Anda di halaman 1dari 2

JENIS - TAJUK : SKETSA LAKONAN KEWARTAWANAN – PERPADUAN

KAUM DI MALAYSIA

Sinopsis : Tugasan lisan bagi subjek LKM400 bagi kumpulan 5 pada kali ini akan
mempersembahkan tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang kewartawanan. Kami
akan mempersembahkan berbentuk berita dan juga sidang media.

Babak pertama akan dimulakan dengan hadirnya dua pembaca berita yang akan melakonkan
watak sebagai pembaca berita semua rancangan berita harian semasa. Mereka kan membawa
penonton untuk menyaksikan sebuah sesi khas atau sidang media yang akan mengulas tentang
isu perpaduan di Malaysia.

Babak kedua akan menyusul masuk dengan hadirnya 2 wartawan yang akan menemu bual dua
orang tokoh perpaduan negara yang ditemani oleh seorang pengurus. Dalam sesi khas tersebut,
akan berlangsung sesi soal jawab tentang isu-isu perpaduan tanah air dari zaman merdeka
hinggalah kini. Kedua-dua tokoh tersebut datangnya daripada 2 bangsa berbeza bagi menguatkan
lagi pembawaan topik perpaduan kami.

Sketsa lakonan ini akan berakhir dengan pesanan dari tokoh-tokoh tersebut dan akan menyusul
kembalinya sesi khas tersebut ke pentas pembaca berita utama. Pembaca berita akan menutup
lakonan dengan pesanan am masyarakat tentang perpaduan bangsa.
Skrip secara ringkas
1) Pembaca berita satu akan menerangkan secara ringkas tentang perpaduan kaum
- Memberikan definisi perpaduan kaum
- Diakhiri dengan menyatakan permasalahan isu perpaduan kaum di Malaysia
- Seterusnnya mengalihkan sesi soal jawab kepada media yang bertugas.
2) Wartawan 1
- Menerangkan secara terperinci tentang isu perpaduan kaum Malaysia yang terkini
- Seterusnya bertanyakan punca ia berlaku kepada Menteri 1
3) Menteri 1
- Menyatakan punca berlakunya perpaduan kaum di Malaysia
4) Wartawan 2
- Menerangkan kesan perpaduan kaum terhadap negara
- Seterusnya bertanyakan langkah memupuk perpaduan kaum kepada Menteri 2
5) Menteri 2
- Menghuraikan langkah memupuk perpaduan kaum
Seterusnya wartawan 1 dan wartawan 2 membuat kesimpulan secara ringkas dan kembalikan
siaran kepada pembaca berita
6) Pembaca berita Satu
- Memberikan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia
- Membuat kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai