Anda di halaman 1dari 1

MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN 2M MENGGUNAKAN KAEDAH ACH)

RINGKASAN KANDUNGAN :

Kajian ini bertujuan mengatasi masalah pembelajaran dari segi penguasaan kemahiran
membaca dan menulis murid-murid menengah rendah (Tingkatan 1 – 3 ) di SMK Dato’ Hj.
Mohd Taib, Chemor Perak. Terdapat 6 orang murid yang menghadapi masalah penguasaan
kemahiran membaca iaitu :

1. 2 orang dari Tingkatan 3


2. 2 orang dari Tingkatan 2
3. 2 orang dari Tingkatan 1

Rasional aplikasi kaedah FACH :

1. Membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran 2M untuk


mengikuti sesi pembelajaran dalam semua subjek dengan lebih bermakna.
2. Mengatasi masalah buta 2M dalam kalangan murid-murid Sekolah Dato’ Hj. Mohd
taib, Chemor Perak.
3. Membantu murid-murid bermasalah 2M mahir membaca dengan menggunakan
kaedah yang efektif.

Melalui ujian diagnostik membaca yang dijalankan pada bulan Januari 2020, didapati murid-
murid ini boleh mengenal huruf tetapi tidak boleh membaca sukukata (terbuka dan tertutup)
dengan lancar. Justeru itu, guru telah merancang pelan tindakan untuk membantu murid-
murid ini membaca sukukata dengan menggunakan kaedah Fonetic Auditori Clinical Healing
(FACH).

Kaedah Fonetic Auditori Clinical Healing (FACH)

Kaedah ini merupakan satu aplikasi Teknik bacaan fonetik dengan menggunakan audio set-
set bunyi atau sebutan huruf dan sukukata yang telah dirakam. Murid diberi satu set
rakaman audio untuk didengar secara berulang-ulang kali dengan merujuk buku sukukata
yang disediakan. Buku yang digunakan adalah buku BACALAH SAYANG.
Pencapaian murid dalam mengenal dan menyebut sukukata ini akan direkodkan dari
semasa ke semasa sehingga mereka boleh membaca dengan lancar.
Jangkamasa pelaksanaan kaedah ini adalah antara bulan Februari hingga Oktober 2020.

Anda mungkin juga menyukai