Anda di halaman 1dari 3

Kekuatan Dan Kelemahan Pelaksanaan Kbsr Dan Kssr Di Malaysia

KEKUATAN KBSR
 Murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik untuk
berfikir dan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
 Murid dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu
kemasyarakatan dan negara
 Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan
potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisan
dan penulisan.
 Murid-murid dapat menguasai bahasa melayu selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
kita.
 Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan.
 Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar.
 Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
 Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya.
 Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan
mengamalkan akhlak mulia.
 Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian
 Pelaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat FPK ke
arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan
seimbang dari segi JERI.
 Proses pelaksanaan yang bermula dengan tahun1 hingga tahun 6
amat komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses P&P
dalam dan luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran
serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.

KELEMAHAN KBSR
 Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam
proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran
dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah.
 Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus
berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka
kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa
proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat
menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu
seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut.
 Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah
membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan
cemerlang yang dihasratkan

KEKUATAN KSSR
 Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
 Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan
sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul
menjadikannya 4M.
 KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai
penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata
untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.
 KSSR turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri,
sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.
 Mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran
murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan
dengan lebih berkesan.
 Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja
mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.
Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang
sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.
 Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi
standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan
mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.
 Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian
KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang
ditonjolkan murid dalam kelas.
 Menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu,
bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan
kepada kecemerlangan akademik.

KELEMAHAN KSSR
 Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala
yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

RUJUKAN
Sy Primizah. (n.d). Kekuatan dan kelemahan KBSR di Malaysia. Diakses dari
http://www.scribd.com/doc/52434239/ISL-KEKUATAN-DAN-KELEMAHAN-
KBSR-DI-MALAYSIA

Berita Harian Online. (2011, Januari 30). KSSR kurangkan tekanan


peperiksaan, bina modal insane berkesan. Diakses dari http://www.bharian.
com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalin
sanberkesan/Article/index_html

Anda mungkin juga menyukai