Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA

TEMA: BUDI BAHASA


1.  BAGAI KACANG MELUPAKAN KULIT-orang yang lupa akan asalnya atau orang yang
menolongnya.
2. .BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
3. BAIK MEMBAWA RESMI PADI DARIPADA MEMBAWA RESMI LALANG.- merendah diri
4. BERKATA PELIHARALAH LIDAH.hati-hati dengan setiap pertuturan
5.  HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA.-setiap
manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup.

TEMA:KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN


1.             AIR DICENCANG TIDAK AKAN PUTUS.-perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan.
2. .       ANAK DI PANGKUAN DILEPASKAN, KERA DI RIBA DISUSUI.-melebihkan orang lain
daripada keluarga sendiri.
3.      BAGAI ISI DENGAN KUKU/ BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS/ BAGAI BELIUANG DENGAN
ASAHAN.-hubungan yang sangat rapat.
4.       BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH-jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat,tetapi
jika kita berpecah belah, kita akan lemah.
5.       BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI-perhubungan yang sangat akrab dan tidak
dapat dipisahkan.

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA


1. ADA SAMPAN HENDAK BERENANG.-sengaja menyusahkan diri sendiri
2.  HARAPKAN GURH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN.-melepaskan barang yang
dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki.
3. KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG.-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung
kerugian.
4. KUTU EMBUN.-orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.
5. MENCURAHKAN GARAM KE LAUT-melakukan pekerjaan yang sia-sia.

TEMA:SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA


1. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA / BAHASA JIWA BANGSA.-bahasa menjadi lambing dan
identitI sesuatu bangsa
2.  DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.-mematuhi peraturan dan adat di
tempat yang diduduki
3.  HILANG BANGSA, LENYAPLAH BANGSA-jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga
akan lenyap
4.   HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI
SENDIRI.-sebaik-baik Negara orang tidak sebaik Negara sendiri.
5. SEPERTI BURUNG GAGAK PULANG KE BENUA-seseorang yang tidak berubah keadaannya
meskipun telah lama merantau.

TEMA:PENYESALAN.
1.  BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH-buang yang jahat dan ambil yang baik.
2. NASI SUDAH MENJADI BUBUR-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
3.  SUDAH TERHANTUK,BARU TENGADAH-setelah mendapat kesusahan barulah hendak
berhati-hati.
4.   TAKUT AKAN BAYANG-BAYANG SENDIRI-rasa takut kerana bersalah.
5.  SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN.-sekiranya terlanjur dalam melakukan
sesuatu kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

 TEMA:DAYA USAHA / KESUNGGUHAN


1.  ALAH BISA TEGAL BIASA-pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
2.  ALANG-ALANG BERDAKWAT BIARLAH HITAM.-jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat
jalan.
3.  BELUM SURUH SUDAH PERGI, BELUM PANGGIL SUDAH DATANG.-orang yang rajin
4.  BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM.-jika berusaha dengan gigih, arang
yang bodoh akan berjaya juga
5.  MALAS BERDAYUNG, PERAHU HANYUT-kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas
berusaha.

TEMA:KEBERANIAN
1.  BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH-berani kerana berada di pihak yang benar
2.   BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT-berterus teranglah demi kebenaran walaupun
mungkun akan menyakiti perasaan orang lain.
3.  CACING YANG HENDAK MENJADI NAGA-orang yang kecil hendak menyamai menjadi naga.
4.    MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.-tidak menghiraukan halangan atau masalah.
5. PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG.-tidak berputus asa sebelum Berjaya.

TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA


1.   BAGAI AUR DENGANTEBING.-saling membantu dan bekerjasama
2.   BAGAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING.-mementingkan diri
sendiri.
3.   BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERABA MUAFAKAT.-mencapai kata
sepakat dengan mesyuarat.
4. HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI NYAMUK SAMA DICECAH.-pengagihan yang sama banyak.
5. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA.-orang yang bermuafakat akan
sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.

TEMA:BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT


1. BERJALAN PELIHARA KAKI, BERCAKAP PELIHARA LIDAH.-melakukan sesuatu kerja dengan
berhati-hati.
2.   BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati
supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna.
3.  MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG.-Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
4.  SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada
masa akan datang.
5. MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.-sesuatu perkara yang buruk dapat
dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal.
6.  MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

TEMA:KEPENTINGAN ILMU/ PENDIDIKAN


1. DIAM PENGGALI BERKARAT.-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang.
2.  HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.-hanya orang yang mahir atau pakar pandai
membuat penilaian tentang perkara tertentu.
3. HENDAK BELAJAR BERENANG DAPATKAN ITIK, HENDAK BELAJAR MEMANJAT DAPATKAN
TUPAI.-hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut.
4. SEPERTI AYAM MEMATUK ANAK.-ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan
membetulkan kelakuan mereka.
5. SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.-orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak
mengetahui perkembangan semasa.

TEMA:KECANTIKAN
1. BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG/EMAS BARU DISEPUH.-cantik
2.   BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA.-sama-sama cantik.
3.  BAGAI PINANG DIBELAH DUA/ BAGAI KUNYIT DENGAN KAPUR.-sepadan,secocok.
4. RUMAH BURUK DISAPU CAT.-perempuan tua yang suka bersolek                                                  
TEMA: NASIB MALANG.

1.       ANTAN PATAH LESUNG HILANG/ SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.-kemalangan yang dialami
bertimpa-timpa.
2.       BAGAI KERAKAP TUMBUH DI BATU, HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.-keadaan hidup seseorang
yang sangat miskin dan melarat.
3.       TANAM PADI TUMBUHNYA LALANG.-orang yang bernasib malang kerana segala usahanya
tidak berhasil sebagaimana diharapkan.
4.       TIADA BEBAN BATU DIGALAS.-tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah.
5.       UNTUNG SEPANJANG JALAN, MALANG SEKELIP MATA.-kemalangan datang secara tiba-tiba.

Anda mungkin juga menyukai