Anda di halaman 1dari 2

Harta alih dan Harta Tak alih (mal al-manqul wal mal al-aqar)

Umumnya, harta alih ialah harta yang boleh diubah dari satu tempat ke satu tempat lain
manakala harta tak ali ialah harta yang tidak boleh diubah kedudukan asalnya. Dalam
Majalah al-Ahkam al-Adliyyah, harta alih adalah `sesuatu yang boleh dipindahkan dari
sesuatu tempat seperti matawang, barang-barang, binatang dan benda yang bersukat atau
bertimbang.

Menurut pandangan ulama’ Hanafi, harta alih (al-manqul) ialah harta yang boleh berpindah
atau diubah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal
atau pun bertukar kerana perpindahan itu.Misalnya barang perniagaan, perabut hiasan,
kenderaan, wang, barang-barang yang disukat atau dibungkus, binatang ternakan, buah-
buahan dan lain-lain.Golongan ini menerangkan harta tak alih (al-aqar) ialah harta yang kekal
di tempatnya yang tidak boleh dipindah atau diubah seperti rumah dan tanah.Oleh itu segala
benda di atas tanah misalnya pokok, tanaman dan bangunan di atas tanah tersebut yang tidak
boleh dipisahkan dari tanah dianggap sebagai harta tak alih.

Manakala ulama’ Maliki pula berpendapat harta alih (al-manqul) adalah sesuatu yang boleh
dialih dan dipindahkan dari satu empat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan
strukturnya kekal seperti biasa contohnya seperti buku, kenderaan, pakaian dan
sebagainya.Golongan ini seterusnya mengatakan harta tak alih ialah sesuatu yang tidak boleh
dipindah atau diubah kedudukannya seperti tanah dan juga sesuatu yang boleh dipindah
sekiranya berlaku perubahan bentuk ketika perpindahan itu seperti pokok dan bangunan.
Pokok jika ditebang akan berubah menjadi kayu api manakala bangunan jika diruntuhkan
akan menjadi hancur.

Adakalanya berlaku pertukaran harta manqul menjadi aqar dan sebaliknya.Contohnya seperti
pintu, kunci mangga pada pintu dan saluran elektrik atau air menjadi aqar kerana ia
bersambung dan melekat kepada sesuatu benda aqar.

Contoh benda aqar menjadi manqul ialah seperti batu-bata atau kayu-kayan dari runtuhan
binaan, bahan-bahan galian, batu-batan dan tanah.Batu-batan, bahan galian dan tanah menjadi
manqul sebaik sahaja ia terpisah dari bumi.Begitu juga dengan gambar lukisan dan kerusi
yang diskrukan boleh menjadi manqul bila skrunya ditanggalkan dan dipindah ke tempat lain.

Tujuan pembahagian kepada harta alih dan tak alih ini ialah untuk menentukan hokum
berikut:

i) Harta tak alih tertakluk kepada hokum syuf`ah sedangkan harta alih tidak tertakluk
kepada syuf`ah

ii) Seorang wasi misalnya wasi bagi kanak-kanak atau orang yang cacat fikiran, harus
menjual harta alih kanak-kanak tersebut jika penjualan itu mengandungi
masalah.Sebaliknya tidak harus menjual harta tak alih melainkan jika menjadi
tuntutan syara’ seperti tanah itu terpaksa dijual kerana membayar hutang yang
ditanggung oleh anak tersebut disebabka hutang yang ditinggalkan oleh ibubapanya
dan tidak sempat dilangsaikan
iii) Berhubung dengan harta yang terpaksa dijual untuk membayar hutang, penjualan
harta alih hendaklah diutamakan.Harta tak alih hanya dilakukan sebagai langkah
terakhir.

Anda mungkin juga menyukai