Anda di halaman 1dari 6

2.

0 BINAAN FRASA

Siti Hajar (2011) mengatakan frasa penting dalam menentukan sama ada sesuatu ayat
itu gramatis atau tidak. Pembentukan ayat ditafsirkan sebagai satu binaan atau
konstruksi yang mempunyai gabungan frasa yang tersusun (Nik Safiah, Farid, Hashim &
Rahim, 2015). Faridah (2016) dan Nik Safiah et.al menjelaskan kategori binaan frasa
seperti di Rajah 1.

Frasa Nama

Frasa Kerja
Binaan Frasa
Frasa Adjektif

Frasa Sendi Nama

Rajah 1. Binaan Frasa dalam Ayat

Untuk menentukan jenis frasa dalam ayat, penganalisis perlu mengetahui perwakilan
kata dalam frasa yang disebut unsur inti sama ada golongan kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan subgolongan kata sendi nama. Binaan subjek hanya terdiri daripada frasa
nama sahaja, manakala konstituen predikat mempunyai keempat-empat jenis frasa
tersebut.
Ayat 1:
Sahibba ialah permainan membina perkataan daripada huruf.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 2 “Sahibba…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Inti (Kata nama khas)

“…ialah permainan membina perkataan daripada huruf.”


 Frasa nama sebagai predikat
 Binaan frasa: Kata Pemeri + Inti (Kata nama terbitan) +
Keterangan

Frasa Kerja 1 Jika predikat frasa nama dipenggalkan menjadi lebih kecil,
terdapat frasa kerja seperti:
“…membina perkataan…”
 Binaan frasa: Penerang kepada inti (permainan)
Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 1 Jika predikat frasa nama dipenggalkan menjadi lebih kecil,
Nama terdapat frasa sendi nama seperti:
“…daripada huruf.”
 Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat
 Binaan frasa: Kata sendi nama + Frasa Nama
Ayat 2:
Permainan ini merupakan permainan dalaman.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 2 “Permainan ini…”
 Frasa nama sebagai subjek.
 Binaan frasa: Inti + Penentu Belakang

Jika predikat frasa kerja dipenggalkan menjadi lebih kecil,


terdapat frasa nama seperti:
“…permainan dalaman.”
 Frasa nama sebagai pelengkap kepada predikat frasa kerja

Frasa Kerja 1 “…merupakan permainan dalaman.”


 Frasa kerja sebagai predikat.
 Binaan frasa: Kata kerja terbitan + Pelengkap (Frasa
Nama)
Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 0 Tiada
Nama
Ayat 3:
Permainan ini dapat dimainkan pada masa lapang.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 1 “Permainan ini…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Inti + Penentu belakang
Frasa Kerja 1 “…dapat dimainkan pada masa lapang.”
 Frasa kerja sebagai predikat
 Binaan frasa: Frasa Kerja Pasif + Keterangan
Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 1 Jika predikat frasa kerja dipenggalkan menjadi lebih kecil,
Nama terdapat frasa sendi nama seperti:
“…pada masa lapang.”
 Frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja
 Binaan frasa: Kata Sendi Nama + Kata Adjektif Waktu
Ayat 4:
Bilangan pemain bagi permainan ini seramai dua hingga empat orang.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 1 “Bilangan pemain bagi permainan ini…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Frasa Nama + Keterangan

“…seramai dua hingga empat orang.”


 Frasa nama sebagai predikat
 Binaan frasa: Kata Nama + Kata Bilangan Tentu + Frasa
Sendi Nama

Frasa Kerja 1 Tiada


Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 1 Jika subjek frasa nama dipenggalkan menjadi lebih kecil:
Nama “…bagi permainan ini…”
 Frasa sendi nama sebagai keterangan subjek frasa nama
 Binaan frasa: Kata Sendi Nama + Keterangan
Ayat 5:
Mereka perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk membina perkataan.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 1 “Mereka…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Inti (Kata nama ganti diri ketiga)
Frasa Kerja 1 “…perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk membina
perkataan.”
 Frasa kerja sebagai predikat
 Binaan frasa: Frasa Kerja Tak Transitif + Pelengkap +
Keterangan
Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 1 Jika predikat frasa kerja dipenggalkan menjadi lebih kecil,
Nama terdapat frasa sendi nama:
“…untuk membina perkataan.”
 Frasa sendi nama sebagai keterangan predikat frasa kerja
 Binaan frasa: Kata sendi nama + frasa kerja
Ayat 6:
Di samping itu, mereka dapat membina kemahiran pergerakan jari dengan cara menyusun
dan mengatur perkataan di atas papan permainan.
Mereka dapat membina kemahiran pergerakan jari dengan cara menyusun perkataan.
dan (Kata hubung)
Mereka dapat membina kemahiran pergerakan jari dengan mengatur perkataan di atas
papan permainan.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 1 “Mereka…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Inti (Kata nama ganti diri)
Frasa Kerja 2 “…dapat membina kemahiran pergerakan jari dengan cara
menyusun…”
 Frasa kerja sebagai predikat 1
 Binaan frasa: Kata bantu + Kata Kerja Tak Transitif +
Pelengkap + Keterangan

“…mengatur perkataan di atas papan permainan.”


 Frasa kerja sebagai predikat 2
 Binaan frasa: Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap +
Keterangan
Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 3 “…dengan cara menyusun perkataan…”
Nama (pengguguran kata ‘perkataan’)
 Frasa sendi nama sebagai keterangan predikat 1
 Binaan frasa: Kata Sendi Nama + Frasa Kerja
“…dan mengatur perkataan…”
 Frasa sendi nama sebagai penghubung ayat yang
mempunyai subjek dan sebahagian predikat yang sama
 Binaan frasa: Kata Hubung + Frasa Kerja

“…di atas papan permainan.”


 Frasa sendi nama sebagai keterangan predikat 2
 Binaan frasa: Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa
Nama

Ayat 7:
Permainan ini berfaedah kepada murid-murid kerana dapat membina pengetahuan.
Permainan ini berfaedah kepada murid-murid.
kerana(Kata hubung)
Permainan ini dapat membina pengetahuan.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 1 “Permainan ini…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Inti + Penentu Belakang
Frasa Kerja 2 “…berfaedah kepada murid-murid…”
 Frasa kerja sebagai predikat 1
 Binaan frasa: Kata kerja Tak Transitif + Keterangan
“…dapat membina pengetahuan.”
 Frasa kerja sebagai predikat 2
 Binaan frasa: Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif +
Pelengkap

Frasa Adjektif 0 Tiada


Frasa Sendi 1 “…kepada murid-murid.”
Nama  Frasa sendi nama sebagai keterangan inti frasa kerja
 Binaan frasa: Kata sendi nama + Kata nama
Ayat 8:
Permainan ini juga dapat menjadikan fikiran mereka cerdas.
Jenis Frasa Kuantiti Contoh
Frasa Nama 1 “Permainan ini…”
 Frasa nama sebagai subjek
 Binaan frasa: Inti + Penentu Belakang
Frasa Kerja 1 “…dapat menjadikan fikiran mereka cerdas.”
 Frasa kerja sebagai predikat
 Binaan frasa: Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif +
Pelengkap
Frasa Adjektif 0 Tiada
Frasa Sendi 0 Tiada
Nama

Anda mungkin juga menyukai