriksa yang seterusnya akan mendapatkan pengesahan pula daripada penyelia. Kaedah
pensampelan, bentuk sampel dan alasan menggunakannya perlu didokumenkan dalam kertas kerja
sebagai pelan pensampelan.
4

21. Tidak seperti pensampelan untuk aplikasi lain (seperti menganggarkan permintaan untuk produk baru
yang hendak diperkenalkan), pensampelan bagi pengauditan adalah kerja yang disokong secara
signifikan oleh kerja berkaitan dengannya yang telahpun selesai, seperti kajian analisis, pernilaian
sistem dan juga pemerhatian pemeriksa. Ini akan memberi gambaran yang tepat kepada pemeriksa
tentang hasil pensampelan yang dibuat.
22. Di mana sesuai, laporan pengauditan perlu menunjukkan penemuan yang didapati adalah
berdasarkan kepada pensampelan. Pemeriksa perlu menunjukan tahap pensampelan dan hasil
pensampelan dalam bahasa yang senang diifahami dan bukannya dalam bahasa statistik. Sebab-
sebab penemuan perlu diterangkan bersama-sama dengan cadangan untuk pembaikannya.
23. Pemeriksa perlu mendokumenkan hasil dan pendekatan pensampelan yang telah digunakan. Ini
adalah kerana pada masa depan ciri-ciri koperasi yang dikenal pasti boleh digunakan untuk membaiki
lagi pendekatan pensampelan.
24. Penggunaan teknik pensampelan yang betul walaupun nampaknya kompleks, menggunakan masa
yang banyak dan sukar tetapi akan diimbangi dengan jumlah butiran yang kecil untuk dikaji.
Tambahan lagi, pengalaman yang diperoleh akan mempercepatkan proses penyediaannya.
Memandangkan jumlah transaksi koperasi semakin meningkat, pensampelan statistik adalah patut
digunakan sepenuhnya bagi mempertingkatkan usaha penyeliaan.

TERMA ASAS DAN KONSEP PERSAMPELAN


1. Bagi memahami pensampelan statistik, pengauditan perlu membiasakan diri dengan terma dan
konsep berikut:

PARAMETER
2. Attribute atau ciri-ciri kepentingan yang hendak dikaji adalah dipanggil “parameter”. Parameter adalah
penting bagi membezakan jenis pensampelan yang hendak digunakan. Parameter yang penting bagi
pengauditan adalah pengecualian. Contohnya, sesuatu parameter adalah:
i. Kejadian di mana kemudahan kredit dibayar kepada peminjam sebelum mematuhi semua syarat
pembayaran;
ii. Kejadian di mana kemudahan kredit diluluskan melebihi had kelulusan;
iii. Keadaan ansuran yang tertunggak selama 12 bulan atau lebih; dan
iv. Kejadian di mana wang anggota yang tidak dituntut tidak dimasukkan dalam Rekod Wang Tidak
Dituntut.
5

UNIT PENSAMPELAN
3. Unit pensampelan adalah butiran yang mana parameter (ciri-ciri) yang dicari boleh didapati.
Contohnya, unit pensampelan yang mana diperlukan untuk tujuan berikut adalah:
i. Untuk menyiasat kejadian di mana kemudahan kredit dibayar kepada peminjam sebelum
mematuhi semua syarat pembayaran – setiap kemudahan kredit yang belum berbayar dan
kemudahan kredit yang telah habis dibayar yang diberikan dalam tempoh yang hendak dikaji oleh
pemeriksa;
ii. Untuk menyiasat kejadian di mana kemudahan kredit yang diluluskan melebihi daripada had
yang dibenarkan – setiap kemudahan kredit yang diluluskan (termasuklah kemudahan kredit
yang masih dalam proses dokumentasi dan kemudahan kredit yang telah selesai dibayar serta
diluluskan oleh pengurusan yang sedia ada dalam tempoh yang hendak diperiksa);
iii. Bagi menganggarkan jumlah akaun yang tertunggak ansurannya selama 6 bulan atau lebih (bila
laporan akaun tidak berbayar adalah tidak menyeluruh) – setiap baki akaun mestilah dikurangkan
melalui pembayaran biasa (pinjaman tetap, sewa beli dan lain-lain); dan
iv. Menyiasat ketidakpatuhan kepada seksyen 10 Akta Wang Tidak Dituntut – setiap jenis wang
anggota.

POPULASI
4. Pengumpulan butiran pensampelan yang ada parameter yang dicari adalah dipanggil “populasi”.
Sempadan populasi bergantung pada objektif pengauditan dan ciri-ciri spesifik yang dikaji. Contohnya,
populasi untuk kajian atau penyiasatan:
i. Pembayaran pinjaman kepada peminjam sebelum syarat pinjaman dipatuhi – semua pinjaman
yang belum berbayar dan semua pinjaman yang telah habis dibayar dalam masa tempoh kajian;
ii. Akaun tertunggak ansurannya selama 6 bulan atau lebih – semua akaun yang tertakluk kepada
pembayaran balik yang biasa; dan
iii. Tidak merekodkan wang anggota yang tidak dituntut ke dalam Rekod Wang Tidak Dituntut –
semua wang anggota atau simpanan anggota yang telah berhenti menjadi anggota.
5. Kesimpulan berdasarkan sampel statistik hanya berguna kepada populasi di mana sampel itu dipilih
dan tidak sepatutnya untuk digunakan untuk butiran yang tidak menjadi sebahagian daripada
populasi.
6. Tempoh masa yang diliputi oleh populasi adalah penting. Jika tujuan pengauditan adalah untuk
menilai fungsi pentadbiran kredit sesuatu pengurusan, maka populasinya mestilah terdiri dari
pinjaman yang diberi dalam masa tempoh pengurusan tersebut bertugas. Oleh itu, pinjaman yang
dikeluarkan oleh pengurusan terdahulu walaupun ada kes untuk menyokong penemuan, ianya adalah
6

tidak berkaitan kerana ini tidak mengambarkan kelemahan pengurusan yang sedia ada pada masa
ini.

STATISTIK SAMPEL
7. Terma “statistik sampel” adalah merujuk kepada attribute atau ciri-ciri yang diperhatikan daripada
sampel. Attribute ini dikenali sebagai parameter bila ia dirujuk dalam kontek populasi. Dalam
pensampelan, pemeriksa perlu membuat kesimpulan tentang parameter berdasarkan kepada statistik
sampel yang diperhatikan.

BIDANG PENSAMPELAN
8. Bidang pensampelan adalah rekod menyeluruh populasi di mana sampel boleh dikenal pasti dan
dipilih bagi pengauditan. Contoh, ianya mungkin:
i. Senarai akaun yang masih wujud dengan menggunakan nombor akaun atau resit;
ii. Senarai akaun simpanan anggota menggunakan nombor akaun; dan
iii. Senarai kemudahan kredit yang diluluskan menggunakan nombor kemudahan tersebut.
Bidang pensampelan perlulah menyeluruh, jika tidak sampel akan menjadi serong dan hasil yang
diperoleh tidak mewakili keadaan sebenar populasi.

ATTRIBUTE PENSAMPELAN
9. Attribute pensampelan adalah untuk menentukan keujudan atau tidak wujudnya parameter. Hasil
sampel adalah “ya” atau “tidak” bagi setiap butir sampel yang dikaji.
10. Pensampelan attribute boleh digunakan untuk menentukan kepatuhan atau ketidakpatuhan kawalan.
Setiap butir sampel yang dikaji bagi ketidakpatuhan terhadap sesuatu kawalan akan menghasilkan
jawapan “ya” atau ‘tidak”. Jawapan “tidak” menunjukan kawalan adalah berfungsi dan jawapan “ya”
pula menunjukan ada kejadian pelanggaran kawalan dalaman.

PENSAMPELAN PEMBOLEHUBAH
11. Pensampelan pembolehubah adalah untuk menentukan “perwakilan” bagi pembolehubah yang
digunakan bagi mengambarkan populasi atau pun penganggaran wakil pembolehubah berdasarkan
sampel. Hasil sampel adalah dalam bentuk nilai, angka atau jumlah.
12. Pensampelan pembolehubah boleh digunakan bagi menyokong laporan tentang jumlah pinjaman
yang diklasifikasikan dan untuk menganggarkan peruntukan spesifik yang diperlukan bagi jumlah
portfolio pinjaman.
7

PELAN PENSAMPELAN
13. Proses pensampelan melibatkan peringkat berikut:
i. Menentukan butiran yang hendak diperiksa;
ii. Memilih kaedah yang sesuai bagi memilih sampel;
iii. Menentukan saiz yang mencukupi bagi mewakili sampel;
iv. Menentukan julat dalam mana jawapan yang diterima (tahap keyakinan);
v. Persembahan data yang dikumpulkan; dan
vi. Inferens bagi hasil yang didapati.
14. Pelan pensampelan adalah skim yang diaturkan bagi menjalankan proses pensampelan. Pelan
tersebut perlu menjelaskan perkara berikut:
i. Objektif pengauditan;
ii. Populasi dan unit pensampelan;
iii. Teknik pemilihan sampel;
iv. Kemungkinan kesilapan dan tahap kesilapan yang boleh diterima; dan
v. Saiz sampel yang hendak diambil.

SAIZ SAMPEL
15. Saiz sampel adalah bilangan butiran yang dipilih bagi menjadi sampel. Saiz sampel adalah faktor yang
penting bagi ketepatan hasil. Secara amnya, jika besar saiz sampel maka hasilnya akan menjadi tepat
dengan parameter populasi. Tetapi, ketepatan statistik adalah tidak secara langsungnya seimbang
dengan saiz sampel. Bila sampel saiz meningkat dengan “n”, peningkatan ini secara tepatnya
meningkat hanya kepada jumlah punca kuasa “n”. Oleh itu, sampel yang besar adalah tidak perlu
kerana tujuan pengunaan sampel adalah untuk mengurangkan kerja tanpa mengurangkan secara
signifikannya kebolehpercayaan hasil tersebut. Secara amnya, saiz sampel yang terdiri lebih daripada
30 butiran adalah dikira cukup besar.
16. Penentuan saiz sampel akan dipengaruhi oleh faktor berikut:
i. Risiko di mana kesilapan penting, walaupun tidak banyak, mungkin berlaku (risiko yang dibawa);
ii. Risiko di mana kawalan dalaman yang ada dalam sistem gagal untuk mengesan kesilapan
(risiko kawalan);
iii. Risiko di mana hasil sampel tidak menunjukkan kesilapan penting walaupun dalam populasi ada
kesilapan besar;
iv. Risiko di mana ujian substantif gagal untuk mengesan kesilapan-kesilapan yang masih ada
(risiko mengesan); dan
v. Risiko di mana unjuran sampel mungkin menyimpang daripada keadaan populasi sebenarnya
(risiko pensampelan).
8

17. Jaminan mutlak yang mengatakan sampel statistik adalah wakil yang tepat bagi populasi adalah tidak
mungkin tercapai dalam pensampelan. Oleh itu, pemeriksa perlu menerima risiko pensampelan yang
mana perbezaan kesimpulan boleh berlaku. Bagi mendapat tahap keyakinan tinggi, saiz sampel yang
lebih besar adalah diperlukan.

KESILAPAN SAMPEL
18. Tahap ketidaktepatan dalam statistik adalah penyimpangan daripada nilai sebenar atau keadaan
parameter populasi dan ini dipanggil sebagai kesilapan sampel. Jika nisbah benar pinjaman yang
diklasifikasikan terhadap portfolio pinjaman adalah 20% (boleh ditentukan dengan mengkaji semua
pinjaman), anggaran sampel adalah 18% atau 21% akan mengandungi kesilapan, sementara itu
anggaran sampel yang adalah 20% tepat.
19. Walau bagaimanapun, melainkan bancian dibuat, kedudukan populasi yang tepat tidak boleh
ditentukan dan kesilapan boleh diterima jika ianya berlaku di dalam had boleh terima. Sebelum
menjalankan ujian ke atas sampel, pemeriksa perlu mendefinisikan dengan jelas hasil ujian dan
keadaan yang dikira kesilapan atau penyimpangan dengan merujuk kepada objektif pengauditan.
20. Kesilapan yang boleh diterima atau kadar penyimpangan yang boleh diterima adalah ketidaktepatan
yang maksimum yang boleh diterima bagi menyatakan secara umum sesuatu populasi dan juga
membuat keputusan bahawa objektif pengauditan telah dicapai.
21. Bagi ujian substantif, kesilapan boleh terima dinyatakan dalam bentuk kewangan. Di dalam had
kesilapan boleh terima, hasil sampel boleh diterima sebagai sederhana di mana angka rekod koperasi
secara amnya adalah betul.
22. Bagi ujian kepatuhan, kesilapan boleh terima adalah had maksimum jumlah kegagalan kawalan
dalaman. Di dalam had boleh terima, kawalan boleh dianggap berkesan. Bagi kesilapan boleh terima
yang lebih besar, saiz sampel yang kecil adalah diperlukan.

HAD, JARAK DAN TAHAP KEYAKINAN


23. Konsep keyakinan merujuk kepada jaminan terhadap hasil yang dinyatakan dalam bentuk berikut:
i. Sejauh mana kita boleh menjangka anggaran sampel akan berada di dalam sesuatu julat nilai
jika banyak sampel diambil berbanding hanya satu sampel sahaja yang diambil;
ii. Sejauh mana ketepatan anggaran kita tentang keadaan sebenar populasi; dan
iii. Sehingga tahap mana kepercayaan kita terhadap hasil yang diperoleh.
24. Sebagai contoh, bagi kes pengauditan terhadap yuran keanggotaan, pemeriksa mendapati 10%
daripada 100 keanggotaan telah berhenti menjadi anggota dan akaun anggota tersebut tidak aktif
lebih 7 tahun. Dana anggota yang berhenti ini perlu dicatatkan dalam akaun Wang Tidak Dituntut
mengikut tatacara Akta Wang Tidak Dituntut 1965.
9

i. Bolehkah pemeriksa membuat kesimpulan bahawa wujudnya kegagalan sistem atau hanya
salah pandang kerana hanya ada 10 akaun sahaja?
ii. Perlukah pemeriksa meningkatkan lagi sampelnya atau hanya berbincang dengan pemeriksa
lain yang juga akan mengkaji senarai keanggotaan dari segi pengesahan kesahihannya?
25. Dalam terma statistik, had keyakinan merujuk kepada probabiliti ketepatan yang dijangka bagi
anggaran yang dibuat. Konsep ini digunakan untuk menentukan saiz sampel dan untuk meneka
“ketetapan” dan ‘kebolehpercayaan” hasil sampel.
26. Ketetapan adalah tahap (+/- sesuatu nilai atau peratusan) di mana sampel statistik mungkin berbeza
daripada parameter populasi dan masih boleh diterima oleh pemeriksa.
27. Kebolehpercayaan adalah jaminan (peratusan atau faktor decimal) yang statistik berkaitan adalah di
dalam julat yang dinyatakan.
28. Aplikasi konsep adalah seperti berikut:
i. Pemeriksa sendiri memutuskan sejauh mana anggaran (tahap keyakinan) yang dikehendaki,
katakan 95% pasti (atau sesuatu probabiliti 0.95);
ii. Daripada jadual statistik yang berkaitan, dapatkan faktor ketepatan atau had keyakinan yang
berdasarkan tahap keyakinan yang telah diputuskan;
iii. Setelah memperoleh sampel statistik, campurkan dan kemudian tolakkan faktor ketepatan
kepada dan dari anggaran yang dibuat bagi memperoleh nilai atas dan nilai bawah yang dijangka
daripada populasi; dan
iv. Kesimpulan boleh dibuat bahawa “keyakinan bahawa 95% nilai sebenar populasi adalah di
antara nilai atas dan bawah”.
29. Dalam pengauditan, anggaran daripada sampel kadar pinjaman yang diklasifikasikan adalah 20%,
berdasarkan 95% had keyakinan, pemeriksa boleh mencampur atau menolak satu faktor (katakan
1%) kepada atau daripada 20% tersebut. Ini adalah kesimpulan bahawa kadar sebenar pinjaman
yang diklasifikasikan daripada jumlah portfolio pinjaman berada di antara 19% hingga 21%.

PENSAMPELAN STATISTIK
1. Peringkat asas pensampelan statistik adalah seperti berikut:
i. Rekabentuk sampel adalah untuk menentukan ketepatan dan kebolehpercayaan yang
diperlukan serta bagaimana seluruh populasi hendak dikaji;
ii. Pemilihan sampel memerlukan usaha mengenal pasti butiran yang tertentu untuk
diperiksa; dan
iii. Penilaian sampel adalah kesimpulan tentang populasi berdasarkan kepada pengauditan
terhadap butiran sampel.
10

PEMILIHAN SAMPEL
2. Di bawah pendekatan statistik, ada dua kaedah asas untuk membuat pemilihan sampel, iaitu;
i. Kaedah pensampelan rawak; dan
ii. Kaedah pensampelan sistematik.
Kaedah Pensampelan Rawak
3. Kaedah ini menggunakan “jadual nombor rawak” bagi menentukan unit yang dipilih dan
mempunyai kemungkinan yang sama untuk dipilih. Mendapatkan sampel secara rawak adalah tidak sama
dengan membuat pemilihan sampel secara tidak sistematik yang tidak ada perancangan dan disiplin yang
mungkin tidak akan menghasilkan perwakilan sampel.
4. Kebaikan menggunakan pensampelan rawak ialah hasil yang didapati tidak menyimpang dan
boleh dibuat pernyataan yang sah tentang populasi. Pensampelan rawak adalah baik untuk populasi yang
dikenal pasti dengan nombor.
5. Bila nombor rawak dipadankan dengan sesuatu kekosongan dalam bidang pensampelan yang
disebabkan oleh nombor yang tidak dipakai, maka proses pemilihan akan diteruskan dengan
menggunakan nombor rawak yang berikutnya.
6. Pemilihan nombor rawak juga boleh digunakan untuk butiran yang tidak bernombor. Ini dapat
dilakukan dengan meletakkan nombor turutan sementara kepada rekod tersebut.
7. Kelemahan kaedah ini adalah proses mendapatkan nombor rawak adalah membosankan.
Kaedah Pensampelan Sistematik
8. Di bawah kaedah ini, sampel akan dipilih pada setiap jarak nombor tetap butiran di dalam bidang
pensampelan. Contohnya, memilih setiap butiran yang kesepuluh adalah kaedah pensampelan sistematik.
9. “Jarak pensampelan” adalah ditentukan dengan membahagikan saiz populasi dengan saiz sampel.
10. Sampel yang pertama untuk dipilih boleh ditentukan dengan menggunakan jadual nombor rawak.
11. Disebabkan jaraknya adalah tetap, ianya dipanggil kaedah kuasi-rawak. Kaedah ini mudah dan
senang untuk digunakan.
12. Kaedah sistematik adalah sesuai untuk bidang pensampelan yang tidak menyeluruh dan populasi
yang besar serta seragam. Contohnya, pemeriksa perlu mengkaji proses kelulusan memberi pinjaman
untuk membeli barangan pengguna, pemeriksa memilih sampel daripada senarai jualan secara pinjaman
pada setiap 10 jualan yang dibuat.
13. Walau bagaimanapun, pensampelan sistematik hanyalah kuasi-rawak oleh itu perlu berhati-hati
supaya corak lingkaran dalam bidang sampel tidak menghasilkan sampel yang menyimpang. Contohnya,
sampel jualan tersebut mungkin menyimpang bagi memenuhi objektif pemeriksa jika setiap pilihan sampel
adalah terdiri daripada akaun anggota yang mempunyai simpanan yang banyak dengan koperasi.
14. Tambahan lagi, cara rekod dan fail diatur bagi sesuatu ciri-ciri boleh memberi kesan terhadap
pensampelan secara rawak ini. Contohnya, nombor turutan keanggotaan bagi anggota yang lama dan
11

mungkin dorman akan berada di awal bidang pensampelan dan pemeriksa yang akan mengkaji simpanan
anggota akan memilih akaun anggota di jarak yang melebihi akaun anggota lama. Ini akan mengurangkan
sampel yang terdiri daripada anggota lama dan dorman.

REKABENTUK SAMPEL
15. Ada beberapa cara di mana sampel boleh direkabentuk atau distruktur. Ini termasuklah perkara-
perkara berikut:
i. Mudah;
ii. Berstrata;
iii. Kelompok;
iv. Pelbagai peringkat; dan
v. Berkadar.
Di bawah rekabentuk sampel, sampel dipilih daripada bidang sampel.
Rekabentuk Sampel Strata
16. Di bawah rekabentuk ini, bidang pensampelan dibahagi kepada beberapa bahagian kecil yang
mempunyai ciri-ciri yang sama yang dipanggil strata. Unit pensampelan dipilih daripada setiap strata
berdasarkan kepada kadar strata yang berkaitan dengan populasi.
17. Rekabentuk strata digunakan apabila populasi terdiri daripada butiran yang tidak seragam. Wakil
sampel boleh dibaiki dengan mengunakan strata. Contohnya, pengauditan proses kredit kepada anggota,
disebabkan kemudahan kredit mempunyai berbagai produk dan memerlukan dokumen yang berbeza.
Maka portfolio kredit boleh distratakan mengikut jenis-jenis pinjaman berdasarkan kadar setiap jenis
pinjaman kepada portfolio pinjaman.
18. Bila menstratakan sampel, ia tidak menjadi halangan tentang berapa banyak bidang sampel yang
dibahagikan, asalkan pembahagian adalah berdasarkan ciri-ciri yang ada pada butiran tersebut.

Rekabentuk Sampel Kelompok


19. Dalam rekabentuk ini, populasi dikelompokkan mengikut kaitan-kaitan butiran. Selepas dipilih,
semua kandungan kelompok akan disiasat. Contohnya, sesetengah koperasi mengumpulkan baucar
mengikut tarikhnya. Bagi melihat kelulusan bayaran pinjaman ke akaun yang betul, kumpulan baucar akan
dipilih.
20. Pensampelan rawak atau pensampelan sistematik boleh digunakan untuk memilih kelompok atau
kumpulan baucar.
Rekabentuk Sampel Berbagai-bagai Peringkat
12

21. Di bawah rekabentuk ini, populasi akan dibahagikan, sama seperti rekabentuk sampel kelompok,
kepada kumpulan berdasarkan kaitan antara butiran. Tetapi, selepas sampel dipilih mengikut kaedah
pensampelan rawak, setiap individu sampel akan dipilih daripada setiap kumpulan untuk dikaji.
22. Kaedah ini boleh digunakan untuk mengkaji keberkesanan penyeliaan ke atas perbadanan
berkaitan koperasi, sampel perbadanan berkaitan akan dipilih secara rawak. Setelah perbadanan berkaitan
dipilih, sampel secara rawak akan dipilih daripada berbagai-bagai bidang penyeliaan akan dipilih untuk
dikaji.
Rekabentuk Berkadaran
23. Di bawah kaedah ini, setengah elemen pensampelan dalam unit sampel akan dikumpulkan untuk
menjadikannya unit yang besar supaya peluang dipilih akan menjadi lebih baik. Elemen yang selalu
dikumpulkan adalah dalam bentuk nilai kewangan. Oleh itu, ianya dikenali juga sebagai unit
pensampelan kewangan.
24. Elemen dalam populasi boleh dinyatakan sebagai setiap ringgit transaksi dan populasi
didefinisikan sebagai nilai jumlah ringgit yang direkodkan. Contohnya, bidang pensampelan boleh terdiri
daripada akaun pinjaman yang belum bayar mengikut aturan meningkat dengan baki jumlah terkumpul.
25. Kaedah rawak boleh digunakan untuk memilih permulaan nilai ringgit. Butir pensampelan yang
pertama adalah akaun yang diletakkan di baki terkumpul yang nilai ringgitnya telah dipilih. Selepas pilihan
rawak dibuat, kaedah sistematik boleh digunakan untuk mengenal pasti unit pensampelan yang seterusnya
dalam senarai. Di dalam menggunakan kaedah sistematik, jarak kewangan digunakan. Jarak ini
(sepatutnya menggunakan angka bulat) boleh ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai terkumpul
dengan saiz sampel atau dengan merujuk kepada dana modal koperasi (dalam kes ini, saiz sampel tidak
perlu ditentukan terlebih dahulu).
26. Bila baki terkumpul dan jarak kewangan tidak berpadanan, butir yang berikutnya yang ada nilai
peningkatan melebihi jarak kewangan perlu dipilih.
27. Kaedah kadaran memberikan pemeriksa jaminan yang baik bahawa butir yang ada kesan
signifikan berkemungkinan dikaji berkadaran dengan nilai ringgit yang belum dibayar. Kemungkinan
memilih setiap butiran adalah dengan membahagikan jumlah ringgit butiran dengan jarak kewangan. Jika
jarak yang dipilih adalah RM1,000 sesuatu akaun yang ada baki RM10,000 akan ada 10 kali peluang untuk
dipilih daripada akaun yang ada baki RM1,000. Kaedah ini mengabungkan kebaikan sampel sistematik dan
strata.
Rekabentuk dan Kaedah Mana Untuk Digunakan
28. Pemeriksa perlu mengambil perhatian bahawa tidak semua masalah pensampelan memerlukan
rekabentuk dan kaedah pensampelan yang sama. Mereka perlu menggunakan pertimbangan bagi memilih
kaedah yang paling praktikal dan sesuai. Tetapi, bagi menyenangkan pemeriksa selalunya kaedah
13

pensampelan sistematik akan digunakan bagi mendapatkan sampel selepas pemulaan secara rawak
diadakan.

LAMPIRAN I: CONTOH PERSAMPELAN BAGI SESUATU OPERASI


1. Lampiran ini menerangkan bagaimana pensampelan boleh digunakan oleh pemeriksa bagi
mengkaji sesuatu operasi yang penting. Contoh yang diberi hanyalah untuk demonstrasi dan tidak perlu
dianggap sebagai prosedur piawai yang patut diikuti.

PENDEKATAN
2. Pada amnya, langkah pertama pensampelan adalah untuk menyediakan pelan pensampelan. Ini
diikuti dengan penyediaan senarai bagi menentukan butiran sampel yang dipilih boleh dikaji bersama-sama
dengan aspek lain, jika berkaitan.
3. Senarai kawalan perlu ada baris ( row) yang menunjukkan unit pensampelan dan lajur ( column)
yang menunjukkan aspek yang hendak diperiksa. Aspek yang hendak dikaji akan didapati daripada objektif
pengauditan dan ciri-ciri kawalan yang sepatutnya wujud seperti mana ada di dalam SKD. Klausa seperti
“Pengauditan kepatuhan kepada kawalan dalaman” dan “Ujian kepatuhan Akta Sewa Beli” tidak boleh
diterima dan mesti digantikan dengan soalan yang spesifik seperti “Memeriksa sama ada kredit diluluskan
di bawah bidang kuasa yang ada pada anggota Lembaga atau pegawai koperasi, memeriksa sama ada
bayaran kredit yang diluluskan kepada anggota dibuat setelah semua syarat-syarat bayaran telah
dipenuhi”.
4. Setiap lajur (column) akan ditandakan bagi menunjukkan aspek mana butiran sampel telah dikaji.
5. Populasi perlu dikenal pasti sebelum butiran sampel dipilih. Pemeriksa perlu membuat keputusan
tentang butiran mana yang hendak dipilih dan di mana aspek yang hendak dikaji itu wujud dalam butiran
tersebut. Contohnya, memeriksa kelulusan kredit mengikut had yang telah dibenarkan, pemeriksa perlu
menentukan sama ada ianya meliputi semua kemudahan kredit atau hanya kemudahan kredit kepada
anggota dan perbadanan berkaitan sahaja.
6. Selepas populasi dikenal pasti bidang pensampelan perlu diperoleh. Bagi butiran yang masih ada
baki, bidang pensampelan yang terbaik adalah jadual yang menyokong baki butiran ini dalam lejar am.
Bagi memeriksa proses, mengkaji butiran yang ada baki akan menghasilkan jawapan yang menyimpang,
kredit tertentu yang selesai dibayar perlu dimasukkan dalam sampel. Penyusunan senarai kredit yang
masih belum dibayar dan yang telah selesai dibayar di mana semuanya telah melalui proses kredit pada
tempoh masa yang akan dikaji perlu diadakan.
7. Pemeriksa perlu menentukan had keyakinan, had kesilapan boleh terima dan saiz sampel.
14

8. Selepas perkara di atas disempurnakan, rekabentuk dan kaedah pensampelan boleh


dipertimbangkan. Bila hasil sampel diperoleh, pemeriksa perlu membuat keputusan berdasarkan had
keyakinan yang boleh terima, sama ada:
i. Di dalam sampel attribute, terdapatnya pelanggaran terhadap kawalan dalaman dalam
jumlah yang signifikan untuk menunjukkan berlakunya kegagalan sistem (sistem tidak
diendahkan langsung di dalam amalan) atau kawalan yang lemah (di mana sistem tidak
didokumenkan dengan betul); dan
ii. Di dalam pembolehubah pensampelan, nilai adalah diterima bagi mewakili populasi.
9. Di mana hasil tidak dapat dibuat keputusan, pemeriksa perlu mempertimbangkan sama ada:
i. Berdasarkan faktor kualitatif seperti kualiti rekod, kompetensi, moral dan sikap kakitangan,
pemeriksa boleh lagi mempertimbangkan sama ada hasil tersebut boleh diterima; dan
ii. Menjalankan pensampelan lanjut dengan mengambil sampel lagi.

PINJAMAN DAN PENDAHULUAN


10. Pensampelan digunakan di dalam pengauditan pinjaman dan pendahuluan bagi tujuan berikut:
i. Menguji sama ada polisi dalaman, amalan dan prosedur berkaitan proses kredit yang
dikaji adalah mencukupi serta dipatuhi;
ii. Menguji kepatuhan kepada Akta dan Peraturan;
iii. Menguji kewujudan dokumen kredit yang sepatutnya disimpan dengan baik oleh koperasi;
iv. Menguji sama ada laporan pinjaman yang tidak berbayar adalah menyeluruh; dan
v. Menganggarkan nilai akaun yang diklasifikasikan dan pinjaman tidak berbayar serta
peruntukan spesifik yang diperlukan.
11. Unit pensampelan bagi mengkaji pinjaman dan pendahuluan adalah terdiri daripada perkara
berikut:
i. Kumpulan peminjam (bagi memeriksa kepatuhan kepada had kelulusan);
ii. Peminjam (bagi memeriksa kelaziman untuk kepatuhan Akta dan Peraturan);
iii. Kemudahan kredit (bagi memeriksa proses kredit dan menganggarkan nilai pinjaman tidak
berbayar dan peruntukan spesifik yang diperlukan); dan
iv. Akaun nombor peminjam (bagi menguji keberkesanan sistem pelaporan pinjaman tidak
dibayar koperasi).
DEPOSIT
12. Pensampelan boleh digunakan di dalam aspek pengauditan deposit yang berikut:
i. Ujian sama ada polisi dalaman, amalan dan prosedur berkaitan dengan deposit yang dikaji
adalah mencukupi serta dipatuhi;
ii. Ujian kepatuhan kepada peraturan deposit; dan
15

iii. Ujian kepatuhan kepada Akta Wang Tidak Dituntut 1965.

PENGESAHAN WANG TUNAI DAN DOKUMEN SEKURITI


13. Di bawah kategori ini, tujuannya adalah untuk mengesahkan kewujudan fizikal butiran penting ini.
Wang tunai terdiri daripada wang kertas, syiling dan wang rampai. Dokumen sekuriti adalah termasuk
perkara-perkara berikut:
i. Dokumen yang berkaitan dengan pinjaman dan pendahuluan (seperti perjanjian pinjaman,
borang potongan gaji, perjanjian jaminan dan lain-lain);
ii. Dokumen berkaitan dengan pelaburan (seperti sijil pelaburan, kertas komersial, penyata
saham, penyata daripada pendaftar syarikat dan lain-lain);
iii. Dokumen berkaitan dengan keanggotaan (seperti rekod anggota); dan
iv. Dokumen untuk disimpan dengan selamat (seperti sijil saham, geran tanah, kad perakuan
pendaftaran kenderaan dan lain-lain).
Pensampelan attribute yang digunakan dalam bidang ini adalah untuk menentukan dokumen ini disimpan
secara fizikal dan direkodkan.

PELABURAN
14. Pensampelan boleh digunakan bagi mengkaji operasi pelaburan secara berikut:
i. Ujian kepatuhan kepada kawalan dalaman; dan
ii. Ujian aktiviti spekulasi.

Anda mungkin juga menyukai