Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA MESYUARAT AGUNG

PIBG SMK BATU MUDA KALI KE 19 TAHUN 2019

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.k

Yang berusaha Pn. Tuan Hasnah bt Raja Hassan, Pengetua SMK Batu Muda,

Yang dihormati barisan Penolong-Penolong Kanan

Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran

AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Seri Batu Muda pada
pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Batu Muda kali ke 19
tahun 2019.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah
terutama kepada Pengetua SMK Batu Muda iaitu Pn. Tuan Hasnah bt Raja Hassan yang
juga merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah
bertungkus- lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Batu Muda kali ke
19 Tahun 2019.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan
antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan
perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan, PIBG SMK Batu Muda telah banyak berkolaborasi
dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Justeru, saya amat
berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar SMK
dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan
diperkasakan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sepanjang tempoh setahun menerajui PIBG SMK Batu Muda, saya dan para AJK
PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan pelajar. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak pihak sekolah dapat
meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam
pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Saya dan para
AJK juga akan sentiasa membantu dari segi sokongan moral memandangkan terdapat
sarana ibu bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa untuk membantu pihak sekolah yang
telah pun ditubuhkan

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dunia pendidikan yang semakin mencabar amat memerlukan perhatian dan


kerjasama daripada semua pihak terutama daripada para ibu bapa dan guru. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua guru di SMK Batu Muda yang telah banyak
berjasa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak saya serta anak-anak
kepada para ibu bapa yang lain. Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang terbaik
kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian serta ikatan antara para ibu bapa dan guru-guru
yang sedia terjalin selama ini akan dapat dipererat dan dipertingkat.

Saya tidak berhajat untuk berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sekali lagi ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Batu Muda kali ke 19 Tahun 2019. Semoga segala
pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah swt seterusnya
mendatangkan impak yang positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak kita
seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada
kemajuan agama,bangsa dan negara.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wbk

Anda mungkin juga menyukai