Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 2015

Pengenalan :

TMK merupakan subjek elektif bagi murid sekolah rendah. Mata pelajaran TMK telah dijalankan selama
2 tahun melibatkan tahun 4 dan 5. Mata pelajaran ini penting dalam memperkenalkan murid kepada
asas komputer dan perisian lebih mendalam. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan
individu yang mahir dalam pengendalian komputer seterusnya memacu kemajuan Negara.

Visi Panitia TMK

Melahirkan murid yang bijak dalam ICT seiring dengan perkembangan semasa dan berdaya saing.

Misi Panitia TMK

1. Melengkapkan murid dengan asas dan konsep komputer


2. Memupuk minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid

Piagam pelanggan Panitia TMK

1. Menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif


2. Melengkapkan murid dengan kemahiran asas TMK secara berterusan
3. Memberi komitmen yang tinggi kepada semua murid.
LAPORAN TAHUNAN 2015

Pada tahun 2015, Panitia TMK telah berjaya menjalankan aktiviti mengikut perancangan yang
telah ditetapkan panitia. Seramai 2 orang guru yang terlibat dalam PdP pada tahun 2015 melibatkan
kelas tahun 4 dan 5.

Sepanjang PdP, kebanyakan guru yang mengajar menggunakan Dokumen Standard yang telah
dibekalkan. PdP dijalankan di makmal kerana ini memudahkan penggunaan komputer/note book. Hasil
dari pemerhatian kebanyakan murid berminat dalam subjek ini dan kebanyakan mereka sudah
mempunyai asas dalam penggunaan komputer.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan pada tahun hadapan. Antaranya ialah hasil
dari lawatan jemaah nazir mendapati beberapa kekangan yang perlu diperbaiki segera seperti :

a) Format penulisan Rancangan Tahunan (RPT) perlu selari dengan takwin sekolah

b) Perkembangan staf dalam panitia perlu dijalankan berdasarkan kelemahan yang sama ada
murid mahu pun guru.

c) Pelaksanaan PBS dalam panitia/mata pelajaran belum mantap.

d) Pencerapan PdP yang dijalankan perlu diadakan post mortem dan hasil post mortem tersebut
perlu dijalankan perkembangan staf berdasarkan kelemahan yang dikesan.

Hasil pemantauan jemaah nazir akan diberikan perhatian dan akan diperbetulkan segera.

Masalah kekangan masa juga turut merencatkan PdP kerana kebanyakan akitviti perlu dipercepatkan
memandangkan TMK hanya dijalankan selang 2 minggu dan bertukar kepada RBT. Selain itu, masalah
penggunaan pencetak juga menyebabkan hasil kerja murid tidak dapat dijelmakan dalam bentuk salinan.

Kesimpulannya, aktiviti dan PdP dalam mata pelajaran TMK sebenarnya memberi keseronokan
kepada murid dan kebanyakan murid sangat berminat pada mata pelajaran TMK. Masalah berkaitan
teknikal dan kekangan masa perlu di atasi mengikut kebijaksanaan guru demi kecemerlangan dan selaras
dengan aspirasi yang dizahirkan oleh pihak kementerian untuk melahirkan modal insane yang mahir
dalam ICT.

Disediakan oleh :

…………………………

(Mohamad Zakee Isham Bin Abd Ghani)

Anda mungkin juga menyukai