Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 1: Ulasan kreatif

Hasilkan ulasan kritis bagi penerapan Seni dalam Pendidikan Sains dengan menganalisis
RPH yang dibekalkan.

1.0 Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam
pendidikan yang melibatkan seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan. Perkaitan antara
tiga elemen ini dapat menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Penyediaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian (RPH) merupakan pelan


pengajaran tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis
untuk memudahkan guru mencapai objektif yang ditetapkan (Abdullah Sani, 2003). Hal ini
dapat menentukan serta memastikan pengajaran dan pembelajaran tercapai. RPH ini
dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai, dan
berkesan.

2.0 Ulasan kritis


2.1 Orientasi

Bermula dengan fasa orientasi, aktiviti pembelajaran dimulakan dengan permainan


memori yang menggunakan perisian AC. Melalui permainan ini, guru dapat mengetahui
tahap pengetahuan awal murid terhadap tajuk yang akan dibelajar iaitu sistem suria. Maka,
pembelajaran akan lebih mudah dijalankan dengan mengajar mengikut tahap kemampuan
murid. Hal ini disokong oleh Vygotsky (1986-1934) yang menyatakan bahawa isi pelajaran
mudah dikuasai oleh pelajar jika berasaskan skema atau pengetahuan sedia ada (Noriati,
Ying &Sharifah Fakhriah, 2015). Penggunaan perisian AC juga dapat menarik minat murid
kerana banyak gambar yang dapat ditunjukkan yang dapat merangsang memori murid.
Bertepatan dengan pendapat Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad,
Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana dan Sunizah Ali (2015) yang mengatakan
ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah Seni Muzik, Sastera dan Seni Visual.
Kemahiran mencirikan, membanding dan membezakan turut ditekankan oleh guru ini
semasa set induksi kerana selaras dengan pandangan Piaget (1896 – 1980) iaitu proses
membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan
sedia ada dalam struktur kognitif (Noriati et al., 2015).

2.2 Pencetusan idea

Seterusnya, satu situasi telah diberikan kepada murid untuk merangsang pemikiran
murid sangat sesuai dijalankan semasa pencetusan idea. Perkara ini bertepatan dengan
kenyataan Ausubel (1918-2008) iaitu maklumat yang didedahkan akan menjadi asas kepada
pembelajaran baru (Noriati et al., 2015). Maka, situasi yang diberikan akan berperanan
sebagai jambatan kepada maklumat baru yang akan dipelajari oleh murid. Latihan yang
diberikan juga dapat mencungkil dan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid yang sesuai
mengikut teori kecerdasan pelbagai. Semasa proses ini, kecerdasan visual-ruang telah
diaplikasikan oleh murid untuk mengesan dan menggambarkan saiz relatif antara matahari,
bumi, dan bulan. Menurut Gadner, kecerdasan visual-ruang termasuklah kebolehan
mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik (Salhah Abdullah, 2009). Zon
perkembangan terdekat (ZPD) juga diterapkan semasa proses ini iaitu merujuk kepada
tugasan yang diberikan sukar dilakukan murid dapat dikuasai dengan bimbingan guru
secara komunikasi. Oleh itu, penekanan ZPD melalui interaksi sosial dapat menyenangkan
proses pembelajaran murid (Mohd Fuad Sam, Marina A.Majid, Rosnah A. Rajak, Nordin
Mohd Yusof., 2016). Menurut Teori Vygotsky (1986-1934), ZPD merupakan ruang antara
actual development dan potential development (Mohd Fuad et al., 2015).

2.3 Penstrukturan semula

Fasa penstrukturan semula juga dimulakan dengan tayangan video berkaitan saiz relatif
matahari, bumi, dan bulan secara proses adaptasi. Proses adaptasi berada di bawah Teori
Konstruktivisme yang dinyatakan oleh Piaget (1896 – 1980). Proses adaptasi maklumat turut
berlaku secara asimilasi iaitu maklumat baru yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan
skema akan diserap mudah ke dalam struktur kognitif dan secara akomodasi iaitu
mengubah suai maklumat lama agar dapat diserap ke struktur kognitif. Maka, murid dapat
mengukuhkan atau mengubah suai pengetahuan sedia ada mengikut fahaman masing-
masing kerana menurut Vygotsky (1986-1934), murid bertanggungjawab ke atas pembinaan
pengetahuan atau pembelajaran sendiri (Ahmad Subki dan Syed Ismail, 2011). Kemudian,
murid dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia dengan melakukan aktiviti yang
disediakan oleh guru. Seterusnya, aktiviti guru menggunakan bahan maujud sebagai
perwakilan saiz relatif matahari, bumi, dan bulan juga dapat membantu murid dalam
pembelajaran. Penggunaan bahan maujud amat sesuai kerana mengikut Piaget (1896 –
1980), pada peringkat operasi konkrit iaitu antara 7 hingga 12 tahun, murid berkebolehan
berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit
(Yahaya, 2005). Menurut Wong. K. W., Khairuddin Mohamed, Maridah Hj. Alias,
Rashinawati Abd. Rashid, dan Azlina Ahmad., (2013) hal ini sesuai dengan peringkat umur
murid sekolah rendah yang tidak boleh menyelesaikan masalah yang abstrak seperti
mengetahui saiz sebenar benda yang dikaji tanpa melihat objek yang nyata. Maka,
penggunaan bahan maujud dapat mengukuhkan pengetahuan murid. Contohnya, murid
dapat menyelesaikan masalah konkrit dan meningkat kepada penyelesaian masalah
abstrak. Murid juga dapat menilai pengetahuan sedia ada mereka dengan melakukan sendiri
pemilihan jawapan yang menggunakan perisian AC seperti yang dilakukan oleh guru. Murid-
murid dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan sesuatu tindakan berdasarkan logik
dan rasional kerana mampu menggunakan bahagian otak kanan dan otak kiri (Faridah Nazir
et al., 2015). Seterusnya, perbincangan guru dan murid mengenai saiz sebenar matahari
yang melibatkan dengan melibatkan pengiraan diameter matahari, bumi, dan bulan perlu
dilakukan. Hal ini disebabkan perbincangan ini merupakan implikasi teori konstruktivisme
kepada pengajaran iaitu guru perlu mengaitkan isi sebenar (Yahaya, 2005).

2.4 Aplikasi idea

Perbincangan yang dilakukan oleh guru dan murid merupakan proses scaffolding yang perlu
dilakukan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Mohd Fuad Sam et al. (2016)
menyatakan bahawa teknik scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang
dilakukan mengikut keperluan murid. Bimbingan akan dikurangkan apabila murid menguasai
peringkat demi peringkat sehingga akhirnya, bimbingan dilepaskan telah dapat melakukan
soalan dengan sendiri. Perbincangan jawapan antara guru dan murid juga merupakan salah
satu langkah pengajaran yang berkesan. Menurut fasa pembelajaran Slavin(1997), panduan
pembelajaran perlu diberi sebagai latihan untuk mengukuhkan pembelajaran (Noriati et al.,
2015). Hal ini bertepatan dengan teori Hierarki Pembelajaran Gagne yang menyatakan
bahawa pemahaman murid adalah fasa mengekod dan apabila maklumat baru diperoleh
adalah fasa menyimpan (Noriati et al., 2015). Oleh itu, melalui latihan, murid dapat
menajamkan pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep.

2.5 Refleksi

Satu soalan dikemukakan kepada murid untuk berfikir merupakan salah satu aplikasi teknik
scaffolding. Hal ini disokong oleh Muhd Fuad et al. (2015) menyatakan bahawa teknik
menyoal yang digunakan untuk menarik minat murid untuk membuat jangkaan terhadap
perkara yang akan berlaku. Maka, perkaitan soalan dengan jawapan guru merupakan salah
satu cara untuk menghubungkan antara konsep dan idea baharu kepada pengetahuan
sedia ada mereka.
3.0 Cadangan/ penyelesaian

Guru menggunakan laras bahasa yang sesuai selaras dengan pemikiran murid agar
penerangan guru jelas. Apabila penerangan guru boleh difahami oleh murid, murid dapat
mengukuhkan fahaman sedia ada apabila guru mengulang pengajaran dalam bentuk
berlainan (Noriati et al., 2015). Guru juga perlu memberikan tumpuan kepada perlakuan
murid semasa berkomunikasi agar komunikasi tidak berkesan dapat dielakkan. Sebagai
contoh, dalam fasa pencetusan idea, guru meminta murid menghantar lukisan semasa
murid membuat tugasan tersebut. Komunikasi ini mungkin kurang berkesan kerana murid
memberikan fokus sepenuhnya untuk menyiapkan lakaran. Sebagai penyelesaian,
sepatutnya guru berpesan kepada murid untuk menghantar lakaran apabila masa ditetapkan
tamat sebelum mengedarkan kertas kosong.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, penggunaan teori-teori pengajaran mestilah diterapkan kepada setiap guru


agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan mudah. Teori-teori pengajaran
seperti HOKA HOKI, Teori Kecerdasan Pelbagai, teori konstruktivisme Piaget dan Vygotsky,
Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel dan Hierarki Pembelajaran Gagne perlu
diaplikasikan untuk menjadikan proses pengajaran lancar dalam bilik darjah.
Rujukan

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd,
Hartini Kana dan Sunizah Ali, (2015). Seni dalam Pendidikan. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Mohd Fuad Sam, Marina A.Majid, Rosnah A. Rajak, Nordin Mohd Yusof. (2016). Murid Dan
Pembelajaran. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Ying B. P dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan Alam
Belajar Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Wong. K. W., Khairuddin Mohamed, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid, Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yahaya, A. (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. PTS Professional.

Anda mungkin juga menyukai