Anda di halaman 1dari 6

Pendaftaran Perniagaan Francais

Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai
bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut akta, pendaftaran juga
perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan
Perdana Menteri atau MECD.

Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:

• Suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais


• Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
• Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
• Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam
Malaysia

Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (4) kategori pendaftaran seperti berikut;

Jenis Pendaftaran Definisi


Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais
Francaisor dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan
hubungannya dengan pemegang sub-francais
Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk
Francais Induk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya
sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu
Francaisi kepada Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais asing tidak
Francaisor Asing mensubfrancaiskan kepada orang lain
Seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau
wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual
Broker Francais francais kepada manamana orang dengan balasan yang
tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai
atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais.
Permohonan Pendaftaran Francais

Seksyen 6, Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, seseorang francaisor atau


francaisi induk perlu membuat permohonan pendaftaran francais kepada Pendaftar
Francais, KPDNKK, dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada Pendaftar
beserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut:-

• Dokumen penzahiran yang lengkap. Format dokumen penzahiran adalah seperti


yang ditunjukkan di BAF1;
• BAF 2 yang telah lengkap diisi (profil pemohon);
• Sampel perjanjian francais;
• Manual operasi yang telah terbukti dan lengkap (Bahasa Kebangsaan/Bahasa
Inggeris);
• Manual latihan (Bahasa Kebangsaan/Bahasa Inggeris);
• Salinan disahkan dokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari Malaysian
Intellectual Property Office (MYIPO);

*sekiranya cap dagangan telah diserah hakkan kepada pemohon, salinan disahkan
dokumen berkenaan perlu dikemukakan bersama.

• Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49);
• Akuan teraudit terkini (3 tahun)berserta penyata kewangan, kunci kira-kira dan
akaun untung rugi;
• Unjuran kewangan francaisi 5 tahun;
• Gambar outlet prototaip;
• Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat; dan
• Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi
tujuan penilaian permohonan.

Seksyen 55, Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, francaisi kepada francaisor
asing perlu mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Francais
berserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut:-
• BAF 2 yang telah lengkap diisi (profail pemohon);
• Salinan disahkan perjanjian francais di antara francaisor asing dan francaisi yang
telah ditandatangani dan disetemkan;
• Salinan disahkan dokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari Malaysian
Intellectual Property Office (MYIPO);
• Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49);
• Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat; dan
• Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi
tujuan penilaian permohonan.

Perjanjian Francais

Perjanjian Francais mestilah bertulis. Perjanjian tersebut perlu mengandungi tetapi tidak
terhad kepada perkara-perkara berikut:
• Nama/perihal keluaran & produk
• Identiti francaisor/hak francais induk
• Hak wilayah
• Fi
• Kewajipan francaisor
• Kewajipan francaisi
• Hak francaisi terhadap cap dagangan & harta intelektual
• Syarat francaisi menyerahhakkan hak
• Tempoh bertenang (tidak kurang 7 hari)
• Perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai
oleh/berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais
• Jenis & butir-butir bantuan oleh francaisor
• Tempoh francais (sekurang-kurangnya 5 tahun)
• Terma pembaharuan francais
• Kesan penamatan /habis tempoh
• Manual operasi / latihan
• Penyelesaian pertikaian secara mediasi
Obligasi Selepas Pendaftaran

Di bawah Akta Francais 1998, francaisor/francaisi induk yang berdaftar wajib


mengemukakan dokumen-dokumen berikut setiap tahun:-

Laporan Tahunan

Francaisor/master francaisi perlu mengemukakan laporan tahunan kepada Pendaftar


dalam masa 30 hari dari tarikh ulang tahun pendaftaran. Laporan tahunan tersebut
perlu dikemukakan menggunakan BAF 6 dan mesti mengandungi maklumat atau
dokumen berikut:-
• Bilangan/nama/alamat outlet francais berikut:
 Outlet syarikat
 Outlet francais Bumiputera
 Outlet francais Bukan Bumiputera
 Outlet francais luar Negara
• Pulangan tahunan
• Dokumen penzahiran terkini
• Penyata kewangan teraudit terkini

Laporan yang dikemukakan perlu ditandatangani dan dimeterai oleh syarikat.

Penyata Kewangan Kumpulan Wang Promosi

Francaisor/francaisi induk yang mengenakan fi promosi ke atas francaisi perlu


menubuhkan Kumpulan Wang Promosi yang diuruskan di bawah akaun yang
berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais
itu. Francaisor/francaisi induk perlu mengemukakan penyata kewangan kumpulan wang
tersebut. Penyata kewangan itu perlu diendors oleh akauntan awam berdaftar dan
dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK setiap tahun dalam tempoh 30 hari
selepas tamat penggal kewangan terakhir.
Permohonan bagi Kebenaran oleh Francaisor Asing
Seksyen 54, Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, francaisor asing yang ingin
menawarkan francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia
perlu mengemukakan permohonan bagi kebenaran dari Pendaftar Francais Malaysia,
KPDNKK berserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut:-
• Surat iringan niat yang merangkumi:-
 Tarikh pemerbadanan syarikat dan tarikh perniagaan mula dijalankan
 Konsep francais dan latar belakang syarikat
 Pengalaman dalam bidang francais (bilangan outlet milik syarikat dan
outlet francais)
 Cadangan francaisi induk / francaisi (sekiranya telah dikenalpasti)
• Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat dari agensi berkenaan dari Negara
asal;
• Salinan disahkan dokumen/sijil perdagangan cap dagangan;
• Brosur/laporan tahunan syarikat dan gambar outlet; dan
Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan
penilaian permohonan.

Pengesahan Dokumen
Salinan dokumen yang dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK bagi tujuan
permohonan pendaftaran francais dan kebenaran perlu disahkan oleh Pesuruhjaya
Sumpah/Notari Awam/Peguan/Majistret/Hakim.
Fi

Fi yang dikenakan adalah seperti berikut:-


Kategori Fi

Pendaftaran rancaisor / RM50.00 fi pemprosesan


francaisi induk / francaisi Rm1,000.00 fi pendaftaran (setelah diluluskan)
kepada francaisor asing /
broker francais

Pendaftaran broker RM50.00 fi pemprosesan


francais
Pendaftaran pakej baru RM50.00 fi pemprosesan
oleh francais berdaftar

Kebenaran di bawah RM50.00 fi pemprosesan


Seksyen 54
Pindaan ke atas RM50.00 fi pemprosesan
dokumen penzahiran

Pembayaran perlu dibuat dalam bentuk wang pos atau deraf bank kepada Pendaftar
Francais, KPDNKK.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


Aras 1, Blok Menara,
No. 13, Persiaran Perdana,
62623 Putrajaya
Tel: 603-8882 5585
Faks: 603-8882 5583
http://www.kpdnkk.gov.my

www.franchisemdtcc.gov.my

Anda mungkin juga menyukai