Anda di halaman 1dari 24

BAB 7

IKLIM

7.1 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran ini pelajar dapat:


a. Memahami konsep iklim dan cuaca.
b. Mengaitkan unsur-unsur cuaca dan iklim dengan proses kejadiannya di beberapa
zon/kawasan dunia.
c. Memahami pengkelasan iklim koppen dan taburannya.
d. Memahami konsep dan proses yang membawa kepada fenomena kemerosotan
kualiti udara.
e. Mengaitkan kesan fenomena kemerosotan kualiti udara terhadap kehidupan
manusia.

7.2 PENGENALAN

Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang
diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun.

Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The


Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah sebagai "cuaca secara purata",
atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata
dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah
ke ribuan ataupun jutaan tahun.

Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World
Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim
secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.

7.3 KONSEP IKLIM DAN CUACA

Cuaca adalah satu pergabungan kejadian di atmosfera. Iklim pula adalah cuaca yang dialami
sepanjang satu jangkamasa di sesuatu lokasi. Tidak ada suatu batas pemisah tepat antara
apa yang dikatakan iklim dan apa yang dikatakan Cuaca. Ia bergantung kepada kegunaan.
Umpamanya, fenomena El Nino adalah satu fenomena cuaca untuk segolongan pemerhati,
tetapi untuk segolongan yang lain, ia suatu ciri perubahan iklim.

7.4 UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

A. Suhu
Merujuk kepada darjah kepanasan udara yang datang dari sinaran matahari atau
bahang matahari yang mempunyai tenaga haba. Diukur dalam nilai celsius dengan

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 66


menggunakan Termometer Six (digunakan untuk mencatat suhu maksimum dan
menimum setiap hari.

B. Kerpasan
Ia merangkumihujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Hujan terbentuk melalui proses
kondensasi. Hujan di sukat dengan menggunakan tolok hujan.

C. Kelembapan Udara
Jumlah wap air yang terdapat dalam udara. Oleh itu, udara dapat di kelaskan kepada
kering dan lembap.

Kelembapan uadara di bahagikan :


i) Kelembapan mutlak (kandungan wap air yang sebenar terdapat dalam udara
pada satu masa).
ii) Kelembapan bandingan (nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat dalam
udara berbanding dengan jumlah wai air yang mampun ditampung oleh udara
berkenaan).

Kelembapan udara di sukat dengan menggunakan alat higrometer putar yang


mengandungi bebuli kering dan basah.

D. Awan
Merupakan titisan air yang sangat halus (0.02 mm – 0.06 mm) dan terapung di udara.
Ia terbentuk akibat penyejukan udara di bawah suhu takat beku. Debu-debu, bahan-
bahan pencemaran uadara yang berada di atmosfera bertindak sebagai nukleus
kondensasi yang menyerap wap air dan membentuk awan.

Terdapat empat jenis awan:


i) Awan tinggi (berada di antara 6,100m-12,000m). Contoh awan sirus, sirostratus
dan sirokumulus.
ii) Awan pertengahan (1,200m-6,100m). Contoh awan altostratus dan altocumulus.
iii) Awam rendah (0m-1,200m. Contoh awan stratokumulus dan nimbostratus.
iv) Awan tegak(180m). Contoh awan kumulus dan kumulonimbus.

E) Tekanan Udara
Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Tekanan udara
akan berubah-ubah mengikut ketinggian. Tekanan udara di sukat dengan menggunakan
barometer aneroid dalam unit milibar.

F) Angin
Merupakan udara yang bergerak secara mendatar. Bertiup dari kawasan tekanan udara
tinggi ke rendah. Alat penunjuk arah angin digunakan untuk menentukan arah tiupan
angin. Aneomometer digunakan untuk mengukur halaju angin.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 67


7.5 KLASIFIKASI IKLIM DUNIA

Sifat dan ciri-ciri iklim di sesuatu tempat mungkin berbeza daripada sifat dan ciri-ciri yang
terdapat di tempat yang lain disebabkan wujudnya banyak perbezaan dari segi ruang
(latitud), ketinggian, jarak dari laut dan sifat tempatan (ciri-ciri makro). Selain itu, terdapat
juga perbezaan dari segi masa. Kesemua itu akan membawa perbezaan dalam iklim antara
dua tempat. Tambahan lagi, walaupun kedua-dua tempat tersebut hanya terletak beberapa
kilometer antara satu sama lain, perbezaan iklim juga akan wujud akibat perbezaan
tempatan seperti tumbuhan, tanih, topografi dan aspek cerun. Akibat perbezaan sifat dan
ciri-ciri iklim antara tempat yang berbeza di dunia. Jadi, pengelasan iklim adalah amat perlu
dalam memudahkan proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berkenaan dengan
iklim. Justeru itu, pelbagai sistem pengelasan iklim telah diperkenalkan oleh para pengkaji
klim dalam mengelaskan iklim dunia.

Sesuatu sistem pengelasan iklim yang baik dan sesuai bagi tujuan satu tujuan tertentu
mungkin tidak begitu sesuai bagi tujuan yang lain. Contohnya, sesuatu sistem pengelasan
iklim yang berasaskan nilai kritikal suhu dan keperluan air sebagai syarat utama tumbesaran
tumbuhan adalah sesuai bagi kajian dalam bidang biologi, biogeografi, ekologi atau
pertanian. Namun begitu, sistem pengelasan tersebut mungkin tidak sesuai bagi tujuan lain
seperti ramalan cuaca dan kaji iklim mikro yang mempunyai kaitan lebih kukuh dengan pola
peredaran udara, pola tekanan, jenis ribut, dan unsur cuaca dan iklim. Dalam kes begini,
sesuatu sistem pengelasan iklim yang berdasarkan suhu, kelembapan dan pergerakan udara
adalah lebih sesuai.

Klasifikasi iklim Köppen adalah salah satu sistem klasifikasi iklim yang paling banyak
digunakan secara luas. Dikembangkan oleh Wladimir Köppen, seorang ahli iklim Jerman,
sekitar tahun 1900 (dengan beberapa perubahan oleh Köppen, tahun 1918 dan 1936).
Didasarkan pada konsep bahwa tanaman adalah ekspresi terbaik iklim dan lingkaran zona
iklim telah dipilih dengan distribusi tanaman. Menggabungkan temperatur dan kelembaban
rata-rata bulanan dan tahunan, dan kelembaban musiman.

7.6 KLASIFIKASI IKLIM KOPPEN

Gambar 1: Wladimir Koeppen

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 68


Sistem pengelasan iklim Koeppen merupakan sistem yang amat berguna dan terkenal di
dunia. Ia merupakan sistem pengelasan iklim yang biasanya digunakan oleh ahli dan para
pelajar kaji iklim sama ada dalam bentuk asalnya ataupun dalam bentuk yang telah
diubahsuaikan. Sistem tersebut telah mula disarankan oleh Wladimir Koeppen pada awal
abad ke-20. Sistem ini merupakan suatu sistem empirik yang mengandungi jenis iklim
berlainan yang disusun menurut nilai suhu dan purata hujan tahunan atau bulanan kritikal.
Pada mulanya, objektif utama Koeppen ialah untuk menghasilkan sistem pengelasan yang
dapat mengaitkan antara unsur iklim dengan spesies tumbuh-tumbuhan. Pada hal yang
sama, beliau juga telah menyediakan satu skema asas yang objektif untuk mengenal pasti
jenis iklim di dunia berasaskan sifat unsur iklim.

Beliau telah menggunakan peta taburan pola tumbuh-tumbuhan sedunia yang dicipta oleh
Alphonse de Candolle, ahli fisiologi Perancis, untuk menyediakan sistem pengelasannya yang
pertama pada tahun 1900. oleh sebab itu, sebahagian besar sistem pengelasan Koeppen
adalah berasaskan zon tumbuh-tumbuhan di dunia. Seterusnya Koeppen juga telah
membuat pengubahsuaian kepada sistem pengelasannya pada tahun 1918. Dalam sistem
kedua ini, Koeppen telah menggunakan skema pengelasan iklim yang lebih berasaskan
suhu, hujan dan ciri-ciri musiman unsur iklim di sesuatu tempat tempat tertentu.

7.6.1 KUMPULAN IKLIM UTAMA MENGIKUT KOEPPEN

Pada dasarnya, terdapat lima kumpulan iklim utama yang ditandakan dengan huruf-huruf
besar A, B, C, D dan E. Bagi kumpulan iklim A, C dan D, unsur-unsur haba dan kerpasannya
adalah mencukupi untuk pertumbuhan pokok-pokok berbatang tinggi seperti hutan dan
hutan jarang. Kumpulan B dan E pula tidak sesuai untuk pertubuhan hutan dan hutan
jarang. Sedangkan B tidak mempunyai lima kumpulan iklim tersebut adalah seperti berikut:

A – Iklim tropika
Mempunyai min suhu setiap bulan melebihi 18°C. Jenis iklim ini tidak mempunyai musim
dingin tetapi sepanjang tahun bermusim panas. Hujan tahunan iklim tropika adalah banyak
dan melebihi sejatan tahunan. Oleh sebab itu, musim-musim di dalam kumpulan iklim ini
lebih ditentukan oleh perbezaan kerpasan daripada suhu.

B – Iklim kering
Iklim jenis ini mempunyai min sejatan potensi yang melebihi min kerpasan sepanjang tahun.
Setiap bulan mempunyai kekurangan air di dalam tanih. Oleh sebab itu, tidak terdapat
lebihan air dan akibat itu juga tidak terdapat sungai kekal yang mengalir di dalam kumpulan
iklim jenis B ini. Namun terdapat juga sungai sementara yang mengalir pada musim hujan
sahaja.

C – Iklim panas sederhana berhujan (mesotermal)


Jenis iklim ini mempunyai min suhu bulanan yang sejuk kurang daripada 18°C, tetapi
melebihi -3°C. Oleh hal yang demikian kumpulan iklim C mempunyai musim panas dan
musim dingin yang sederhana.

D – Iklim salji (mikrotermal)


Iklim salji mempunyai bulan yang paling sejuk dengan min suhu kurang daripada -3°C. Min
suhu pada bulan yang paling panas pula melebihi 10°C ini hampir sama dengan had
pertumbuhan hutan ke arah kutub. Musim dingin adalah sejuk dan musim panas sederhana.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 69


E – Iklim ais kutub
Iklim ini mempunyai min suhu bulan yang paling panas kurang daripada 10°C. Iklim ini tidak
mengalami musim panas yang sebenar.

Untuk membuat pengelasan iklim yang seterusnya, simbol-simbol tambahan pula


dimasukkan di tepi huruf-huruf besar tadi. Selai daripada iklim kering B, huruf yang kedua
merujuk kepada corak dan pola hujan. Huruf ketiga merujuk kepada unsur suhu dan huruf
keempat pula merujuk kepada ciri-ciri khas mengenai iklim yang berkenaan.

Terdapat dua kumpulan kecil di dalam kumpulan utama B yang dinyatakan dengan satu
huruf besar (S dan W) seperti berikut:

S – Iklim Steppe
Iklim ini merupakan jenis iklim hampir-kontang yang menerima kira-kira 38 hingga 76 cm
hujan setahun di kawasan garis lintang rendah. Nilai hujan yang tepat dapat ditentukan
dengan formula yang berasaskan suhu.

W – Iklim gurun
Merupakan jenis iklim kontang dan kering. Kebanyakkan kawasan yang mengalami iklim ini
hanya menerima kurang daripada 25 cm hujan setahun. Sempadan jenis iklim ini mungkin
sama dengan iklim steppe dan dapat ditentukan dengan formula tertentu.

Terdapat juga empat huruf kecil kedua yang dapat digabungkan dengan lima kumpulan
utama di dalam bahagian huruf-huruf ini mencerminkan ciri-ciri tertentu.

f Sifat iklim yang lembab. Jumlah kerpasan adalah mencukupi setiap bulan. Tidak ada
musim kering atau kemarau. Huruf ini digunakan bagi kumpulan utama A, C dan D.

w Mengalami musim kering pada musim dingin di hemisfera yang berkenaan.

s Mengalami musim kering pada musim panas di hemisfera yang berkenaan.

m Iklim hutan-hujan, walaupun terdapat musim kering yang pendek di dalam edaran
kerpasan jenis monsun. Digunakan hanya bagi iklim jenis A sahaja.

Hasil daripada gabungan kumpulan yang terdiri daripada huruf pertama dan kedua itu,
terdapat sebelas jenis iklim seperti berikut:

Af Hutan hujan tropika (juga Am suatu variasi Af).


Lokasi: lembangan sungai Amazon (Amerika Selatan) Lembangan Sungai Congo
(Afrika), Indonesia, pantai timur Brazil, Filipina, pantai timur Madagaskar, India,
bahagian selatan Bangladesh & Malaysia.

Aw Savana tropika.
Lokasi: Utara dan Timur India, pedalaman Myanmar(Burma), Semenanjung Indo-
China, Utara Australia, Sempadan Lembangan Sungai Congo (Afrika), Bahagian
Selatan Tengah Afrika, Bahagian Barat Tengah Amerika.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 70


Bs Iklim steppe.
Lokasi: barat selatan lampau Amerika (Brazil)

Bw Iklim gurun.
Lokasi: Utara Mexico/Barat Selatan Amerika /BAJA California/ Afrika Utara / Arab
Saudi/Iran / Barat India Bahagian tengah / Barat Australia / Selatan dan barat
Afrika.

Cw Iklim sederhana berhujan mesotermal lembap serta musim dingin kering.

Cf Iklim sederhana berhujan, (mesotermal lembap) lembap dalam semua musim.

Cs Iklim sederhana berhujan (mesotermal lembap) dengan musim kering.

Df Iklim hutan sejuk bersalji (mikrotermal lembap), lembap semua musim.

Dw Iklim hutan sejuk bersalji (mikrotermal lembap) dengan musim dingin kering.

Et Iklim tundra

Ef Iklim sentiasa berfros (ais kemuncak)

Tambahan lagi, bagi tujuan membezakan lebih banyak variasi suhu ataupun unsur-unsur
cuaca, Koeppen telah menambahkan huruf ketiga kepada sebelas kumpulan tersebut.
Terdapat enam huruf kecil d dalam huruf ketiga ini:

a Mengalami musim panas yang sangat panas dimana bulan yang paling panas
mengalami suhu lebih dari 22°C (iklim C dan D).

b Mengalami musim panas yang panas dimana bulan yang paling panas mengalami
suhu kurang daripada 22°C (iklim C dan D).

c Mengalami musim panas sederhana sejuk dan pendek yang tidak melebihi empat
bulan yang megalami suhunya lebih daripada 10°C (iklim C dan D).

d Mengalami musim dingin yang sangat sejuk dengan bulan yang paling sejuk kurang
daripada -38°C (iklim D sahaja).

h Mengalami sifat kering-panas dengan min suhu tahunan lebih daripada 18°C (iklim B
sahaja).

k Mengalami sifat kering-sejuk dengan min suhu tahunan kurang daripada 18°C (iklim
B sahaja).

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 71


Akibat gabungan ketiga-tiga huruf tersebut, maka Koeppen telah dapat mengenal pastikan
25 jenis iklim tertentu seperti ditunjukkan jadual 1:

Jadual 1: Pengelasan Iklim Koppen

Bil. Jenis Iklim Sifat dan Ciri Iklim


1. Af Hutan hujan tropika. Panas. Hujan sepanjang tahun. Tiada
kemarau (Garis lintang 10°U - 10°S)
2. Am Monsun tropika. Panas. Hujan lebat pada musim-musim tertentu.
Ada musim kemarau (garis lintang 10°U - 20°U dan 10°S - 20°S).
3. Aw Savana tropika. Panas. Kering pada musim-musim tertentu (garis
lintang 5°U - 25°U dan 5°S - 25°S).
4. BSh Steppe tropika. Hampir gurun. Panas ( garis lintang 15°U - 30°U
dan 15°S - 35°S).
5. BSk Steppe sederhana dunia. Hampir gurun. Sederhana sejuk
atau sejuk (Garis lintang 5°U - 35°U dan 15°S - 35°S).
6. BWh Gurun tropika. Gurun. Panas (garis lintang 15°U - 30°U dan 15°S -
30°S).
7. BWk Gurun sederhana dunia. Gurun. Sederhana sejuk atau sejuk (garis
lintang 15°U - 30°U dan 15°S – 30°S).
8. Cfa Hampir tropika lembap. Musim dingin sederhana. Lembap
sepanjang musim. Musim panas panjang dan panas (garis lintang
20°U – 30°U dan 20°S - 35°S).
9. Cfb Kelautan. Musim dingin sederhana. Lembap sepanjang musim.
Musim panas sederhana (garis lintang 40°U - 60°U dan 40°S –
60°S)
10. Cfc Kelautan. Musim dingin sederhana. Lembap sepanjang musim.
Musim panas pendek dan sejuk (garis lintang 40°U - 60°U dan
40°S – 60°S)
11. Csa Pedalaman Mediterranean. Musim dingin sederhana. Musim panas
kering (garis lintang 30°U - 45°U dan 30°S - 45°S)
12. Cab Mediterranean pantai. Musim dingin sederhana. Musim panas
kering, pendek dan sederhana (garis lintang 30°U - 45°U dan 30°S
- 45°S)
13. Cwa Monsun hampir tropika. Musim dingin sederhana dan kering.
Musim panasnya panas (garis lintang 5°U - 25°U dan 5°S - 25°S)
14. Cwb Pergunungan tropika. Musim dingin sederhana dan kering.
Musim panas pendek dan sederhana (Garis linatng 5°U - 25°U dan
5°S - 25°S).
15. Dfa Kebenuaan lembap. Musim dingin melampau. Lembap sepanjang
musim. Musim panas panjang dan panas
(Garis lintang 35°U - 60°U dan 35°S – 60°S).
16. Dfb Kebenuaan lembap. Musim dingin melampau. Lembap sepanjang
musim. Musim panas pendek dan sederhana (Garis lintang 35°U -
60°U dan 35°S – 60°S).
17. Dfc Hampir artik. Musim dingin melampau. Lembap sepanjang
musim. Musim panas sejuk dan pendek (Garis lintang 50°U -70°U
dan 50oS - 70°S).
18. Dfd Hampir artik. Musim dingin terlalu sejuk. Lembap sepanjang
musim. Musim panas pendek (Garis lintang 50°U - 70°U dan 50°S
- 70°S).

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 72


19. Dwa Kebenuaan lembap. Musim dingin terlalu sejuk dan kering. Musim
panas panjang dan panas (Garis lintang 35°U - 60°U dan 35°S -
60°S).
20. Dwb Kebenuaan lembap. Musim dingin terlalu sejuk dan kering. Musim
panas sederhana (Garis lintang 35°U - 60°U dan 35°S - 60°S).
21. Dwc Hampir artik. Musim dingin terlalu sejuk dan kering. Musim panas
pendek dan sederhana (Garis lintang 50°U - 70°U dan 50°S -
70°S).
22. Dwd Hampir artik. Musim dingin terlalu sejuk dan kering. Musim
panas pendek dan sederhana (Garislintang 50°U - 70°U dan 50°S -
70°S).
23. ET Tundra. Musim panas terlalu pendek (Garis lintang 50°U - 60°U
dan 45°S - 60°S).
24. EF Ais dan salji sepanjang masa (Greenland dan Antartika).
25. H Iklim tanah tinggi.

Peta 1: Sistem Pengelasan Iklim Koeppen

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 73


(Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengelasan_iklim_K%C3%B6ppen)

Peta 2: Peta Dunia Pengelasan Iklim Koeppen

7.6.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENGELASAN KOEPPEN

Sistem pengelasan iklim Koeppen telah banyak digunakan bukan sahaja oleh ahli-ahli sains
yang lain. Satu daripada objektif utama yang menyebabkan Koeppen mencipta sistem
pengelasan iklimnya ialah untuk memudah dan meringkaskan ciri-ciri dan tentang unsur-
unsur iklim yang kompleks ke dalam satu skema yang lebih objektif yang dapat digunakan
secara berkesan untuk mengkaji geografi tumbuh-tumbuhan. Penggunaan kod-kod seperti
Am, BWK, dan Dwd telah memudahkan lagi usaha mengelaskan iklim dan membolehkan
seseorang membandingkan jenis-jenis iklim di antara dua kawasan yang berlainan. Sesuatu
sistem pengelasan yang lebih objektif seperti ini juga amat berguna untuk ahli-ahli sains dan
penyelidik-penyelidik dalam proses kajian mereka. Sistem pengelasan iklim Koeppen bukan
sahaja dapat digunakan oleh ahli-ahli sains tetapi juga pelajar-pelajar kaji iklim yang kurang
pengalaman. Hal ini disebabkan oleh sistem pengelasan Koeppen begitu mudah difahami
dan mudah digunakan. Kebanyakkan ahli kaji iklim berpendapat bahawa sistem pengelasan
iklim Koeppen merupakan satu-satunya sumbangan yang besar di dalam bidang kajian
mereka.

Salah satu lagi kebaikan tentang sifatnya yang lebih objektif ialah bahawa sistem ini mudah
diubahsuaikan di dalam mana-mana kajian. Ia dapat disimpulkan bahawa sistem pengelasan
iklim Koeppen ini merupakan satu sistem pengelasan iklim yang baik sebagai satu asas

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 74


pengelasan iklim yang dapat diperbaiki lagi dengan mudahnya menerusi ujian dan
penyelidikan yang selanjutnya. Sebuah sistem yang kompleks mungkin menjadi halangan
kepada penyelidikan lanjutan dan hanya mempunyai skop yang terhad di dalam usaha
memperkembangkannya.

Selain itu, sistem pengelasan iklim Koeppen juga secara keseluruhannya hanya
memerluhkan data suhu dan hujan (bulanan dan tahunan) sahaja. Kedua-dua jenis data
tersebut merupakan data yang dicatat oleh kesemua stesen-stesen kaji cuaca di dunia dan
justeru itu mudah diperolehi berbanding dengan data iklim yang lain seperti sejatpeluhan.
Berhubung dengan hal tersebut, sistem pengelasan Koeppen memang menjadi amat
berguna sebagai bahan pengajaran di sekolah dan juga universiti. Jadi, sistem pengelasan
telah banyak diajar di sekolah-sekolah di Malaysia dan juga di negara-negara yang lain,
khususnya di Amerika dan Eropah.

Selain daripada kebaikan-kebaikan yang dibincangkan, sistem pengelasan iklim Koeppen


juga mempunyai beberapa kelemahan yang agak ketara. Satu daripada kritikan yang
sentiasa dipersoalkan oleh ahli-ahli kaji iklim ialah sempadan-sempadan iklim yang
dicadangkan di dalam sistem Koeppen sebenarnya tidak sama dengan sempadan zon-zon
iklim seperti yang didapati berasaskan jenis tanah-tanih dan spesies tumbuh-tumbuhan.

7.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IKLIM

A. Kedudukan
 Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa menyebabkannya tidak mengalami
kemarau yang melampau.
 Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam
sehari. Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang tahun.
 Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan oleh
kedudukan.
 Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah antara garisan
lintang 6°U hingga 20°U. Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup
menuju ke kawasan tekanan rendah di lautan tropika. .

B. Angin
 Negara kita menerima dua jenis angin monsun yang utama, iaitu angin Monsun
Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua jenis angin tersebut
mempengaruhi taburan hujan.
 Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari Laut China Selatan membawa hujan
bukit yang lebat ke kawasan tanah tinggi pantai timur Semenanjung Malaysia,
bahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah, dan hampir seluruh
negeri Sarawak.
 Angin ini membawa sedikit hujan ke pantai barat Semenanjung Malaysia, Kawasan
sekitar Tawau dan pedalaman Sabah kerana kedudukannya di kawasan lindungan
hujan.
 Tiupan angin Monsun Barat Daya membawa hujan yang lebat ke Bukit Larut di
Banjaran bintang dan Gunung Jerai(melebihi 2000mm). Kawasan Gunung Batu Putih

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 75


di Banjaran Titiwangsa, tanah tinggi di Terengganu, pantai barat Sabah, serta
kawasan tanah tinggi di pedalaman Sarawak turut menerima hujan lebat.
 Daerah Kuala Pilah merupakan kawasan yang sangat kering pada Monsun Barat
Daya kerana kawasan inin terlindung daripada angin yang membawa hujan. Jumlah
hujan yang diterimanya kurang daripada 750mm. Kawasan-kawasan lain menerima
hujan sederhana.

C. Ketinggian
 Suhu di kawasan tanah tinggi adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan
tanak pamah.
 Misalnya min suhu tahunan Subang di Subang Jaya ialah 27.7°C, manakala min
suhu tahunan di Tanah Tinggi Cameron ialah 17.8°C.
 Suhu turun dengan kadar 1°C bagi setiap kenaikan 165 meter.

D. Kepulauan
 Malaysia dikelilingi oleh kawasan laut yang luas. Pada waktu siang, kawasan laut
yang lambat menerima haba(panas) merendahkan suhu di kawasan pinggir pantai
dan menjadikannya sederhana panas. Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu laut.
 Pada waktu malam, kawasan laut yang lambat kehilangan haba(sejuk) meninggikan
suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikan sederhana sejuk. Keadaan tersebut
dipengaruhi oleh bayu darat. Sifat kepulauan dan proses penyederhanaan
laut menyebabkan Malaysia mengalami julat suhu tahunan yang kecil.

7.8 PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Pencemaran merupakan suatu perubahan fizik, kimia atau biologi yang tidak diinginkan
terhadap air, udara dan tanah. Dalam tahun-tahun 1960-an terkenal sebagai tempoh
angkasa, tahun 1970-an dan kini pula terkenal sebagai tempoh alam sekitar, ekologi dan
pencemaran. Dalam tempoh inilah pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran
udara menjadi semakin mendesak dan serius serta mula disedari dan dirasai oleh
kebanyakkan penduduk di negara-negara maju serta negara-negara yang sedang
membangun.

Masalah pencemaran udara ini telah menjadi semakin serius akibat daripada proses
urbanisasi dan perindustrian yang telah membawa kepada bilangan penduduk yang besar
yang mendiami sesuatu kawasan yang kecil. Umpamanya, kebanyakan di negara-negara
maju terdapat penduduknya yang terkumpul hanya di kawasan keluasan 1% sahaja.
Kepekatan bahan-bahan pencemaran seperti NO, SO, CO, CFC dan lain-lain yang
dikeluarkan akibat daripada kegiatan-kegiatan manusia telah mula mengganggu kesihatan
dan membahayakan kehidupan segala makhluk hidup di permukaan bumi. Daripada skala
dunia pula, kepekatan bahan-bahan pencemaran telah mempengaruhi beberapa unsur
cuaca dan iklim tempatan dan ini akan membawa kesan buruk kepada tumbuhan, binatang
dan manusia.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 76


7.9 PENCEMARAN UDARA

KONSEP

Udara ialah istilah yang digunakan untuk mewakili satu campuran gas-gas yang wujud pada
satu lapisan tipis yang melindungi bumi. Kandungan gas-gas dalam campuran itu tidak
sentiasa tetap. Komponen-komponen yang mempunyai kepekatan yang berubah paling
besar ialah wap air dan karbon dioksida.

Menurut Chambers (1962), pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan
ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke dalam udara sehingga ia mempengaruhi
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun bahan-bahan lain. Manakala pula, Akta
Kawalan Pencemaran Udara Amerika Syarikat (1960) mendefinisikan pencemaran udara
sebagai suatu keadaan dimana wujudnya apa bentuk pengotoran sekalipun di udara yang
dianggap merbahaya, ataupun yang mungkin akan menjadi bahaya kepada kesihatan,
keselamatan awam ataupun yang mungkin merbahaya kepada manusia, tumbuh-tumbuhan
ataupun kehidupan haiwan atau harta benda ataupun yang menghalang manusia menikmati
hartanya ataupun keadaan kehidupan yang baik.

Berdasarkan definisi ini, bahan-bahan pencemaran merangkumi segala bahan yang terapung
di udara. Sebagai perbandingan, kepekatan-kepekatan gas yang terdapat dalam udara
normal pada aras muka laut ditunjukkan dalam Jadual 2 seperti di bawah tersebut. Menurut
“The Engineers Joint Council” pula, pencemaran udara ialah kewujudan satu atau lebih
bahan pencemar seperti habuk asap, kabus, bau busuk, atau wap-wap air dalam udara di
luar rumah dalam kuantiti yang berpengaruh di dalam tempoh masa yang akan menjadi
bahaya kepada manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang dan bahan-bahan bernilai atau
yang akan menganggu perasaan kehidupan yang lega.

Jadual 2: Kepekatan-kepakatan gas bagi udara normal pada


aras muka laut (Stern, 1968)

Gas Kepekatan (ppm)*


Nitrogen 780 900
Oksigen 209 400
Argon 9 300
Karbon Dioksida 315
Neon 18
Helium 5.2
Metana 1.0-1.2
Kripton 1.0
Nitrous Oksida 0.5
Hidrogen 0.5
Xenon 0.08
Nitrogen 0.02
Ozon 0.01-0.04
*ppm= bahagian per juta

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 77


7.10 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

SEMULA JADI
Pencemaran udara boleh ditakrifkan sebagai kewujudan satu atau lebih bahan
pencemar pada satu tahap dan jangka masa yang boleh mengakibatkan kesan
berbahaya kepada kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran udara
secara semula jadi memang telah lama diketahui seperti asap, gas, wasap, abu dari
gunung berapi dan kebakaran hutan, kabus di kawasan lembab dan kawasan rendah,
gas hidrogen sulfide dan metana yang dihasilkan daripada proses penguraian bahan-
bahan organik dan sebagainya.

Namun begitu, pencemaran ini tidak mencapai tahap yang merbahaya kecuali
pencemaran dari gunung berapi. Gunung berapi meletus akibat magma di dalam perut
bumi yang didorong keluar oleh gas yang bertekanan tinggi dan kepanasan cairan
magma. Letusannya membawa abu dan batu yang menyembur dengan keras. Gas
vulkanik adalah gas-gas yang dikeluarkan saat terjadi letusan gunung berapi. Gas-gas
yang dikeluarkan ialah seperti karbon monoksida, karbon dioksida, hidrogen sulfida,
sulfur dioksida dan nitrogen yang membahayakan manusia.

Foto 1: Letusan Gunung Berapi Krakatoa, Indonesia

Gambar Rajah 1 menunjukkan kejadian letusan gunung berapi yang akhirnya


menyebabkan berlakunya pencemaran di udara. Letupan gunung berapi yang banyak
mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau seperti gas
karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan telah menyumbang kepada
berlakunya pencemaran di udara. Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung
Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

AKTIVITI MANUSIA

i. Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka merupakan pembakaran yang dibuat di luar atau proses
penghasilan asap daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan ke udara
sekeliling secara terus tanpa melalui cerobong asap seperti pembakaran sampah sarap
serta pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian. Pembakaran terbuka ini boleh

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 78


menyebabkan pencemaran udara yang secara langsung mempengaruhi masyarakat
yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan kawasan berlakunya aktiviti pembakaran
tersebut. Pencemaran yang disebabkan oleh pembakaran terbuka boleh merosakkan
harta benda penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran dan juga harta benda
sektor industri.

Tambahan pula, asap dan bau yang dihasilkan dari pembakaran yang mengandungi
karbon monoksida (CO2) dan nitrogen oksida (NOx) akan turut serta dalam
pembentukan kawasan bawah ozon atau jerebu. Di samping itu, udara akan menjadi
kotor dengan kandungan benda asing, gas karbon dioksida, karbon monoksida dan
bahan pencemaran yang lain. Kandungan benda asing dan gas ini boleh mengakibatkan
mata berair dan pedih. Pembakaran hutan juga menghasilkan sejumlah besar partikel
dan gas-gas seperti karbon dioksida, metilbromida, karbon monoksida, metana,
hidrokarbon, oksida nitrik dan partikel habuk.

Foto 2: Pembakaran terbuka di kawasan luar bandar

ii. Perindustrian
Aktiviti perindustrian juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran
udara terutamanya industri yang berasakan kayu selalunya memusnahkan bahan-bahan
sisa dengan cara membakarnya. Pada tahun 1977, telah dianggarkan bahawa hanya
kira-kira 500,000 tan daripada bahan-bahan sisa ini telah dapat diselamat dan
digunakan sebagai bahan api untuk dandang dan rumah-rumah asap, yang selebihnya
iaitu kira-kira 2 juta tan telah terbuang begitu sahaja dalam proses pembakaran yang
terdedah ini.

Anggaran yang dibuat oleh Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar menunjukkan bahawa pada tahun 1977, pembakaran bahan api secara
terdedah seperti ini sahaja telah mengeluarkan kira-kira 560,000 tan karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon dan partikel-partikel halus.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 79


Foto 3: Pelepasan asap dari aktiviti perkilangan

iii. Kenderaan Bermotor


Pada keseluruhannya, masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan
bermotor belum lagi merupakan masalah serius sekiranya negara Malaysia diambil kira
secara umumnya. Walau bagaimanapun, berikutan dengan pertambahan bilangan
kenderaan bermotor terutama di bandar-bandar besar, maka masalah ini sebenarnya
telah menjadi serius di bandar-bandar utama di Malaysia. Ekzos kereta bermotor ini
mengeluarkan bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, plumbum, nitrogen
oksida, hidrokarbon dan partikel-partikel halus. Dalam keadaan dimana ventilasi
semulajadi tidak baik dan pancaran matahari agak kuat, suatu siri reaksi kimia yang
kompleks berlaku dan seterusnya akan menghasilkan beberapa bahan-bahan
pencemaran yang merbahaya seperti ozon dan peroxyacetyl nitrate. Kenderaan
bermotor tersebut juga turut mengeluarkan plumbum ke udara. Pada tahun 1977,
jumlah pencemaran jenis ini dianggarkan telah meningkat sebanyak kira-kira 480 tan.

Foto 4: Kesesakan jalan raya oleh kenderaan bermotor

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 80


iv. Pembakaran Bahan Api
Pembakaran bahan api dilakukan secara berleluasa sama ada bagi tujuan keperluan di
rumah, aktiviti perdagangan, kilang dan penjanaan kuasa elektrik dengan menggunakan
alat-alat pembakaran seperti relau dan dandang. Bahan api yang selalu digunakan ialah
arang batu dan petroleum yang mengandungi unsur karbon.

Pembakaran lengkap kedua-dua bahan api ini menghasilkan gas karbon dioksida dan
air. Pembakaran tidak lengkap menghasilkan gas karbon monoksida yang merupakan
gas toksik. Di samping mengandungi unsur karbon, kedua-dua bahan api ini
mengandungi sulfur dan nitrogen. Pembakaran sulfur menghasilkan sulfur dioksida dan
sulfur trioksida. Kandungan sulfur dioksida yang tinggi di atmosfera amat berbahaya.
Pembakaran nitrogen pula menghasilkan nitrogen oksida dan nitrogen dioksida.
Nitrogen dioksida merupakan sejenis gas berbau dan juga bahan pencemar yang
berbahaya.

7.11 JENIS-JENIS BAHAN PENCEMAR

Bahan-bahan pencemaran hasil dari proses pembakaran terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. PARTIKEL
Bahan-bahan yang tergolong dalam jenis partikel ini termasuklah apa yang dikenali
sebagai ash dan soot. Ash ialah satu istilah yang umum yang merangkumi berjenis-jenis
bahan organan dan bukan organan sementara soot ialah partikel-partikel karbon yang
halus dan merupakan komponen penting dalam asap. Partikel yang garis pusatnya lebih
daripada 10 mikron lazimnya akan jatuh dengan cepat dan tidak tinggal lama di udara,
sementara partikel yang lebih kecil akan tinggal lama di udara dan boleh memainkan
peranan sebagai nukleus pemeluwapan atau nukleus bekuan. Pemeluwapan wap ke
atas partikel-partikel halus ini akan menambahkan lagi saiz efektif partikel tersebut dan
seterusnya akan bertindak mengurangkan jarak penglihatan. Beberapa di antara bahan-
bahan pencemaran jenis partikel ini merupakan bahan-bahan yang bersifat citair iaitu
mempunyai kebolehan untuk mempercepatkan lagi proses pemeluwapan.

Pada suhu kurang daripada 0°C, partikel-partikel tertentu boleh bertindak sebagai
nukleus bekuan, iaitu hablur ais mula terbentuk ke atas partikel-pertikel tersebut. Lodge
(1962) telah mendapati bahawa partikel-partikel logam beberapa sebatian organan
boleh merupakan nukleus bekuan yang baik dalam keadaan-keadaan tertentu. Schaefer
(1966) telah melaporkan bahawa partikel lead iodide adalah nukleus bekuan yang
efektif. Dalam hal ini, kenderaan bermotor merupakan sumber utama bahan-bahan
plumbum (lead). Tindakan angin terhadap permukaan lautan umpamanya akan terus
menambahkan manik-manik garam di udara. Habuk dari gunung berapi, habuk dari
tindakan hakisan angin, bakteria, debu bunga dan partikel asap dari pembakaran hutan.

ii. GAS
Terdapat beberapa jenis gas yang menyumbang kepada pencemaran udara seperti:

a) Karbon monoksida (CO)


Gas ini merupakan bahan pencemaran yang paling utama di atmosfera Bandar.
Sumber-sumber semula jadi mewujudkan konsentrasi latar kira-kira 1 ppm tetapi paras
ini adalah kecil berbanding dengan konsentrasi sebenar yang terdapat di bandar. Sebab
utama pengeluaran CO ini berlaku ialah disebabkan oleh proses pembakaran
hidrokarbon yang tidak cekap ataupun tidak selesai. Gas ini telah kedapatan mudah

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 81


sekali bertindak dengan hemoglobin di dalam darah manusia bagi membentuk
karboksihemoglobin (COHb). Sebahagian daripada hemoglobin ini membawa CO
menyebabkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah menjadi berkurangan.

b) Karbon dioksida (CO2)


Karbon dioksida adalah gas atmosfera yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua
atom oksigen. Gas ini terhasil daripada pembakaran bahan organik sekiranya oksigen
yang cukup hadir semasa proses pembakaran berlaku. Karbon dioksida adalah gas
rumah kaca yang penting kerana menyerap gelombang inframerah dengan kuat.
Kandungan gas karbon dioksida yang terdapat di dalam persekitaran udara yang neutral
adalah sebanyak 0.04% atau 400 ppm. Kehadiran karbon dioksida yang berlebihan di
dalam udara mungkin akan menyebabkan gejala-gejala yang negatif kepada manusia
seperti cepat letih, mudah marah dan berasa tidak selesa disamping turut memberi
kesan terhadap alam sekitar fizikal.

c) Oksida-oksida Nitrogen (NO×)


Terdapat dua jenis oksida nitrogen yang terkandung dalam pencemaran udara iaitu
nitrik oksida (NO) dan nitrogen dioksida (NO2). Dalam keadaan suhu tinggi ( >2000°F)
seperti yang terdapat dalam proses pembakaran, nitrogen dan oksigen dari atmosfera
bersatu membentuk pada sebahagian besarnya NO dan NO2. Nitrik dioksida tidak
mempunyai apa-apa gangguan terhadap kesihatan manusia di paras yang lazimnya
terdapat di kawasan bandar. Namun begitu, ia boleh ditukarkan menjadi NO2 yang
bersifat kakisan. Kewujudan NO2 dalam keadaan di mana sinaran matahari dan
hidrokarbon terdapat bersama-sama merupakan sebahagian daripada reaksi kimia yang
kompleks yang akan menghasilkan photochemical smog. NO yang dikeluarkan itu akan
bertukar menjadi NO2 yang seterusnya mempengaruhi pembentukan ozon (O3). Di
kawasan bandar, sebahagian besar daripada jumlah NOx ini adalah dikeluarkan oleh
kenderaan bermotor. Ini bermakna bahawa jumlah NO yang banyak akan dikeluarkan
ke udara adalah pada waktu pagi kerana pada masa tersebut jalan raya mengalami
kesesakan. Oleh itu, ia akan membolehkan sinaran matahari menukarkannya menjadi
photochemical smog di sepanjang hari.

d) HIdrokarbon (HC)
Hidrokarbon adalah sebatian yang terdiri daripada dua atom karbon dan hidrogen
seperti metana (CH4), etana (C2H4), dan etilena (C2H4). Pengeluaran hidrokarbon ini
bermula dari dua jenis proses pembakaran yang kurang cekap dan sejatan. Di Amerika
Syarikat, jumlah hidrokarbon yang dikeluarkan adalah sebanyak 35 juta tan. Daripada
jumlah ini, kira-kira 48% dikeluarkan oleh kenderaan bermotor sementara 15.7%
daripadanya pula berasal dari proses industri (Environmental Protection Agency, 1973).

e) Oksida-oksida Sulfur (SO×)


Bahan api fosil lazimnya mengandungi beberapa bahagian sulfur (kira-kira 0.5-6.0%
bagi arang batu). Apabila bahan api dibakar, sulfur akan dibebaskan dalam bentuk
sulfur dioksida (SO2) dan sebahagian kecilnya sebagai sulfur trioksida (SO3). SO2
bereaksi dengan air membentuk asid sulfurus H2SO3, sementara SO3 pula bereaksi
dengan air membentuk manik-manik halus asid sulfurik (H2SO4). Dianggarkan bahawa
kira-kira 5-20% daripada partikel-partikel di udara bandar mengandungi asid sulfurik
dan sulfat lain.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 82


7.12 IMPLIKASI PENCEMARAN UDARA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

i. PULAU HABA
Pulau haba ialah keadaan apabila suhu bandar lebih tinggi daripada kawasan di
sekitarnya. Keadaan ini seolah-olah sebuah pulau haba di tengah-tengah kawasan yang
lebih sejuk di sekelilingnya. Kehadiran bahan pencemar di atmosfera juga turut
memanaskan suhu bandar. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dari sumber kenderaan, kilang industri yang
mampu memerangkap bahangan. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar berpunca
dari janakuasa kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga metabolisme badan
manusia sendiri yang ramai tinggal di bandar. Rajah di bawah menunjukkan fenomena
pulau haba bandar.

Foto 5: Pulau Haba Bandar

ii. HUJAN ASID


Air hujan yang sampai ke bumi biasanya tidak mempunyai nilai pH7 iaitu seneutral air
suling. Biasanya air hujan mempunyai pH di bawah 7, iaitu berasid apatah lagi di
kawasan bandar kerana atmosfera mengandungi gas-gas berciri asid yang melarut
dalam air. Sebagai contoh, gas karbon dioksida melarut di dalam air hujan membentuk
asid nitrik. Oleh itu, di sesetengah tempat. pH air hujan di sekitar 5.7 dianggap biasa.

Namun begitu, kehadiran gas-gas tertentu pada kepekatan yang tinggi menjadikan air
hujan lebih berasid. Gas-gas yang selalu membentuk hujan asid ialah sulfur dioksida
dan sulfur trioksida. Kedua-dua gas ini berasal dari sulfur yang merupakan salah satu
kandungan utama bahan api. Pembakaran bahan api petroleum dan arang batu
membebaskan sulfur dioksida yang sebahagiannya dioksidakan di atmosfera menjadi
sulfur trioksida.

Sulfur trioksida bertindak dengan wap air di atmosfera membentuk asid sulfat yang
kemudian melarut di dalam air hujan. Selain nitrogen yang dioksidakan oleh petir
secara semula jadi, proses pembakaran juga turut mengoksidakan nitrogen yang
terkandung di dalam bahan bakar seperti petroleum. Oksida nitrogen ini dibebaskan
ke udara dan melarut membentuk asid nitrik lalu dibawa turun oleh hujan seperti
dalam gambar rajah 1.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 83


Rajah 1: Pembentukan Hujan Asid.

iii. PEMANASAN GLOBAL


Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali
sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap
haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Bumi menerima tenaga daripada
matahari dalam bentuk sinaran. Umumnya, bumi berupaya untuk memantulkan
kembali 30% daripada sinaran cahaya matahari. Selebihnya, sebanyak 30% diserap
untuk memanaskan bumi, atmosfera dan lautan.

Apabila bahan api fosil dibakar untuk penghasilan tenaga, ia membebaskan gas
karbon dioksida, nitrogen oksida, metana, CFC dan pelbagai gas berbahaya lain. Gas
yang dibebaskan ini akan bergabung dan membentuk satu lapisan tambahan di
atmosfera. Lapisan tambahan ini menghalang proses pembalikan sinaran yang berlaku
secara semula jadi dalam atmosfera. Ia juga memerangkap gas dan bahan pencemar
lain. Bahan pencemar dan gas ini akhirnya terkumpul dan menyebabkan kesan rumah
hijau adalah antara punca utama kepada pemanasan global. Pemanasan global pula
berlaku apabila suhu bumi meningkat dan ini akan menyumbang kepada perubahan
iklim berlaku. Pemanasan global ini akan menyebabkan pencairan ais di kawasan
kutub.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 84


Rajah 2: Kesan Rumah Hijau

iv. PENIPISAN LAPISAN OZON


Lapisan ozon mulai dikenal oleh seorang ilmuwan dari Jerman iaitu Christian Friedrich
Schonbein pada tahun 1839. Ia berwarna biru pucat yang terbentuk dari tiga atom
oksigen (O3). Ozon adalah gas yang tidak berwarna dan ditemui di lapisan stratosfer
yaitu lapisan awan yang terletak antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi.
Istilah ‘ozon’ atau lebih tepat lagi ‘lapisan ozon’ mulai mendapat perhatian sekitar
tahun 1980an ketika para ilmuwan menemukan adanya ‘lubang’ di lapisan ozon di
Antartika. Lubang tersebut merupakan hasil dari tenaga matahari yang mengeluarkan
radiasi ultra yang tinggi.

Radiasi tersebut berpecah menjadi molekul oksigen sekaligus melepaskan atom bebas
di mana setengahnya diikat dengan molekul oksigen yang lain untuk membentuk
ozon. Lapisan ozon sangat penting kerana ia menyerap radiasi ultra violet (UV) dari
matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi
dalam bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada
cahaya. Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 hingga 315
nanometer yang dikenali UV-B dan ia merosakkan hampir semua kehidupan. Dengan
menyerap radiasi UV-B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon
melindungi bumi dari kesan radiasi yang merosak kehidupan.

Oleh itu, penipisan lapisan ozon di lapisan stratosfera akan membolehkan sinaran
ultraungu sampai secara terus ke permukaan bumi dan ini akan menyebabkan suhu
meningkat. Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen oksida serta
penggunaan senjata nuklear akan menyumbang kepada penipisan lapisan ozon
tersebut. Selain itu, penggunaan bahan letupan dalam peperangan juga akan
menyebabkan lapisan ozon semakin nipis kerana disebabkan oleh gas-gas bahan
pencemar letupan tersebut.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 85


Rajah 3: Fenomena Penipisan Lapisan Ozon

v. JEREBU
Jerebu bukan merupakan sesuatu fenomena cuaca yang baru malah fenomena ini
telah lama wujud melalui kebakaran hutan secara semula jadi yang diwujudkan oleh
kilat petir atau kepanasan pada musim kemarau yang kontang. Jerebu merupakan
kesan yang amat ketara yang berlaku akibat dari pembakaran kerana ia memberi
kesan buruk kepada semua sektor penting dalam negara.

Hal ini dapat dilihat melalui kesan daripada kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia
pada tahun 1997 dimana ia telah menyebabkan fenomena jerebu yang amat teruk
berlaku dan telah tersebar hampir ke seluruh kawasan Asia Tenggara pada masa itu
terutamanya Malaysia. Akibatnya, indeks pencemaran udara meningkat sehingga ke
paras yang merbahaya dan mencemaskan iaitu melebihi 500 dan menyebabkan
Malaysia diisytiharkan darurat pada tahun tersebut. Jarak penglihatan berkurang dan
mengganggu keselamatan pengguna jalan raya, pengangkutan udara dan pelayaran di
laut. Oleh itu, secara tidak langsung hal ini akan menyebabkan kerugian kepada
sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan, sektor perikanan dan sektor
pertanian dan lain-lain.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 86


Rajah 4: Kawasan yang terbakar dan berjerebu

7.13 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks pencemaran udara yang direka bentuk oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk
menentukan keadaan atau kualiti udara dalam atmosfera pada sesuatu ketika, khasnya
pada tempoh 24 jam.

Menurut Jadual 2, sebarang bacaan IPU yang melebihi 100 akan ditafsirkan sebagai tidak
sihat kepada manusia dan boleh mengganggu kesihatan serta keselesaan hidup. Namun
begitu, jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 adalah teruk kerana kebanyakkan
bandar-bandar yang dilanda mencatat bacaan yang melebihi 300 seperti di Kota Kinabalu,
Miri, Bintulu, Sibu, Pelabuhan Klang dan Selangor.

IPU ini dibentuk dengan mengambil kira kepekatan bahan pencemar serta kesan bahan
tersebut kepada kesihatan manusia. Dalam erti kata lain, indeks ini dibentuk berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada penyelidikan tentang kesan bahan pencemar berkenaan
kepada manusia. Hanya lima jenis bahan pencemar utama yang diambil kira dalam
membentuk indeks ini iaitu bahan terampai (PM10), karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida dan ozon.

Jadual 2 Indeks Pencemaran Udara di Malaysia


Nilai Indeks Pencemaran Udara Kualiti Udara
(IPU)
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
301-500 Merbahaya Kepada Kesihatan
>500 Sangat Merbahaya Kepada Kesihatan/Darurat

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 87


7.14 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH DAN PEMULIHAN

i. Penilaian Impak Alam Sekitar


Di bawah peraturan Penilaian Impak Alam Sekitar, semua projek yang hendak
dijalankan mestilah mempunyai satu penilaian tentang pengaruh projek tersebut
terhadap alam sekitar. Bahan-bahan yang mengendalikan projek berkenaan juga perlu
mengemukakan langkah-langkah tertentu bagi mengatasi sebarang masalah berkaitan
dengan alam sekitar yang mungkin terdapat. Pada masa yang lalu, masalah
menentukan kedudukan sumber yang mungkin mengeluarkan pencemaran tidak
diberikan perhatian sewajarnya. Pertumbuhan kilang-kilang tanpa memikirkan letaknya
dari segi pencemaran yang akan dikeluarkannya telah menimbulkan banyak masalah.
Dalam keadaan tertentu, penduduk di sekitarnya terpaksa menghadapi masalah
pencemaran yang mungkin dapat dielakkan sekiranya pertimbangan perancangan
sewajarnya telah diberikan pada peringkat awal projek tersebut.

ii. Perancangan Guna Tanah dan Zoning


Pengawalan terhadap guna tanah, penentuan kedudukan kilang-kilang dan kawasan
perumahan di Malaysia amnya adalah di bawah pengendalian kerajaan negeri dan
kerajaan tempatan. Kerja-kerja penyelarasan yang dijalankan oleh Bahagian Alam
Sekitar dilaporkan telah menerima sambutan yang baik. Penentuan tentang zon
sempadan yang lebarnya berada di antara 200 meter hingga 3 kilometer juga
ditentukan bagi industri tertentu. Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian
bahawa ada banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira dalam menentukan
kedudukan sesuatu industri seperti kemudahan bahan mentah, bahan api dan tenaga,
bekalan tenaga manusia, kehampiran dengan industri-industri lain yang berkaitan,
kehampirannya dengan pasar serta kemudahan-kemudahan pengangkutan.

iii. Undang-undang Mengawal Pengeluaran Pencemaran


Undang-undang yang dimaksudkan di sini ialah Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling
(Udara Bersih) 1978. Satu daripada perkara yang disentuh oleh undang-undang ini
ialah peraturan mengenai paras pengeluaran pencemaran yang dibenarkan. Semua
kilang yang telah sedia ada sekarang dikehendaki mematuhi standard A dalam masa
dua tahun dan standard B dalam masa tiga tahun. Kesemua kilang yang baru pula
hendaklah mematuhi standard C, iaitu keperluan yang paling ketat. Selain itu, undang-
undang ini juga disediakan bagi menjamin supaya serakan bahan-bahan pencemaran
yang dikeluarkan ke udara itu diselenggarakan dengan baik dan memuaskan. Kawalan
tentang tinggi cerobong, pemasangan alat pembakaran yang sesuai serta penentuan
jenis bahan api yang seharusnya digunakan oleh kilang juga disentuh. Di samping itu,
undang-undang ini juga mempunyai peruntukan tentang kawalan terhadap
pengeluaran pencemaran dari kenderaan bermotor.

7.15 SOALAN LATIHAN

a) Kaitkan bagaimana unsur-unsur cuaca dan iklim mempengaruhi kejadian iklim dunia.
b) Huraikan punca-punca yang membawa kepada fenomena pencemaran kualiti udara
di Malaysia.
c) Jelaskan kesan langsung dan tidak langsung kemerosotan kualiti udara terhadap
manusia dan pembangunan Negara.
d) Bagaimanakah aspek perundangan dan bukan perundangan mampu menangani isu
pencemaran udara di Malaysia.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 88


7.16 RUJUKAN

Abdullah Mohamad Said. 1999. Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. Shah Alam: Institut
Teknologi Mara.

Ahmad Badri Mohamed. 1986. Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Andrews, W.A. 1972. A guide to the study of environmental pollution. N. Jersey: Prentice-
Hall.

Connel, D. W. & G. Miller. 1984. Chemistry and ecotoxicology of pollution. New York : Wiley-
Interscience.

Dix, H.M. 1981. Environmental pollution: atmosphere, land, water and noise. John Wiley and
Sons.

Freeman, A.M. 1982. Air and water pollution control: a benefit cost assessment: New York:
A Wiley Interscience.

Holgate, W.M. 1979. A perspective of environmental pollution. Oxford: Cambridge University


Press.

Kovacs, M. 1985. Pollution control and conservation. New York: John Wiley and Sons.

Lamb. J.C. 1985. Water quality and its control. N. York: John Wiley and Sons.

Moriber, G. 1974. Environmental science. Boston: Allyn & Bacon.

Ottoway, J.H. 1980. The biochemistry of pollution. London: Edward Arnold.

Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Turk, A., Turk, J. & Wittes, J.T. 1972. Ecology, pollution, environment. London: W.B.
Saunders Co.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 89

Anda mungkin juga menyukai