Anda di halaman 1dari 6

NBSA 113 : BEHAVIORAL SCIENCE 1

Written Report: Aplikasi Konsep Caring Dalam Amalan


Kejururawatan

KUMPULAN 3

NO NAMA PELATIH

1 JP NIRWANA BINTI MUH RIDWAN

2 JP MELVYLAURA KINJUAN

3 JP MARLINAH BINTI UMAR

4 JP LINDA JAICKLE

5 JP LING YING YING

TARIKH TERIMA TUGASAN :25 SEPTEMBER 2019

TARIKH HANTAR : 07 OCTOBER 2019

NAMA PENGAJAR : PUAN AMY SHEERA WATI AHMAD


MUKA ISI KANDUNGAN
SURAT

I.COMPASSION

II.COMPETENCE

III.CONFIDENCE

1,2&3 IV.CONSCIENCE

V. COMMITMENT

4 KESIMPULAN & RUJUKAN


1. COMPASSION

Compassion adalah apabila seseorang itu mempunyai sikap simpati, belas kasihan , empati
semasa memberi perkhidmatan atau memberi rawatan.Compassion iaitu berasa kasihan
dimana seseorang bersikap lemah lembut dan sensitif terhadap kesakitan, anxiety, ketakutan
dan keperluan orang lain.

TINDAKAN JURURAWAT A

Dalam mengaplikasikan nilai compassion pada situasi ini, jururawat A cuba untuk
meletakkan dirinya di tempat anak dan isteri Encik Hassan yang berasa risau dengan
keaadaan Encik Hassan. Jururawat A cuba menenangkan mereka dengan menerangkan
peraturan dan prosedur hospital kepada Encik Hassan, anak dan isterinya sambil meyakinkan
mereka bahawa semua pesakit di hospital akan mendapat pantauan dan pemeriksaan semasa
ke semasa.

TINDAKAN JURURAWAT B

Jururawat B cuba untuk memahami perasaan pesakit iaitu Encik Hassan dengan compassion
iaitu mempunyai sikap simpati, belas kasihan, empati semasa memberi perkhidmatan atau
memberi rawatan. Jururawat A perlu berasa kasihan dengan keaadaan Encik Hassan yang
mengalami serangan Asthma dengan memberikan rawatan segera dan memantau
perkembangan sakit Asthma Encik Hassan agar keluarganya tidak terlalu risau.

2. COMPETENCE

Menurut Paul Hager, (2007), kompeten adalah suatu konsep yang merangkumi pengetahuan,
kebolehan, kemahiran, dan sikap yang mana ia menitikberatkan tugasan professional dalam
diri seseorang. Kompetensi jururawat adalah suatu kebolehan yang spesifik yang diperlukan
dalam memenuhi keperluan tanggungjawab jururawat.

TINDAKAN JURURAWAT A

Dalam situasi yang diberikan, jururawat A dapat menjalankan tugasnya dengan memberikan
rawatan yang sewajarnya kepada pesakit. Tindakan yang dapat diambil ketika itu adalah
dengan membaringkan pesakit dalam posisi fowler,s kemudian memberikan alat bantuan
pernafasan kepada beliau. Jururawat A bertanggungjawab untuk menyediakan pengudaraan
yang baik seperti membuka tingkap supaay pesakit mendapat udara yang segar.

1
TINDAKAN JURURAWAT B

Jururawat B pula bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan secara professional


kepada isteri dan anak pesakit bahawa mereka tidak dapat menempatkan pesakit di katil yang
berdekatan dengan kaunter jururawat kerana katil tersebut telah ada pesakit lain. Penempatan
pesakit dalam wad perlu mengikut prosedur dan jururawat tidak boleh memindahkan pesakit
sesuka hati.

3. CONFIDENCE

Confidence adalah keyakinan dan kepercayaan yang perlu ada dalam diri seorang jururawat
dalam melaksanakan tugasnya.

TINDAKAN JURURAWAT A

Dalam situasi yang diberikan, jururawat A perlu merawat Encik Hassan terlebih dahulu
dengan memberikannya pengudaraan yang baik. Dalam tugas ini, keyakinan dan kepercayaan
pada diri perlu ada bagi membolehkan prosedur berjalan dengan lancar.

TINDAKAN JURURAWAT B

Dalam kes ini, jururawat B pula perlu menenangkan isteri Encik Hassan dan anak lelakinya.
Jururawat B perlu meyakinkan keluarga pesakit iaitu walaupun katil tidak berdekatan dengan
pesakit tetapi jururawat akan sentiasa perhatikan dan memeriksa pesakit keraan ia adalah
tugas jururawat untuk memastikan kesihatan pesakit diutamakan. Selain itu, juruawat perlu
menjelaskan bahawa ia adalah tindakan yang melanggar peraturan sekiranya memindahkan
pesakit ke tempat yang telah ada pesakit lain.

4. CONSCIENCE

Conscience merupakan perasaan hati, suara hati, dan kesedaran batin. Conscience adalah
apabila seseorang sentiasa mengambil berat dan sedar tentang kesan tindakan terhadap orang
lain.

TINDAKAN JURURAWAT A

Jururawat A cuba menenangkan perasan dan menerangkan peraturan hospital kepada isteri
dan anak encik Hassan. Jururawat A itu memberitahu bahawa katil-katil yang sedia ada tidak
dapat diubah dan katil yang berdekatan juga ada pesakit lain yang sedang menerima rawatan.
Jururawat A cuba memujuk isteri dan anak Encik Hassan agar dapat memahami keaadaan di

2
wad dan meyakinkan mereka bahawa biarpun katil Enck Hassan berjauhan dengan kaunter
jururawat tetapi tetap diberi dan dipantau dari masa ke masa.

TINDAKAN JURURAWAT B

Jururawat B akan melayan keluarga Encik Hassan dengan ramah dan lemah lembut semasa
memberikan rawatan kepada Encik Hassan agar keadaan tidak kekok dan janggal. Selain itu,
jururawat B juga akan datang memeriksa keadaan Encik Hassan setiap 1 jam untuk
memantau perkembangan sakit Athsma Encik Hassan dan menerangkan keadaan Encik
Hassan kepada keluarganya agar tidak terlalu risau. Jururawat B juga akan melaporkan
kepada doktor dengan kadar segera untuk tindakan selanjut nya jika keadaan pesakit menurun.

5. COMMITMENT

Menurut Grifin, komitmen adalah suatu sikap yang menunjukkan sampai sejauh mana
seseorang mengenal dan mau terikat dengan sesebuah organisasinya.Commitment
melibatkan penglibatan dan tanggungjawab seseorang terhadap kerjayanya. Commitment
adalah apabila seseorang bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan
kepadanya.

TINDAKAN JURURAWAT A

Menurut situasi yang diberikan, juruawat A dan B telah memberikan perawatan dan
menguruskan Encik Hassan yang telah dimasukkan ke wad kerana serangan Asthma. Namun,
isteri dan anak lelakinya mahukan rawatan segera dan katil yang berdekatan dengan kaunter
jururawat walaupun katil tersebut telah ada pesakit lain. Sebagai seorang jururawat, jururawat
A dan B hendak bersikap tenang dan meyakinkan Encik Hassan dan keluarganya walaupun
katil Encik Hassan tidak berada dekat dengan kaunter jururawat. Rawatan tetap akan
diberikan dengan teliti mengikut prosedur dan arahann doktor.

TINDAKAN JURURAWAT B

Jururawat B perlulah menunjukkan sikap commitment dengan sentiasa memantau keadaan


Encik Hasaan dari semasa ke semasa. Selain itu, jururawat B juga perlu memberikan rawatan
dengan kadar segera serta memenuhi keperluan pesakit.

3
KESIMPULAN

Aplikasi konsep caring 5C penting dan berguna dalam bidang kerjaya kejururawatan semasa
memberikan rawatan atau layanan kepada klien-klien yang datang di hospital atsu klinik.
Dengan adanya konsep 5C ini, jururawat daapt memberikan layanan dan rawatan yang
terbaik kepada pesakit tidak kira apa jua masalah yang dihadapi pada masa itu. Dengan ini,
pesakit akan lebih berasa yakin dan berpuas hati tehadap servis perkhidmatan yang diberikan
oelh jururawat selai gus dapat meningkatkan mutu kerja dan menghasilkan suasana yang
gembira dan baik untuk semua orang tidak kira kakitangan hospital atau klinik dan pesakit.

RUJUKAN

1. Lecture Note (CARING : Concept Of Caring)

Anda mungkin juga menyukai