Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia Tahun 5


Kelas

Tema/Tajuk Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan (Bangunan Bersejarah)

Masa

Standard 2.3
Kandungan Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul

Standard 2.3.2
Pembelajaran Membaca kuat sesuatu bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal,
dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat dengan lancar dan sebutan
yang betul.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


Pembelajaran 1) membaca lima ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
2) Membaca lima ayat majmuk berbilang subjek dan predikat dengan
sebutan dan intonasi yang betul.

Aktiviti 1) Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
bergilir-gilir.
2) Murid memberi respon terhadap sebutan dan intonasi rakan yang telah
membaca teks.
3) Murid mengenal pasti dan membaca ayat tunggal yang terdapat dalam
teks secara kuat.
4) Murid mengenal pasti subjek dan predikat yang terdapat dalam ayat
yang telah dibaca.
5) Murid mengenal pasti dan membaca ayat majmuk yang terdapat dalam
teks secara kuat.
6) Murid mengenal pasti subjek dan predikat yang terdapat dalam ayat
yang telah dibaca.
7) Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang mengandungi
subjek dan predikat.

Pengisian Ilmu : Sejarah


Kurikulum Nilai Murni : Patriotisme
EMK : TMK
BBM : Komputer riba , LCD
BCB : Membaca / menulis

Alat Bantu Teks Stadium Merdeka


Belajar

Penilaian PdP Murid membaca teks ayat tunggal dan ayat majmuk yang mengandungi
subjek dan predikat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Stadium Merdeka

Stadium Merdeka terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium


Merdeka memiliki keupayaan untuk menampung seramai 25,000
penonton dengan 10,000 tempat duduk.

Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur.


Kerja-kerja pembinaannya bermula pada bulan Julai 1956. Pada 15
Februari 1957, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana
Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium
Merdeka.

Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah


dalam sejarah tanah air, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul
Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya.

Kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan


perhimpunan-perhimpunan raksaksa peringkat kebangsaan dan
antarabangsa diadakan di stadium ini. Perpaduan yang erat dapat disemai
melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan
di stadium ini.

Tempat paling bersejarah ini pernah dicadangkan untuk dirobohkan


semasa zaman Tun Dr. Mahathir. Atas inisiatif beberapa orang tokoh
termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menghantar surat
kepada Tun Dr. Mahathir agar stadium ini tidak dirobohkan. Akhirnya,
pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan
warisan kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai