Anda di halaman 1dari 2

Sumaiyah Assalamualaikum w.bt. dan salam sejahtera.

Yang berusaha, Puan Jamaiah


binti Shamsuddin guru besar SK Gunong Senyum, Yang dihormati, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan juga
rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi
kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul bersama-sama pada hari ini bagi
menjayakan majlis perpisahan tahun 6 2019.

Fitri 18 November tarikh diingati,


6 Cemerlang berseri-seri,
Majlis akhir tahun sama dirai,
Kita mulakan dengan ceria hati.

Para hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada hari ini,
Majlis dengan penuh takzimNya , menjemput saudara _________________
untuk memimpin bacaan doa. Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diatas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


Sumaiyah Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid tahun 6.
Majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Raihan bin Azmi bagi
menyampaikan ucapan

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.


Fitri Majlis seterusnya menjemput Puan Hajjah Jamaiah binti Shamsuddin guru
besar SK Gunong Senyum bagi menyampaikan ucapan dan amanat beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan puan guru besar sebentar tadi. Semoga dengan
apa yang disampaikan oleh beliau tadi dapat dijadikan satu nasihat dan
pengajaran yang berguna untuk kita semua bagi menjadi insan yang lebih
cemerlang pada masa akan dating, inshaAllah.
Sumaiyah Hadirin sekalian, untuk makluman semua yang hadir, majlis pada hari ini telah
diuruskan oleh guru kelas kami yang tersayang iaitu Mr. Syed Abdul Hakim bin
Syed Adnan. Beliau banyak membimbimbing dan berkorban masa untuk
memastikan majlis ini berjalan dengan lancar mengikut protocol yang telah
ditetapkan.

Selain itu, beliau juga turut dibantu oleh AJK yang telah dilantik untuk
merealisasikan majlis ini. Terima kasih di atas penglibatan semua.
Fitri Ke Temerloh sudah, Ke Jerantut pun sudah,
Cuma ke Pekan sahaja yang belum,
Ucapan sudah, perasmian pun sudah,
Cuma makan sahaja yang belum.

kalau tuan dekat cemara, buatlah bara bakar selasih;sudilah tuan jamu
selera,hidangan mesra pengikat kasih.

Hadirin semua dijemput bagi menikmati juadah yang telah disediakan

(tunggu guru-guru semua ambil makanan dalam 5 minit sehingga semua


selesai)
Sumaiyah Baiklah, sambil menikmati jamuan yang dihidangkan, marilah bersama-sama
menyaksikan beberapa persembahan yang akan dipertontonkan oleh rakan-
rakan tahun 6. Majlis mempersilakan kumpulan nasyid Southul Jabal untuk
mempersembahkan nyanyian.

Terima kasih di atas nyanyian yang

Anda mungkin juga menyukai