Anda di halaman 1dari 11

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian (Bloom 1956)
adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam
kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan
dilabelkan sebagai konstruk.
Berikut adalah penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.

KONSTRUK KOD PENERANGAN

Terminologi
P01 Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara.

Fakta
P02 Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti
fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen.

Konvensyen
P03 Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu
kelaziman seperti simbol atau tanda lazim.

Urutan
P04 Pengetahuan tentang proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara tersusun
mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti.

Pengelasan
PENGETAHUAN P05 Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan
sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan.

Kriteria
P06 Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat
atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara.

Metodologi
P07 Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja.

Prinsip atau generalisasi


P08 Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan
pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan.

Teori atau struktur


P09 Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukan sesuatu
fenomena yang dapat dibuktikan dengan kukuh hasil daripada kajian,
penyelidikan atau pemerhatian.

KONSTRUK KOD PENERANGAN

1
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa
situasi baharu dan tidak memerlukan atau tidak memerihalkan implikasi
terhadap pengetahuan tersebut. Kefahaman boleh dibahagikan kepada tiga
kemahiran kognitif iaitu Penterjemahan, Interpretasi dan Ektrapolasi.

Penterjemahan
Kebolehan untuk menyatakan sesuatu konsep yang diketahui dengan
menggunakan perkataan/simbol.
KEFAHAMAN
/ C Interpretasi
Kebolehan menghubungkaitkan bahagian dalam sesuatu set komunikasi
MEMAHAMI
dan menyatakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan makna set
komunikasi itu.

Ektrapolasi
Kemahiran interpretasi melampau melibatkan maklumat yang terdapat
dalam set komunikasi seperti membuat ramalan, inferens/anggaran
berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu arahan
berkala.

Kebolehan kognitif dalam menggunakan prinsip dan generalisasi tentang


sesuatu masalah dalam situasi baharu.
APLIKASI
/ A Pengetahuan sedia ada berasaskan pengalaman lepas digunakan untuk
menyelesaikan permasalahan yang baharu. Keadaan ini berlaku kerana
MENGAPLIKASI
sesuatu permasalah yang baharu mengandungi sedikit elemen yang
berbeza daripada masalah sebelumnya.

Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada


elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga satu bentuk pertalian antara
elemen atau bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat
dengan jelas.
Analisis dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Analisis Elemen, Analisis
Perkaitan dan Analisis Organisasi.

Analisis Elemen
Kemahiran mengenal pasti perkara pokok yang terdapat dalam satu set
ANALISIS komunikasi seperti anggapan, pandangan, sifat, fungsi, nilai dan
/ N sebagainya.
MENGANALISIS
Analisis Perkaitan
Kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian
dalam satu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian,
anggapan dengan hujah, sebab dan akibat dan sebagainya.

Analisis Organisasi
Kemahiran mengenal pasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut
urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasikan suatu set
komunikasi.

KONSTRUK KOD PENERANGAN

2
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan
kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan,
keberkesanan tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur,
produk dan sebagainya.
Penilaian dapat dibahagikan kepada dua itu Penilaian Berdasarkan Evidens
Dalaman dan Penilaian Berdasarkan Evidens Luaran.
PENILAIAN
/ V Penilaian Berdasarkan Evidens Dalaman
Kemahiran membuat pertimbangan menggunakan maklumat dalam satu set
MENILAI
komunikasi.

Penilaian Berdasarkan Evidens Luaran


Kemahiran membuat pertimbangan terhadap sesuatu hasil kerja
berdasarkan kriteria dan piawaian yang dirumus oleh individu yang mahir
dalam bidang berkenaan.

Menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu,


MENCIPTA T merekacipta, menggabungkan, merangka, membina produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif.

Kemahiran kognitif yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-


bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Peringkat ini melibatkan
proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk struktur,
persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya.
Berbanding dengan aras kemahiran kognitif, kemahiran sintesis lebih
bersifat pemikiran bercapah dan kreatif, iaitu jawapan atau persembahan
agak bebas dan unik. Kemahiran sintesis dapat dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik, Penghasilan
Cadangan Satu Set Operasi dan Penghasilan Satu Set Pertalian Perkara
Abstrak.

SINTESIS S Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan produk
bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen dan sebagainya.

Penghasilan Cadangan Satu Set Operasi


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan
pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang.

Penghasilan Satu Set Pertalian Perkara-Perkara Abstrak


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan
rumusan bagi satu set perkara yang abstrak untuk menerangkan satu set
data atau fenomena.

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN

3
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

4
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang
1. Analisiskan
dikomunikasikan
Memberikan nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan / yang dianggap sesuai
2. Anggarkan dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-ciri suatu
pengetahuan yang tertentu

3. Apakah Memberikan maklumat yang khusus / spesifik

Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah /


4. Bagaimanakah
kejadian

5. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara

Menghasilkan satu atur cara / program menggunakan perisian / kaedah yang


6. Bangunkan
sesuai mengikut langkah-langkah tertentu

7. Berapakah Memberi kuantiti

8. Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

9. Bilakah Menyatakan masa atau waktu

10. Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat tertentu

11. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek

12. Buktikan Menyatakan kebenaran dengan dalil / contoh / fakta

13. Buatkan Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan hipotesis kesahihannya

14. Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu

Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara


15. Cadangkan
positif atau negative

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN


Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

5
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Memberi sesuatu nilai / kedudukan / perkara secara mengenal pasti dengan
16. Carikan
menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas

17. Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau


18. Ciptakan
imaginasi atau kreativiti

19. Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

20. Deduksikan Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu


21. Definisikan
perkataan khusus, istilah atau terminologi

22. Di manakah Menyatakan tempat / kedudukan

23. Fokuskan Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpu kepada aspek tertentu

Menyediakan / menyusun maklumat mengikut prinsip / prosedur / peraturan


24. Formatkan
tertentu

25. Galurkan Menghurai peristiwa atau fakta secara kronologi

26. Gambarkan Melukis gambar / memperihalkan sesuatu suasana secara verbal

27. Gambarkisahkan Memberikan penerangan dengan menggunakan gambar rajah

28. Gambarkasarkan Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses / tindakan

Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah


29. Hitungkan tertentu) atau menggunakan rumus. Memberi jawapan dengan kaedah
pengiraan

30. Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN


Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

6
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci
31. Huraikan
secara teratur

32. Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh / gambar rajah / rajah

33. Interprestasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi

34. Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang yang betul

Membuat susunan tentang perkara / maklumat / acara mengikut ciri-ciri atau


35. Jadualkan
urutan tertentu yang ditetapkan
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah
36. Jelaskan
difahami
Kelaskan / Mengumpulkan / membahagi-bahagikan / melebalkan sesuatu kepada sesuatu
37.
Klasifikasikan kumpulan / kategori berdasarkan kepada kesamaan / kriteria / ciri / sifat

38. Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang

Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu perkara / benda /


39. Kenal pasti
pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
Menandakan dan / atau memberikan penggilan yang spesifik terhadap suatu
40. Labelkan
rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi dan sebagainya
Memberikan persembahan berbentuk rajah / gambar rajah / peta secara kasar
41. Lakarkan
dan tidak memerlukan perincian

42. Laporkan Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisan atau bertulis

43. Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan petunjuk / tolok

Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual /
44. Lengkapkan
rajah / ayat yang diberikan
Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada kawasan / rantau / ruang
45. Lorekkan
tertentu

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN


Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

7
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
Memberikan persembahan berbentuk grafik / rajah / gambar rajah / graf bagi
46. Lukiskan menggambarkan sesuatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan
mengikut ukuran atau skala tertentu

47. Manakah Menyatakan pilihan

48. Membuat hipotesis Membuat pernyataan yang boleh diuji akan kesahihannya

49. Mengapakah Memberi sebab

Memberikan panggilan yang spesifik terhadap sesuatu benda / istilah /


50. Namakan
terminologi / proses

51. Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara

Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut /


52. Nyatakan
huraian / sokongan

Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancangkan untuk


53. Organisasikan
dilaksanakan

54. Orkestrakan Menyusun skor untuk alat muzik orchestra berdasarkan skor yang ada

Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / simbol / maklumat


55. Padankan
tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya

56. Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan sesuatu perkara

57. Pasangkan Mencantum bahagian sesuatu mengikut susunan prosedur yang betul

58. Paterikan Melakukan proses menyambung dengan menggunakan set pemateri

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN


Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

8
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
59. Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut aras / tahap tertentu

60. Pilih Menentukan maklumat yang terbaik

61. Plot Menanda / melukis titik-titik graf

Memberikan sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau


62. Ramalkan
corak sesuatu

Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototaip / model dan


63. Rekabentuk
melaksanakan sebagaimana perancangan

Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian mengikut


64. Rekodkan
format

Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan asalnya dengan


65. Ringkaskan
mengekalkan kandungan utama pernyataan asal itu

Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat dengan


66. Rumuskan
mempertimbangkan beberapa perkara

Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu


67. Sarankan
situasi

Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan / melengkapkan / menyusun


68. Sediakan
sesuatu mengikut format dan prinsip tertentu

Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / prinsip / teori secara spesifik /


69. Selesaikan berbentuk poin tanpa memberi hubungan / perkaitan penerangan lanjut bagi
setiap satunya. Membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah

Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan beberapa


70. Senaraikan
perkara

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN


Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

9
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
71. Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu

Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah / prinsip / keperluan /


72. Susunkan
keutamaan

Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu


73. Syorkan
dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif

Mengulas sesuatu berdasarkan maklmat yang diberikan. Menerangkan


74. Tafsirkan
maksud ayat dengan terperinci

Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang sesuatu makna suatu
75. Takrifkan
perkataan khusus / istilah / terminologi

76. Tandakan Meletakkan simbol yang dikehendaki

Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara


77. Tentukan
sebagai asas pertimbangan

78. Tentusahkan Menyatakan kebenaran / ketetapan sesuatu dengan memberi bukti

79. Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

80. Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara / kaedah untuk menemuinya

Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain


81. Terjemahkan
tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut

82. Transposisikan Menukar kedudukan not kepada nada yang baharu

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN


Bil KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

10
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM
83. Tukarkan Menukar sesuatu kepada unit / bentuk lain

Mencatat huruf / angka / simbol yang khusus atau menghasilkan maklumat /


84. Tuliskan
idea berbentuk teks. Memberi maklumat yang khusus / spesifik

85. Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

86. Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah / prinsip tertentu

87. Ukurkan Memberi kuantiti dengan unit yang diperoleh dari sesuatu alat pengukur

88. Ulaskan Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik

Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan mengambil kira pelbagai


89. Wajarkan
aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan

11
HAJAH SUHAILA BINTI ABDULLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
JLN TUANKU ABDUL HALIM

Anda mungkin juga menyukai