Anda di halaman 1dari 3

1.

konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan

 Persekitaran pembelajaran yang selamat bagi mengawal tingkah laku murid dan
mengekalkan disiplin (James, 2014)
 Satu proses perancangan dan pelaksanaan yang berterusan sepanjang tahun serta
melibatkan proses pengajaran, perlaksanaan aktiviti secara sistematik serta
penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Kemampuan dan kesediaan guru untuk membuat sesuatu yang boleh mengelakkan
masalah tingkah laku dalam kalangan murid.

2. Peranan guru dalam menguruskan persekitaran bilik darjah yang kondusif

 Aspek persekitaran fizikal (Ambotang, A. S., & Hashim, M. H. M. (2010).


o Susunan dan reka bentuk fizikal
o Penggunaan sumber bahan pembelajaran
o Kebersihan, pengcahayaan, pengudaraan serta penggunaan ruang dan
dinding secara efektif
 Aspek psikososial (Nayan, 2015)
o Menjaga kepentingan murid (peluang yang sama kepada setiap murid)
o Mengambil kira perbezaan individu antara setiap murid semasa proses P&P
o Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
 Peraturan dan rutin bilik darjah
o Membuat peraturan dan memaparkan di tempat yang senang dilihat
o Membuat peraturan dan rutin murid menjadi bermakna dan dipersetujui
bersama
 Guru merancang objektif dan aktiviti dalam kelas
 Mengenal murid bagi memudahkan pelaksanaan proses P&P

3. Isu tingkah laku bermasalah murid (Ngu Mee Kok, 2012)

 Kurang kesedaran murid tentang kepentingan menjaga tingkah laku dalam kelas
 Murid tidak berminat untuk belajar dan lebih gemar bermain
 Murid pendiam dan pasif
 Bertingkah laku kurang sopan di dalam kelas (Seling Jalong, W., 2014)
 Murid mengganggu rakan lain (Membuli)

4.Model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai

 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs (Haliza & Joy, 2014)
o Penekanan mengenai kepentingan guru memberikan kepercayaan kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di bilik darjah
o Guru mengenalpasti punca salah laku murid
o Murid dilatih mengawal kendiri dan dibimbing supaya memahami peraturan di
bilik darjah
o Menjalankan amalan demokrasi di dalam kelas
 Mengetahui punca masalah tingkah laku (Haliza & Joy, 2014)
o Mendapatkan perhatian
o Mencabar kuasa
o Membalas dendam
o Mempamerkan kasih sayang
 Cara komunikasi guru yang berkesan untuk tangani masalah tingkah laku (Zulkefli &
Abu Hashim, 2018)
o Kenal pasti kelemahan murid
o Memberi galakan dan motivasi
o Berkomunikasi perkara positif

5. Ciri-ciri sentuhan alam yang mampu mempengaruhi tingkah laku murid

 Melawat ke zoo (Ling dan Mapjabil, 2017)


o Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
o Melatih murid sikap lebih menghargai
o Bekerjasama, berdisiplin, mematuhi peraturan
 Mempraktikkan penggunaan bahan kitar semula
o Bahan bantu mengajar dibuat daripada bahan kitar semula menyebabkan
BBM itu kurang kukuh dan tidak tahan lasak
o Melatih murid perlu bersikap cermat dan berhati-hati
o Menyemai sikap menghargai dan bersyukur dalam diri murid
o Memupuk pemikiran kreatif dan kritis murid
Rujukan

Ambotang, A. S., & Hashim, M. H. M. (2010). The relation of work environment and stress in
classroom management among preschool teachers. Journal of Techno Social, 2(2).
Haliza Hamzah dan Joy, N. S. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
James, A. J. E. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. Batu Caves: PTS Akademia.
Ling, N. G., & Mapjabil, J. (2017). Faktor yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong
antarabangsa: Suatu ulasan (Factors influencing revisit by international tourists: A
review). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(3).
Nayan, N. A. (2015). Teachers' beliefs on teachers' efficacy and teachers' behaviour in the
classroom (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi MARA).
Ngu, M. K. (2012). Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan kaedah
ganjaran dan hukuman untu murid-murid tahun 3. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, ms.132-146.
Seling Jalong, W. (2014). Disruptive Behaviours And Classroom Management Strategies Of
Teachers At A Secondary School In Serian (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
MARA).
Zulkefli Aini & Abu Hashim Saad. (2018). Pengamalan Komunikasi Kemanusiaan Pensyarah
Politeknik Sultan Azlan Shah Dalam Proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan
(PDPC). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, Vol. 2, No. 1 (2018), 47-
57.

Anda mungkin juga menyukai