Anda di halaman 1dari 2

ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL

Tajuk Artikel : Perkembangan Profesional Ke Arah Pembangunan Modal Insan Guru

Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :


Nor Hasnida Che Md Ghazali dan Effandi Hj Zakaria
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan (contohnya : Tarikh Artikel Diterbitkan/ Nama
Jurnal/ Bilangan dan sebagainya…)
Perkembangan Profesional Ke Arah Pembangunan Modal Insan Guru
Seminar Antarabangsa Islam KUIS
Januari 2010

BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH

Kertas ini bertujuan bagi membincangkan kekangan dan cabaran yang menyebabkan guru
lemah dalam perkembangan professional mereka. Penulisan dikupas bermula daripada definisi
perkembangan profesionalisme dan pembangunan modal insan diikuti ciri – ciri guru yang
professional sebelum menyentuh aspek kekangan dan cabaran yang mempengaruhi
perkembangan profesionalisme guru, diakhiri dengan cadangan dalam membangunkan
professionalism guru. Terdapat beberapa strategi khusus yang telah dibincangkan antaranya
ialah seperti mengadakan sistem pementoran di sekolah, konsep belajar seumur hidup,
mengadakan program perkembangan staf, mengadakan aktiviti dalam ‘Lesson Study’,
menggalakkan amalan reflektif, mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja,
menggalakkan kerja berkumpulan dan sebagainya. Tambahan lagi, perkembangan
professional dari perspektif Islam juga turut dibicangkan bagi membangunkan hakikat diri guru
itu sendiri iaitu rohnya Perkembangan ini diharapkan dapat melahirkan guru – guru yang
seimbang dari segi pembangunan akal, roh dan nafsunya. Tuntasnya, perkembangan
profesionalisme guru secara berterusan adalah aspek yang tidak patut dibaikan oleh pentadbir
institusi Pendidikan termasuk sekolah. Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha
untuk menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia.

BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS

Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis adalah berkaitan cabaran – cabaran yang
menyebabkan guru lemah dalam perkembangan profesionalisme. Isu ini amat menarik dan
penting kerana perkembangan professional seseorang guru itu sangat berpengaruh dalam
membina kemahiran, pengetahuan, strategi pengajaran dan pembelajaran dan ketrampilan.
Mengikut Sufean Husin ( 2008) cabaran yang dihadapi guru dalam profesion keguruan
dibahagikan kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran untuk
memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan
negara, cabaran untuk memenuhi tuntutan perubahan masa dan cabaran dalam diri guru itu
sendiri terhadap profesion keguruan. Kesemua aspek cabaran ini mempengaruhi
perkembangan profesionalisme seorang guru. Saya bersetuju dengan isi kandungan kertas
konsep ini kerana ia membincangkan cabaran – cabaran yang mempengaruhi perkembangan
professional dengan mendalam dan jelas di samping pelbagai cadangan diutarakan bagi
membangunkan profesionalisme guru. Di samping itu, penulisan kertas konsep ini juga
menyakinkan dan boleh dipercayai kerana topik perbincangan disokong dengan model guru
yang profesional disamping rujukan yang pelbagai daripada dalam dan luar negara. Hal ini juga
menunjukkan bahawa pengkaji menghormati harta intelektual apabila pengkaji dengan berjaya
memasukkan sumber maklumat daripada penulisannya. Sesungguhya etika penyelidikan
sangat penting bagi membimbing penyelidik ke arah kesedaran diri tentang perkara – perkara
atau tingkah laku yang dapat dan tidak dapat dilakukan terhadap responden ( Syed Ismail Syed
Mustapa, Ismail Raduan dan Bushro Ali, 2018).

BAHAGIAN C : PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai