Anda di halaman 1dari 9

Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

TAWARAN PENULISAN KHUTBAH JHEAIPP


TAHUN 2020

TAJUK DAN SKOP PENULISAN KHUTBAH


Tajuk adalah bebas tetapi terasnya berdasarkan
1. Al Quran dan Sunnah
2. Akidah
3. Ibadah
4. Muamalat
5. Munakahat
6. Jenayah
7. Dakwah
8. Sejarah
9. Hari Raya
10. Hari-hari Kebesaran Islam (contoh: Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah)
11. Hari sempena tema tertentu (contoh: Hari Ibu, Hari Guru, Hari Bapa)
12. Akhlak Tasawuf
13. Isu Semasa

HADIAH
i. Penulis akan menerima bayaran RM100.00-RM200.00 bagi setiap khutbah yang
terpilih untuk diterbitkan.
ii. Penulis khutbah terpilih berpeluang menyertai Bengkel Penulisan Khutbah
Tahun 2020 pada 16 – 18 Mac 2020 EKSKLUSIF bersama penulis tersohor,
Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi secara PERCUMA! (Tempat Terhad)

PENGUMUMAN
Penulis bagi Khutbah Terbaik akan diumumkan melalui emel peserta.

1
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

LAMPIRAN A
SYARAT PENYERTAAN

Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

i. Terbuka kepada seluruh warga Pulau Pinang atau bermastautin di Pulau Pinang.
ii. Penyertaan adalah dalam bentuk individu. Satu tajuk khutbah dikira satu penyertaan.
Peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.
iii. Semua karya mestilah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana individu atau
institusi. Panel Semakan dan urus setia berhak menolak mana-mana karya yang di
dapati diplagiat dari mana-mana sumber yang diketahui.
iv. Setiap khutbah akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik.
v. Semua karya akan menjadi hak milik Unit Penerbitan Dakwah JHEAIPP. Urus setia
berhak untuk meminda, menerbit atau menyebar karya tanpa perlu meminta keizinan
daripada penulis.
vi. Jawatankuasa berhak meminda atau mengubah syarat penyertaan tanpa sebarang
notis.
vii. Tarikh tutup pertandingan adalah SEBELUM/ PADA 17 FEBRUARI 2020 -
ISNIN (tertakluk kepada pindaan).

2
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

LAMPIRAN B
PANDUAN PENULISAN

Khutbah hendaklah ditulis berpandukan format berikut:

• Program: Microsoft Word


• Jenis tulisan (RUMI): Arial
• Saiz tulisan (RUMI): 12
• Jarak baris teks: 1.5
• Jarak baris terjemahan al-Quran dan hadis: 1.0
• Bahasa: Khutbah ditulis dalam Bahasa Melayu, dan jumlah muka surat di antara
5-6 muka surat (tidak lebih 12 minit tempoh bacaannya).

• Tajuk utama hendaklah ditulis dengan huruf besar (uppercase)


• Tajuk khutbah perlu ditebalkan (bold).
• Panduan penulisan boleh berubah mengikut keperluan.
• Khutbah yang ditulis perlu mengikut GARIS PANDUAN PENULISAN TEKS
KHUTBAH NEGERI PULAU PINANG seperti di Lampiran C.

3
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

Lampiran C

GARIS PANDUAN PENULISAN TEKS KHUTBAH


NEGERI PULAU PINANG
1. TUJUAN
Garis Panduan Penulisan Teks Khutbah Negeri Pulau Pinang ini
disediakan untuk memudahkan penulisan dan pengurusan penerbitan
teks khutbah bagi mencapai objektif kualiti yang ditetapkan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Khutbah adalah salah satu syarat sah Solat Jumaat. Bahagian
Dakwah melalui Unit Penerbitan dan Penerangan di Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bertanggungjawab
menyediakan teks khutbah untuk diedarkan kepada masjid-
masjid dan surau yang mendapat kebenaran Solat Jumaat
seluruh negeri Pulau Pinang.
2.2 Bagi tujuan pengawalan dan penyelarasan, teks khutbah yang
diterbitkan hendaklah mendapat kelulusan daripada
Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah Negeri Pulau
Pinang yang dipengerusikan oleh S.S. Mufti Pulau Pinang.
2.3 Penerbitan teks khutbah yang berkualiti dan berkesan bertujuan
untuk mendidik dan membimbing masyarakat ke arah menjana
umat Islam yang bertaqwa melalui penjelasan isu-isu semasa,
pendidikan, pengajaran, bimbingan, teguran dan peringatan.
2.4 Teks khutbah mengandungi lima (5) rukun khutbah, iaitu:
2.4.1 Puji-pujian kepada Allah SWT pada khutbah pertama
dan kedua.
2.4.2 Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
pada khutbah pertama dan kedua.

4
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

2.4.3 Wasiat taqwa.

2.4.4 Ayat Al-Quran yang lengkap.

2.4.5 Doa untuk keselamatan dan kesejahteraan seluruh


umat Islam.

3. CIRI-CIRI PENULISAN TEKS KHUTBAH


3.1 Teks khutbah hendaklah ditaip dengan tulisan RUMI dalam
Bahasa Melayu.

3.2 Teks khutbah hendaklah asli yang merupakan hasil karya dan
penulisan sendiri serta belum pernah diterbitkan oleh mana-
mana pihak sebelumnya.

3.3 Menggunakan font jenis Arial bersaiz 12, jarak antara teks
adalah “1.5 spacing” dan jumlah muka surat antara 5-6 muka
(tidak lebih 12 minit tempoh bacaannya).
3.4 Teks khutbah mestilah ditulis mengggunakan perisian Microsoft
Office Word.
3.5 Penulisan teks khutbah hendaklah bertaip menggunakan
komputer dan hendaklah dimuat turun salinan softcopynya di
pautan yang sama dengan borang penyertaan (google form).

4. KAEDAH PENULISAN TEKS KHUTBAH

4.1 Kaedah penulisannya hendaklah menepati rukun khutbah


mengikut susunan berikut:

4.1.1 Pendahuluan
Mengandungi pujian kepada Allah SWT, Syahadah,
Selawat, seruan Taqwa dan ayat Al-Quran yang

5
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk khutbah.


(Ditulis dalam Bahasa Arab).

4.1.2 Hendaklah menggunakan kata seruan yang sesuai


seperti:

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.


atau
HADIRIN YANG BERBAHAGIA.
4.2 Isi kandungan Khutbah
4.2.1 Isi kandungannya hendaklah mempunyai fakta, analisa,
perbandingan, peringatan, cadangan, galakkan dan
rumusan yang disokong oleh hujah sama ada dengan
ayat Al-Quran, Hadith atau pendapat ulama’ dan lain-lain
yang menguatkan keterangan.
4.2.2 Tidak mengandungi perkara-perkara berikut:
4.2.2.1 Apa-apa ajaran yang bertentangan dengan
ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4.2.2.2 Sebarang hasutan, fitnah, prasangka buruk
dan seumpama dengannya.
4.2.2.3 Unsur-unsur ajaran sesat dan fahaman yang
menyimpang daripada ajaran Islam dan
Sunnah Rasulullah SAW.
4.2.2.4 Unsur-unsur politik kepartian.
4.2.2.5 Unsur-unsur kegiatan pertubuhan subversif.
4.2.2.6 Perbahasan masalah khilafiah yang
mengelirukan dan menimbulkan kefanatikan.
4.2.3 Isi kandungan khutbah hendaklah padat, jelas dan
menggunakan bahasa yang mudah difahami.

6
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

4.2.4 Setiap perenggan hendaklah mempunyai


kesinambungan maksud antara satu sama lain dan tidak
terlalu panjang serta meleret-leret.
4.2.5 Setiap fakta hendaklah dinyatakan sumber yang diambil
daripada rujukan yang muktabar seperti berikut:
4.2.5.1 Ayat Al-Quran hendaklah dinyatakan nama
surah dan nombor ayatnya.
4.2.5.2 Terjemahan ayat mengikut Tafsir Pimpinan
Ar-Rahman & Al-Quran Mushaf Malaysia Dan
Terjemahan sahaja.
4.2.5.3 Hendaklah menggunakan hadis Sahih atau
hadis-hadis yang mempunyai sumber-sumber
yang muktabar dengan sanad dan perawinya
serta dibariskan mengikut kaedah Bahasa
Arab yang betul lengkap dengan sanad dan
matan serta perawi bagi hadis tersebut.

Contoh format penulisan hadis dalam teks:

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu


Umar Radhiallahu Anhuma bahawa
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
ُ ‫َل َع َن ه‬
َ ‫َّللا ْال َخ ْم َر َو َشا َرب َها َو َساق َي َها َو َبائ َع َها َو ُم ْب َت‬
‫اع َها‬ ِ ِ ِ
َْ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ
‫اصرها ومعت ِصرها وح ِاملها واْلحمولة ِإلي ِه‬ ِ ‫وع‬
“Allah melaknat arak, peminumnya,
penghidangnya, penjualnya, pembelinya,
pemerahnya, yang meminta agar ia diperah,
penghantar dan penerimanya”.
(Riwayat Abu Daud).
4.2.5.4 Fakta-fakta lain hendaklah dirujuk kepada
sumber-sumber yang asal.

7
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

4.3 Penutup Penulisan Teks Khutbah


4.3.1 Mengandungi kesimpulan dan rumusan daripada
keseluruhan isi kandungan khutbah.
4.3.2 Ayat Al-Quran dan terjemahan yang lengkap
berkaitan atau sama maksud dengan tajuk khutbah
hendaklah dimulai dengan isti’azah.
4.4 Khutbah Kedua
Penyediaan khutbah kedua disediakan oleh urus setia
mengikut format yang telah ditetapkan.

5. KESIMPULAN
Diharapkan semoga Garis Panduan Penulisan Teks Khutbah Negeri
Pulau Pinang yang disediakan ini dapat dijadikan panduan bermanfaat
kepada para penulis dalam rangka penyediaan teks khutbah yang
lebih dinamik, berkualiti dan beridentiti.

8
Penulisan Khutbah JHEAIPP 2020

Anda mungkin juga menyukai