Skrip Drama
Skrip Drama
SINOPSIS 2
WATAK-WATAK 2
LATAR 2
MASA 2
BAHANA MULUT 3
BABAK 1 3
BABAK 2 4
BABAK 3 6
BABAK 4 7
RUJUKAN 9
1
SINOPSIS
Kisah seorang budak lelaki bernama Megat Terawis yang sombong, tidak hormat kepada
ibu bapa dan pembantu rumah. Megat selalu mencela dan menyakiti hati pembantu
rumahnya dengan menyusahkan, menghina serta memandang rendah Mak Cik Limah
sebagai orang gaji. Megat juga tidak menghormati ibu bapanya dan tidak berbudi bahasa.
Megat selalu memaksa ibu bapanya mengikut katanya dan mematuhi segala kehendaknya.
Pada suatu hari, Megat sesat ketika sedang bermain di dalam hutan, Megat tertidur kerana
letih dan berjumpa dengan Sang Monyet yang buas dan ganas. Sang monyet tidak mahu
membantu Megat pulang ke rumah kerana sifat angkuhnya dan biadap, malahan
menghukum Megat. Sang Monyet dan rakan-rakan memberikan pengajaran dan Megat pun
insaf. Megat pulang ke rumah dan memohon ampun daripada ibu bapa serta Mak Limah
dan berjanji akan menjadi anak yang patuh dan berbudi bahasa.
WATAK-WATAK
1. Megat Terawis
2. Ibu Megat
3. Ayah Megat
4. Makcik Limah
5. Sang Monyet
6. Hakim Sang Monyet
LATAR :
1. Rumah Megat
2. Hutan
3. Mahkamah Monyet
MASA :
1. Tengahari
2. Petang
3. Malam
2
BAHANA MULUT
oleh
MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD
Babak 1
Nazam nasihat
Megat: Mak Limah…. Mana makanan? Megat lapar ni. Sekarang waktu makan
Megat tak tahu lagi ke!
Mak Limah : Ba…baiklah, tengah siaplah ni (tergesa-gesa)
Megat (marah) : Eeee, orang tua ni! Lambatlah buat kerja, orang dah lapar ni.
Cepatlah sikit, dah tua pun nak kerja lagi.
Mak Limah : Dah siap ni, Marilah makan Megat.
3
Megat : (menyepahkan makanan dengan raut muka yang marah dan kecewa). Apa
ni Mak Limah! Nasi lembik, lauk tak sedap! Megat taknak tak nak makanlah.
Mak Limah : Bukankah ini masakan kegemaran Megat?
Megat (mengherdik) : Alaaa… Mak Limah kalau setiap hari lauk sama, Megat dah
jemu dan loya nak makan.
Mak Limah : Baiklah Megat nanti Mak Limah masak yang lain.
Megat : Tak perlu susah-susah, Megat dah tiada selera.
Ibu : Apa yang bising-bising di dapur ni?
Megat : Tengok ni ibu, Mak Limah tak pandai masak, Megat tak sukalah makan
masakan macam ni!
Ibu : Megat….Megat.. tak baik buat rezeki macam tu! Tuhan marah. Tengok tu…
nasi bersepah. Tak baik! Membazir amalan syaitan.
Megat : Mak Limah tu! Dia tu tak pandai masaklah. Megat penat-penat pulang dari
sekolah nak makan, makanan tak siap lagi. Mak lihatlah sendiri. Siapa nak
makan makanan macam ni? Tak sedap langsung, Megat taknak makan.
Ibu : Tak baik cakap begitu Megat. Mak Limah yang uruskan segala-galanya untuk
kita sekeluarga. Kalau tak ada Mak Limah siapa nak buat semua ini?
Megat : Itulah ibu, bila Megat cakap mesti ibu pertahankan Mak Limah
Ibu : Megat, habiskan makanan tu. Tak baik tauu…
Megat melangkah pergi.
Ibu : Megat… (geleng kepala)
PENTAS GELAP
Babak 2
Megat (panik) : Ehhh…. Di mana aku sekarang ni? Baik aku pulang segara. Tapi
bagaimana hendak pulang? Aku tidak biasa dengan tempat ini. Ibu!
Ayah! Tolong Megat. Megat dah sesat, tak tahu jalan hendak pulang
ke rumah. Megat takut. Tolong, ayah tolong, ibu!
4
Megat merayau-rayau mencari tanda yang pernah dilalui, namun hampa. Megat
akhirnya tertidur keletihan.
(Pentas gelap seketika, apabila terjaga megat terkejut kerana dikerumuni oleh
monyet yang garang dan bengis.)
Megat : Eh di mana aku? Tolong jangan apa-apakan aku. Aku cuma mahu pulang
sahaja.
Monyet : Hei, budak lelaki. Mengapa kamu berani menceroboh ke tempat kami?
Megat (terkejut) : Eh, binatang apa pula ni? Macam monyet, tapi kenapa besar pula?
Monyet : Jangan banyak cakap! Jawab segera soalan aku.
Megat : Ehhh… kamu ni rupa macam monyet, tapi kenapa boleh bercakap macam
manusia pula?
Monyet : Aku dah kata jangan banyak tanya. Lagi sekali aku tanya, kenapa kau
ceroboh kawasan kami?
Megat : Tak, aku tak ceroboh tempat kamu. Aku hanya tersesat! Aku tidak tahu
jalan pulang.
Monyet : Bohong! Kau jangan cuba berbohong, kau sengaja ceroboh tempat kami!
Megat : Tolonglah percaya wahai monyet, aku tidak menceroboh tempat kamu. Aku
hendak pulang, tapi tiba-tiba aku sampai di sini. Tolonglah percayakan aku.
Monyet : Sudah, jangan banyak cakap lagi. Tangkap dia, gigit dia, kita makan dia!
Megat : Tolonglah, percayalah, aku tak ceroboh kawasan tuan. Lepaskanlah aku
pulang.
Monyet : Tangkap!
Monyet : Ikat budak ini, jaga, jangan sampai terlepas pula. Malam ini dia akan jadi
makanan kita. Hahahahhaha.
Megat : Tolonglah, wahai monyet. Janganlah makan aku. Lepaskanlah aku, aku
berjanji tidak akan datang ke sini lagi.
Monyet : Ahh, sudah terlambat! Ayuh kita ikat dia.
Megat : Tolong, tolong lepaskan aku…
5
Babak 3
6
Megat : Tolong! Tolong! Tuan Hakim, saya tak bersalah. Lepaskanlah saya.
Monyet berpantun :
Kalau tuan ke Bukit Sentosa,
Belikan saya pari nyonya,
Jangan kita berbuat dosa,
Kelak akan dapat balasannya
Babak 4
Megat (teknik monolog): Oh Tuhan, tolonglah saya selama ini saya tidak pernah
bersyukur dan atas pemberianmu.
Mak Limah : Megat..Megat… Bangun, cepat kita lari sebelum monyet-monyet itu
sampai. Ibu bapa megat menanti di luar.
Megat : Tolong makcik, selamatkan Megat. Megat takut dan menyesal. Megat
berjanji tak akan meyusahkan Mak Limah lagi. Tolong, makcik tolong!
Mak Limah :Cepat Megat!
Monyet : Hoi. Kawan-kawan budak itu melarikan diri. Kejar!
Megat : Cepat, Mak Limah, lari! Pegang tangan Megat.
Mak Limah : Megat, larilah dulu. Makcik letih, pergilah cepat. Ibu bapa Megat ada di
sungai.
Monyet : Kejar, cepat tangkap mereka!
7
Mak Limah berjaya ditangkap oleh tentera-tentera monyet dan mereka
mengerumuninya, Mak Limah menjerit ketakutan. Megat memerhati dengan
perasaan sedih dan sayu. Megat lari terus mendapatkan ibu bapanya yang
menunggi di tepi sungai.
Ibu dan ayah Megat juga dikerumuni oleh monyet. Mereka menjerit-jerit. Megat
turut menjerit sekuat hati dan jatuh pengsan.
Megat berpelukan dengan ibu, bapa dan Mak Limah (tekik beku)
Pentas gelap
-TAMAT-
8
RUJUKAN
Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.
Abdul Rashid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
Teknik Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 39-45.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Johan Jaafar. (2012). Drama pentas Johan Jaafar. Petaling Jaya: Balang Rimbun Sdn. Bhd.
Kamala. (2012). Kumpulan Drama Anna. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidan. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.